Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Monday, July 18, 2011

Mampukah Pemimpin Umno Melaksanakannya

Datuk Saifuddin


Saya suka merujuk pandangan seorang pemimpin UmnoBN yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umno,beliau yang saya maksudkan ialah Datuk Saifuddin Abdullah yang meminta parti gabungann itu berubah.Berubah dengan matlamat satu agar dengan perubahan itu,rakyat akan terus menyokong dan mendokong berterusan parti yang sekian lama memerintah Malaysia.Dulu,Kini dan Selamanya…[insyallah akan berakhir riwayatnya].

Saya ingin memetik semula apa yang beliau katakan dalam akhbar Sinar Harian[khamis 14 julai 2011],apa katanya;

‘BN perlu mewujudkan politik baru yang terdiri daripada integriti politik,kerangka pentadbiran baru,inovasi demokrasi dan pemikiran politik progresif.Maksud budaya politik baru ialah komunikasi yang baik’.

Bahkan dalam laporan Sinar Harian menyebutkan,beliau lebih cenderung kepada tiga prinsip utama berdasarkan ajaran al-Quran iaitu bijaksana,menunjukkan budaya politik yang baik dan yang ketiga beliau sebutkan,berbicara,berdailog atau berdebat.Malah beliau juga menyokong sebarang perhimpunan aman,melainkan perhimpunan Bersih 2.0 yang telah berlalu dan tuntutannya,untuk beliau menyokong tidak sekali-kali tidak,walaupun beliau menyokong perhimpunan aman yang sebahagian dari demokrasi.

Persoalannya hari ini yang saya mahu lontarkan,seperti tajuk tulisan saya hari ini,Mampukah pemimpin umno merealisasikan saranan yang di kemukakan oleh Datuk Saifuddin ini.Jangan nanti saranan ataupun cadangan hanya tinggal cadangan,saya yakin beliau ikhlas dalam menyuarakan pandangannya terhadap kepimpinan BN,namun apa yang saya lihat hingga ke hari ini,saranan beliau hanya tinggal saranan,malah akhbar yang menyebelahi mereka pun tidak pernah sedikit pun berhenti mengecam dan menghentam pembangkang serta mencerca pembangkang.Bagaimana mahu mewujudkan pemikiran politik progresif serta budaya baru.Omong kosong belaka.

Kita lihat teguran beliau sangat telus dan mengujakan,namun sejauhmana kepimpinan UmnoBn mahu menerima segala teguran dari kalangan mereka.Sedang dalam waktu sama,masih tidak ada satu perubahan yang mahu di laksanakannya.Segala teguran dan cadangan itu sangat baik dan releven di saat kepimpinan Umno Bn di landa pelbagai masalah politik mereka sendiri.

Saya melihat ini,sebagai satu saranan yang matang dari seorang Ahli Majlis Tertinggi yang agak berani dan tegas dalam prinsipnya,namun di balik ketegasan beliau dan keberanian dalam memberikan saranan ataupun cadangan terhadap kepimpinan UmnoBn sendiri,beliau masih tidak yakin dengan apa yang di tuntut oleh Bersih 2.0 dalam tuntutannya dan perhimpunan yang di jayakan oleh Bersih 2.0 merupakan satu perhimpunan yang aman termasuk dalam sebahagian dari demokrasi seperti yang beliau akui perhimpunan aman adalah sebahagian dari demokrasi.Adakah Perhimpunan Bersih 2.0 itu bukan dari sebahagian demokrasi.Kerana apa yang saya lihat beliau juga masih di kongkong dengan pemikiran ketuanya.

Oleh itu mahu tidak mahu beliau terpaksa menyatakan perhimpunan Bersih tidak aman dan bukan dari demokrasi barangkali. Sama ada beliau tidak baca atau pun sengaja beliau tidak mahu mengakui kebenaran yang tertulis dalam tuntutan Bersih 2.0 itu.Itu sudah menunjukkan sikap,bahawa apa yang di sarankan beliau hanya sekadar saranan tinggal saranan.Sekadar menyedapkan keadaan dan meringankan kepala[dalam umnobn masih ada pemimipin kritis] pimpinan semata-mata.

Bagi saya,kepimpinan UmnoBn kini,sudah sampai waktunya untuk bersara terus dari persada politik tanah air kita,mereka semakin kelu dan lesu malah sudah hilang daya tahan,buat apa sahaja sama ada teguran,saranan,dialog,wacana dan sebagainya,apa yang saya lihat selepas itu tidak ada satu perubahan yang mereka laksanakan dalam pembaharuan politik mereka.Apa yang ada ,fitnah berterusan…lihat- lah akhbar yang pro pada mereka,blogger-blogger mereka,stesen tv yang di kuasai mereka dan pelbagai lagi,masih tiada perubahan.Saya tidak yakin [perubahan dalam UmnoBn]itu semua boleh berlaku dalam UmnoBn walaupun tidak mustahil boleh berlaku.

Jika ini pun susah untuk di laksanakan,jangan haraplah tiga prinsip yang di cadangkan oleh Datuk Saiffuddin mahu di dengari dan di ikuti oleh pimpinan UmnoBn.Apa yang saya tuliskan dari kaca mata saya selaku rakyat yang peka dan tentunya tidak pekak dalam melihat rencam politik yang berlaku di tanah air kita.

Khususnya dalam politik UmnoBn dan juga Pakatan Rakyat.Malah ketidakyakinan saya melihat saranan yang di utarakan Datuk Saiffuddin itu mampu mengubah UmnoBn,apabila perdana menteri selaku presiden UmnoBn tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berubah apabila mendengar ucapannya yang angkuh semasa perhimpunan di PWTC baru-baru.

Justeru,saya melihat saranan yang di kemukakan oleh Datuk Saifuddin ini,hanya mampu di realisasikan oleh Pakatan Rakyat.Saya yakin ia akan lebih telus dan yakin boleh merubah lanskap politik di tanahair kita.Malah waktu itu UmnoBn juga akan menikamati demokrasi yang subur dan luhur.Yakinlah kita mampu mengubahnya.

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...