Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Wednesday, January 29, 2014

Kajang Oh Kajang




Kajang Oh Kajang

Sate Kajang Samuri

Bila cakap pasal kajang, mesti yang ramai terbayang-bayang tentang keenakan sate kajangnya,  sambal, dan kuahnya...pergghhh!. Siapa yang tinggal di Kajang tidak pernah makan sate kajang memanglah sangat rugi, agaknyalah. Saya memang suka, semua orang suka makan sate kajang, lebih-lebih lagi bila makan free, siapa tak sukakan?.

Dulu-dulu, masa bujang setiap sebulan sekali pergi ke kajang semata-mata mahu makan sate kajang. Itu dulu, tapi sekarang bukan macam dulu, sate kajang sudah ada mana-mana kerana rangkaian kedainya ada di mana-mana tempat. Sekarang saya dan famili selalu ke Komplek PKNS Shah alam, di situ ada kedai Sate Kajang Samuri, Dato Samuri.

Kajang sinonim dengan sate kajang Samurinya. Siapa yang tidak tahu Kajang di mana, lekas-lekaslah google map. Tak pun cari guna GPS apa namanya tu. Zaman teknologi tak susah mananya. Klik sahaja semua keluar. Tak pun klik laman web sate kajang samuri. Insyallah ada map ke situ.

YB Kajang Letak Jawatan, Anwar Jadi MB?

Hari ini Kajang menjadi sebutan, gara-gara Ybnya letak jawatan. Bila letak jawatan maknanya akan ada PRK(Pilihanraya Kecil). Sudah mula ada yang cakap membazir buat PRK musim kenaikan harga barang. Wah tahu pulak membazir?. Baharu tahu membazir, sebelum ini tidak membazir kah?. Masing-masing sudah mula berkokok...kokoklah kuat-kuat. Kalau sudah benar YB letak jawatan, kata pengerusi SPR, maka PRK boleh diadakan.

Desas-desus mengatakan Anwar akan bertanding di situ kedengaran, laporan semalam Anwar menafikan. Entahlah macam-macam persepsi dan spekulasi. Masing-masing punya pandangan dan telahan. Hari ini ada yang tulis status di fb masing-masing, tentang perkara ini. Biasalah masing-masing ada pemikiran sendiri. Ada yang mengecam, memperli, malah ada yang terus rasa tidak percaya dengan tokoh pembangkang ini.

Ya lah, nampak macam Anwar ni gila, tamak kuasa pulak, tidak jadi PM, jadi MB pun jadilah, begitulah kesimpulan yang kita faham dari keributan ini. Siapa pun boleh jadi calon, apa yang penting berwibawa dan ada karisma menjadi pemimpin. Biarlah memimpin dengan amanah, jangan macam kangkung, maklum kangkung sudah murah. Kita pun tidak tahu lagi mengapa YB Kajang letak jawatan.

Calon Yang Layak

Apa pun yang berlaku tetap berlaku, DUN KAJANG sudah tidak ada Ybnya, tunggu sahjalah PRK nanti. Soal calon samada PKR atau BN hanya rakyat Kajang berhak menentukannya. Rakyat sekarang sudah bijak-bijak, pandai menilai, ,mana pemimpin janji ditepati dengan pemimpin janji dicapati.

Tentang Anwar jadi calon, harap-harap tidaklah betul, sudah-sudahlah, bagi sahaja orang lain yang layak (bukan makna Anwar tidak layak). Jangan macam sebelah sana pulak. Pilihlah calon yang betul-betul layak. Bukan calon ‘AKU’ atau geng sendiri. Selepas ini, jika benar ada PRK DUN 25 KAJANG, beruntunglah peniaga-peniaga di Kajang, rakyat Kajang dan semuanya. Lepas ini menteri-menteri turun bawa janji-janji berpeti-peti, juta sana, juta sini. Janji sana janji sini, tabor sana tabor sini...Untunglah...

( Catatan di atas ditulis dua hari lepas)

Ternyata calon di N25 Kajang Anwar Ibrahim, persepsi dan spekulasi ternyata benar, apa pun kita tunggu dan lihat, apakah strategi ini menjadi atau tidak. Kita harap PRK ini berjalan dengan baik dan aman seperti PRK yang sudah-sudah, kecuali jika ada provokasi. Ada pro dan kontra, biasalah tu...bila pembangkang semua ambil perhatian, kecoh seantero dunia. Kata macam-macam, membazirlah, khianati amanah rakyatlah, tidak ikut lunas-lunas demokrasilah, dan macam-macam lagi pandangan yang disuarakan.

Baguslah semua prihatin, hak masing-masing dalam meluahkan dan menyalurkan pandangan. Kita juga sudah mendengar dari saudara Rafizi tentang perkara ini. Saya petik beberapa perenggan dari kenyataan permohonan maaf dari beliau yang tersiar di akhbar Sinar Harian hari ini;

“Langkah PKR mengosongkan kerusi Dun Kajang dan meletakkan Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi PRK kawasan itu adalah strategi radikal untuk menawan Putrajaya.

Walaupun langkah ini tidak popular tetapi suatu yang diperlukan PR untuk menjadikan Selangor sebagai kubu kuatnya. Dalam masa sama menjadi wadah Pakatan menawan Putrajaya.” (Sinar 

Harian 30hb 01 2014-Khamis)

Kini terpulanglah kepada kebijaksanaan rakyat untuk menilai semua ini. Juga kepada warga rakyat di Dun Kajang khususnya. Kepada ahli parti dikalangan Pakatan Rakyat seharusnya bertindak secara rasional dalam meluahkan pandangan atau apa sahaja ketidakpuashatian mereka. Perlu diingat, rakyat sedang menghadapi situasi sulit dalam kehidupan mereka masing-masing. Kos hidup yang semakin tinggi, ketidakcaknaan penguasa yang ada dalam menyelesaikan perkara ini tidak menampakan hasil pun.

Saya tertarik dengan pandangan seorang wartawan dari harakah bila saya bertanyakan tentang Isu di Kajang lewat pertanyaan saya di chat fb. Apa jawapannya;

“Wslm tuan. Bagi saya, sekilas pandang/ pandang selapis memang nampak takde etika, anwar gila jawatan dll. Tapi bila kita fikir lebih dlm anggap saja tindakan itu utk cegah mudarat lebih besar. Dan fokus sebenar kita ialah kejahatan, penindasan BN. Ikut keutamaan. Jatuhkan BN dulu dan kalau PR jadi kjaan nanti baru adil utk rakyat ajar mereka pula. Jangan mudah tergelincir & biarkan musuh sebenar tepuk tangan.”

Jadi, anda fikirlah sendiri, mana yang penting dan mana yang tidak penting bagi pandangan anda sekelian. Tepuk dada tanya iman. Ini sekadar pandangan saya yang daif dalam melihat situasi politik yang berlaku dan sedang berlaku di tanahir kita khususnya di Negeri Selangor Darul Ehsan.


Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...