Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Wednesday, July 13, 2011

SPR Terimalah Tuntutan BERSIH 2.0

Sekadar gambar hiasan


Perhimpunan Aman BERSIH 2.0
,yang telah di momokan dengan gelaran perhimpunan haram telah berjalan dengan jayanya.Biar pun rakyat ditakut-takutkan dengan ugutan,tangkapan dan seribu satu macam pandangan serong,namun dengan izin Allah perhimpunan ini telah membuka mata banyak orang dan kalangan penyokong UMNOBN sendiri.

Tindakan rakus rejim UMNOBN yang diketuai olah Najib Tun Razak,khususnya memperkudakan pasukan keselamatan telah menerima kecaman hebat dari pemimpin pembangkang dan juga mereka yang menganggap tindakan rejim UMNOBN satu kesilapan yang nyata.

Bersih 2.0 sebagaimana yang semua maklum di anggotai tidak lebih 62 badan NGO,yang mana tujuannya meminta pihak SPR agar memperbaiki perjalanan Pilihanraya yang di jalankan.Tiada desakan lain melainkan desakan agar segala kepincangan yang berlaku di perbaiki,ia merupakan kesinambungna tuntutan BERSIH 0.1 pada November 2007.

Kelapan-lapan tuntutan itu merupakan aspirasi rakyat yang inginkan ketelusan dalam perjalanan pilihanraya yang mahu di jalankan.Sudah sewajarnya SPR selaku badan yang di beri tanggungjawab dalam hal ini,menerima tuntutan ini secara terbuka dan berlapang dada.

Ia bukanlah desakan parti-parti yang bertanding di kalangan pembangkang semata-mata,tetapi ia merupakan hasil dari kajian dan penyelidikan dari badan-badan bebas yang memantau perjalanan pilihanraya di Negara ini,yang di lihat banyak berlaku penyelewengan dan ketidakadilan,hasrat ini perlu di penuhi SPR.

Namun desakan-desakan ini apa yang kita lihat,langsung tiada satu apa pun yang di ambil tindakan dari pihak SPR,malah seolah-oleh mempertahankan segala tindakan yang menyeleweng itu.Malah kelihatannya SPR lebih kepada desakan UMNOBN dalam melayani desakan Bersih 2.0.Satu kesilapan yang jelas di lakukan oleh SPR jika tuntutan ini tidak di ambil kesah.Rakyat akan menilai segala tindakan yang di lakukannya.

Perhimpunan BERSIH 2.0,sudah pun berjaya
di laksanakan,kita mengharapkan SPR jangan lihat sebelah mata,jangan buat-buat pekak badak.Lakukanlah sebaiknya.Tunjukkan kewibawaan sebagai badan yang mengendalikan pilihanraya,jadilah pengadil yang adil,jujur dan amanah.Ingatlah amanah yang sudara pikul itu adalah amanah rakyat,yang sewajarnya di laksanakan dengan berintegriti.

Rakyat akan melihat segala tindakan mereka selaku badan yang konon’nya bebas.SPR ada masa lagi,untuk memperbaiki segala kepincangan yang berlaku,lebih-lebih lagi dalam memperbaiki imej SPR sebagai badan bebas yang tidak di pengaruhi mana-mana pihak,khususnya UMNOBN selaku parti yang memerintah masakini.

Justeru itu pandangan serta tuntutan BERSIH 2.0 itu haruslah di terima dengan setulus hati oleh SPR.Biarlah BERSIH 2.0 akan berakhir dengan setakat BERSIH 2.0 sahaja,dan SPR tentunya tidak mahu desakan ataupun tuntutan BERSIH 3.0 muncul.Jika itu,terimalah tuntutan BERSIH 2.0.Jika tidak…kemungkinan BERSIH 3.0 akan muncul,maka dengan itu rakyat akan rasa terpanggil sekali lagi turun untuk meraikannya.Mungkin kali ini dengan gelombang yang lagi hebat.

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia.

Tulisan ini merupakan pandangan penulis,selaku rakyat Malaysia yang mengundi dan rakyat Malaysia yang bebas berhimpun secara aman menurut perlembagaan.Penulis juga peserta perhimpunan aman BERSIH 2.0 pada 9 Julai 20011 yang lalu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...