Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Friday, August 19, 2011

Berita:Selangor digesa siasat dakwaan Umno dalang





Berita Video:


SHAH ALAM, 19 Ogos:
Dewan Pemuda PAS Selangor hari ini mahu kerajaan negeri menyiasat dakwaan PAS bahawa isu pemeriksaan Jais terhadap Gereja Methodist Damansara Utama didalangi Umno.

Gesaan itu merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini bahawa beliau mempunyai bukti bahawa Umno terlibat dan berperanan di sebalik pemeriksaan Jais itu.

Sehubungan itu, mereka meyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Agama Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohd Ali.

Pemuda PAS Selangor diwakili ketuanya, Hasbullah Ridhwan dan timbalannya, Mohd Sany Hamzan.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Dr. Hassan manakala bagi pihak Menteri Besar, memorandum tersebut diterima setiausaha sulitnya Mustapha Mohd Talib di pejabat masing-masing di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).

"Ini suatu yang sangat malang jika agensi kerajaan negeri (Jais) boleh dicampurtangan parti politik seperti itu. "Apatah lagi ianya dibuat dalam keadaan politik Umno yang selalu guna isu agama untuk hidupkan politik mereka yang dah nak mati," kata Hasbullah pada sidang media selepas pertemuan kira-kira setengah jam dengan Dr. Hassan.

Dalam pertemuan itu juga ujarnya, Dr. Hassan bagi pihak kerajaan negeri telah bersetuju untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan Mustafa itu.

Sehubungan itu, mereka mahu setiausaha agung PAS itu menyerahkan bukti berkaitan kepada kerajaan negeri.

Mengulas penyebaran video klip yang didakwa rakaman sewaktu pemeriksaan gereja itu oleh bloger Umno, Mohd Sany pula berkata ianya sesuatu yang sangat mengejutkan di waktu Jais masih belum pun siap siasatan mereka.

"Sultan Selangor menitahkan agar semua pihak tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan selagi Jais tidak menyiapkan laporan mereka. "Saya nak tanya bloger Umno, siapa sebenarnya derhaka," katanya.

Ekoran itu juga beliau mahu pihak istana memberi teguran kepada pihak-pihak yang membelakangkan titah sultan tersebut.

Dalam isu pemeriksaan gereja ini, PAS berpendirian agar Jais segera membuat pendakwaan jika mereka mempunyai bukti bahawa wujud gerakan mengkristiankan orang Islam.

Sumber: Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...