Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Wednesday, February 20, 2013

UmnoBn Pun Mahu Ulamak Jadi Calon PRU-13


Di kalangan Ulamak Umnobn, Siapa yang berani menegur pemimpin ini?.


Dalam keadaan Umnobn yang semakin ketandusan isu dan idea politik, dikalangan pemimpinya mencadangkan agar ulamak dapat diketengahkan sebagai calon pada PRU-13 kali ini. Saya merasa sinis bila mana Umnobn sudah pandai bermesra dengan ulamak, maklum dikalangan pemimpin mereka ada yang agak fobia dan alergik bila menyebut ulamak, bahkan memperkecilkan usaha-usaha ulamak menjadi pemimpin Negeri. Bukan itu sahaja, mereka memandang serong terhadap ulamak yang benar-benar menjalankan amanah sebagai tanggungjawab yang sebenarnya.

Kita tidak pernah lupa dengan tindakan pemimpin Umnobn terhadap Almarhum Mufti Selangor beberapa dekad yang lalu, tidak juga lupa dengan tuduhan ulamak jampi air dan pelbagai lagi tomahan dan cacian terhadap golongan agamawan yang amanah dengan tugas yang dipikul. Para pemimpin umnobn hanya mengambil kesempatan menggunakan golongan ini bila hanya diperlukan dan memihak pada mereka sahaja.

Malah apa yang kita lihat golongan agamawan yang memihak Umnobn tidak mampu untuk menegur para pemimpin Umnobn, malah mereka bercakap berdegar-degar sekiranya yang bercakap itu pemimpin dari kalangan Pakatan Rakyat. Malang bagi mereka yang memihak kepada Umnobn ini juga membisu seribu bahasa kerana tidak berani menegur kemungkaran yang terang-terang dilakukan oleh para pemimpin Umnobn.

Hari ini, bila Umnobn juga mahu meletakan calon PRU-13 dari ulamak seolah-olah Umnobn bersih dari sebarang skandal dan kejelekan. Pelbagai salah guna kuasa, korupsi, songlap duit rakyat, skandal IC, penggunaan akta ala ISA, pengundi hantu, curi balak, penyeludupan duit haram dan pelbagai macam lagi kecurangan yang mereka lakukan. Berapa ramai dari ulamak mereka yang berani bersuara menyatakan kebenaran?. Mana suara muda dikalangan mereka?.

Bagi saya, siapa pun dikalangan calon dari Umnobn sama ada ulamak atau pun tidak, Umnobn perlu dikalahkan di mana sahaja calon mereka diletakan, saya merasakan UmnoBn tidak pernah jujur terhadap golongan agamawan ini, ia hanya mempergunakan untuk mengekalkan kuasa yang ada, jika calon ulamak menang pun dikalangan mereka, apa yang mereka boleh buat?.

Pandangan ini adalah pandanga pribadi saya, kerana apa yang selama ini saya lihat, golongan agamawan di dalam Umnobn hanya sekadar penghias atau tempel-tempelan semata-mata. Untuk itu kita katakan cukuplah Umnobn untuk menerajui Malaysia pada kali ini. 
Cukuplah puluhan tahun mempergunakan golongan agamawan sekadar kepentingan mereka mengekalkan kuasa.

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...