Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Tuesday, August 23, 2011

Ramadan Meriah Di DUN MERU







Gambar-Gambar ihsan dari KHIDMAT DUN MERU


Ramadan 1432H tinggal hanya beberapa hari lagi,Suasana penghayatan dan pengimarahan sangat di rasainya di setiap tempat dan lokasi di mana-mana sahaja di negeri Selangor waktu ini dan saat ini.Kemeriahan dan keindahan Ramadan benar-benar di rasai oleh segenap rakyat yang cintakan kedamaian dan keharmonian.Inilah Selangorku kini dan Insyallah Selamanya.....!.

Di DUN MERU sendiri,khususnya di Meru dan Bukit Kapar,sangat meriah dan imarah khususnya masjidnya.Suasana ini sangat menggalakkan orang ramai untuk turut serta mengimarahkan setiap aktiviti yang di jalankan di setiap masjid tersebut.Kuliah-kuliah agama sangat meriah dengan kehadiran penduduk setempat.Majlis berbuka puasa dan sahur juga di adakan bagi memberi peluang kepada yang hadir menikmati juadah yang di sediakan.

Suasana Ramadan juga di meriahkan dengan munculnya bazaar Ramadan di sana sini,tidak ketinggalan juga di DUN MERU ini,di Pekan Meru sendiri terdapat bazaar Ramadan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa.Namun di harapkan agar tiada sebarang pembaziran berlaku dengan wujudnya bazaar Ramadan ini.Walaupun hanya tinggal beberapa hari lagi ibadah puasa akan di jalankan ,namun masih kelihatan ramai yang masih mencari juadah di bazaar Ramadan yang di sediakan itu.

Bukan makan sahaja bahkan ilmu juga dapat.Majlis ilmu seperti Tazkirah Iftar,Tazkirah Terawih,Kuliah Subuh,Tazkirah sebelum Terawih (10 minit) dan pelbagai lagi nama kuliah yang di adakan bagi menyemarakkan kemulian Ramadan 1432H di adakan.Kehadiran tokoh-tokoh ilmuan yang memberi Tazkirah sangat menarik orang ramai turut serta dan mengimarahkannya.Walaupun sesekali di sulami dengan isu-isu semasa namun ia masih dalam lingkungan Kuliah ilmu.

Sesungguhnya sambutan dan kemeriahan ini kita harapkan berterusan bila munculnya Ramadan dan juga agar tradisi kebiasaan ini akan berterusan selepas Ramadan walaupun dengan cara dan bentuk yang lain.Namun majlis ilmu seperti di harapkan hidup dan berterusan.

Sepuluh malam terakhir masjid-masjid di imarahkan dengan Qiammulail,sambutan dari rakyat setempat amat menggalakan.Di masjid As-Syarif contohnya dan juga di Masjid At-Taqwa Bukit Kapar juga penyertaan orang ramai sangat menggalakkan.Bahkan majlis-majlis ini bukan sahaja di adakan di masjid-masjid juga di adakan di setiap Surau masing-masing.Ini menunjukkan kepekaan orang ramai betapa pentingnya malam-malam sepuluh terakhir bagi merebut ganjaran yang banyak dari Allah SWT.Malah malam-malam tersebut di janjikan malam Lailatulqadar.

Kita mengharapkan suasana pengimarahan di setiap masjid-masjid dan surau di Dun Meru dapat berterusan.Nikmat ini mesti di pertahankan setiap warga penduduk di Dun Meru jika ingin melihat ianya berterusan setiap tahun dan sepanjang tahun.Bahkan di seluruh Negeri Selangor.

Selangorku Indah...Selangorku Harmoni..!

Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia...!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...