Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Monday, October 29, 2012

Salam Aidiladha 1433H




Alhamdulillah pagi ini dengan izin-Nya dapat saya mencoretkan sesuatu, setelah begitu lama saya tidak menulis di sini. Kita masih ada satu hari lagi dalam suasana perayaan hari raya haji atau hari raya korban. Semoga segala amal ibadah yang telah kita laksanakan di teima oleh Allah SWT. Para pengunjung Baitullah, mudah-mudahan dapat menyelesaikan ibadah haji dengan mudah, selesa dan selamat serta mendapat haji yang mabrur, begitulah impian mereka.

Dalam pertemuan yang ringkas ini saya ingin mengucapakan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1433H, semoga segala pengorbanan yang kita laksanakan menerima balasan dari Allah SWT. Biar pun pengorbanan yang kecil sekali pun mudah-mudahan juga dihitung oleh Allah sebagai amal soleh. Para sahabat penulis blog yang sekian lama menulis dengan matlamat ingin memberi kefahaman tentang isu-isu yang berlaku ditanahair, bagi memahamkan rakyat yang kehausan dengan berita-berita yang sahih sudah pastinya mencari-cari ulasan isu-isu semasa yang lebih beramanah dan berintegriti.

Melihat perkembangan mutakhir ini, isu-isu yang berbangkit sangat mengerunkan, mana tidaknya, lihatlah keceloparan para pemimpin parti dari kalangan bangsa Cina terutamanya dalam politik MCA, yang semakin hari semakin berani menghina agama Islam terutamnya dalam persoalan Hudud, yang mereka sendiri kurang arif dan faham mengenainya. Namun apa yang sangat mengecewakan, Umno sebagai peneraju utama dalam Barisan Nasional sangat tidak bertanggungjawab dengan keadaan yang berlaku ini, para pemimpin Umno membisu seribu bahasa dengan hinaan dan cercaan oleh para pemimpin MCA itu.



Malah para pemimpin NGO yang konon memperjuangkan akidah, bangsa dan Negara, raja-raja malah sanggup mengadaikan nyawa bila agama dan bangsa mahupun raja diperkotak-katikan diam seribu bahasa, bisu sebisunya malah ada juga yang bersuara namun kata-katanya berlapik-lapik ( takut lah tu ) dan ada yang menyokong dan mempertahankan penghinaan itu. Malang sungguh mereka ini, sikap hiprokit mereka semakin jelas sejelas-jelasnya. Cukuplah dari mengharapkan mereka mempertahankan bangsa, agama dan Negara namun hakikatnya kosong dan retorik semata-mata.

Oleh itu isu-isu yang berlaku memerlukan ulasan politik yang matang oleh para penulis blog yang berintergriti. Janganlah kita menyemarakan dan memanaskan keadaan dengan ulasan-ulasan yang tidak menyelesaikan permaslahan ini. Kita mengharapkan juga agar UMNO yang sekian lama menunjangi tampuk pemerintahan ini, menasihati, menegur rakan-rakan sekutu mereka terutamnya parti MCA itu agar tidak terus-menerus menyerang dan menghina-hina perkara yang berkaitan dengan agama Islam. Itu pun jika UMNO ada kesedaran, keberanian dan keupayaan untuk memperbaiki keadaan itu.

Jika tidak, rakyat akan bangkit menurunkan mereka melalui undi dalam PRU-13 nanti, yang mana akhirnya Pakatan Rakyat akan mengambil alih pemerintahan dengan HARAPAN BARU untuk rakyat Malaysia.

Selamat berkorban.

Ayuh Berubah..Selamatkan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...