Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Thursday, August 30, 2012

Tentang Merdeka




Tahun ini kita meraikan kemerdekaan dengan dua versi, dari slogan dan logo. Satu untuk negeri-negeri dibawah pakatan rakyat dan yang kedua dari parti yang cukup nazak dengan pelbagai skandal dan penyelewengan. Kalau tidak masakan pakatan rakyat mahu gunakan slogan dan logo sendiri. Malah kempen jalur gemilang juga kurang mendapat sambutan. Era Dr. Mahathir yang di gelar Mahafiraun oleh sesetengah orang pun, masih lagi ada yang mahu kibar bendera, slogan pun masih mengancam Keranamu Malaysia. Era transformasi lain pula jadinya, tiada nilai-nilai kemerdekaan. Kempen parti pula jadinya.

Ingatkan bila transformasi makin cantik dan menarik tetapi hodoh pula, mana silapnya ?. Lagunya pula, alahai…menagih janji rakyat, suruh undi mereka. Memang terang-terang sudah menjadi bahan kempen parti yang memerintah. Naik mual dan termuntah mendengar lagu yang konon-kononnya lagu merdeka, tak sebut pun ayat merdeka, yang tertulis BRIM, TRIM..entah apa-apa lagi. Saya sebenarnya belum dengar pun lagu itu, Cuma baca liriknya dalam akhbar. Ramai yang kata, tidak mencerminkan hari kemerdekaan, lebih pada kempen dan merayu pada rakyat untuk sokong mereka..alahai, sudah ketandusan idea mereka.

Merdeka, merdeka, merdeka, saban tahun sambut  merdeka,sejarah kemerdekaan banyak yang tersembunyi kebenarannya, itu kata orang-orang bijak yang tulus dan ikhlas. Namun tidak berapa lama dulu, ada seorang professor yang taraf bijak juga lah tu, kata Malaysia tidak pernah di jajah. Itu katanya, mungkin memang sudah terlalu bijak sampai terlajak kata. Merdeka 31 Ogos 1957, itu yang semua orang tahu. Buku sejarah pun tulis begitu. Dulu-dulu baca buku sejarah pun begitu. Soalan peperiksaan pun biasanya tanya begitu. Tapi bila ada yang kata sejarah kemerdekaan perlu ditulis semula, tertunggu-tunggu jugalah buku yang menceritakan sejarah yang betul, tapi sampai sekarang tak muncul-muncul penulisan sejarah yang benar.

Harap-harap lepas ini adalah yang menulisnya, bukan sekadar cakap-cakap, tiap kali datang meredeka cakap yang sama,tapi tak tertulis-tulis. Ini bukan perli, tapi biarlah apa yang kita ungkapkan tentang peri pentingnya sejarah ditulis semula dan menjadi kenyataan. Bila merdeka, teringatlah tokoh-tokoh yang biasa dikaitkan dengan meredeka, Tuanku Abdul Rahman tokoh yang sinonim dengan merdeka. Sejarah tertulis beliau tokoh yang berusaha menerima kemerdekaan dari British. Kita hargai perjuangan dan usaha beliau, semua orang tahu dan faham. Namun di situ, jangalah kita pula lupa pada tokoh-tokoh yang berjuang bertungkus lumus menentang penjajahan itu.

Tokoh-tokoh seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbung, Abu Bakar Baqir, Burhanduddin Al-Helmy dan banyak lagi tokoh-tokoh yang sangat berjasa dalam menentang penjajah waktu itu. Kita jarang-jarang sangat mendengar cerita-cerita tersebut diwar-warkan dengan setulusnya. Malah merekalah yang terlebih dahulu berjuang hingga ketitisan darah terakhir demi mahu melihat tanahairnya bebas dari cengkaman penjajah. Jiwa dan raga mereka dikorbankan untuk sesuatu yang sangat murni dan harganya terlalu mahal untuk itu semua. Namun, masih ada lagi manusia yang tidak mahu mengiktiraf mereka sebagai pejuang yang sangat berjasa pada agama, bangsa dan Negara.

Tanpa mereka, dengan kekentalan dan keazaman dan cita-cita pembebasan tanahair oleh mereka mana mungkin rakyat pada masa itu mendapat suntikan semangat perjuangan bagi menuntut kemedekaan tanahair tercinta ini. Mereka adalah pengerak bagi rakyat waktu itu. Mereka adalah pahlawan yang terbilang yang sangat berjasa. Kita hadiahkan Al-Fatihah kepada seluruh pejuang kemerdekaan yang beragama Islam, semoga mereka damai di alam sana. Amin..!

Hari ini, kita mewarisi kemerdekaan itu, walaupun sebenarnya kemerdekaan ini pada namanya sahaja, kebebasan yang sebenarnya masih belum kita nikmati dan rasai sepenuhnya biar pun sudah 55 tahun merdeka dari penjajahan barat. Namun bebas dari waris-waris dan saki baki penjajahan masih menjarah dan semakin mencengkam dan menyesakan nadi rakyat kebanyakannya. Semoga kebebasan yang sebenarnya terjadi dengan aman dan damai.

Salam Kemerdekaan buat semua sahabat..!

Ayuh Berubah…Selamatkan Malaysia..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...