Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Tuesday, February 19, 2013

PRU-13 Tak Lagi-Lagi




Sudah lama saya tidak menulis di sini, kali ini saya cuba gagahkan semangat untuk menulis lagi. Semasa saya sedang menulis, saya ditemani anak lelaki saya yang berumur satu tahun lebih, masih tidak tidur lagi, melayan ‘Angry Bird’, main baling-baling, sedang saya tekun dan bersemangat menulis.

Mood semua orang rasanya sekarang ini sedang menunggu-nunggu, bilakah tarikh PRU-13 yang bakal menjelang nanti, sampai saat ini, masih tidak kedengaran dan kelihatan, asyik berteka-teki, maklum tarikh ada pada perdana menteri ( atau isteri pm ), SPR…?. 

Perdana Menteri asyik kata macam nak bubar, tunggu rakyat betul-betul bersedia dan macam-macam lagi. Rakyat sudah lama bersedia, tak sabar mahu mengundi dan memilih parti mana.
Kadang-kadang tertanya-tanya pada diri sendiri, kalaulah betul parti yang sedang perintah Malaysia ini kuat dan masih banyak sokongan sepatutnya bersedia bubar parlimen segera, tidak perlu tunggu lama-lama, buktikan sahaja kekuatan yang ada dengan mengadakan PRU-13 dengan segera. Tidak perlu dolak-dalik dan bermacam alasan yang ditimbulkan.

Dengan segala kekuatan yang ada, apa yang mereka tidak ada?. Dari media elektronik hinggalah media cetak semuanya menghala kearah mereka, bahkan segala jentera kerajaan semuanya di pihak mereka. Tidak ketinggalan juga media sosial dikalangan para cybertropper mereka. Malah 24 jam berita hanya untuk kepentingan mereka, tapi tidak juga berani dan tidak yakin untuk mengadakan PRU-13 dengan segera.

Bermacam jenis transformasi dicanagkan di sana-sini, taburan janji, bantuan segera dengan pelbagai jenama diberi, apakah masih tidak menguatkan keyakinan diri rakyat bakal menyokong dan terus memberi undi?.

Atau apakah kekuatan yang dicanangkan selama ini hanya penyedap hati sahaja, kerana sudah mendengar desas-desus kekalahan yang bakal menimpa mereka?. Tarikh tamat  parlimen untuk dibubarkan semakin hampir tapi kelihatannya masih samar-samar keyakinan mereka.

Apa pun, sebagai warga yang setia dan bersabar, kita masih menunggu dengan debar tarikh keramat yang bakal merubah situasi politik Malaysia. Semoga segalanya berjalan dengan baik.

Sekian.

Ayuh berubah, selamatkan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...