Segala puji bagi
Allah SWT seru sekian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat. Syukur
Alhamdulillah, dengan izin-Nya jua, saya masih dapat lagi mengaktifkan kembali
laman blog yang sekian lama menyepi dari sebarang perkongsian dunia politik
tanahair kita ini. Rasa-rasanya sebelum PRU-13 sehingga hari ini, wah memang
agak lama tidak menulis di sini.
Rindu rasa hati
mahu ngomong-ngomong politik, insyallah selagi diberi kudrat saya akan
berkongsi-kongsi pandangan berkenaan dunia politik negara kita yang tercinta.
PRU-13 sudah berlalu kira-kira lima bulan yang lepas. Hangat, panas dan
mendebarkan bila diimbau kembali situasi politik negara ketika itu. Walaupun masih
tidak diberi kemenangan secara total untuk memegang tampuk pemerintahan Putra
Jaya, Pakatan Rakyat@Pakatan Harapan Rakyat masih tetap utuh, unggul dan
bersemangat terus memperjuangkan agenda memartabatkan rakyat seluruhnya.
Itulah harapan
sebahagian rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat pada PRU-13 yang lalu. UMNOBN
kini, dulu dan selamanya sudah sememangnya sudah tidak bermaya untuk menerajui
tampuk pemerintahan negara ini. Biar pun bermacam slogan yang dicanang di sana
sini, namun tidak sedikit pun memberi perubahan pada sikap para pemimpin
mereka. Janji hanya tinggal janji, selepas PRU-13, seperti biasa rakyat akan
dibebankan dengan pelbagai kenaikan yang menghimpit kehidupan rakyat. Terbaharu
kenaikan harga minyak dan terbaharu, ada
ura-ura seperti yang diriukan di laman sosial facebook, gula pula akan naik
harga.
Begitulah BN,
setiap kali selepas pilihanraya rakyat akan menerima hadiah istimewa dari
kerajaan yang konon peka pada rakyat, rakyat didahulukan katanya. Bagi
penyokong UMNOBN mungkin tiada masalah, kerana mereka sungguh mewah-mewah, apa
pun yang naik, mereka setia dan redha, kerana semua itu ketentuan Allah SWT.
Naik banyak mana pun mereka tetap setia pada dulu, kini dan selama-lamanya.
Parti yang cukup keramat dan berjasa, kununnya!. Itulah sebahagian minda
penyokong dan pendokong mereka. Biar mahal, janji ada... dalam bahasa jawanya, ‘
Larang rak opo, seng penting ono’.
Apa lagi yang
mereka akan buat selepas ini?, kita tunggu sahaja perlaksanaan GST, takrif
elektrik dan saya percaya mereka akan laksanakan apa sahaja yang menekan pada
rakyat dalam tempoh lima tahun dari sekarang. Semuanya kerana transformasi,
rasionalisasi, apa lagi?. Ya, macam-macam tunggu sahaja!. Setahun sebelum
PRU-14 baharulah mereka akan canangkan BRIM lagi. Mereka akan kata, kerajaan
prihatin dengan masalah rakyat, lihatlah BN tidak pernah ketepikan masalah
rakyat, BN peka, ambil peduli dan macam-macam lagi para pemimpin mereka akan
berkokok membela rakyat, kununnya!.
Hari ini rakyat
pun sudah cukup perit dan menderita dengan keadaan yang ada sekarang. Sungguh,
dari desa hinggalah ke kota rakyat semakin tertekan dengan keadaan ekonomi yang
tidak stabil dan menyakinkan. Ini disebabkan BN.....BARANG NAIK...!. Inilah
padahnya bila UMNOBN terus memerintah tanahair tercinta ini.
Untuk itu marilah
kita Berubah Selamatkan Malaysia!.
No comments:
Post a Comment