Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Wednesday, June 6, 2012

Bila PRU-13?


?


Bila agaknya PRU-13 ya?.Asyik ramalan demi ramalan,andaian demi andaian.Sungguh membosankan sekali.Beginilah malangnya rakyat Malaysia tarikh yang sangat penting hanya di ketahui oleh seorang manusia sahaja.SPR yang sepatutnya tahu pun tidak tahu.Rakyat asyik bermain teka-teki,namun masih tidak ada jawapannya.Bila agaknya ya?.

Jawapan mudah bila kawan saya tanya.”Tanyalah PM..Dia yang tahu rahsia tarikh PRU-13”.Isu demi isu muncul,skandal lama dan baru muncul pun masih tidak ada petunjuk.Sebelum ni ada yang kata bulan mac,mei pun tak ada,sekarang masuk bulan jun,pun tak tahu lagi.Mungkin belum dapat firasat  atau pun masih tidak yakin dengan kekuatan yang ada sekarang.Entahlah malas mahu fikir panjang-panjang.Sahabat-sahabat semua fikir-fikirlah sendiri mengapa PM masih tidak mahu membubarkan parlimen.

SPR makin hari makin kalut,bukan-bukan yang di buat.Lapan tuntutan BERSIH 3.0 tidak ada respon positif,perkara remeh temeh yang di utarakan.Terbaru larangan kartun dijadikan bahan pilihanraya.Sampai tahap itu kepandaian mereka.Para kartunis berjiwa merdeka tegelak bagai nak menagis.Sejak bila kartun ditakuti.Alahai apa nasib rakyat Malaysia ini.Lucu hingga hampir melucahkan.

Lagak samseng dan gangster makin menjadi-jadi,seolah direstui dan ada lesen pula.Ganguan ceramah Pakatan Rakyat oleh samseng yang sudah tentunya di upah dan di jamin halal oleh mereka yang tidak bertamadun.Orang ceramah dia pun nak ceramah,menyampuk orang bercakap,pasang speaker kuat-kuat,Ni politik apa ni?.Terpekik terlolong macam hilang akal di buatnya.

Sudah hilang modal berhujah,jadi itu sahaja lah yang mereka mampu laksanakan,apa yang penting bagi mereka kuasa tetap dalam gengaman mereka.Soal maruah ketepi langsung.Memang pun mereka terdiri daripada mereka yang tidak bermaruah.Mengaku pejuang bangsa,agama dan Negara tetapi kelakuan mengalahkan manusia yang tidak bertamadun.Akhlak macam ini yang mahu tadbir Negara?.Sekarang pun sudah tonggang langgang,lagi mahu di beri peluang untuk berkuasa lagi.

Cukup-cukuplah hentikan pengkhianatan dan kebinatangan ini.Sudah serik sebahagian rakyat melihat tingkah laku mereka.Cukup sudahlah hasil mahsyul Negara di rampas dan di faraidkan sesame mereka.Cuku-cukuplah penipuan demi penipuan,pembohongan demi pembohongan yang mereka lakukan terhadap rakyat.Terbaru tariff letrik pun mereka lakukan penipuan.

Mana rakyat di dahulukan?.Mana?.Semuanya hanya lakon-lakonan.Mengaku perjuangan suci.Tapi maki hamun,fitnah tak henti-henti.Minta muzakarah bagai benar kata bicara tapi hanya pembohongan semata-mata.Jelas makin hari makin tidak berpedoman.Makin hari makin di benci dan di sumpah rakyat,Akhirnya sampai hari ini tak berani-berani mahu bubarkan parlimen.Cakap degar-degar tapi tak berani debat.

Penyokong dan pendokong makin hari makin buta hati,buta mata,buta pandangan.Sudah-sudahlah pertahankan perkara keji dan mungkar.Rasuah,fitnah ,porno,samseng,tipu,bohong dan macam-macam lagi.Makin hari makin meluat dan menyampah bagai sampah yang berhari-hari tidak di angkat.Terbiar berbau busuk hingga nak termuntah.Cukup dan sudah-sudah lah..!.

Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...