Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Wednesday, July 6, 2011

HASIL NEGERI SELANGOR MENINGKAT LAGI

Syabas Selangor


Kedudukan kewangan negeri kerajaan Selangor bermula Disember 2010 sehingga Jun 2011 mencatatkan peningkatan positif melebihi 20 peratus menerusi lembaran imbangan kewangan yang dilaporkan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut Abdul Khalid, laporan kewangan Selangor meningkat daripada RM1.59 bilion tahun lalu kepada RM1.77 bilion tahun ini dengan penambahan melebihi RM200 juta.

Jelasnya, penambahan kewangan yang dicatatkan itu adalah disebabkan oleh dasar ketelusan dan kebertanggungjawaban yang diamalkan pimpinan kerajaan Selangor selama ini.

Abdul Khalid berkata, lebih RM1 billion wang yang diperoleh kerajaan negeri Selangor itu dilaburkan dalam bentuk wang tunai wang cair dalam sistem perbankan, manakala RM600 juta adalah dalam pemilikan saham.

“Memandangkan beberapa usaha kerajaan negeri untuk menentukan prasarana negeri Selangor ini mantap dan kita juga dapati terdapat kekurangan peruntukan dari kerajaan persekutuan dalam bentuk pembetulan dan pembaikan jalan-jalan raya dan sistem perparitan. Kerajaan negeri akan melihat semula bagaimana sebahagian kecil daripada rezab tersebut boleh digunakan dalam program pembaikan pemulihan sistem prasarana negeri Selangor,” katanya.


Dalam pada itu, Abdul Khalid turut mengumumkan mengenai kerja-kerja yang dilakukan ahli Pengerusi Jawatankuasa Tetap (Exco) Selangor pada penggal 2010 dan 2011.

Jelas Abdul Khalid, jumlah kertas kerja yang dibentangkan barisan Exco adalah sebanyak 939 kertas dengan lebih 589 daripadanya diluluskan dan 112 ditolak.

Katanya, kebanyakan kertas kerja yang dibentangkan barisan Exco adalah tertumpu kepada kelulusan pembangunan tanah di selangor.

“Jadi kita telah berbincang melebihi 900 kertas Exco untuk kita membuat keputusan dan kebanyakan daripada perkara yang kita bincangkan ialah tertumpu kepada kelulusan mengenai pembangunan tanah,” katanya.

Sumber; KL-TODAY

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...