Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Monday, July 25, 2011

Selangorku; Pembasmian Kemiskinan & Kerajaan Prihatin

Selangorku Unggul


"Perang melawan negara adalah untuk mengubah peta; perang terhadap kemiskinan adalah untuk memeta perubahan"
- Muhammad Ali


Dasar pembasmian kemiskinan dan kerajaan prihatin yang digariskan sering samar kerana nampak bertindih. Usaha pembasmian kemiskinan dan kerajaan perihatin fokus kepada isu perumahan untuk orang miskin, penjanaan pendapatan, pendidikan dan kesihatan. Usaha ini diselaraskan bagi membantu mereka yang memerlukan dengan sasaran jangka panjang memastikan mereka dapat berdikari.

Pencapaian Utama

1. Pembinaan dan pemulihan semula rumah terbengkalai.

Rumah terbengkalai di Selangor memberi masalah kerana penduduk akan tinggal di kawasan yang buruk. Kerajaan negeri Selangor komited membina dan memulihkan semula rumah tidak siap ini untuk meningkatkan persekitaran hidup kerana pemilik tanah tidak mampu memperbaikinya. Bantuan telah diberikan untuk ini bagi semua kaum di 9 kawasan di Selangor.

2008
132 rumah dibina semula (RM 3.182 million)
154 rumah dipulihkan (RM 907,500)
2009
133 rumah dibina semula
146 rumah dipulihkan

2. Poverty blueprint

Dasar untuk inisiatif Pelan Kemiskinan adalah untuk meningkatkan pendapatan peniaga termiskin. Kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah bagi garis kemiskinan (PLI) kepada RM1500 kerana ia memberi petunjuk lebih realistik untuk kemiskinan. Sehingga kini, anggaran sekitar 30% penduduk Selangor termasuk dalam kategori miskin. Bagi program, kriteria pilihan adalah sangat ketat dan mesti melalui proses temuduga sebelum lawatan lapangan oleh para pegawai. Bantuan hanya diberikan dalam bentuk peralatan dan kemudahan. Inisiatif ini tidak melibatkan bantuan kewangan.

2008 Pemohon 353
Terpilih 197

2009 Pemohon 2148
Terpilih 345

3. Bantuan Kesihatan

Subsidi bagi Rawatan Haemodalisis untuk pesakit buah pinggang
Pada tahun 2009, kerajaan negeri Selangor memulakan program di mana pesakit terpilih di kalangan golongan miskin (berasaskan garis kemiskinan RM1500 ke bawah) diberi RM60 untuk setiap kali rawatan dialisis. Bagaimanapun, untuk tahun 2010, bantuan haemodalisis ditukar kepada pemberian subsidi one-off sebanyak RM2000. Ini membolehkan lebih ramai rakyat menerima bantuan.

Pembedahan katarak

Kerajaan negeri Selangor membuat program inisiatif untuk membayar kanta intraocular bagi pembedahan katarak. Asas kepada dasar ini ialah kerana ramai pesakit dari kalangan golongan miskin mengelak untuk membuat pembedahan katarak kerana tidak mampu membayar kanta yang kosnya sekitar RM400-RM600, meskipun pembedahan tersebut percuma di hospital awam.

Pembedahan kecil


Pembedahan kecil yang kosnya di bawah RM2,000 diberikan subsidi kepada pesakit terpilih di kalangan golongan miskin. Bagaimanapun, jika kosnya melebihi RM2,000, bantuan hanya setakat RM2,000.

Derma peralatan sakit

Kerajaan negeri menderma 1 mesin dialisis berharga RM50,000 kepada Persatuan Haemodialisis di Klang. 20 kerusi roda dan topang didermakan kepada individu yang memerlukan dengan kerjasama kerajaan negeri dan Kelab Rotary. Kerajaan negeri juga menyediakan bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan kerusi roda khas berharga RM2,000 hingga RM5,000 setiap satu.

4. Kajian yang dijalankan

Merdeka Center for Opinion Research (Merdeka Center), sebuah agensi penyelidikan pendapat awam, diberikan tugas untuk membuat kajian latar belakang kewangan 600 petani di Tanjong Karang, Sabak Bernam. Keputusan kajian ini akan didapati pada tahun ini.

5. Latihan

Kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Peniaga India Malaysia (MIBA) menganjurkan seminar sehari sebanyak 4 siri secara percuma kepada peniaga yang berminat dengan usaha niaga.

Latihan kemahiran untuk 50 pelajar pada 2008 dan 2009 di Kolej Antarabangsa INPENS.

6. Bantuan kewangan kepada NGO

Bantuan kewangan diberikan kepada badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Parkinson Malaysia, Hospice Klang, Sekolah Khas Klang, Persatuan Dyslexia, Yayasan Kiwanis, Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor & Wilayah Persekutuan (sekadar beberapa nama).

7. Bantuan Individu

Hamper makanan


Hamper makanan yang mengandungi bahan asas seperti Milo, Kopi, Gula, Susu dan Minyak diberikan pada kadar berterusan. Sehingga kini, secara rasminya sebanyak 2,500 hamper telah diberikan.

Semasa sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor pada tahun 2008, sebanyak 39,200 beg yang mengandungi beras 5kg, tin susu dan gula diedarkan di seluruh DUN di Selangor. Setiap DUN menerima 700 beg mengandungi 5kg beras, 1400 tin susu dan 700 pek gula.

Program Balik ke Sekolah


Pada tahun 2008, 700 BATA voucher kasut bernilai RM20 setiap satu diagihkan di 56 DUN. Pada tahun 2009, 39,200 beg sekolah diberikan kepada semua DUN (700 bagi setiap DUN).

UPSR & PMR

Skim Bantuan UPSR & PMR 2009 adalah sebuah program yang dirancang untuk membantu pelajar miskin yang menduduki peperiksaan. Khususnya, pelajar sekolah rendah di darjah 6 dan pelajar sekolah menengah di Tingkatan 3 dipilih untuk program ini. Setiap DUN memilih 50 pelajar UPSR untuk menerima RM90 seorang dan 50 pelajar PMR menerima RM 120 seorang.

Aktiviti dirancang bagi 2010

Kerajaan negeri Selangor terus memandang ke depan untuk membuat inisiatif baru bagi Dasar Pembasmian Kemiskinan. Aktiviti akan datang termasuk:

1. Kajian lanjut

Kajian "Miskin Kota" di Taman Sentosa, Klang telah dimulakan oleh Merdeka Center.


2. Latihan Kemahiran bagi Wanita Miskin


Sebuah pusat dengan 10 mesin menjahit dibeli kerajaan negeri telah diwujudkan di Tanjong Karang. Wanita digalakkan belajar menjahit dengan yuran minima.

Latihan Kemahiran untuk Pelajar (yang berhenti sekolah) di Kolej Antarabangsa INPENS.

Program Pendaftaran Kad Pengenalan (IC) & Surat Beranak (BC)

RM80,000 diperuntukkan untuk inisiatif ini. Ini termasuk pengambilan staf sepenuh masa dan menyediakan pejabat di Majlis Perbandaran Klang.

Sumber; Selangorku

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...