Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Thursday, February 21, 2013

Insyallah Rakyat Selangor Tetap Dengan Pakatan Rakyat


Salah satu ketelusan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat



Umnobn Selangor tidak duduk diam sekarang, sana-sini buat ceramah, Karnival Sayangi Selangor, debat ( walaupun debat sama-sama dia ) dan macam-macam lagi. Maklum menjadi pembangkang di Negeri yang paling maju di Malaysia, mereka kena kerja kuat menerangkan kepada rakyat tentang kelemahan pentadbiran di Negeri Selangor.

Saya yakin mereka sungguh-sungguh ingin menawan (merampas) Negeri yang kaya dengan khazanah ini. Mereka masih bernostalgia waktu dulu-dulu pernah menerajui Negeri ini berpuluh tahun, kini hasrat itu masih kuat berdenyut-denyut pada setiap nadi pemimpin mereka. Mereka sungguh kemelecer’ dengan simpanan Negeri yang sudah berjuta-juta itu.

Saya tertarik dengan dakwaan ketua pembangkang Barisan Nasional, YB Satim Diman;

“ Rakyat Selangor sudah sedar dengan ketidakmampuan kerajaan negeri mengurus tadbir dan mereka hanya tahu menabur janji namun tidak pernah ditepati.

“Kebanyakan rakyat kini tidak sabar untuk memberi peluang semula kepada BN untuk memerintah negeri kerana mereka tahu BN mampu membela nasib mereka,”

( Sinar Harian, Khamis 14.02.2013 )

Tidak mengapalah itu keyakinan ketua pembangkang Selangor, takkanlah mereka nak kata tidak dapat sokongan rakyat pula kan, itu kata-kata semangat untuk para penyokong BN di Selangor, tak kan dia nak kata sebaliknya pula.

Nafsu pemimpin mereka sangat kuat sekarang mahu merampas negeri idaman dan berkebajikan ini. Maklum jadi pembangkang di Negeri maju kena kerja keras, siang malam pagi dan petang. Kalau tidak bersungguh-sungguh alamat melepas lagi mahu merampas Negeri Selangor.

Namun begitu, benarkah apa yang di dakwa oleh ketua pembangkang Selangor itu?. Pelbagai inisiatif yang diberi oleh Kerajaan Negeri kepada seluruh rakyat Selangor tidak kira apa warna kulit dan apa parti yang rakyat pilih tetap mendapat inisiatif tersebut. Tidak perlu saya senaraikan program kebajikan tersebut, semua rakyat Selangor sudah maklum, malah sudah menikamatinya.

Apa yang kerajaan Negeri Selangor laksanakan itu berpandukan pada manifesto yang dijanjikan pada PRU-12, 2008. Sebahagian besar manifesto itu sudah dilaksanakan dan sedang dinikmati oleh seluruh rakyat Selangor. Apakah rakyat tidak punyai pertimbangan dan fikiran waras bagi memilih parti mana yang mahu dipangkah pada PRU-13. Rata-rata rakyat Selangor rasa seronok dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat sekarang.

Banyak lagi program-program kebajikan untuk rakyat sedang dirangka untuk seluruh rakyat Selangor, malah para penyokong Umnobn kini juga sedang menikmati nikmat pemerintahan Pakatan Rakyat pada waktu ini. Ketelusan dan kebijaksanaan pemerintahan Pakatan Rakyat dalam menangani setiap permaslahan rakyat sangat menyakinkan.

Umnobn sudah diberi peluang begitu lama selama ini, mengapa pada waktu itu tidak melaksanakan amanah yang dipikul dengan sungguh-sungguh, mengapa rakyat pada masa itu tidak betul-betul dijaga dan disayangi?. Baharu kini tersedar bahawa rakyat itu penting sekali dan Negeri Selangor ini perlu disayangi?.

Rakyat Selangor memang sangat sayang dengan Negeri Selangor ini, mereka akan pertahankan sungguh-sungguh agar Pakatan Rakyat terus menerajui Negeri Idaman Dan Berkebajikan ini. Cukuplah Umnobn dengan sejarahnya, cukup 50 tahun lebih, berehatlah selamanya. Biarkanlah kerajaan Pakatan Rakyat mewarnai Negeri Selangor dengan pelbagai warna-warni harmoni yang menjadi idaman setiap rakyat Selangor.

Insyallah, Pakatan Rakyat terus perintah Selangor…!.

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...