Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Thursday, August 30, 2012

Sekadar Berkongsi Rasa





Bertemu kembali setelah selama hampir dua bulan tidak menulis berkaitan isu-isu politik yang berlaku di tanahair kita. Pelbagai isu yang berlaku selama dua bulan tidak dapat dinukilkan kerana persaan malasnya untuk menulis, biar pun banyak perkara yang mahu di luahkan. Sekadar membaca berita-berita politik melalui akhbar-akhbar alternatif dan blog-blog politik samada blog sahabat blogger dari kalangan penyokong pakatan rakyat atau blog para pencacai penguasa yang semakin hilang kekuasaannya.

Maklumat yang diterima dan di perolehi bukanlah di terima secara melulu tanpa di selediki dan di kaji. Lebih-lebih lagi bila kita melayari blog-blog pencacai ini. Kadang-kadang isu-isu yang ditulis berupa fitnah, persepsi dan tuduhan. Banyak yang tidak benar dari yang sebenar. Isu yang tiada kadang-kadang di ada-adakan, serangan peribadi yang membuta tuli dan tidak seharusnya berlaku. Mungkin kerana di bayar, apa cerita yang tidak benar pun di terbitkan bagi memenuhi entri dalam blog semata-mata, apa yang penting bagi mereka..duit masuk. Poket penuh hati bahagia…!.

Oleh itu sebagai pembaca kita kena bijak dan berfikir terlebih dahulu sebelum menerima apa-apa maklumat samada yang dibaca atau di terima melalui ruang bual sosial dan sebagainya. Maka dengan itu kita tidak akan melulu dalam membuat tuduhan dan luahan dalam berbicara sesuatu isu yang berlaku. Dalam penulisan juga begitu, lebih-lebih lagi dalam penulisan blog yang kita miliki. Apa pun yang namanya kebebasan, ia tetap masih dalam kerangka lunas-lunas undang-undang yang di izinkan. Selagi ianya bukan fitnah selagi itulah, tulislah apa sahaja berkenaan isu-isu politik yang berlaku di tanahair kita.

Menegur sesuatu yang salah, itu merupakan tugas yang murni, lebih-lebih lagi dalam penulisan yang kita tulis. Sama ada ia berupa komentar, luahan rasa, kritikan, pandangan, perdebatan dan apa jua yang berbentuk tulisan ia merupakan senjata yang boleh membuatkan seseorang berfikir, merenung dan seterusnya mengubah apa yang mereka dapati dari maklumat yang dibaca.Dengan itu maklumat yang didapati boleh lah di sampai-sampaikan kepada mereka yang kurang mendapat maklumat.

Maklum sahaja, berita-berita yang terbit atau tersiar di dada-dada akhbar dan media arus perdana tidak mengambarkan situasi apa yang sebenarnya yang berlaku dalam Negara kita ini. Berita-berita yang berat sebelah, penuh dengan cacian, terutamanya dengan parti lawan (Pakatan Rakyat). Maklumat yang benar dari pakatan rakyat di sorok dan tidak tersiar untuk bacaan dan tatapan rakyat seluruhnya. Semuanya berita-berita yang baik-baik untuk parti yang sedang memerintah di gembar-gemburkan. Indah dan harmoni, aman damai semata-mata hanya parti yang sedang memerintah sekarang, kononnya.

Begitu rakyat yang jauh nun di pendalaman sana seperti di sabah dan Sarawak, betapa mereka agak sukar menerima maklumat yang benar, lebih-lebih lagi suara dari pakatan rakyat. Walaupun teknologi sudah berkembang, namun bukan semua tempat dan kawasan menerima kemudahan itu. Justeru usaha-usaha untuk menyampaikan maklumat ke sana perlu diteruskan, tidak di nafikan sudah ramai yang makin sedar tentang apa yang berlaku, namun di situ masih ada ruang yang sangat mudah untuk musuh-musuh mempengaruhi fikiran mereka, terutamanya melalui kebendaan yang di war-warkan, janji ditepati…!.

Sekadar meluah rasa yang terbuku dihati, semoga impian dan cita-cita rakyat Malaysia yang cintakan tanahairnya termakbul demi melihat kemerdekaan yang sejati, tulus dan murni termakbul. Amin…!.

Ayuh Berubah..Selamatkan Malaysia…!                                                                                  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...