Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Thursday, November 8, 2012

Kesian Nurul Izzah




Serangan terus menerus kepada YB Nurul Izzah oleh para pemimpin UMNOBN dan juga di kalangan tokoh-tokoh agama mereka semakin berapi-rapi. Malah dikalangan bekas penyokong Parti Keadilan turut bersuara menyeru agar YB Nurul Izzah bertaubat, di katanya ungkapan  YB Nurul Izzah boleh merosak kan akidah umat Islam. Memang hebat mereka berkokok dan bertempik sorak mengecam Nurul Izzah. Seolah-olah Nurul Izzah sudah di siasat. Pada hal, Nurul Izzah belum pun di siasat, hukuman sudah di jatuh kan, sampai begitu sekali permainan politik kotor mereka.

Politik mereka semakin kotor dan menjijikan di tambah lagi dengan media korup mereka yang tidak henti-henti membuat fitnah dan putar-belit setiap kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat. Ini adalah rentetan kerja jahat politik mereka. Biar pun apa yang di maksudkan oleh YB Nurul Izzah Tidak seperti yang di fahami oleh para pencacai UMNOBN dan pemimpin UMNOBN. Jika kita mahu ungkit para pemimpin mereka yang banyak mengeluarkan kata-kata yang sangat menguris agama Islam terlalu banyak, bukan sahaja menguris hati rakyat tetapi lebih daripada itu bolen memesongkan akidah dan menyesatkan  akidah Umat Islam.

Namun para pemimpin Pakatan Rakyat bukan lah seperti mereka yang sangat bankrap politik memainkan isu-isu yang di putar belitkan oleh media korup mereka. Malah kalau kita mahu dedahkan semula pemimpin-pemimpin mereka yang menghina-hina kesucian agama Islam pun ramai. Bukan itu sahaja, di kalangan rakan politik mereka terdiri dari MCA dan MIC juga banyak yang menguriskan hati umat Islam. Mengapa pemimpin UMNOBN tidak pernah mengecam dan menegur mereka ?.

Begitu lah sememang nya permainan politik hipokrit di kalangan pemimpin UMNOBN yang tidak pernah menyedarkan mereka dari alam reality politik yang lebih suci. Rakyat semakin faham dengan putar belit dan permainan kotor itu. Cukup lah apa yang mereka sedang lakukan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, mereka akan di hukum oleh rakyat secukup-cukup nya.

Akhir kalam, meminjam kata-kata dari bonda Nurul Izzah, Datin Seri Wan Azizah ;

“ Kesian Izzah. Sabarlah ye nak...”

Insyallah, Putrajaya di hadapan kita..!.

Ayuh Berubah..Selamatkan Semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...