Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Wednesday, January 29, 2014

Kangkung Betul



Kangkung ‘MeleTOP’

Beberapa minggu lalu kecoh betul di media-media sosial sama ada di facebook, twitter, laman web, blog, instagram, dan sebagainya. Malah setiap ayat diungkapakan pasti ada perkataan kangkung. Para penulis sajak turut menulis sajak kangkung dengan pelbagai versi.  Ini gara-gara pemimpin negara semasa bercakap tentang kenaikan dan penurunan harga barang. Ia telah menjadi bahan lawak jenaka seluruh negara, bahkan dunia turut mengetahui tentang perkara ini.

Kangkung, kangkung dan kangkung, tak perlulah saya difinasikan apa itu kangkung, semua orang tahu, pernah lihat, sentuh dan makan sebagai menu harian adakalanya. Lawak kangkung ini menjadi lawak maharaja lawak mega, ia menjadi jenaka terkini. Habis semua segala menu kangkung dipromosikan. Gambar-gambar kangkung di sana-sini. Kangkung sudah ‘MelaTOP’, bak kata neelofa.

Malah dengan kekeratifan mereka yang berkebolehan, klip ucapan pm telah diubah suai dengan lagu kangkungnya, klip-klip video yang lain pun turut dibikin, sungguh gawat dan lucu sekali. Seluruh negara ketawa terbahak-bahak melihat dan menontotnya. Gara-gara kangkung sudah turun harganya. Apa sahaja yang diucap oleh pemimpin akan menjadi nilaian rakyat yang punyai sentiviti.

Semua Terdedah

Pendedahan dari maklumat terkini melalui media sosial amat pantas, klik sahaja segala gajet yang ada ditangan,pasti segala berita baik dan buruk pasti akan dapat dilihat dan dibaca. Hari ini sesiapa yang tidak punyai akaun fb atau apa sahaja yang berkaitan dengan media sosial akan dianggap ketinggalan. Maklum zaman serba canggih sebegini tidak punyai maklumat, harap media arus perdana?...mustahil mereka akan mendedahkan berita yang tidak menguntungkan mereka.

Apa sahaja yang dibuat pemimpin negara kini pasti akan terbongkar dan terdedah, pemimpin buat hari jadi pun rakyat boleh cepat tahu, ke luar negara makan angin dan macam-macam lagi, pasti akan terbongkar. Inilah teknologi terkini. Siapa mahu menafikannya lagi. Inilah kesan daripada ICT. Bukankah Tun Mahathir dulu beria-ia mahukan terbangunya bandaraya pintar seperti Cyebarjaya dan Putrajaya yang punyai akses teknologi ICT?.

Kangkung tetap kangkung, yang kita tidak mahu pemimpin macam kangkung otak kosong tak menguntungkan siapa-siapa. Kenaikan harga barang, telah menjadi kemarahan rakyat, sana-sini membicarakan, Tidak kira orang kecil, orang besar, orang kaya dan orang miskin kini merasa bebannya. 

Jangan ditanya siapa yang mengundi kerajaan yang ada ini, yang mengundi kerajaan hari ini pun sudah ada yang marah-marah dan mengeluh, tapi apa makna keluhan mereka?, nasi sudah menjadi bubur...padan muka untuk mereka dan juga kita ini.

Tak Tahu Pilih Pemimpin

Lima tahun sekali pun masih tidak tahu menilai, boboroknya sistem yang ada kini olahan tangan mereka yang tidak punyai rasa sensitif dengan apa yang berlaku. Syukurlah, negara kita aman, kita tak macam Palestin, Afgahnistan, Mesir dan lain-lain negara. Kita masih boleh makan, anak-anak tak kebulur, biar harga mahal tapi masih murah berbanding singapura,US...itulah pemikiran yang lemah dijajah bertahun-tahun oleh bangsa warisan penjajah. Tak apalah yang penting Melayu masih memerintah...tak apalah...

Sedar-Sedarlah Sikit

Pembangkang pula masih mahu berpolitik, tak habis-habis masing-masing mahu tunjuk hero, buatlah kerja. Inikan masa bekerja, masa mahu buktikan pada rakyat yang mengharapkan sesuatu yang baik untuk mereka. Tanganilah setiap perselisihan atau pun pergolakan yang berlaku dengan bijak. Takkan mahu sama dengan parti yang sedang memerintah negara sekarang?.

Ingat-ingatlah sikit, rakyat sedang melihat-lihat, memperhati kalian sebagai pemimpin. Dalam media sosial hari ini juga, sudah ramai yang melahirkan kekecewaan dan ‘keboringan’ mereka terhadap pemimpin pembangkang ini. Takkanlah anda mahu macam kangkung juga. Bijak-bijaklah menjadi pemimpin, jauhilah dari terlajak macam pemimpin sebelah sana. Ingat kuasa yang ada ini bila-bila masa boleh terbang jika asyik mahu bertelagah dan berselisih.

Kita faham dan sedar, perselisihan, pertelingkahan, pergaduhan dan apa yang dinamakan krisis berlaku di mana-mana. Bahkan suami isteri pun ada bergaduh-gaduh, bermasam-muka, tidak bertegur sapa dan macam-macam lagi, itu biasalah. Nama pun manusia, tidak pernah sepi dari membuat silap salah. Tapi patut-patutlah, jangan sampai macam mahu roboh dibuatnya. Muhasabahlah...

Rakyat sekarang sedang dan tengah terbeban dengan macam-macam kenaikan, hanya kangkung sahaja yang murah, sebagai parti yang konon harapan rakyat maka buktikanlah sebaiknya. Ingatlah semua itu diperhati dan dinilai oleh rakyat yang sekarang sudah bijak-bijak, mereka tidak bodoh-bodoh lagi macam dulu-dulu. Mereka ada internet ditangan mereka. Masuk tandas pun mereka masih boleh online lagi.

Apa lagi...dan lagi apa?... macam-macam yang mahu diutarakan di sini, tapi rasa cukuplah sekadar ini sahaja, maklum sudah lapar nak makan, nasi putih, sayur kangkung dan ikan masin, sedap hingga menjilat jari. Kangkung pun kangkunglah.

INGAT JANGAN JADI KANGKUNG.

Sekian.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...