Gambar hiasan semata-mata
Polis telah bertindak kasar dan tidak berperikemanusiaan dalam menangani peserta perhimpunan aman itu.Mereka seolah-olah tidak faham tentang bidang tugas mereka.Mereka hanya taat dengan titah perintah Tuan mereka ‘Maaf..Ikut arahan..’.Ungkapan biasa yang mereka lafazkan bila mereka melakukan sesuatu tindakan yang tidak mengikut lunas undang-undang.Sudah semestinya arahan dari atas..itu biasa.Siapa pihak atasan ya.
Malang sungguh,biarpun ada bukti-bukti yang kukuh,bahawa mereka telah melakukan banyak kesilapan dalam menghalang peserta perhimpunan secara kasar dan biadap,namun mereka menafikan yang kejadian tersebut tidak berlaku dan bukan dari pihak polis,sedang jika kita lihat dan tonton pada ‘Youtube’,terdapat bukti yang jelas,mereka lah yang melakukan kekasaran dan tindakan yang sangat biadap terhadap peserta perhimpunan aman.Malah gambar-gambar yang jelas dan nyata,mereka yang berpakain uniform pasukan keselamatan yang melakukan kekasaran itu.
Saya rasa budak tadika pun kenal dengan pakaian polis bila melihat gambar-gambar tersebut.Tidak payah berdalih dan berpura-pura siapa yang melakukannya,semua rakyat sudah tahu kisah dan cerita kekasaran dan keganasan polis.Teringat kembali Insiden di Masjid Negara pada 9 Julai lalu,Polis menghalang peserta-peserta untuk menunaikan solat Zohor.Saya sangat terkesan dengan peristiwa tersebut.Sanggup mereka menghalang bangsa seagama untuk bersolat di tempat yang mulia,dengan alasan sebab-sebab keselamatan[lihat sini].Apakah ini tidak kasar..kasar dari segi mendera mental.
Ini belum lagi cara mereka menangkap para peserta perhimpunan aman.Ada yang di tendang,di pukul,di ikat tangannya ke belakang dan macam-macam lagi kalau kita lihat dalam gambar-gambar dan juga dalam gambar berbentuk video seperti di Youtube.Itu pun mahu menfikan lagi,malah Menteri yang jaga KDN pun melenting bila berita-berita dari saluran alternative membongkar dan menunjukkan berita tersebut.Malah yang sangat malang bila Hospital pun mereka bedal dengan semburan air berkimia.Tidak ganas ke ini.Malah,beberapa doctor yang melihat kejadian ini sudah mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab ini.Itu pun mahu menafikan lagi.
Kepada rakyat,yang mempunyai fikiran yang waras,buka lah mata dan mata hati atas apa yang terjadi ini.Kita mahu keamanan dan keharmonian serta dalam waktu yang sama kita pun berhak mempertahankan hak kita seperti yang termaktub dalam perlembagaan.Kita menyeru,agar kerajaan[khususnya Menteri KDN] bersikap adil kepada semua rakyat,tidak kiralah sesiapa sahaja yang berhimpun baik BERSIH,PETRIOT mahupun PERKASA atau pun lain-lain NGO,jangan lah melakukan kekerasan terhadap mereka yang berhimpun secara aman.
Justeru itu,perbaikilah segala kelemahan dan kepincangan yang ada pada pihak keselamatan Negara,mereka juga hak rakyat dan rakyat juga berhak terhadap mereka untuk melindungi rakyat.Mereka bukan melindungi puak-puak politik puaka pemerintah,melainkan kerana ‘Arahan Atasan’.Berubahlah..semoga slogan..` `Tegas, Adil dan Berhemah’,sentiasa betul dan di yakini oleh segenap rakyat Negara Malaysia yang tercinta.Cuba baca kata-kata dari bekas Ketua Polis ini;
“Menjadi harapan kita agar tema ini akan mengubah pemikiran anggota supaya lebih bertanggungjawab dan beramanah dalam menjalankan tugas,”
(UtaraOnlien 25 Mac)
Ingatlah segala kekasaran dan keganasan anda tetap dalam ingatan mereka yang di zalimi,Awas pada doa-doa mereka yang di zalimi.Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin.
Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia.
Ingatlah segala kekasaran dan keganasan anda tetap dalam ingatan mereka yang di zalimi,Awas pada doa-doa mereka yang di zalimi.Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin.
Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia.
No comments:
Post a Comment