Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Wednesday, October 31, 2012

Keceloparan Yang Di sengajakan




Rakyat yang peka masih lagi membicarakan perihal keceloparan para pemimpin MCA, khususnya dalam membicarakan dan mempertikaikan sekaligus menghina undang-undang Hudud ciptaan Allah SWT. Mereka bagaikan mahir dan arif tentang hukum Islam pula, lebih arif dari para pemimpin UMNO yang bungkem dan bisu-sebisu-bisunya, apatah lagi dengan NGO (NGOK-NGOK UMNOBN ) yang konon-konon memperjuangkan  agama, bangsa, agama dan raja-raja.

Malah ahli-ahli agama yang sering melompat bila ada para pemimpin dikalangan parti DAP yang tidak bersetuju dengan Hudud ini pun turut kelu lidah untuk menegur dan memperbaiki keadaan tersebut. Mereka bagai lupa apa yang diungkapakan oleh pemimipin MCA itu satu penghinaan dan serangan yang jelas dan nyata tentang hukum Allah SWT.

Mereka bagai kehilangan hujah dan dalil yang biasa mereka guna pakai dalam menghentam pemimpin DAP yang kononnya menentang perlaksanaan Hudud. Memang benar DAP menentang ( itu pun atas kerangka perlembagaan ). Tetapi mereka tidak celopar menghina-hina dan mencerca sewenang-wenangnya seperti para pemimpin MCA itu. Jelas lah pada kita sebenarnya sekarang, siapa yang lebih waras pemikiran sama ada MCA atau DAP.

Sebahagian rakyat percaya, mengapa para pemimpin MCA begitu berani menghina hukum Islam, kerana di belakang mereka ada Tuan Guru mereka yang menyesatkan fikiran dan ketidakfahaman mereka tentang ajaran agama Islam yang dianuti oleh sebahagian besar Umat Islam di Malaysia. Tuan Guru ini jugalah yang menyesatkan para penyokong dan para pencacai yang kurang perhitungan akalnya.

Malah mereka juga bukan sahaja menghina, menentang perlaksanaan hukum Hudud ini, malah Tok Guru inilah yang menghalang dan mengugut agar tidak sama sekali hukum Hudud ini di laksanakan  di Malaysia. Biar pun mereka ini sudah di beri peluang dan ruang dengan kuasa yang dimilikinya, namun kerana atas dasar tidak sensitive dan bukanlah perjuangannya untuk agama maka, niat untuk melaksanakan hukum Hudud ini tiada di sudut sanubari mereka.

Jika ada pun, hanya ungkapan-ungkapan yang mengagalkan untuk dilaksanakannya; belum bersedia, masyarakat belum faham, orang bukan Islam belum faham dan beribu alasan akan di berikan sedangkan mereka amat berupaya jika benar-benar ikhlas ingin melaksanakannya. Ya..Tuan Guru tersebut UMNO lah jika tidak siapa lagi. Para pemimpin UMNO, merekalah sepatutnya memberi kefahaman kepada sekutunya tetapi sebaliknya pula, bagaimanalah rakan mereka mahu faham tentang agama Islam, sedang UMNO itu sendiri tidak sensitive dan peka pada agama.

Pemimpin utama UMNO sungguh sangat mengecewakan dan amat tidak berupaya untuk menegur rakan kongsinya. Dalam majlis Mesyuarat MCA baru-baru ini, yang di hadiri pemimpin  utama UMNO sendir, jelas ungkapan penghinaan itu didengari beliau. Takkanlah sedikit pun tidak rasa sensitive. Begitu sekalikah rasa takutnya, mana maruah diri dan maruah agama yang di anuti itu?. Tidak jelas lagikah keceloparan yang diungkapkan oleh rakan sekutunya itu?. Atau memang sudah direstui dan di beri lampu hijau untuk terus bercelopar begitu. Ya..amat menyedihkan para penyokong dan pendokong UMNO mempunyai pemimpin yang tiada keberanian dan jiwa yang kerdil dan penakut itu.

Jelaslah pada kita mainan politik mereka yang semakin hari semakin jijik dan kotor. Mereka bagai kehilangan akal budi yang waras. Sememangnya mereka sudah tidak berupaya untuk terus menerajui kepimpinan Negara ini. Mereka kehilangan punca, goyah, rapuh serapuhnya dan semangat juang yang lemah. Untuk bangsa pun mereka khianati, agama juga mereka khianati apatah lagi raja-raja yang kononnya mereka membela ketuanan raja-raja melayu.

Justeru itu, marilah kita bersatu, rapatkan saff, mantapkan gerak kerja, banyakkan berdoa dan dengan yakin dan tekad yang satu. Kita hentikan permainan politik yang jijik dan keji ini, kita benamkan parti politik yang layu ini pada PRU-13 nanti. Kita yakin mereka akan tinggal sejarah dan akan dilupkan oleh rakyat Malaysia.

Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...