Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Monday, September 3, 2012

Inilah Pilihan Kita




Ini lah pilihan kita, seluruh rakyat yang jiwanya bebas merdeka, tanpa ada kongkongan mana-mana pihak. Dengan hati yang tulus dan mulus, memilih slogan dan logo yang sangat menyerapi jiwa setiap rakyat yang cintakan tanahairnya. Bukan sogokan yang memualkan lalu menagih janji persis kempen yang hilang nilai jati diri dan hilang daya juang keintelektualan sebahagian besar pendokong idea transformasi basi yang tiada nilai kemerdekaan.Mereka kehilangan arah, sentiasa berubah-rubah dan tidak pernah tetap pendirian.

Lalu mereka merayu-rayu agar rakyat membuat balasan setelah mereka banyak menabor janji ‘one off’ dan janji-janji yang banyak tidak di tepati atau ‘Janji DiCapati’. Mereka sudah kehilangan arah, ideanya tandus tidak mengakar dan tidak memaut hati rakyat. Slogan kempen yang memualkan. Cukuplah berapa dekad yang sudah dinikmati dan janji-janji yang tidak ditepati. Mereka harus muhasabah, itu pun jika mereka mahu, detik-detik kekuasaan mereka hamper hilang, tunggu masa kuasa rakyat yang bakal menentukan.

Indahnya ‘Sebangsa, Senegara Dan Sejiwa’, penuh makna dan mengakar pada denyut nadi rakyat yang cintakan perdamaian, keharmonian dan perpaduan, yang mana semua itu diikat dengan matlamat yang satu dan jitu. Berubah, merubah, mengubah demi masa depan yang lebih gemilang di bawah Malaysia Baharu bersama kepimpinan baharu yang lebih menyakinkan. Itu lah merdeka yang kita impikan, tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan sebagainya. Mereka mengimpikan kemerdekaan yang tulus, mulus dan harmoni.

Sebangsa, kita adalah warga dari satu ayah dan ibu, itulah Adam dan Hawa a.s, bukankah ini suatu yang tertulis dalam sejarah peradaban Islam. Apakah hanya bangsa Melayu sahaja yang berasal dari Adam dan Hawa a.s?. Cukuplah saya tidak mahu mengupasnya panjang lebar, bagi mereka yang faham, akan mudah menerimanya. Bagi mereka yang tidak setuju dengan slogan ini pasti akan ada hujah yang tersendiri bagi mereka. Maklum perayaan merdeka macam perayaaan parti mereka sendiri.

Senegara, ya kita semua dari sebuah Negara yang bernama Malaysia, dulunya Malaya. Sejarah juga sudah tertulis mengenainya. Negara yang berbilang kaum, ada Melayu, Cina , India, Kadazan, Melanau, Dayak dan sebagainya. Walaupun berlainan adat, budaya dan agama mereka tetap rakyat yang sah dan diakui oleh perlembagaan Negara. Hidup aman dan damai.Namun begitu ada segelintir manusia bila emosi mereka akan mengherdik mereka menyurunya balik ke Negara asal mereka. Mereka mengamalkan politik perkauman yang melampau dan sempit biarpun mereka mengatakan parti mereka menjulang satu Malaysia. Seolah-olah negera ini milik mereka sahaja.Tiga kaum ini dan kaum dari sabah dan Sarawak kini senegara mahu mengubah pemerintahan yang lebih baik, adil dan saksama.

Sejiwa, mereka sejiwa dan menjiwai antara satu sama lain, seia dan sekata, dengan matlamat yang satu mahu mencorak Malaysia lebih baik dari yang sedia ada. Sejiwa berpakat mahu hidup lebih aman, bersatu padu, harmoni dari yang sedia ada ini. Mereka sejiwa mahu membuang perasaan perkauman yang sempit. Begitulah indahnya impian mereka tidak seperti mereka yang sedang rakus memerintah sekarang, merdeka Cuma hak untuk mereka raikan, itu pun untuk menagih janji konon janji di tepati. Mereka tidak sejiwa untuk rakyat tetapi sejiwa dalam merompak harta rakyat dan Negara. Mereka terdiri daripada golongan yang tidak ada jiwa yang murni. Lupakanlah mereka..!.

Sedikit makna slogan Pakatan Rakyat yang saya dapat ungkapakan, ia sekadar luahan hati, jika benar maksudnya, ambil sebagai perkongsian, jika kurang tepat mungkin dari kelemahan saya yang tidak cukup memahami maksud slogan tersebut. Apa pun slogan ini lebih mantap, lebih menjiwai maksud semua rakyat di Malaysia. Syabas Pakatan Rakyat, Kerajaan menanti yang di tunggu-tunggu rakyat.

Ayuh Berubah..Selamatkan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...