Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Thursday, November 8, 2012

Berhati-hatilah




Para pemimpin Pakatan Rakyat, sudah seharus nya berwaspada dengan mainan putar belit media UMNOBN, yang sering memesongkan makna ungkapan, bicara dan apa sahaja percakapan yang mereka bicara kan bah kan perbuatan. Biar pun ia nya membawa makna yang betul, tetapi dek’ kerana hasad dengki dan akhlak buruk cara pemberitaan akhbar-akhbar yang kononnya berarus perdana, mereka boleh memanupulasi segala statement pempinan Pakatan Rakyat.
                                            
Biar pun sekadar ungkapan kecil, perbuatan mengggaru hidung, terkentut dalam majlis, minum berdiri ( yang beragama islam) dan sebagainya, ia akan menjadi bahan tulisan oleh media jahat mereka. Ia akan di jadikan bahan fitnah kotor mereka. Kerana mereka sudah tiada hujah mahu menangkis segala serangan Pakatan Rakyat terhadap pemimipin politik yang mereka ampu bodek itu.

Apakah kita lupa, serangan media korup ( laporan fitnah )mereka terhadap berapa orang pemimpin Pakatan Rakyat semasa berada istana beberapa bulan yang sudah, Kenyataan-kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat di putar belit dan menjadi berbelit-belit, yang ternyata tiada bukti mereka memperkatan apa yang di laporkan media korup itu. Dan banyak lagi sebenarnya yang terjadi. Tak per lulah say senaraikan satu persatu. Semua rakyat sudah tahu dan faham.

Terbaharu dan terkini, ungkapan YB Nurul Izzah, yang sedang hangat di perkatakan dan di putar belit media korup mereka. Saban hari, saban malam media mereka masih terus menerus memperkatakan denganputar belit mereka. Bagi saya, biar pun makna yang mahu di ungkapakan, jika pun para pemimpin faham apa yang mereka maksud kan, seharusnya perlu di fakir dan berhati-hati bila menuturnya. Sebab musuh akan sentiasa mencari-cari perkara yang boleh meragu-ragukan pemahamna rakyat. Jangan main sedap mulut. Hati-hati bila berbicara.

Kita sedar, sebilangan rakyat sudah faham tentang permainan media korup itu, namun kewaspadaan itu sangat-sangat-sangat perlu. Seperti yang saya tulis kan di atas; apa jua percakapan dan perbuatan yang di lakukan oleh pemimpin pakatan rakyat sekarang ini akan di perhati oleh lensa-lensa kamera jahat mereka. Mereka boleh buat apa sahaja.

Mereka sudah tiada modal, nol kosong, seperti otak mereka kosong. Tak mustahil nanti ada gambar seorang pemimpin Pakatan Rakyat sedang korek hidung pun akan di jadikan modal untuk mereka menyerang, mereka boleh kata dan buat apa sahaja, contoh YB POLAN dari Pakatan korek hidung dalam Istana,Tak hormat Sulatan sedang berkata. Rasa macam tak logic cerita begitu, tapi sebab mereka sudah kering dan kosong idea, boleh jadi, kaitkan dengan akhlak atau moral pemimpin Pakatan. Tak mustahil..!.

Ini sekadar pandangan dan ingatan, jadi berhati-hati sangat perlu buat sekelian pemimpin Pakatan Rakyat. Jalan menuju ke Putrajaya luas terbentang, namun liku-likunya masih banyak. Semoga impian rakyat terlaksana demi perubahan menyeluruh.

Ayuh Berubah..Selamatkan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...