Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Tuesday, September 18, 2012

Samseng Upahan Berlesen Besar





Mereka yang mengikuti perkembangan politik tanahair semua sudah maklum tentang kekecohan yang berlaku di sesetengah tempat  ceramah anjuran Pakatan Rakyat. Kekecohan itu berlaku disebabakan oleh gangguan puak-puak hilang akal yang rendah moralnya. Apa yang saya gelihati puak-puak ini mengaku sebagai pejuang yang mempertahankan hak Melayu dan agama Islam. Dengan menjerit-jerit, berpekik terlolong, sumpah seranah bagai orang yang dirasuk hantu syaitan. Mereka tidak merasa bersalah dan takut diambil tindakan kerana mereka tahu, mereka dilindungi dan mempunyai lesen yang besar. Oleh sebab itu mereka semakin hari semakin berani melakukan apa sahaja arahan (sudah pasti arahan) yang tidak masuk akal.

Rakyat yang prihatin sedia maklum, bahawa ceramah-ceramah yang diadakan di pentas Pakatan Rakyat semuanya di lakukan secara aman selama ini. Tiada apa yang mahu di curigai, para pemimpin hanya menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan isu-isu yang berlaku ditanahair dengan tujuan rakyat faham apa yang sebenarnya berlaku di persekitaran kehidupan mereka. Serasa saya tiada ugutan, tiada hasutan sepanjang sesuatau ceramah yang diadakan, kecuali bila fakta-fakta atau ucapan yang diucapakan oleh pemimpin pakatan rakyat di putar-belit oleh pihak media dan juga oleh pencacai-pencacai parti yang sedang nazak dalam pemerintahan mereka yang pada bila-bila masa sahaja boleh hilang.

Kejadian-kejadian ini sangatlah mendukacitakan kita, sebagai rakyat yang faham tentang hak di Negara demokrasi, sudah pasti kecewa dengan perkembangan ini. Budaya politik samseng semakin menjadi-jadi. Mereka sudah semakin ketagih untuk menganggu setiap ceramah yang dianjurkan oleh pakatan rakyat, lebih-lebih lagi ia di hadiri oleh ketua umum parti keadilan rakyat yang juga merupkan Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Sri Anwar Ibrahim. Mereka begitu benci dan anti dengan Dr Sri Anwar, seolah-olah Anwar ada masalah pribadi dengan mereka. Kebencian itu semakin hari semakinmelampau dan mengerunkan. Apakah nanti sampai keperingkat membunuh?. Secara pribadinya saya mohon kepada samseng-samseng upahan itu hentikanlah permainan kotor dan jijik itu.

Tiada siapa yang berminat dengan permainan politik kotor dan jijik itu. Bersainglah secara sihat. Ini kan demokrasi. Hak sesiapa sahaja mahu menyuarakan pendapat dan pandangan, semuanya termaktub dalam perlembagaan. Tak kanlah ini pun ketua mereka tidak tahu dan faham. Atau memang insiden-insiden yang berlaku di rancang dan di izinkan oleh ketua-ketua mereka ?. Upah atau imbuhan semakin hari semakin meningkat , tindakan yang dilakukan pun semakin hari semakin liar dan menakutkan. Apakah ini juga impian ketua Negara kita yang sewaktu ketika pernah bermadah akan mempertahankan kuasa (Putrajaya) dengan apa cara sekali pun. Apakah ini salah satu caranya ?. Kalau benar begitu, alangkah jijiknya permainan politik mereka yang semakin hari semakin bankrap politik.

Sekiranya itu merupakan sebahagian daripada cara untuk mempertahankan kuasa yang masih ada, saya rasa, hayat mereka sebenarnya semakin nazak dek kerana perlakuan samseng-samseng upahan yang berlesen. Melihat pihak  pasukan keselamatan begitu berlembut sekali malah semenjak-menjak kini semakin tidak di peduli perlakuan mereka yang tidak mencerminkan budaya poltik Melayu itu. Pihak  pasukan keselamatan bagai tutup mata, namun bila ianya berlaku pada pihak pakatan rakyat, pihak pasukan keselamatan bertindak begitu laju dan tangkas. 

Timbul persolan pula, pihak pasukan keselamatan itu kerja untuk rakyat atau kerja untuk parti politik yang sedang berkuasa ?. Rakyat yang rasional pemikirannya melihat ini suatu ketidakadilan yang ketara dan nyata. Sebelah pihak dianggap dan dilayan sebegitu hodoh dan bagai orang asing dinegerinya sendiri. Sebelah pihak pula begitu di puja-puja seolah-olah pihak itu yang memberi makan. Begitulah nasib dan malangnya parti pembangkang di Malaysia. Segala-galanya dinafikan dengan kuasa yang ada pada mereka.

Hentikanlah budaya politik samseng dan ketidakrasionalan ini. Kepada pihak parti yang sedang di beri kuasa, buatlah perubahan dan berpolitiklah secara aman. Biarlah rakyat yang menentukan dan menilaikan segala tindak-tanduk politik pakatan rakyat, bukan samseng-samseng upahan yang hilang akal. Tentunya mereka pun tidak suka jika apa sahaja program yang mereka lakukan terganggu sebagaimana mereka menganggu dan bertindak samseng pada setiap program pakatan rakyat. Jua pada pasukan keselamatan, bertindaklah secara profesional kerana rakyat melihat setiap tindakan kalian. Semoga budaya politik samseng ini segera nyah dari bumi bertuah ini.

Ayuh Berubah..Selamatkan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...