KETAHUI HAK KITA
Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].
Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.
Thursday, August 25, 2011
Merdeka..?
Makna Sejarah
Saban tahun,tiap kali bulan Ogos seluruh rakyat Malaysia akan meraikan hari kemerdekaan Negara,hari yang menandakan tanahair kita bebas dari penjajahan barat.Bahasa mudahnya Negara kita sudah bebas dari kongkongan barat khususnya british.Betul kah begitu kita telah bebas dari penjajahan mereka..?.
Semua orang akan mengatakan ia,benar.kalau mengikut buku sejarah dan sejarah samada yang kita baca atau yang di bacakan Negara kita sudah merdeka sejak 1957 lagi.Tanggal 31 ogos menjadi tanda tarikh keramat kemerdekaan Negara kita.Itu semua orang tahu,jika di soal tarikh kemerdekaan tidak tahu,rasa malu pula.Merdeka!..Merdeka...Merdeka..!.
Tokoh yang sering dalam ingatan kita adalah Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj.perdana menteri pertama Malaysia,yang merupakan ikon atau tokoh kemerdekaan Negara atau juga di kenali Bapa Kemerdekaan.Itulah sebahagian sejarah yang semua orang ingat dan tahu tentang kemerdekaan Negara kita yang tercinta ini.Itulah juga anggapan sebahagian besar rakyat dalam memaknakan kemerdekaan Negara ini.
Rakyat Kena Bersyukur
Merdeka..merdeka...merdeka,itulah laungan keramat yang membebaskan Negara kita dari penjajahan.Hari ini kita telah menikmati sebahagian dari erti kemerdekaan.Penat lelah,jerit perih pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lalu telah kita nikmati hari ini dan saat ini,inilah gembar gembur yang sering kita dengari dari mulut pemimpin Negara kita bila menjelangnya hari kemerdekaan.
Rakyat patut bersyukur dengan nikmat keamanan dan keharmonian Negara saat ini.Negara kita tidak sama dengan Negara luar sana,yang penuh dengan kacau bilau,huru-hara,masalah makanan dan sebagainya yang membelenggu kehidupan mereka.Negara kita masih stabil dan ekonominya tetap teguh.
Ia benar,sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan prihatin setiap rakyat memang patut bersyukur dengan nikmat keamanan dan kemakmuran ini.Siapa yang tidak suka dengan ini,namun di sebalik itu semua,masih terdapat lompang-lompang yang perlu di perbaiki dan penambahbaikan terus menerus mesti di lakukan.
Tiga bangsa terbesar Melayu,Cina dan India,apakah benar-benar mereka mendapat kemerdekaan sebenarnya.Dari politiknya,ekonominya,agamanya,sosialnya dan yang lainya adakah memenuhi keperluan mereka.Juga bangsa-bangsa lain yang terdapat di sabah dan Sarawak.
Kuasa Politik
Sudah 54 tahun merdeka negara kita,satu jangka waktu yang lama.Umno Barisan Nasional selaku parti yang di amanahkan memerintah Malaysia juga sudah menjangkau 6o tahun lebih usianya.Jangka waktu yang sebegini seharusnya lebih mematangkan mereka dalam berpolitik.Penerimaan beza pandangan khususnya pihak pembangkang dalam menegur kelemahan kerajaan yang berkuasa seharusnya di raikan dan di terima sebagai teguran yang membina.
Memang tugas pihak pembangkang untuk menegur segala kepincangan yang ada,jika tidak apa perlunya mereka dalam Negara yang mengamalkan demokrasi terpimpin.Umno selaku kerajaan yang memerintah tidak perlu melenting bila teguran itu mengenai kepimpinan yang ada tidak cekap dalam penggunaan dana rakyat yang berjuta ringgit lesap dan tidak memberi makna apa-apa kepada rakyat.
Itu tugas pihak pembangkan sejak sekian adanya wujudnya Negara Malaysia ini.Namun pada hakikatnya,layanan pihak Umno Barisan Nasional terhadap pihak pembangkang tidak langsung di terima sebagai satu sistem yang ada dalam demokrasi.Suara mereka di sekat,kebebasan media tidak di berikan kepada pihak pembangkang dengan sewajarnya.Peluang untuk muncul di media elektronik dalam membahaskan manifesto atau dasar-dasar pihak mereka langsung tidak di beri peluang.
Jika ada pun hanya beberapa saat,itu pun sekadar mulut yang bekumat-kamit tanpa ada suara.Inikah kemerdekaan..?.
Kebebasan Media
Bayangkanlah 54 tahun merdeka,namun kebebasan hak untuk memiliki rangkaian media elektonik langsung tidak di layan.Ini baru tentang media.Sekadar media cetak,itu pun masih di sekat-sekat,terkongkong dan di kongkong dengan pelbagai akta yang mencengkam penerbitannya.Akses pada media ini terlalu jauh untuk di miliki sepenuhnya oleh pihak pembangkan,adakah mahu menunggu seratus tahun lagi akses pada media diizinkan sepenuhnya..?.Merdeka...merdeka...merdeka.Waktu itu laungan ini jugalah yang berkumandang.
Sekian lama merdeka itulah yang masih di perolehi oleh pihak pembangkang yang sah dalam Negara demokrasi di Malaysia.Sekadar media harakah dari PAS,Suara Keadilan dari PKR,Roket dari DAP serta yang lainnya,itu pun tiada menyeluruh sebarannya (hanya sekadar edaran untuk ahli sahaja).Malah masih yang tidak diluluskan permit penerbitannya.Bayangkanlah 54 merdeka,Umno Barisan Nasional melayan Pihak pembangkang yang juga berperanan dalam memakmurkan Negara.Merdekakah...?.
Biarpun kini wujud media alternatif melalui medium internet,namun untuk akses talian ini,bukan semua rakyat punyai internet,di tambah lagi dengan talian internet yang tidak lancar.Media laman web,blog Twiter,Facebook dan laman social menjadi medium baru dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat dan rakyat umumnya,Inilah yang membantu serba sedikit terhadap perjuangan rakyat dari pihak pembangkang,itu pun adakalanya di ugut dengan pelbagai ancaman dan akta-akta yang mencengkam mereka.
Kemerdekaan Sebenar
Justeru itu,itu hanya sebahagian sahaja yang saya utarakan dalam penulisan ini.Masih banyak lagi peluang dan ruang yang masih pincang hasil olahan parti yang memerintah sekian lama ini.Laungan merdeka setiap tahun tidak memberi makna yang setimpal dengan kenyataan sebenar tentang kemerdekaan yang menjangkau 54 tahun ini.
Kemerdekaan sebenar masih suram dan samar dengan ketidakadilan dan kezaliman yang semakin hari semakin menunjukkan reaksinya.Penjajahan dari bangsa sendiri telah memperlihatkan wajah yang sebenar.Itu pun masih tidak bisa di baca oleh sebahagian penyokong dan pendokong parti yang memerintah ini.Mereka merasakan kemerdekaan sebenar sudah wujud sejak sekian lamanya semenjak tarikh kemerdekaan lagi.Bagi mereka tidak perlu lagi apa yang mahu di kokokkan bahawa Negara ini perlu di merdekakan lagi.Itu pandangan mereka dalam memaknakan erti kemerdekaan ini.
Sebenarnya hari ini,kita memerlukan satu kemerdekaan yang hakiki,kemerdekaan yang jauh dari ciri-ciri kedurjanaan politik rakus dan zalim.Kemerdekaan yang mewarnai keharmonian,keadilan dan kedamaian hati setiap rakyat yang cintakan tanahairnya dari tangan-tangan yang penuh dengan noda dan dosa.Kemerdekaan dari pemimpin yang berdolak dalik dalam memenuhi kebebasan setiap rakyat.
Justeru itu marilah kita bebaskan Negara ini dari belenggu mereka yang mahu menjahanamkan nasib agama,bangsa dan Negara tercinta ini.Tugas dan tangunggjawab ini terletak di bahu semua rakyat yang mahukan erti kemerdekaan sebenar.
Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia.
Labels:
Rencana
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment