Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Thursday, June 21, 2012

Artis Dan Perjuangan


Aisyah salah seorang yang berjuang dalam Jemaah PAS


Kini ramai dikalangan artis yan sudah sedar tentang tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah SWT.Mereka berhijrah kearah yang lebih baik demi mencari keredaan Allah serta ingin memperbaiki kehidupan mereka agar lebih baik dari sebelumnya.

Malah ramai dikalangan mereka sedar akan tanggungjawab mereka sebagai rakyat.Mereka bukan sahaja artis yang semata-mata berlakon dan bernyanyi menghiburkan peminatnya semata-mata tetapi kesedaran terhadap apa yang berlaku di Negara ini turut mereka ikuti dan rasai.

Satu perkembangan yang menarik sejak akhir-akhir ini,terdapatnya artis-artis yang turut serta dalam perjuangan menuntut keadilan dan kebenaran ini.Sama ada mereka menyertai PAS mahu pun Keadilan.Mereka turut terjun kegelanggang perjuangan tanpa rasa takut dan gentar dengan ugutan dan penentangan di kalangan mereka yang tidak bersetuju pada penglibatan artis dalam politik pembangkang.

Artis yang turut sama dalam perjuangan PAS mahu pun keadilan adalah mereka yang sudah nekad dan yakin bahawa rezeki semua itu ketentuan Allah,mereka meletakkan keyakinan seratus peratus hanya pada Allah SWT,sebab itu mereka tidak takut dengan segala halangan mahupun ugutan.

Syabas dan tahniah kepada para artis yang berani turut berjuang dalam menuntut keadilan dan kebenaran itu.Kita doakan agar mereka terus istiqamah dalam perjuangan dan kekal dalam orbit Islam sebagai cara hidup mereka.

Manakala kepada artis yang tidak menyertai mana-mana parti politik akan terus bersama-sama  berganding bahu menyemarakan cara hidup Islam dan mengekalakan hidayah yang Allah beri pada mereka untuk terus membawa kebaikan kepada masyarakat.Mereka di dapati lebih cenderung kepada parti yang membawa keadilan dan kebenaran.

Fenomena ini di harapkan terus berkekalan sehingga bila-bila pun hendaknya.Golongan artis juga merupakan aset yang turut sama membawa perubahan dalam menuju Malaysia baru.Itulah harapan semua rakyat yang cintakan tanahair ini.

Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...