Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Wednesday, November 7, 2012

Kebangkitan Rakyat




Di mana-mana sekarang sambutan kepada ceramah-ceramah atau pun majlis penerangan yang di anjurkan oleh Pakatan Rakyat sungguh begitu menggalak kan. Kesedaran sebahagian rakyat Malaysia sangat menakutkan kerajaan UMNOBN yang sedang memerintah sekarang. Mood rakyat yang inginkan perubahan amat ketara sekarang. Itu yang membuatkan para pemimpin UMNOBN, terutamanya presiden nya amat di bayangi kehilangan kuasa.
                                                 
Serba serbi nya tidak kena, di pancingnya dengan segala apa yang di namakan transformasi pun , rakyat sudah tidak mengendahkan nya. Semakin hari semakin pening dan menyesakan mereka. Satu persatu skandal dan penyelewengan yang dilakukan para pemimpin mereka terbongkar. Sangat mengerunkan jika melihat angka-angka billionan ringgit di kebas dan di rampok oleh para kroni dan kerabat mereka. Sesungguhnya sangat menjelekan perlakuan mereka.

Sewajar nya lah rakyat harus bangkit dan menentang segala penodaan keatas harta kepunyaan rakyat ini. Suatau penyelewengan kuasa, perompakan khazanah Negara yang semakin menjadi-jadi. Ini tidak harus dibiarkan, perlu di hentikan segera. Tapi bila ?..Mereka sangat takut sekarang. Mahu mengistiharkan pembubaran parlimen pun mereka di bayangi kehilangan kuasa. Sangat mengerun kan dan menakut kan mereka.

Rakyat sudah tidak sabar lagi mahu menghumbankan mereka dan merebahkan mereka dari meneruskan kekuasaan mereka terhadap Negara kita. Rakyat sudah serik dengan cara dan corak pemerintahan mereka. Tentang bangsa, agama dan Negara ini, itu sebenarnya sudah tidak memikirkan nya, apa yang mereka fikirkan nya, bagaimana mahu terus mempertahankan kekuasaannya dan kepentingan ke atasnya. Mereka sangat takut segala khazanah yang ada akan terlepas kepada Pakatan Rakyat yang akan di olah dengan lebih baik, untuk memberi keselesaan kepada seluruh rakyat.

Mereka benar-benar bingung dan sesungguhnya mereka juga bengong, hilang akal dan pertimbangan. Hanya satu yang mesti mereka lakukan untuk mempertahankan kekuasaannya dan juga segala penyelewengan yang mereka lakukan. Ia itu memperkudakan badan yang di katanya bebas dari anasir orang ketiga. Manupulasi daftar undi. Ini lah yang mereka sedang lakukan, sedang berjalan tanpa rasa ragu, malu dan tak tahu malu. SPR di guna kan semahunya, juga Jabatan Pendaftaran Negara.

Itu lah kunci kemenagan mereka untuk mempertahankan rejim mereka. Biar pun laporan demi laporan, sanggahan demi sanggahan, kecaman demi kecaman dan pelbagai lagi tekanan untuk mereka memperbaiki segala kecacatan dan kepincangan pada daftar pemilih, tetapi oleh kerana sikap pekak badak mereka, mereka buat tidak tahu dan pura-pura perkara ini tidak berlaku. Jika ini lah cara nya kejahatan yang mereka lakukan, apakah rakyat harus berdiam duka tanpa ada usaha untuk menunjukkan reaksi bahawa rakyat tidak berstuju dengan tindakan yang di lakukan oleh UMNOBN dan juga badan kerajaan yang di peralatkan oleh mereka.

Ya..kebangkitan rakyat ini lah, yang semestinya ditunjukkan oleh rakyat kepada rejim yang tidak mahu sedar akan perlakuan dusta mereka terhadap rakyat yang mendokong demokrasi dalam Negara. Dengan kebangkitan rakyat ini lah rejim akan sedar sekiranya mahu sedar, namun pada hakikatnya rejim masih tidak sedar-sedar tentang hal ini. Biar pun mereka sebenarnya sedar tetapi buat-buat tak sedar, demi mempertahankan kuasa yang ada.

Ayuh berubah..Selamat kan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...