Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Monday, July 25, 2011

Selangorku; Pembasmian Kemiskinan & Kerajaan Prihatin

Selangorku Unggul


"Perang melawan negara adalah untuk mengubah peta; perang terhadap kemiskinan adalah untuk memeta perubahan"
- Muhammad Ali


Dasar pembasmian kemiskinan dan kerajaan prihatin yang digariskan sering samar kerana nampak bertindih. Usaha pembasmian kemiskinan dan kerajaan perihatin fokus kepada isu perumahan untuk orang miskin, penjanaan pendapatan, pendidikan dan kesihatan. Usaha ini diselaraskan bagi membantu mereka yang memerlukan dengan sasaran jangka panjang memastikan mereka dapat berdikari.

Pencapaian Utama

1. Pembinaan dan pemulihan semula rumah terbengkalai.

Rumah terbengkalai di Selangor memberi masalah kerana penduduk akan tinggal di kawasan yang buruk. Kerajaan negeri Selangor komited membina dan memulihkan semula rumah tidak siap ini untuk meningkatkan persekitaran hidup kerana pemilik tanah tidak mampu memperbaikinya. Bantuan telah diberikan untuk ini bagi semua kaum di 9 kawasan di Selangor.

2008
132 rumah dibina semula (RM 3.182 million)
154 rumah dipulihkan (RM 907,500)
2009
133 rumah dibina semula
146 rumah dipulihkan

2. Poverty blueprint

Dasar untuk inisiatif Pelan Kemiskinan adalah untuk meningkatkan pendapatan peniaga termiskin. Kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah bagi garis kemiskinan (PLI) kepada RM1500 kerana ia memberi petunjuk lebih realistik untuk kemiskinan. Sehingga kini, anggaran sekitar 30% penduduk Selangor termasuk dalam kategori miskin. Bagi program, kriteria pilihan adalah sangat ketat dan mesti melalui proses temuduga sebelum lawatan lapangan oleh para pegawai. Bantuan hanya diberikan dalam bentuk peralatan dan kemudahan. Inisiatif ini tidak melibatkan bantuan kewangan.

2008 Pemohon 353
Terpilih 197

2009 Pemohon 2148
Terpilih 345

3. Bantuan Kesihatan

Subsidi bagi Rawatan Haemodalisis untuk pesakit buah pinggang
Pada tahun 2009, kerajaan negeri Selangor memulakan program di mana pesakit terpilih di kalangan golongan miskin (berasaskan garis kemiskinan RM1500 ke bawah) diberi RM60 untuk setiap kali rawatan dialisis. Bagaimanapun, untuk tahun 2010, bantuan haemodalisis ditukar kepada pemberian subsidi one-off sebanyak RM2000. Ini membolehkan lebih ramai rakyat menerima bantuan.

Pembedahan katarak

Kerajaan negeri Selangor membuat program inisiatif untuk membayar kanta intraocular bagi pembedahan katarak. Asas kepada dasar ini ialah kerana ramai pesakit dari kalangan golongan miskin mengelak untuk membuat pembedahan katarak kerana tidak mampu membayar kanta yang kosnya sekitar RM400-RM600, meskipun pembedahan tersebut percuma di hospital awam.

Pembedahan kecil


Pembedahan kecil yang kosnya di bawah RM2,000 diberikan subsidi kepada pesakit terpilih di kalangan golongan miskin. Bagaimanapun, jika kosnya melebihi RM2,000, bantuan hanya setakat RM2,000.

Derma peralatan sakit

Kerajaan negeri menderma 1 mesin dialisis berharga RM50,000 kepada Persatuan Haemodialisis di Klang. 20 kerusi roda dan topang didermakan kepada individu yang memerlukan dengan kerjasama kerajaan negeri dan Kelab Rotary. Kerajaan negeri juga menyediakan bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan kerusi roda khas berharga RM2,000 hingga RM5,000 setiap satu.

4. Kajian yang dijalankan

Merdeka Center for Opinion Research (Merdeka Center), sebuah agensi penyelidikan pendapat awam, diberikan tugas untuk membuat kajian latar belakang kewangan 600 petani di Tanjong Karang, Sabak Bernam. Keputusan kajian ini akan didapati pada tahun ini.

5. Latihan

Kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Peniaga India Malaysia (MIBA) menganjurkan seminar sehari sebanyak 4 siri secara percuma kepada peniaga yang berminat dengan usaha niaga.

Latihan kemahiran untuk 50 pelajar pada 2008 dan 2009 di Kolej Antarabangsa INPENS.

6. Bantuan kewangan kepada NGO

Bantuan kewangan diberikan kepada badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Parkinson Malaysia, Hospice Klang, Sekolah Khas Klang, Persatuan Dyslexia, Yayasan Kiwanis, Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor & Wilayah Persekutuan (sekadar beberapa nama).

7. Bantuan Individu

Hamper makanan


Hamper makanan yang mengandungi bahan asas seperti Milo, Kopi, Gula, Susu dan Minyak diberikan pada kadar berterusan. Sehingga kini, secara rasminya sebanyak 2,500 hamper telah diberikan.

Semasa sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor pada tahun 2008, sebanyak 39,200 beg yang mengandungi beras 5kg, tin susu dan gula diedarkan di seluruh DUN di Selangor. Setiap DUN menerima 700 beg mengandungi 5kg beras, 1400 tin susu dan 700 pek gula.

Program Balik ke Sekolah


Pada tahun 2008, 700 BATA voucher kasut bernilai RM20 setiap satu diagihkan di 56 DUN. Pada tahun 2009, 39,200 beg sekolah diberikan kepada semua DUN (700 bagi setiap DUN).

UPSR & PMR

Skim Bantuan UPSR & PMR 2009 adalah sebuah program yang dirancang untuk membantu pelajar miskin yang menduduki peperiksaan. Khususnya, pelajar sekolah rendah di darjah 6 dan pelajar sekolah menengah di Tingkatan 3 dipilih untuk program ini. Setiap DUN memilih 50 pelajar UPSR untuk menerima RM90 seorang dan 50 pelajar PMR menerima RM 120 seorang.

Aktiviti dirancang bagi 2010

Kerajaan negeri Selangor terus memandang ke depan untuk membuat inisiatif baru bagi Dasar Pembasmian Kemiskinan. Aktiviti akan datang termasuk:

1. Kajian lanjut

Kajian "Miskin Kota" di Taman Sentosa, Klang telah dimulakan oleh Merdeka Center.


2. Latihan Kemahiran bagi Wanita Miskin


Sebuah pusat dengan 10 mesin menjahit dibeli kerajaan negeri telah diwujudkan di Tanjong Karang. Wanita digalakkan belajar menjahit dengan yuran minima.

Latihan Kemahiran untuk Pelajar (yang berhenti sekolah) di Kolej Antarabangsa INPENS.

Program Pendaftaran Kad Pengenalan (IC) & Surat Beranak (BC)

RM80,000 diperuntukkan untuk inisiatif ini. Ini termasuk pengambilan staf sepenuh masa dan menyediakan pejabat di Majlis Perbandaran Klang.

Sumber; Selangorku

Biometrik: Bersih perlu sokong, kotor kena tolak

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


KOTA BHARU, 25 Julai
: PAS hanya akan membuat keputusan menyokong atau sebaliknya berhubung biometrik selepas diberi penerangan berhubung perlaksanaan perkara itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, walaupun tidak menafikan hanya akan menyokong sekiranya perkara itu baik, namun penerangan berhubung perkara itu perlu dilakukan terlebih dahulu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung sistem biometrik yang bakal dilaksanakan oleh SPR dalam pilihan raya umum selepas merasmikan pelan halatuju ICT negeri Kelantan 2011-2015 di Kota Darulnaim, di sini petang tadi.

Turut hadir pada majlis itu, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil agensi kerajaan negeri.

Menurutnya, selepas mendengar taklimat perbincangan pula perlu diadakan sama ada ianya perlu menyokong atau sebaliknya.

“Perkara bersih perlu disokong, perkara yang kotor kita kena tolak. Mana-mana perkara yang rosak atau meragukan kita kena tentang,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun memberitahu, untuk membentuk kerajaan yang adil, ianya perlu diadakan melalui pilihan raya yang bersih dan adil.

Tambahnya, sama ada untuk mentadbir sebuah keluarga, diri, jiran tetangga, negeri atau negara perlu diadakan dengan cara bersih.

Terdahulu Pengerusi Multimedia Development Corporation (MDeC), Tan Sri Abdul Halim Ali, ketika berucap di majlis pelancaran itu berkata, portal rasmi kerajaan Kelantan menduduki tempat keenam daripada 1,145 laman web yang dinilai di peringkat kebangsaan.

Menurutnya lagi, selain itu portal rasmi kerajaan negeri juga berjaya melonjak pencapaian lima bitang di bawah program Penilaian Portal dan Laman Web kerajaan 2010.

“Saya begitu kagum dengan pencapaian ini termasuk portal kerajaan negeri turut berada di tempat ketiga dalam kategori negeri dengan 15 laman web kerajaan dan agensi negeri berjaya memperolehi status lima bintang,” ujarnya.

Saturday, July 23, 2011

Kesan Bersih 2.0 lebih besar – Presiden PAS

Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang


TUMPAT, 22 Julai:
Tidak lama selepas Bersih 1.0 diadakan pada November 2007, kerajaan Barisan Nasional (BN) menerima kesannya apabila dinafikan majoriti dua pertiga di parlimen pada pilihan raya umum Mac 2008.

Dan kesan gelombang Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu diakui banyak pihak lebih hebat lagi dirasakan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Bersih 2.0 dirasakan lebih hebat berbanding Bersih 1.0.

”Antaranya penyertaan masyarakat bukan Melayu begitu menggalakkan sekali. Ini merupakan satu gabungan sangat baik. ”Sedangkan kerajaan BN menggunakan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang bersikap fanatik seperti Perkasa dan kumpulan seni silat. ”Namun akhirnya mereka tidak dapat berhimpun dan terpaksa menarik diri kerana tidak dapat sambutan,” katanya selepas perasmian penutup Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan di Pantai Geting, petang ini.

Ijtimak sehari itu bermula jam 9 pagi tadi. Kesemua pemimpin PAS dan wakil-wakil rakyat hadir. Perasmian pada sebelah pagi diadakan serentak dengan kuliah perdana oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dianggar lebih 20,000 hadir pada ijtimak tersebut apabila lokasi tempat perhimpunan penuh dengan kebanjiran pendokong PAS dari seluruh jajahan.

Menurut Presiden PAS, di negeri lain juga perhimpunan rakyat mendapat sambutan baik di majlis-majlis yang diadakan di seluruh tempat.

”Termasuklah himpunan anjuran Bersih 2.0 yang diatur baru-baru ini mendapat sokongan meluas dari seluruh negara di mana mereka sanggup datang berhimpun di Kuala Lumpur. ”Ini menandakan respon yang sangat positif daripada seluruh rakyat, bukan saja daripada penyokong PAS,” katanya.

Ditanya mengenai peguam Perancis, William Bourdon dilaporkan ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) katanya ia menandakan demokrasi di Malaysia ini masih tidak sempurna.

”Sekiranya kerajaan berada di pihak yang benar, kerajaan betul, apa hendak ditakutkan,” ujarnya.

Bourdon dilaporkan ditahan sebaik tiba di KLIA. Semalam beliau berada di Pulau Pinang bercakap tentang isu kontroversi pembelian kapal selam Scorpene didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit.

Menurutnya peguam terbabit dilihat berani mempertahankan kebenaran dan kalau tak salah apa hendak ditakutkan.

Sebelum itu ketibaan Tuan Guru Abdul Hadi yang anggota parlimen Marang ke Pantai Geting menaiki motosikal berkuasa besar dari Pantai Seri Tujuh.

Mengenai sambutan hangat ijtimak tersebut katanya Insya Allah kita yakin PAS dapat mempertahankan negeri ini.

”Selama ini walau pun pilihan raya tidak bersih di seluruh negara, Kelantan boleh bertahan. Operasi mengangkut pengundi dari luar, gunakan duit, macam-macam serta serangan media. Kelantan mampu bertahan ”Dalam masa 20 tahun kita boleh bertahan. Sambutan diberikan hari ini menandakan komitmen, iltizam jentera-jentera PAS untuk terus bekerja bagi mempertahankan kemenangan di Kelantan ini, InsyaAllah,” katanya.

Mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi mereformasikan demokrasi di Malaysia dan 8 perkara tuntutan Bersih 2.0, beliau mengalu-alukan sebarang langkah supaya membetulkan amalan demokrasi di Malaysia ini.

”Kita sangat-sangat mengalu-alukan cadangan penubuhan itu,” ujarnya.

Mengulas tiada tanda-tanda pimpinan Datuk Seri Najib Razak mahu menerima 8 perkara tuntutan Berih 2.0, beliau berkata sekiranya mahu menjadi pemimpin bertanggungjawab mesti perubahan dilakukan.

Menurutnya mana-mana pemimpin yang bertahan secara tidak bermoral, jatuh pun juga secara tidak bermoral.

”Lihat seperti apa yang berlaku di Mesir, di Tunisia dan di mana-mana saja di dunia. ”Di Asia Tenggara Marcos dengan Suharto yang memerintah begitu lama dengan revolusi tertutup, akhirnya jagi meletup dan berkaku perubahan. ”Dan kita harap negara kita juga berlaku perubahan dengan cara yang bersopan, pemimpin kena sedar dan insaf,” katanya.

Beliau juga berkata, sekiranya tuntutan mereformasi pilihan raya tidak diterima kerajaan BN, PAS tetap akan menyertai pilihan raya dan menentang sebarang penyelewengan.

Sumber: Harakahdaily

Friday, July 22, 2011

Berita; Bourdon: Najib burukkan lagi nama Malaysia

Peguam Bourdon


KUALA LUMPUR, 22 Julai:
Tindakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangkap peguam Perancis, William Bourdon (gambar) akan terus mencemarkan nama negara bahkan akan memburukkan lagi nama baik negara di mata dunia.

AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sepatutnya selepas pulang dari luar negara dan bertemu dengan Pope, Queen Elyzabeth dan Perdana Menteri Britain, Najib mempunyai pandangan lebih luas tetapi ternyata tidak.

"Balik sahaja dari luar negara, Najib terus membuat perangai buruk apabila menangkap William Bourdon, peguam hak asasi manusia dari Perancis ini. Sudah tentu ini akan menyebabkan semua mata peringkat antarabangsa akan melihat kita lagi.

"Sebelum ini majalah Economist di sensor, laporan tentang cara perhimpunan Bersih 2.0 dikendalikan belum selesai, ditambah pula dengan tindakan ini,"
kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas penangkapan peguam hak asasi manusia Perancis William Bourdon di KLIA tengahari tadi.

Bourdon ditangkap oleh sekumpulan pegawai Imigresen yang naik ke atas kapal terbang itu sebaik sahaja kapal terbang mendarat

William Bourdon, dijangka akan menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam tadi di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu malam ini di Dewan Sivik MPPJ.

Bagi Dr Dzulkefly, arahan penangkapan ini tentu dari pihak atasan pentadbiran Najib bagi menyekat apa-apa maklumat yang hendak disampaikan beliau dalam majlis malam ini dan esok.

"Mengapa Najib terus-terusan mencetus tindakan yang tunjukkan beliau hilang kawalan dan tertekan begini.

"Sepatutnya lepas jumpa Queen, Pope dan Perdana Menteri Britain, wibawanya akan tinggi dan menunjukkan kepada dunia beliau masih menguasai pentadbiran Malaysia dengan baik.

"Langkah ini akan mencetuskan pandangan umum yang burukkan pentadbiran beliau dan dia sendiri,"
kata Dr Dzulkefli (gambar) kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, tindakan menaham peguam Suaram ini seolah-olah membayangkan Najib mengesahkan tanggapan ada perkara yang nak dilindungi beliau dari diketahui rakyat dalam majlis di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan di Ipoh esok.

Ia juga, katanya, mencetus minat rakyat dan media antarabangsa untuk isu Scorpean ini dan bakal menjadi fokus media antarabangsa dan rakyat selepas ini.

"Najib meletakkan negara dalam mata antarabangsa dengan lebih buruk lagi. Ia akan menjejaskan negara sebagai destinasi pelaburan atas dakwaan rasuah hingga melibatkan orang no 1 negara," katanya.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor yakin, jika Najib tidak bertindak sebegini, majlis makan malam mengutip dana Suaram dan kedatangan Bourdon ini akan berlalu begitu sahaja.

"Namun apabila warga asing ditangkap, peguam hak asasi manusia Mahkamah Perancis pula, ia satu tindakan desperate yang bakal memburukkan lagi keadaan," katanya.

Sumber; Harakahdaily

Ramadhan: Selangor agih zakat RM14.24 juta

Selangor terus Unggul


SHAH ALAM, 22 Julai:
Selangor memperuntukkan sebanyak RM14,240,950 untuk diagihkan kepada 19,008 keluarga fakir dan miskin menjelang Ramadhan dan hari raya.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, agihan zakat untuk persiapan Ramadhan dan hari raya telah bermula 19 Julai lalu hingga 14 Ogos melibatkan 41 program di seluruh negeri.

Katanya, sebanyak RM8,975,300 diberikan kepada golongan miskin manakala RM5,265,650 untuk golongan fakir yang diagihkan melalui Lembaga Zakat Selangor.

Di Selangor, ujarnya terdapat seramai 12,159 keluarga asnaf miskin pada 2011 berbanding 14,058 pada 2010 manakala asnaf fakir pula seramai 6,849 pada tahun ini berbanding 9,430 keluarga tahun lepas.

Menurutnya, daerah Hulu Langat mencatatkan paling ramai penerima bantuan iaitu 3,529 keluarga dengan nilai RM2,647,750 diikuti Kuala Selangor seramai 2,621 keluarga (RM1,923,800), Sabak Bernam seramai 2,493 keluarga (RM1,753,150), Petaling seramai 2,197 keluarga (RM1,704,850).

Tambahnya, di daerah Klang (1,995 keluarga - RM1,532,900), Gombak (1,773 - RM1,348,300), Hulu Selangor (1,823 - RM1,385,800), Kuala Langat (1,659 - RM1,263,700), Sepang (570 - RM429,400) dan penempatan berkelompok seramai 348 keluarga (RM251,300).

"Pengagihan bantuan ini dilaksanakan lebih awal bagi membolehkan penerima zakat membuat persiapan Ramadhan dengan lebih sempurna di samping dapat menumpukan perhatian kepada melaksanakan ibada di bulan Ramadhan," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi agihan persiapan menjelang Ramadhan, bantuan berupa wang tunai iaitu setiap asnaf fakir menerima antara RM600 hingga RM1,000 mengikut tanggungan manakala asnaf miskin antara RM550 hingga RM1,000 juga mengikut tanggungan.

Sumber; Harakahdaily

Thursday, July 21, 2011

Berita; Bersih 2.0: Najib diseru pecat yang bertindak bodoh

Lim Kit Siang


KUALA LUMPUR, 21 Julai: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diseru memecat semua yang terlibat dalam strategi yang tidak menguntungkan sebelum, semasa dan semasa perhimpunan aman Bersih 2.0 9 Julai yang lalu jika beliau ingin menyelamatkan konsep 1Malaysianya.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) meluahkan rasa hairannya bagaimana pentadbiran Najib boleh membuat banyak perkara yang tidak menguntungkan sempena perhimpunan aman Bersih 2.0.

“Adakah Najib boleh mencari punca mengapa beliau dan kerajaan telah bergerak ke arah kesilapan yang besar dalam hal menangani Bersih 2.0 yang hanya menuntut pilihanraya yang bersih dan adil, dengan melakukan perkara yang tidak menguntungkan satu demi satu?” soal beliau.

Antara tindakan yang tidak menguntungkan kerajaan sebelum perhimpunan Bersih 2.0, kata Lim ialah pengumuman bahawa Bersih 2.0 ialah pertubuhan haram, pengharaman baju Bersih termasuk ketakutan kepada barang-barang kuning dan penangkapan, tidak menghormati titah Yang Di-Pertuan Agong untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

Beliau juga mungkir janji terhadap perjanjian bahawa perhimpunan boleh dibuat di stadium apabila menyekat stadium Merdeka dari digunakan untuk perhimpunan itu.

Selain itu, sekatan jalan raya, ugutan Mei 13 of Pemuda Umno dan Perkasa, melarang 91 individu untuk memasuki kawasan Kuala Lumpur Julai 9, tuduhan liar kepada Presiden Bersih 2.0 Ambiga Sreevenasan, penahanan Ahli Parlimen PSM Dr Michael Jeyakumar dan lima ahli PSM lain di bawah Ordinan Darurat dan kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memberikan respon kepada 8 tuntutan Bersih 2.0.

Selain itu, Lim turut menyenaraikan perkara-perkara yang tidak menguntungkan yang dibuat kerajaan semasa perhimpunan Bersih 2.0.

Antaranya ialah kelampauan, kekasaran dan penahanan beramai-ramai oleh polis, kematian Baharuddin Ahmad, melanggar motorsikal yang ditunggang oleh Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu, menembak gas pemedih mata tanpa amaran ke dalam tunnel KL Sentral tanpa memikirkan keselamatan awam dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan menembak gas pemedih mata dan air asid ke kawasan Hospital Tung Shin.

Selepas perhimpunan Bersih 2.0, Lim berkata kerajaan terus melakukan perkara-perkara yang tidak menguntungkan di mana Najib mempersendakan perhimpunan Bersih 2.0 kepada 6000 pemimpin Umno pada sebelah pagi selepas perhimpunan diadakan.

Selain itu, kenyataan Ketua Polis Negara bahawa hanya 6000 orang sahaja yang menyertai perhimpunan, penafian polis dan Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai terhadap serangan terhadap hospital Tung Shin, ugutan Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek bahawa Bank Negara boleh membeku aset pemimpin Bersih juga silap.

Meng’hitam’kan perenggan dalam artikel dalam majalah Economist terbaru dan dakwaan berterusan bahawa Bersih 2.0 didalangi elemen asing, sehinggakan Putrajaya terpaksa menjauhkan diri daripada dakwaan Utusan Malaysia bahawa Bersih 2.0 ada hubungan dengan Yahudi to menyingkirkan kerajaan Barisan Nasional juga dianggap silap.

“Mampukan Najib dan menteri-menteri Barisan Nasional faham bahawa perhimpunan Bersih 2.0 adalah satu pengalaman yang unik dan berharga untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, kelas, umur dan jantina untuk bersama sebagai rakyat Malaysia yang didasari perasaan sayang dan tujuan yang sama untuk satu pilihanraya yang adil dan bersih – yang tidak boleh dicapai oleh beribu-ribu bendera yang diedarkan oleh menteri-menteri semalam di kabinet?” soal Lim.

Lim berkata adalah tidak lambat lagi untuk Najib mengiktiraf kepentingan Bersih 2.0 dalam menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia untuk mencapai satu Malaysia yang bersih dan adil demi menyelamatkan konsep 1Malaysia.

“Tapi beliau kena bertindak cepat,”
ujar beliau.

Lim mencadangkan supaya Najib menghentikan pengharaman Bersih 2.0 dan menyeru beliau menghentikan ketakutan BN terhadap warna kuning.

Di samping itu, Lim turut menyarankan supaya satu Suruhanjaya DiRaja dibuat untuk mereformasikan sistem pilihanraya negara sebelum pilihanraya ke 13 berlangsung, membebaskan 6 tahanan PSM di bawah Ordinan Darurat dan juga Suruhanjaya DiRaya untuk menyiasat kelampauan polis di perhimpunan Bersih 2.0.

Wednesday, July 20, 2011

Sidang DUN SSELANGOR [13/7/2011 - Ptg]

Polis tembak gas secara sejajar membahayakan


Sumber;

Berita; Bersih: Lagi pemuda dedah jadi mangsa polis

Sekadar gambar hiasan; Bukan keganasan polis


BANDAR JENGKA, 20 Julai:
Seorang lagi peserta himpunan Bersih 2.0 tampil mendakwa dikasari tidak kurang 20 orang anggota polis walaupun selepas bersurai.

Badrul Hisham Abdul Halim, 26, dari Felda Jengka 19 dekat sini, berkata beliau dibelasah ketika melalui tangga OCBC Bank dalam perjalanan ke stesen LRT untuk pulang.

“Saya menyertai perhimpunan Bersih di Pasar Seni bersama kira-kira 5,000 yang lain. Kira-kira pukul 4.30 petang perhimpunan bersurai setelah diarahkan polis dan saya berjalan mencari stesen LRT yang beroperasi untuk pulang ke Pahang,” katanya ketika bercerita kepada Harakahdaily.

Tambahnya, semasa perjalanan pulang itu beliau memang memegang baju kuning Bersih di tangan dan sedar terpaksa melalui deretan polis di tepi jalan.

“Polis yang berada di tepi jalan telah memanggil saya lalu meminta baju berkenaan. Saya enggan menyerahkannya lalu mereka rentap dan rampas kemudian mereka mengkasari saya.

“Seingat saya polis bernama Azrin dan seorang lagi bernama Hafizul mengheret saya sambil mencengkam kolar baju. Kemudian mereka gari saya dan heret sejauh kira-kira 200 meter ke Dataran DBKL. Saya ingat betul pada masa itu tak kurang daripada 20 orang polis berseragam membelasah sambil memaki hamun saya sebagai samseng.

“Mereka pukul saya dengan berselindung di sebalik trak polis. Saya langsung tak melawan kerana digari dan mereka hanya berhenti apabila tiba di Dataran DBKL. Selepas berada di situ selama setengah jam, saya dinaikkan ke dalam trak dan dihantar ke Pulapol. Di situ baru gari dibuka dan dibebaskan sejam kemudian,”
ujarnya.

Badrul yang mengusahakan ladang bapanya sendiri, berkata pada ketika itulah baru dia sedar di sebelah mata kanannya lebam dan berdarah, kepala bengkak serta tulang betisnya amat sakit akibat disepak.

“Dari Pulapol saya kemudiannya polis hantar ke stesen LRT Dang Wangi untuk meneruskan perjalanan pulang ke Pahang,” katanya.

Bagi Badrul, ini merupakan pengalaman pertama menyertai himpunan seperti itu dan tidak sangka sudah menjadi belasahan polis.

Katanya, beliau pergi kerana gambaran awalnya perhimpunan aman dan merasa tidak takut kerana selama ini mengganggap polis adalah sebagai pelindung dan pemelihara undang-undang.

“Tapi dengan layanan sebegitu saya terperanjat. Saya sanggup tampil jika ada yang mahu menyiasat. Saya juga akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber; Harakahdaily

Rakyat Perlu Tahu

Siapa yang tak kenal lambang ini



Sejarah tidak pernah menipu dan selamanya tidak akan menipu kecuali kalau sejarah itu cuba di olah oleh tangan-tangan yang tidaka bermoral,dengan itu sejarah boleh di ubah dan boleh di permain-mainkan demi mempertahankan kuasa.Malah sejarah boleh berubah oleh tangan-tangan pengampu penguasa demi menjaga periuk nasi mereka.Mereka sanggup mengadaikan maruah diri sehingga sejarah yang sudah tertulis sekian lamanya di ubah sesuka hati mereka.Semuanya demi menjaga Tuan dan sedikit carma[cari makan,meminjam kata-kata dari Sasterawan Negara A.Samad Said].Mereka sanggup membohongi sejarah demi mempertahankan kuasa yang ada.

Hari ini,berapa ramai rakyat yang tahu dan faham bahawa parti UMNO yang wujud ini adalah UMNO BARU yang telah di daftarakan pada 13 febuari 1988 setelah UMNO yang asli atau asal[1946] telah di haramkan oleh mahkamah pada 4 febuari 1988[ada sejarahnya di sebalik pengharaman ini].Sejarah ini sudah termaktub dalam peristiwa besar ketika itu,kini generasi baru ramai yang tidak tahu sejarah ini,mereka masih menyangka UMNO yang ada hari ini adalah UMNO yang wujud dari tahun 1946.Rasanya ramai yang masih tertipu dengan sejarah ini.

Kita tidak menafikan dengan wujudnya UMNO yang asal[1946],mereka telah membuktikan bahawa Negara ini menerima kemerdekaan hasil dari para pemimpin mereka,biarpun hasil dari runding-rundingan,namun jasa dan pengorbanan mereka juga kita tidak pernah nafikan.Namun dalam masa yang sama kita tidak pernah lupa jasa-jasa mereka yang di nafikan oleh pemimpin UMNO,malah jarang sekali mahu menyebut-menyebutnya yang mereka ini adalah pejuang kemerdekaan yang tulin,siapa yang tidak kenal Tok Kenali di Kelantan,Dato Bahaman di Pahang,Tok Janggut di Kelantan,Tuan Hj Rahman Limbong,Burhannudin Helmi,Abu Bakar Bakir dan ramai lagi pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain.Mereka dari kalangan para ulamak yang terkenal dan berwibawa.Dan sejarah tidak pernah menipu itu semua.

Malah kita tidak pernah menafikan sumbangan tokoh UMNO seperti Datok Onn bin Jaafar, Tuanku Abdul Rahman,Tun Hussein Onn,Tun Abdul Razak,Tun Ghafar Baba dan lain-lain.Mereka saya anggap lebih tulin atau aslinya keUMNOan mereka,mereka lebih menjiwai dan menghayati perjuangan Umno,perit jerih,susah payah rakyat pada masa itu.Itu semua orang tahu.

Sehingga ada di antara mereka di gelar dengan setiap apa yang mereka usahakan,seperti Bapa Kemerdekaan,Bapa Pembangunan,Bapa Perpaduan,malah rakyat waktu itu dapat merasakan ketulinan dan keUMNOan mereka.Bezanya mereka dari pemimpin UMNO BARU yang ada sekarang.Bezanya bagaikan langit dengan bumi.Semua orang tahu itu.

Mereka tahu tugas dan tanggungjawab mereka,Tuanku Abdul Rahman sendiri apabila parlimen di bubarkan,beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri,malah beliau tidak menggunakan kemudahan kerajaan untuk menjalankan kerja-kerja kempen politik beliau.Malah ada buku menceritakan beliau mengeluarkan wangnya sendiri malah banyak pengorbanan yang di lakukan beliau dalam pilihanraya sewaktu itu.Jelas ketulinan dan keaslian pemimpin UMNO waktu itu.Mereka masih di kategorikan pemimpin UMNO yang cukup bermoral dan mempunyai wibawa.Cukuplah saya beri satu contoh untuk renungan pembaca,untuk membezakan pemimpin UMNO LAMA dengan pemimpin UMNO BARU.Jauh beza dari UMNO BARU yang wujud sekarang.Sekali lagi saya tuliskan…Jauh bezannya…

Sengaja saya tidak masukkan Tun Mahathir,Abdullah Badawi,Najib Tun Razak dalam senarai nama perdana menteri yang lain-lain,sebab UMNO Lama di haramkan semasa Tun Mahathir[era 80 an] masih menerajui dan memimpin UMNO serta menjadi perdana menteri waktu itu.Jadi saya menganggap beliaulah orang yang bertanggungjawab ke atas pengharaman UMNO LAMA,di zaman beliaulah banyak berlakunya porak-peranda dalam UMNO,sehinggalah mencetuskan pengharaman UMNO LAMA yang wujud sejak 1946.Dengan pengharaman UMNO LAMA,wujud parti SEMANGAT 46,di mana parti ini membawa semangat UMNO lama,namun ianya tidak kekal dan di bubarkan oleh presidenya sendiri Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1996 kerana beliau melompat ke parti UMNO BARU.

Satu bukti yang menunjukkan UMNO yang ada hari ini adalah UMNO BARU ialah,Tun Mahathir yang ketika itu presiden UMNO BARU merupakan ahli yang pertama bernombor 00000001.Jadi apa bezanya mereka yang lain-lain dalam UMNO.UMNO yang ada hari ini merupakan UMNO BARU yang lahir pada 13 febuari 1988.Jika hari ini sejarah dan ahli UMNO sendiri pun mereka sanggup tipu dengan mengatakan mereka adalah UMNO LAMA [1946] apalah sangat jika generasi baru rakyat Malaysia yang[masih]buta sejarah.[meminjam kata-kata tulisan dalam satu banner dlm laman facebook]

Inilah sebahagian dari sejarah,rentetan sejarah ini takkan terpadam selagi mana masih ada lagi mereka-mereka yang jujur,berbicara tentang sejarah yang sebenar-benarnya.Semoga perkongsian serba sedikit ini,dapat menambah kefahaman tentang wajah sebenar UMNO yang ada ini adalah UMNO BARU 1988 bukan UMNO LAMA 1946.

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia.

=Tulisan ini sekadar pandangan penulis sendiri,jika ada kesilapan fakta dalam penulisan ini,mohon di perbetulkan dan di tegur.

Berita; Momentum Bersih perlu diteruskan

Kekalkan momentum bersih


KUALA LUMPUR, 20 Julai: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersetuju dengan keputusan mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat di Petaling Jaya baru-baru ini yang menegaskan keperluan untuk terus menggerakkan agenda dan momentum Bersih sehingga kepada masyarakat luar bandar.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, ini kerana banyak lagi maklumat dan tuntutan Bersih tidak sampai kepada mereka sehingga masyarakat luar bandar tidak berapa ambil peduli tentang perkara tersebut.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan pimpinan Pakatan Rakyat di semua peringkat perlu menggerakkan usaha bersama secara bersepadu untuk menangani permasalahan ini dan tidak lagi membiarkan masyarakat luar bandar ini berterusan dibuli dan dipergunakan Umno dan Barisan Nasional,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, kempen-kempen penerangan tentang kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding Kerajaan Barisan Nasional perlulah diperkasakan gerakannya, program-program kebajikan kepada rakyat diteruskan tanpa prejudis dan wakil-wakil Rakyat Pakatan Rakyat mestilah dilihat mesra rakyat sepanjang masa dan tidak dilihat sebagai orang yang eksklusif.

Menurutnya, Dewan Pemuda PAS negeri sehingga kini telah mengarahkan seluruh jentera pemuda PAS di kawasan-kawasan untuk meneruskan agenda penerangan Bersih dengan menganjurkan ceramah berterusan, sebaran risalah dan pelbagai aktiviti lain yang menjurus kepada memberikan kefahaman masyarakat berkenaan 8 tuntutan yang diperjuangkan oleh Bersih.

“Semoga dengan komitmen dan kerjasama semua pimpinan Pakatan Rakyat untuk meneruskan agenda Bersih ini secara bersepadu akan dapat meneruskan gelombang kebangkitan rakyat untuk menolak Umno BN di dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang,” ujarnya lagi.

Sumber; Harakahdaily

Tuesday, July 19, 2011

Siarkanlah..Tunggu Apa Lagi.

Sekadar gambar hiasan; Tak ganas pun..



Tidak sabar rasanya kalau betul TV akan menyiarkan siaran perhimpunan Aman[perhimpunan haram bagi mereka] Bersih 2.0,bagi menunjukkan kepada rakyat Umumnya tentang perhimpunan tersebut.Kata bekas ketua polis negara yang lama,Tan Sri Musa Hassan;

‘Orang awam tidak melihat sendiri bagaimana polis mengendalikan perhimpunan itu,mereka hanya di beri gambaran oleh media pembangkang dan kerajaan….’ [sinar harian 19 julai 2011]

Itu kata dia,bagi kita,media mana lagi jika tidak media alternative,takkanlah Utusan mahu siarkan perkara-perkara yang terbukti benarnya,rakyat yang bijak akan cari maklumat-maklumat yang sahih,benar dan menyakinkan,setakat tv3,tv 1,tv2,berita harian,utusan dan yang lain,kita sedia maklum corak pemberitaan mereka.Tiada tata etika kewartawanan langsung.Memuakkan dan memualkan laporan media mereka.

Orang awam,yang masih tidak ada kesedaran,memanglah mereka akan tetap membaca berita harian,utusan dan media-media yang pro kerajaan,takkanlah mereka mahu baca harakah,suara keadilan dan yang lainnya.Malah mereka lebih yakin dengan dulu,kini dan selamanya[Insyallah akan berakhir].

Saya harap,tayangan itu di segerakanlah,Menteri Penerangan pun sudah bagi lampu hijau,pihak polis cepat-cepatlah edit mana-mana video yang di rakam,waktu perhimpunan pun kelihatan anggota polis menyamar sebagai wartawan dan jurugambar,mereka pasti ada gambar-gambar yang lagi sensasi mungkin,Tayangkanlah semuanya,biar rakyat umum menonton dan akan berfikir dengan bijak.Di harapkan video yang di tayangkan tidaklah di edit atau di tokok tambah,biar ‘real’,rakyat umum kan menilaikan perhimpunan tersebut itu aman atau pun tidak aman.Polis ganas atau tidak.

Seandainya nanti rakyat yang melihat dan menilai video itu di kaca tv,perhimpunan itu kelihatan aman,maka rakyat umum yang bijak berfikir akan mengatakan..apa yang kata perhimpunan ini menimbulkan huru-hara,tengok aman je,peserta perhimpunan tidak buat apa-apa tindakan yang tidak baik pun…apa pula yang di katakana perhimpunan haram.Di sebabkan selama ini di momokan perhimpunan haram[timbulkan huru- hara] pada 9 julai,tetapi bila melihat video tersebut aman pula.

Maka jika sebaliknya pula,rakyat melihat dalam video tersebut peserta di hujani dengan semburan asap dan hemburan air berkimia,,lari lintang pukang di kejar polis dan macam-macam lagi…rakyat umum yang bijak akan kata…ganasnya polis…kejamnya. Boleh jadi dengan penayangan video tersebut rakyat akan lebih percaya,bahawa perhimpunan itu tidak haram dan pihak kerajaan tidak sepatutnya menghalang perhimpunan tersebut.

Jika benarlah video perhimpunan bersih 2.0 itu akan di tayangkan kepada umum di kaca tv,saya berharap agar rakyat bijak dalam menilai perhimpunan tersebut.Harap-harap rakyat akan melihat siapa benar dan siapa salah dengan jujur.Juga video yang di tayangkan nanti biarlah video yang sebenar-benarnya apa yang berlaku dalam perhimpunan tersebut dan bukanya video versi lain yang sudah di edit atau di tokok tambah pula.

Cepatlah siarkan….

Ayuh Berubah…Selamatkan Malaysia.

Polis Mahu Bukti Keganasannya

Sekadar gambar hiasan; Bukan keganasan polis


Dalam akhbar sinar harian hari ini [Selasa 19 julai 2011],tajuk besar berbunyi ‘BUKTIKAN POLIS GANAS’ .Dalam laporan tersebut orang ramai di minta agar bekerjasama dengan pihak polis agar menyerahkan apa sahaja sebarang rakaman video yang berkaitan dengan keganasan polis dalam perhimpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 julai yang lalu.

Dengan adanya bukti rakaman tersebut polis berjanji akan menyiasat terperinci tentang apa yang di katakana keganasan polis.Jaminan ini telah di ungkapakan oleh Timbalan Polis Negara,Datuk Sri Khalid Abu Bakar;

‘Kita akan siasat secara telus,terperinci dan tidak akan sembunyikan apa-apa fakta’.

Itulah antara kata-kata jaminan yang di ungkapkan oleh Timbalan Polis Negara.Jika itu jaminan yang mahu di laksanakanya bagi menyiasat kejadian tersebut.Rakyat pasti akan tertunggu-tunggu dengan hasil siasatan polis.Di harapkan tidaklah jadi sebaliknya,apabila siasatan telah di buat.

Kalau mahu di katakana bukti-bukti,rasanya rakyat tidak perlu menunggu siasatan itu,klik saja dalam youtube,rasanya banyak video-video yang memaparkan aksi-aksi garang polis,malah terdapat ratusan gambar-gambar yang membuktikan keganasan polis terpampang di laman-laman blog.

Rasanya semua orang sudah maklum dan tahu semua ini,mereka yang terlibat dan merasai keganasan polis sedia maklum perkara ini.Apa lagi yang mahu di nafikan.Jika mahu siasat biarlah siasat anggota polis yang melakukan tindakan yang tidak bertamadun itu.

Mereka yang menyertai perhimpunan tersebut dalam keadaan itu pasti melihat segala tindak-tanduk polis yang melampau itu.Polis boleh meminta bantuan kepada mereka yang di kasari dan di ganasi,selain bukti bergambar dan dalam bentuk video.

Mana tidak ganasnya,Timbalan Presiden PAS sendiri, Muhammad Sabu juga jelas di kasari,bagaimana beliau di tangkap,semua rakyat sudah tahu,Bagaimana Datuk Sri Anwar Ibrahim dan pengawalnya terkena tembakan gas secara jarak dekat[tak kan tak sengaja].

Malah puluhan rakyat di tangkap,di tendang,cedera di kepala,di terajang,diikat tangan kebelakang dan lain-lain, juga kita boleh saksikan dalam video-video yang kita boleh klik bila-bila masa sahaja dalam youtube.Malah ada yang mati akibat hemburan asap FRU,Tak kan rakaman itu di reka-reka atau di buat-buat.Jelas dan nyata pakaian seragam mereka,iaitu anggota polis.

Apa pun,jaminan yang di berikan oleh Timbalan Polis Negara rakyat sedia menunggu hasil siasatanya jika sudah di perolehi nanti.Jika nanti hasilnya polis terbukti melakukan apa yang di katakana keganasan,maka pihak polis di harapkan agar dapat menerima segala kesilapan dan agar dapat memperbaikinya.

Jika sebaliknya pula,sedang rakyat sudah melihat bukti itu,rakyat tetap yakin bahawa sistem yang ada ini perlu di ubah agar lebih telus dan memberikan harapan baru pada rakyat semua.Ia mesti di ubah pada PRU-13 nanti.

Ayuh Berubah…Selamatkan Malaysia.

MAJLIS MAKAN MALAM

'Saya merayu kepada polis tapi tak diendahkan' -Pak Samad



Sumber;

Monday, July 18, 2011

Berita; Hiburan: Umno bersandiwara di sebalik isu moral

Mujahid Yusuf Rawa


KUALA LUMPUR, 19 Julai:
Umno dan kerajaan BN jelas kelihatan amat tidak ikhlas dalam mengawal persoalan hiburan di kalangan rakyat, sebaliknya hanya bersandiwara dalam menjaga persoalan moral dan agama dalam sistem pentadbirannya.

Perkara itu jelas terbukti apabila diteliti sikap para pemimpin Umno dan BN terhadap langkah baik yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah mengenai larangan berhibur pada bulan Ramadhan, tetapi ditentang oleh mereka dari segala sudut.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menegaskan, lebih ketara lagi, di sebalik tentangan mereka terhadap langkah Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah itu, mereka tidak pula membantah tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Melaka yang melanjutkan tempoh berhibur sehingga jam 3.00 pagi.

Menurut beliau, pada hal tindakan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak itu, selaras dengan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan Kedah ketika berada di bawah kepimpinan BN dahulu, yang telah pun membuat peraturan itu pada bulan Ramadhan.

Katanya, bezanya, kerajaan BN Kedah dahulu hanya sekadar meluluskan peraturan itu sahaja, tetapi tidak pernah dikuatkuasakan, manakala Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah pula mengambil tindakan untuk melaksanakannya dalam erti kata sebenarnya demi kepentingan agama dan seluruh rakyat negeri itu.

"Setelah Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah mahu melaksanakannya, para pemimpin Umno, MCA dan Gerakan tiba-tiba bangkit menentangnya, seolah-oleh peraturan itu adalah sesuatu yang asing kepada mereka, pada hal ia telah diluluskan oleh kerajaan Kedah semasa berada di bawah BN dahulu.

"Jika mereka ikhlas, kenapa mereka tidak menentang ketika kerajaan BN Kedah meluluskan peraturan itu dahulu, tetapi hanya menentang apabila Kerajaan Pakatan Kedah yang mahu melaksanakannya?

"Ini jelas memperlihatkan sikap double standard di kalangan para pemimpin Umno, MCA dan Gerakan dalam perkara ini yang pasti dapat dilihat dengan jelas oleh setiap pihak,"
katanya ketika dihubungi, hari ini.

Amat menyedihkan, menurut beliau, tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah itu sememangnya amat baik bagi orang ramai terutama di kalangan umat Islam, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan.

Katanya, namun disebabkan kepentingan politik, para pemimpin Umno dan BN sanggup menentangnya, walaupun ia pasti akan mendatangkan kesan amat buruk kepada masyarakat.

Lebih dikesali oleh beliau, ketika Kerajaan Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk mendidik rakyat agar menjadi lebih berakhlak, bermoral dan mematuhi ajaran agama, kerajaan BN Melaka di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Ali Rustam telah mengambil langkah lebih tidak bertanggungjawab.

"Ini amat jelas kelihatan apabila kerajaan Melaka telah melanjutkan pembukaan pusat hiburan di Melaka dari jam 1.00 pagi sehingga jam 3.00 pagi.

"Tetapi tindakan kerajaan Melaka itu tidak pula ditentang oleh para pemimpin Umno, MCA dan Gerakan yang begitu bersungguh-sungguh menentang langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah itu.

"Jadi amat jelas, mereka sebenarnya hanya bersandiwara dengan rakyat. Mereka sebenarnya bertindak sedemikian bukanlah untuk kepentingan moral rakyat, tetapi hanyalah untuk kepentingan politik mereka sendiri sahaja,"
ujarnya.

Dalam dalam hubungan ini, beliau memuji langkah bijak yang diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah kerana mengambil pendekatan tepat setelah mengadakan perbincangan dengan pemimpin DAP yang menentang larangan hiburan pada bulan Ramadhan.

"Tindakan DAP itu sebenarnya berpunca dari ketiadaan kefahaman para pemimpin DAP mengenai perkara itu. Setelah diadakan perbincangan, pemimpin DAP dan pengusaha-pengusaha pusat hiburan di Kedah sendiri akhirnya bersetuju untuk melaksanakan larangan itu di kalangan umat Islam.

"Setelah diberikan kefahaman, orang-orang bukan Islam sendiri turut memberikan komitmen untuk menguatkuasakan larangan itu. Ini kerana larangan memasuki pusat-pusat hiburan pada bulan Ramadhan itu sendiri bukanlah untuk orang bukan Islam, tetapi hanya untuk orang Islam.

"PAS sebenarnya tidak menyekat orang bukan Islam berhibur, tetapi PAS menyekat orang Islam dari berhibur sehingga keterlaluan, lebih -lebih lagi pada bulan puasa dan ini tentunya berkait rapat dengan sensitiviti umat Islam sendiri dalam menyambut Ramadhan,"
katanya.

Dari kejadian itu juga, beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar secara jelas menegaskan perbezaan Pakatan Rakyat dan BN, apabila para pemimpin Pakatan Rakyat ternyata lebih bertanggungjawab kepada rakyat dalam menjaga isu moral.

"Ini jelas terbukti apabila para pemimpin Pakatan Rakyat sentiasa mengambil sikap berterus terang, berbanding para pemimpin Umno dan BN yang sering bermuka-muka dengan rakyat untuk menjaga kepentingan politik masing-masing," tegas beliau.

Mampukah Pemimpin Umno Melaksanakannya

Datuk Saifuddin


Saya suka merujuk pandangan seorang pemimpin UmnoBN yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umno,beliau yang saya maksudkan ialah Datuk Saifuddin Abdullah yang meminta parti gabungann itu berubah.Berubah dengan matlamat satu agar dengan perubahan itu,rakyat akan terus menyokong dan mendokong berterusan parti yang sekian lama memerintah Malaysia.Dulu,Kini dan Selamanya…[insyallah akan berakhir riwayatnya].

Saya ingin memetik semula apa yang beliau katakan dalam akhbar Sinar Harian[khamis 14 julai 2011],apa katanya;

‘BN perlu mewujudkan politik baru yang terdiri daripada integriti politik,kerangka pentadbiran baru,inovasi demokrasi dan pemikiran politik progresif.Maksud budaya politik baru ialah komunikasi yang baik’.

Bahkan dalam laporan Sinar Harian menyebutkan,beliau lebih cenderung kepada tiga prinsip utama berdasarkan ajaran al-Quran iaitu bijaksana,menunjukkan budaya politik yang baik dan yang ketiga beliau sebutkan,berbicara,berdailog atau berdebat.Malah beliau juga menyokong sebarang perhimpunan aman,melainkan perhimpunan Bersih 2.0 yang telah berlalu dan tuntutannya,untuk beliau menyokong tidak sekali-kali tidak,walaupun beliau menyokong perhimpunan aman yang sebahagian dari demokrasi.

Persoalannya hari ini yang saya mahu lontarkan,seperti tajuk tulisan saya hari ini,Mampukah pemimpin umno merealisasikan saranan yang di kemukakan oleh Datuk Saifuddin ini.Jangan nanti saranan ataupun cadangan hanya tinggal cadangan,saya yakin beliau ikhlas dalam menyuarakan pandangannya terhadap kepimpinan BN,namun apa yang saya lihat hingga ke hari ini,saranan beliau hanya tinggal saranan,malah akhbar yang menyebelahi mereka pun tidak pernah sedikit pun berhenti mengecam dan menghentam pembangkang serta mencerca pembangkang.Bagaimana mahu mewujudkan pemikiran politik progresif serta budaya baru.Omong kosong belaka.

Kita lihat teguran beliau sangat telus dan mengujakan,namun sejauhmana kepimpinan UmnoBn mahu menerima segala teguran dari kalangan mereka.Sedang dalam waktu sama,masih tidak ada satu perubahan yang mahu di laksanakannya.Segala teguran dan cadangan itu sangat baik dan releven di saat kepimpinan Umno Bn di landa pelbagai masalah politik mereka sendiri.

Saya melihat ini,sebagai satu saranan yang matang dari seorang Ahli Majlis Tertinggi yang agak berani dan tegas dalam prinsipnya,namun di balik ketegasan beliau dan keberanian dalam memberikan saranan ataupun cadangan terhadap kepimpinan UmnoBn sendiri,beliau masih tidak yakin dengan apa yang di tuntut oleh Bersih 2.0 dalam tuntutannya dan perhimpunan yang di jayakan oleh Bersih 2.0 merupakan satu perhimpunan yang aman termasuk dalam sebahagian dari demokrasi seperti yang beliau akui perhimpunan aman adalah sebahagian dari demokrasi.Adakah Perhimpunan Bersih 2.0 itu bukan dari sebahagian demokrasi.Kerana apa yang saya lihat beliau juga masih di kongkong dengan pemikiran ketuanya.

Oleh itu mahu tidak mahu beliau terpaksa menyatakan perhimpunan Bersih tidak aman dan bukan dari demokrasi barangkali. Sama ada beliau tidak baca atau pun sengaja beliau tidak mahu mengakui kebenaran yang tertulis dalam tuntutan Bersih 2.0 itu.Itu sudah menunjukkan sikap,bahawa apa yang di sarankan beliau hanya sekadar saranan tinggal saranan.Sekadar menyedapkan keadaan dan meringankan kepala[dalam umnobn masih ada pemimipin kritis] pimpinan semata-mata.

Bagi saya,kepimpinan UmnoBn kini,sudah sampai waktunya untuk bersara terus dari persada politik tanah air kita,mereka semakin kelu dan lesu malah sudah hilang daya tahan,buat apa sahaja sama ada teguran,saranan,dialog,wacana dan sebagainya,apa yang saya lihat selepas itu tidak ada satu perubahan yang mereka laksanakan dalam pembaharuan politik mereka.Apa yang ada ,fitnah berterusan…lihat- lah akhbar yang pro pada mereka,blogger-blogger mereka,stesen tv yang di kuasai mereka dan pelbagai lagi,masih tiada perubahan.Saya tidak yakin [perubahan dalam UmnoBn]itu semua boleh berlaku dalam UmnoBn walaupun tidak mustahil boleh berlaku.

Jika ini pun susah untuk di laksanakan,jangan haraplah tiga prinsip yang di cadangkan oleh Datuk Saiffuddin mahu di dengari dan di ikuti oleh pimpinan UmnoBn.Apa yang saya tuliskan dari kaca mata saya selaku rakyat yang peka dan tentunya tidak pekak dalam melihat rencam politik yang berlaku di tanah air kita.

Khususnya dalam politik UmnoBn dan juga Pakatan Rakyat.Malah ketidakyakinan saya melihat saranan yang di utarakan Datuk Saiffuddin itu mampu mengubah UmnoBn,apabila perdana menteri selaku presiden UmnoBn tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berubah apabila mendengar ucapannya yang angkuh semasa perhimpunan di PWTC baru-baru.

Justeru,saya melihat saranan yang di kemukakan oleh Datuk Saifuddin ini,hanya mampu di realisasikan oleh Pakatan Rakyat.Saya yakin ia akan lebih telus dan yakin boleh merubah lanskap politik di tanahair kita.Malah waktu itu UmnoBn juga akan menikamati demokrasi yang subur dan luhur.Yakinlah kita mampu mengubahnya.

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia..

Berita; Hanya negara komunis tak benar demonstrasi

Perhimpunan Aman tetap di benarkan dalam perlembagaan negara


KUALA LUMPUR, 18 Julai:
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, seluruh negara yang mengamalkan demokrasi moden mengizinkan rakyatnya meluahkan perasaan kepada kerajaan.

Ia bukan sahaja melalui wakil rakyat di parlimen, malah melalui media dan juga demonstrasi aman.

"Kerajaan bertanggungjawab melalui polis untuk menjaga keamanan dan keselamatan jalan raya dan peserta demonstrasi. Ini berlaku di seluruh dunia.

"Yang tak benar demonstrasi ini hanya negara komunis sahaja, kalau demonstrasi dia tangkap"
katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di sebuah hotel di Ampang, semalam.

Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata demikian sebagai membidas tindakan kerajaan yang menyifatkan himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu sebagai himpunan haram.

Malah lebih teruk dari itu, pihak keselamatan menggunakan kekerasan semasa menangani peserta himpunan itu sehingga ramai yang cedera dan salah seorang darinya meninggal dunia.

Sementara itu, mengulas impak himpunan yang disertai lebih 50, 000 rakyat itu, presiden PAS itu berkata ianya telah berjaya menyedarkan seluruh rakyat Malaysia berhubung kepincangan sistem pilihan raya negara.

Kejayaan itu jelasnya dapat di lihat dari awal apabila penyertaan begitu besar dalam himpunan itu yang hadir dari seluruh negara biarpun pihak kerajaan menggunakan pelbagai cara bagi menghalang himpunan tersebut daripada berlangsung.

"Alhamdulillah, kita dapat respon positif dari masyarakat yang bermaklumat.

"Follow up kita diseluruh negara, melalui ceramah-ceramah kita mendapat sambutan yang sangat hebat,"
katanya.

Jenazah Allahyarhamah Dr Lo' Lo' selamat dikebumikan


SELAMAT TINGGAL WAHAI SRIKANDI ISLAM
SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN MU
DI KALANGAN HAMBANYA YANG MUTTAQIN...
SEMOGA DAMAI
BERSAMA KEKASIH YANG DI RINDU...

Sunday, July 17, 2011

Seminggu Berlalu

Anak muda mara ke hadapan


Pejam celik- pejam celik,sudah masuk seminggu Perhimpunan Aman Bersih 2.0 berlalu,tapi masih hangat di perbualkan oleh rakyat.Malah di media-media juga masih ada berita-beritanya masih ditulis.Pada mereka yang tidak bersetuju terus mengecam semahunya,malah ada pula yang mendesak Perhimpunan Aman Bersih 3.0 pula,itu pun jika SPR masih berdegil untuk tidak membuat apa-apa perubahan terhadap sistem pilihanraya seperti yang di tuntut dalam tuntutan kelapan-lapan bersih 2.0 itu.Namun apa yang kita sedia maklum pengerusi SPR masih angkuh dengan kenyataannya.

Saya juga masih terbayang-bayang situasi ketika itu[detik bersejarah 9 Julai],gelombang rakyat semakin membesar,kesedaran ini patut di teruskan,agar semangat untuk melihat perubahan secara menyeluruh dapat di realisasikan.Apa yang saya lihat generasi muda khususnya Mahasiswa dan mahasiswi semakin berani tampil bersama-sama dalam memperjuangkan hak-hak rakyat bersama.Walaupun mereka akan menghadapi risiko di buang ataupun di singkirkan dari kolej atau Universiti mereka.Itu lah Malaysia tanah air tercinta.

Seperti berita baharu yang kita baca, tentunya semua sudah maklum,seorang pelajar Mesir yang mengetuai perhimpunan Aman Bersih 2.0 di Mesir baru-baru ini.Ura –ura akan di singkirkan dari meneruskan pengajian tersebut,sewaktu saya menulis ini,tak tahulah nasib beliau sama ada di buang atau pun tidak.Kita harapkan agar pihak yang berkenaan berbuatlah sesuatu dengan rasional.

Jangan lakukan tindakan zalim kepada beliau.Jika tindakan ini di lakukan,rakyat akan melihat ini merupakan satu kesilapan pemerintah dalam menangani masalah ini,mungkin pada PRU-13,kita akan lihat kesan dari tindakan mereka yang melakukan kezaliman ini.Sura rakyat suara keramat di kalangan mahasiswa dan mahsisiwi akan membuktikannya nanti.

Generasi muda rata-rata yang saya temui dan lihat sudah banyak yang mendapat kesedaran dan kefahaman tentang apa yang berlaku di Negara kita sekarang.Mereka terdedah dengan pelbagai bentuk maklumat,khususnya melalui alam media maya iaitu internet.Sekali klik sahaja mereka dapat info baru tentang situasi yang berlaku dalam Negara.

Penggunaan Facebook dan juga Twitter sebagai medium maklumat yang mudah di akses juga memainkan peranan yang penting dalam memberi kesedaran kepada generasi muda,mereka menggunakan medium ini bukan sahaja untuk seronok-seronok,sembang kosong,tetapi mereka juga membicarakan hak mereka sebagai warganegara.Mereka ini bakal pencorak masa depan Negara dan apa yang penting mereka inilah antara pengundi-pengundi yang bakal mengubah corak lanskap politik Negara dalam PRU-13,Insyallah.

Perhimpunan bersih 2.0 juga telah mewujudkan satu pasukan perpaduan yang sangat akrab antara pelbagai kaum.Saya melihat keakraban mereka,Melayu,Cina,India dan lain-lain sangat menakutkan Rejim UmnoBn.Ini membuktikan bahawa keakraban dalam Pakatan Rakyat sangat utuh berbanding dengan ikatan perpaduan Rejim Umno Barisan Nasional.

Faktor ini juga yang mengetarkan Perdana Menteri selaku Presiden Umno dan Ini lah juga salah satu mengapa Presiden Umno BN mengerahkan semua ahlinya berkumpul di PWTC,sehari selepas perhimpunan Bersih 2.0 berlaku.Konon bagi menunjukkan kesatuan mereka menyokong padu kepimpinan Rejim mereka.

Sesungguhnya Perhimpunan Bersih 2.0,telah memberi memontum baru buat Pakatan Rakyat agar terus menjadi sebuah Pasukan Pakatan yang menjadi harapan rakyat seluruhnya agar sistem kehidupan yang boborok ini dapat di ubah lebih baik.Para pimpinan Pakatan Rakyat harus peka dengan situasi ini dan terus mengembling seluruh kekuatan sehingga PRU-13 nanti.Di satu pihak lagi,di harapkan agar segala apa yang dituntut dalam tuntutan Bersih 2.0 ini,haruslah di teliti dengan penuh bijak sana.

Justeru,janganlah hendaknya pada mereka yang masih berkuasa dengan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa yang ada untuk menekan dan menipu rakyat.Malah jangan pula mempergunakan apa sahaja instrument kerajaan untuk kepentingan diri sendiri.Rakyat semakin matang dan bijak dalam menilai setiap perbuatan dan kata-kata pemimpin.

Ingat..Suara Rakyat Suara Keramat.

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia.

Friday, July 15, 2011

"Pengerusi SPR jangan angkuh sangat" - Dr. Hatta




Sumber;

Keganasan Polis Menjadi Bahan Bualan


Gambar hiasan semata-mata


Hari ini polis telah menjadi tajuk perbualan yang hangat,sikap dan tindak-tanduk polis dalam menghalang perhimpunan Aman BERSIH 2.0 amat di persoalkan sekarang.Sesiapa yang menyertai perhimpunan Aman BERSIH 2.0,tahu apa yang berlaku dan terjadi.Tidak ada sesiapa yang sanggup berbohong,kecuali memang sikap mereka suka berbohong dan mempunyai hati yang sangat kotor berkenaan apa yang terjadi.

Polis telah bertindak kasar dan tidak berperikemanusiaan dalam menangani peserta perhimpunan aman itu.Mereka seolah-olah tidak faham tentang bidang tugas mereka.Mereka hanya taat dengan titah perintah Tuan mereka ‘Maaf..Ikut arahan..’.Ungkapan biasa yang mereka lafazkan bila mereka melakukan sesuatu tindakan yang tidak mengikut lunas undang-undang.Sudah semestinya arahan dari atas..itu biasa.Siapa pihak atasan ya.

Malang sungguh,biarpun ada bukti-bukti yang kukuh,bahawa mereka telah melakukan banyak kesilapan dalam menghalang peserta perhimpunan secara kasar dan biadap,namun mereka menafikan yang kejadian tersebut tidak berlaku dan bukan dari pihak polis,sedang jika kita lihat dan tonton pada ‘Youtube’,terdapat bukti yang jelas,mereka lah yang melakukan kekasaran dan tindakan yang sangat biadap terhadap peserta perhimpunan aman.Malah gambar-gambar yang jelas dan nyata,mereka yang berpakain uniform pasukan keselamatan yang melakukan kekasaran itu.

Saya rasa budak tadika pun kenal dengan pakaian polis bila melihat gambar-gambar tersebut.Tidak payah berdalih dan berpura-pura siapa yang melakukannya,semua rakyat sudah tahu kisah dan cerita kekasaran dan keganasan polis.Teringat kembali Insiden di Masjid Negara pada 9 Julai lalu,Polis menghalang peserta-peserta untuk menunaikan solat Zohor.Saya sangat terkesan dengan peristiwa tersebut.Sanggup mereka menghalang bangsa seagama untuk bersolat di tempat yang mulia,dengan alasan sebab-sebab keselamatan[lihat sini].Apakah ini tidak kasar..kasar dari segi mendera mental.

Ini belum lagi cara mereka menangkap para peserta perhimpunan aman.Ada yang di tendang,di pukul,di ikat tangannya ke belakang dan macam-macam lagi kalau kita lihat dalam gambar-gambar dan juga dalam gambar berbentuk video seperti di Youtube.Itu pun mahu menfikan lagi,malah Menteri yang jaga KDN pun melenting bila berita-berita dari saluran alternative membongkar dan menunjukkan berita tersebut.Malah yang sangat malang bila Hospital pun mereka bedal dengan semburan air berkimia.Tidak ganas ke ini.Malah,beberapa doctor yang melihat kejadian ini sudah mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab ini.Itu pun mahu menafikan lagi.

Kepada rakyat,yang mempunyai fikiran yang waras,buka lah mata dan mata hati atas apa yang terjadi ini.Kita mahu keamanan dan keharmonian serta dalam waktu yang sama kita pun berhak mempertahankan hak kita seperti yang termaktub dalam perlembagaan.Kita menyeru,agar kerajaan[khususnya Menteri KDN] bersikap adil kepada semua rakyat,tidak kiralah sesiapa sahaja yang berhimpun baik BERSIH,PETRIOT mahupun PERKASA atau pun lain-lain NGO,jangan lah melakukan kekerasan terhadap mereka yang berhimpun secara aman.

Justeru itu,perbaikilah segala kelemahan dan kepincangan yang ada pada pihak keselamatan Negara,mereka juga hak rakyat dan rakyat juga berhak terhadap mereka untuk melindungi rakyat.Mereka bukan melindungi puak-puak politik puaka pemerintah,melainkan kerana ‘Arahan Atasan’.Berubahlah..semoga slogan..` `Tegas, Adil dan Berhemah’,sentiasa betul dan di yakini oleh segenap rakyat Negara Malaysia yang tercinta.Cuba baca kata-kata dari bekas Ketua Polis ini;

“Menjadi harapan kita agar tema ini akan mengubah pemikiran anggota supaya lebih bertanggungjawab dan beramanah dalam menjalankan tugas,”

(UtaraOnlien 25 Mac)

Ingatlah segala kekasaran dan keganasan anda tetap dalam ingatan mereka yang di zalimi,Awas pada doa-doa mereka yang di zalimi.Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin.

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia.

Wednesday, July 13, 2011

SPR Terimalah Tuntutan BERSIH 2.0

Sekadar gambar hiasan


Perhimpunan Aman BERSIH 2.0
,yang telah di momokan dengan gelaran perhimpunan haram telah berjalan dengan jayanya.Biar pun rakyat ditakut-takutkan dengan ugutan,tangkapan dan seribu satu macam pandangan serong,namun dengan izin Allah perhimpunan ini telah membuka mata banyak orang dan kalangan penyokong UMNOBN sendiri.

Tindakan rakus rejim UMNOBN yang diketuai olah Najib Tun Razak,khususnya memperkudakan pasukan keselamatan telah menerima kecaman hebat dari pemimpin pembangkang dan juga mereka yang menganggap tindakan rejim UMNOBN satu kesilapan yang nyata.

Bersih 2.0 sebagaimana yang semua maklum di anggotai tidak lebih 62 badan NGO,yang mana tujuannya meminta pihak SPR agar memperbaiki perjalanan Pilihanraya yang di jalankan.Tiada desakan lain melainkan desakan agar segala kepincangan yang berlaku di perbaiki,ia merupakan kesinambungna tuntutan BERSIH 0.1 pada November 2007.

Kelapan-lapan tuntutan itu merupakan aspirasi rakyat yang inginkan ketelusan dalam perjalanan pilihanraya yang mahu di jalankan.Sudah sewajarnya SPR selaku badan yang di beri tanggungjawab dalam hal ini,menerima tuntutan ini secara terbuka dan berlapang dada.

Ia bukanlah desakan parti-parti yang bertanding di kalangan pembangkang semata-mata,tetapi ia merupakan hasil dari kajian dan penyelidikan dari badan-badan bebas yang memantau perjalanan pilihanraya di Negara ini,yang di lihat banyak berlaku penyelewengan dan ketidakadilan,hasrat ini perlu di penuhi SPR.

Namun desakan-desakan ini apa yang kita lihat,langsung tiada satu apa pun yang di ambil tindakan dari pihak SPR,malah seolah-oleh mempertahankan segala tindakan yang menyeleweng itu.Malah kelihatannya SPR lebih kepada desakan UMNOBN dalam melayani desakan Bersih 2.0.Satu kesilapan yang jelas di lakukan oleh SPR jika tuntutan ini tidak di ambil kesah.Rakyat akan menilai segala tindakan yang di lakukannya.

Perhimpunan BERSIH 2.0,sudah pun berjaya
di laksanakan,kita mengharapkan SPR jangan lihat sebelah mata,jangan buat-buat pekak badak.Lakukanlah sebaiknya.Tunjukkan kewibawaan sebagai badan yang mengendalikan pilihanraya,jadilah pengadil yang adil,jujur dan amanah.Ingatlah amanah yang sudara pikul itu adalah amanah rakyat,yang sewajarnya di laksanakan dengan berintegriti.

Rakyat akan melihat segala tindakan mereka selaku badan yang konon’nya bebas.SPR ada masa lagi,untuk memperbaiki segala kepincangan yang berlaku,lebih-lebih lagi dalam memperbaiki imej SPR sebagai badan bebas yang tidak di pengaruhi mana-mana pihak,khususnya UMNOBN selaku parti yang memerintah masakini.

Justeru itu pandangan serta tuntutan BERSIH 2.0 itu haruslah di terima dengan setulus hati oleh SPR.Biarlah BERSIH 2.0 akan berakhir dengan setakat BERSIH 2.0 sahaja,dan SPR tentunya tidak mahu desakan ataupun tuntutan BERSIH 3.0 muncul.Jika itu,terimalah tuntutan BERSIH 2.0.Jika tidak…kemungkinan BERSIH 3.0 akan muncul,maka dengan itu rakyat akan rasa terpanggil sekali lagi turun untuk meraikannya.Mungkin kali ini dengan gelombang yang lagi hebat.

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia.

Tulisan ini merupakan pandangan penulis,selaku rakyat Malaysia yang mengundi dan rakyat Malaysia yang bebas berhimpun secara aman menurut perlembagaan.Penulis juga peserta perhimpunan aman BERSIH 2.0 pada 9 Julai 20011 yang lalu.

TG Hadi Awang: Himpunan Bersih mahu pulih demokrasi



Sumber;

Monday, July 11, 2011

Polis tangkap luar kawasan perintah mahkamah



Sumber;

Catatan BERSIH 2.0 9 Julai 2011

Inilah yang kami tuntut 9 julai yang lalu



9 Julai 07 211,Sabtu


Alhamdulillah,seperti yang telah dirancang,kami berlima bertolak dengan matlamat yang satu PERHIMPUNAN AMAN BERSIH 2.0.Sebuah kereta dan sebuah Pacuan 4 roda milik kawan sekerja.Kami sudah bertekad apa yang akan terjadi kami akan hadapi bersama-sama.Lawan tetap lawan,kami pergi bukan untuk bergaduh atau berperang,kami cuma mahu unjuk rasa dan berhimpun secara aman kerana itu hak kami dan hak rakyat Malaysia keseluruhannya yang di jamin oleh perlembagaan Agung yang mereka sanjungi[bahkan mereka pula yang melanggarnya pula].

Kami pergi juga mewakili mereka yang tidak pernah kisah apa pun yang terjadi di tanahair ini.Mereka yang tidak pernah merasa hak mereka di cabuli atau di nodai oleh pemerintah yang zalim dan rakus,apa yang penting bagi mereka dapat makan,makan,makan,makan….janji periuk nasi aku tak terganggu..alahai.

Segala kemungkaran dan kedurjanaan para pemimpin ada yang mereka langsung tidak kisahkan,bahkan ada yang bermadah dan berfalsafah ‘Biarlah mereka orang-orang besar dengan cara mereka,kita[rakyat] tetap akan macam ini,pergi kerja macam biasa,janji aman]’.Itulah sebahagian pemikiran yang masih terdapat di kalangan rakyat.Bagi saya…amat kasihan orang-orang yang berfikiran sebegini…alahai.Ada juga yang bermentaliti subsidi,lawan kerajaan tak dapat bantuan nanti…seolah-olah rezeki bukan Allah yang bagi…alahai lagi.

Sekatan Polis

Kembali semula pada perjalanan kami,kami berlima,saya,Farid Azizi,Zulhaili,Mohd Rafi dan Rahmat meneruskan perjalanan dengan aman tanpa ada sebarang anasir, gangguan dan provokasi,kami menuju ke jalan Puncak Alam untuk terus ke Kuang menaiki komuter.
Nampak gayanya kami akan menghadapi satu ujian dan mungkin soal jawab dari pasukan keselamatan,jangkaan saya dan rakan-rakan benar,kami di tahan dalam roadblock di jalan menuju ke Kuang[Sebelum ke Kuang]Kereta kami di suruh berhenti ke tepi,sebagai rakyat yang patuh undang-undang,kami akur dan kami faham,itu tugas pasukan keselamatan.Tugas pasukan keselamatan menjaga rakyat kami sokong,tetapi jika mereka jaga keselamatan UMNOBN..I’am Sorrry..untuk kami hormat pada mereka tidak sekali-kali tidak.

Dengan kepakaran yang ada pada Zulhaili,terpaksala dia berauta,sebab mereka pun auta.Kami memberitahu mereka mahu pergi ke Rawang,ada kenduri rumah kawan.Seorang polis cuba membuat spot check dalam bonet kereta dan dua orang pegawai menjenguk-jenguk ke dalam kereta.Saya memberi senyuman pada mereka sambil mulut menyebut…’Tuannn’.Segalanya selesai.Rintangan pertama selamat…Kami tak tahu apa yang terjadi dengan 2 rakan yang menaiki pacuan empat roda,saya bertanya dengan rakan-rakan,mereka kata dua rakan yang tadi lepas tak kena tahan..lega.

Inilah Malaysia tanahairku..apabila perhimpunan Aman menjadi Haram,rakyat hendak pergi berhimpun pun terpaksa berauta untuk melepaskan diri,jika tidak alamat tidak sampailah kami.Siapa yang susah dan menyusahkan kalau bukan mereka,mereka telah menyusahkan sebahagian rakyat pada hari itu[9 julai].Semuanya atas arahan..arahan atasan..Jika tiada sekatan jalan raya,apakah akan ramai yang tersekat dalam perjalanan.Tanya lah diri anda yang bijak.

Kami teruskan perjalanan ke Kuang,kami berhenti dahulu untuk mengalas perut,dua rakan kami belum bersarapan,kami berhenti di sebuah warung di Kuang.mereka memesan nasi lemak,saya pula memesan minuman kegemaran nescafe o ais,apa lagi minumlah sambil-sambil berborak tentang perhimpunan nanti,macam-macam cerita dan andaian yang di bicarakan tentang perhimpunan nanti.

Kami bertanyakan pada kedua rakan tadi,apa jawapan yang diberi bila polis tanya tadi..mereka kata mereka nak pergi cari bunga..ha3..mereka terpaksa berauta dengan pasukan keselamatan,Saya senyum mendengar jawapan rakan tadi.Memang pun kami pun sudah berada berdekatan dengan Sungai Buloh,jadi polis pun percayalah auta kedua rakan tadi.Sambil makan dan minum kami mengatur rancangan,Zulhaili mencadangkan untuk ke tempat kerja dia,sementara waktu masih awal lagi.

Datang awal pun polis buat sekatan ke pintu masuk komuter.Maklumat yang di terima oleh Farid melalui sms yang diterima,polis menghalau mereka-mereka yang masuk dalam Bandaraya Kuala Lumpur.Habis mengisi perut,kami ke stesen minyak,tunggu dua rakan tadi sedang isi minyak.Kami bincang lagi macam mana,nak teruskan perjalanan..masing-masing ikut sahaja.

Kami tidak terfikir pula dengan sekatan jalanraya yang sedang di lakukan oleh pasukan keselamatan.Rancangan hendak meneruskan perjalanan ke tempat kerja Zulhaili kami batalkan,kami terpaksa U-TURN semula ke Sungai Buluh untuk menaiki komuter.Dugaan lagi,bila nak masuk U-TURN,sudah salah lagi,terpaksalah pusing balik lagi,apa boleh buat.Ikut sahaja Boss.Rintangan tak pernah melemahkan semangat kami berlima.Teruskan tetap teruskan.

Di Stesen Komuter Sungai Buloh

Akhirnya sampai juga ke stesen LRT Sungai Buluh.Di situ pasukan keselamatan juga ramai yang bertugas.Kami terpaksa masuk bergilir-gilir untuk mengelakan dari di siasat atau soal jawap polis.Dua rakan tadi mendahului,zulhaili serta saya dan Farid giliran ke tiga.

Saya dan Farid sempat berbincang,apa auta nak bagi pada polis bila di tanya nanti,sedang dalam bincang-bincang,kelihatan Presiden PSM YB Dr Mohd Nasir ADUN Kota Damansara baru sampai,kami melambai ke arahnya,dia tengan nak parking kereta.Bila dia keluar kami bersalaman dengannya.Kami bertekad,masuk saja ke stesen,apa nak jadi jadi lah.Sedang kami berjalan menuju stesen,seorang abang yang selalu kami jumpa di ceramah-ceramah politik,baru sampai,kami menunggu dia,kami masuk stesen sama-sama,Alhamdulillah tak ada apa yang berlaku,polis pun sedang duduk-duduk di tempat menunggu teksi,Nampak muda-muda, polis sekarang..bisik hati saya.

Kelihatan,wajah-wajah nak pergi demo ramai,masing-masing buat tak tahu,semua strategi tak nak bagi polis atau sb-sb yang berkeliaran tahu.Dalam jangkaan saya ramai sebenarnya yang nak pergi demo.Dua rakan tadi sudah menaiki komuter menuju ke setesen Kuala Lumpur,Kami bertiga menunggu komuter seterusnya.

Situasi Dalam Komuter

Tidak lama,muncul lah komuter yang kami nak naiki itu.Kami naik dengan tenang,tiada apa-apa perbualan,masing-masing dengan fikiran masing-masing.Kelihatan Dr Mohd Nasir bercakap sesuatu dengan abang yang jumpa tadi.Tak tahulah apa yang di bicarakan.Abang tadi memberitahu saya,ada tiga orang sb dalam komuter ini,dia biasa nampak mereka di setiap ceramah politik yang diadakan,saya perhatikan memang gayanya seorang sb,berkaca mata hitam,beg di belakang,matanya melilau ke setiap penjuru,seolah-olah sedang mengira sesuatau.Dia tak tahu sb yang ada kanan kiri kita,kata Abang itu pada saya,maksud dia malaikat pencatat yang bersama kita.

Akhirnya sampai juga kami di Stesen Kuala Lumpur,sebelum turun YB Dr Mohd Nasir sempat memberitahu ‘Mahfuz dah kena tahan,saya tak tahu lagi’.Sambil tersenyum.Kami pun turun,dah ramai rupanya,semua muka-muka nak berdemo,Rafi dan Rahmat dah bersemangat nak berdemo,maklum baru pertama kali joint demo.Tiada sekatan untuk keluar dari komuter,kami ramai-ramai berjalan menuju Stadium.

Di Halang Bersolat Di Masjid Negara

Memandangkan azan Zohor telah berkumandang,kami berjalan menuju ke Masjid Negara untuk menunaikan solat Zohor,beramai-ramai menuju ke masjid,tapi apa yang malangnya.Di Masjid Negara tidak dibenarkan untuk bersolat.Insiden di Masjid Negara ini,benar-benar memilukan,sebagai rakyat yang bebas merdeka.

Bayangkanlah tidak di benarkan untuk rakyat menunaikan solat,sedangkan kebanyakan anggota yang mengawal di situ terdiri daripada orang-orang Islam,ramai yang tergores hati dan tidak berpuashati dengan tindakan anggota keselamatan tidak membenarkan untuk rakyat masuk menunaikan solat.Malang sungguh malang,apalah nasib bangsa kita ini.Rata-rata mencemuh tindakan polis yang biadap dan tidak menghormati hak rakyat untuk menunaikan solat.

Cemuhan demi cemuhan terhadap anggota polis berterusan.Hati saya benar-benar sebak melihat insiden yang betul-betul dihadapan saya.Orang sudah ramai waktu itu,mereka mendesak untuk solat,tetapi anggota polis benar-benar taat setia dengan perintah ketuanya,manakala ketuanya taat setia dengan perintah ketua polis negaranya,manakala ketua polisnya taat setia perintah Menteri KDNnya,manakala menteri KDNnya taat setianya pada orang atasannya,siapa lagi orang atasanya kalau bukan Perdana Menterinya,siapa lagi Perdana Menterinya kalau bukan Najib Tun Razak.

Seorang anggota,entah pegawai atau anggota biasa tiba-tiba berdiri agak tinggi,meminta kami yang ramai ini,memberi kerjasama,untuk beredar,meminta maaf tidak membenarkan solat di masjid atas keselamatan.’ATAS KESELAMATAN’ keselamatan apa,keselamatan UMNO BARISAN NASIONAL,jawapan mudah yang tersembul dalam fikiran saya.Statement bodoh dan bangang ini keluar dari mulut seorang anggota polis yang sudah tentunya beragama Islam.

Dan saya yakin dalam ramai-ramai anggota keselamatan di situ hanya berapa kerat sahaja yang mampu bersolat.Orang mahu bersolat pun dihalang lagilah diri sendiri,hanya taat pada ketua yang engkar dan mungkar pada Allah SWT,Jika anda dalam situasi saya pada hari itu,anda pasti akan berfikir banyak untuk tidak lagi MENYOKONG UMNOBARISAN NASIONAL pada PRU-13,itu pun jika anda seorang yang benar-benar insaf dan takut pada Allah.Bayangkan selama 50 lebih tahun merdeka,umno memerintah Negara ini pun sudah menjangkau 50 tahun juga,UMNOBN gagal mendidik pasukan keselamatan supaya faham agama dan menghormati hak orang lain.Malang sungguh malang Malaysia oh Tanahairku…Mereka Cuma taat dengan bossnya..

TETAPI sangat malang,mereka-mereka itu sangat tidak taat pada yang empunya rumah suci itu,ALLAH SWT.Angkuh dan sombong tindakan mereka,dalam hati saya semoga mereka semua dilaknat oleh Allah,tidak kira lah alasan mereka atas keselamatan.Keselamatan apa..peserta-peserta bukan membawa apa pun,setiap beg di periksa macam mereka bawa bom,ya kalau itu tugas silakan tetapi tindakannya menghalang untuk tidak membenarkan solat itu sangat keji dan mohon di laknat oleh Allah Swt.Hati saya benar-benar sakit,air mata mahu tertumpah tapi saya tahan.Rakan saya melihat saya sambil senyum.Senyum yang bermakna melihat tindakan mereka yang tidak punyai hati yang luhur sebagai penjawat awam,malang sungguh malang.

Hujan Bagai Mengerti

Biarkan insiden itu menjadi sejarah,saya rasa ada rakaman di youtube,sebab ramai wartawan ketika itu,biar seluruh dunia tahu…biar orang-orang UMNOBN lihat sendiri,itu pun jika mereka mahu insaf dan sedar.Kami beramai-ramai keluar setelah akur dengan kehendak polis supaya bersurai dan menuju ke stadium.Kelihatan masing-masing menunaikan solat di tepi-tepi kawasan yang kosong,mereka menggunakan air mineral untuk berwuduk,langit sudah mendung,bagai mengerti hati-hati kami,bagai menangisi insiden di masjid Negara tadi,ah..biarkan.Allah bakal membalas mereka satu masa nanti.

Saya pun terus berwuduk,kawan-kawan yang lain pun begitu,kami bersolat di tepi sungai Klang,sejarah akan menyaksikan,rakyat Malaysia menjadi pengemis di bumi sendiri,pemerintah melayani rakyatnya seperti warga asing yang merempat,hanya di sebabkan perbezaan ideologi politik.Jika insiden ini,mahu di jadikan lawak antarabangsa pun boleh.

Masing-masing terus bersolat,bermunajat pada Dia yang Maha Menolong.Rintiik-rintik hujan sudah turun,mereka yang bersolat di hujani dengan air Rahmat dari Allah SWT.Hujan semakin lebat.Hujan tidak mematahkan kami untuk terus berjalan menuju ke stadium,kami meneruskan perjalanan dalam kelompok kecil.Namun masing-masing dengan wajah yang bersemangat dengan tekad yang satu,mempertahnkan hak sebagai rakyat yang bebas merdeka.Dua orang rakan tadi sudah di hadapan bersama kelompok yang ramai.Biarkan mereka dengan semangat yang menyala-nyala.Kami singgah di kedai 24 seven eleven.

Bagai Mengemis Di Negara Sendiri

Farid merasa lapar,berhenti seketika di kedai seven eleven,membeli sebuku roti dan jem,kami makan sama-sama di tepi kedai seven eleven,juga ada sahabat lain memberi kami kek untuk makan bersama-sama.Hujan terus turun,basah lencun baju kami,kami tidak kisah itu semua,yang penting kami dapat sampai ke distinasi yang di tuju.Kasut saya pula buat ragam,tapak kasut tanggal,kedua-duanya pula.

Alamak..saya terpaksa letak gelang getah supaya tidak tanggal,apa boleh buat,hampir tiga tahun kasut tak pernah dipakai[konon untuk jogging,tapi sampai sekarang tak jogging juga],hanya pada 9 julai ini baru di pakai,wah..satu sejarah sepatu saya ini.Bawa pergi demo terus hancur lusuh.Selagi boleh pakai saya pakai,sambil dalam hati berdoa,sampai habis demo taklah sampai rosak.Kami terus mengisi perut dengan sebuku roti.

Sebuku roti dengan pencicah jem menjadi saksi buat kami,hari ini terlakar satu sejarah sejumlah rakyat mengemis[menuntut hak] di Negara sendiri kerana haknya sudah di rampas dan di ramas-ramas oleh penguasa yang hilang akal dan gilakan kuasa yang semakin hilang…ah..persetankan mereka semua.Kami terus menikmati sebuku roti dalam rintik hujan dengan semangat yang membara.Nampaknya ada separuh lagi roti dan jemnya juga masih banyak…mahu di bawa bersama,terasa pula susah pula nanti,akhirnya keputusan dari Farid untuk meninggalkan baki roti dan jem itu di tepi bangunan itu…Kata Farid..’Aku,Bersih dan Sebuku Roti’,bunyi macam sebuah sajak pula,saya mencadangkan supaya Farid tulis sebuah sajak.Tak tahu pula Farid sudah tulis ke belum sajak itu.Kami teruskan perjalanan..

Semangat Membara


Kami sudah berada di persimpangan petaling street menuju ke stadium merdeka,kami teruskan perjalanan,dalam hujan yang semakin renyai.Kelihatanya sudah ramai di luar jalan menuju ke stadium,mereka terhalang dengan pasukan keselamatan,terutamnaya unit khas FRU,siap dengan lori ‘Water Cannon’,Kelihatan YB Ng Sue Lim dan rakan-rakan dari DAP.Riuh,hiruk pikuk dengan laungan BERSIH dan REFORMASI.Sekumpulan peguam juga kelihatan di hadapan jalan masuk ke stadium,ada yang sedang berunding dengan pihak polis,namun polis tetap dengan keputusannya.Apa boleh buat polis ikut arahan..SAMINA’ WA’ATO’NA..biarpun tidak masuk akal alasannya.

Kami berada di tepi,masing-masing ada yang berborak sesama mereka.Macam-macam gaya dan watak,namun harmoni ada Melayu,Cina,India dan lain-lain.Kami betul berhadapan dengan dewan perhimpunan Cina ,di tengahnya kolam pancuran air.Kami berdiri di situ sambil mendengar ucapan pemimpin BERSIH 2.0.BERSIH..BERSIH…BERSIH..laungan dari peserta demo semangat sekali.

Saya tidak pasti jam berapa kami sampai di situ,saya langsung tidak melihat jam,apa yang saya lihat kesedaran rakyat yang sama-sama mahu berhimpun pada hari tersebut,biarpun di asak dengan ugutan demi ugutan,tomahan demi tomahan namun semangat yang hadir sangat membanggakan.Dalam fikiran saya ketika itu,Najib mungkin semakin pening dan pening walaupun sekatan demi sekatan jalan raya tapi kehadiran sangat di luar jangkaan,biarpun tidak berbaju kuning..Najib tidak lena tidur biarpun di samping isterinya yang sangat di kasihi..fikiran saya terus berilusi…ha3 padan muka dengan mereka semua.

Laungan BERSIH..BERSIH..BERSIH..terus berkumandang lagi,satu gerombolan pendemontrasi di ketuai sasterawan Negara muncul,dengan sejumlah yang ramai,semua melaungkan BERSIH..BERSIH..BERSIH..mereka terus menuju ke hadapan tempat para pimpinan Bersih berucap.Ya..nampak gayanya semakin ramai rakyat berkumpul di hadapan jalan masuk stadium merdeka.Juga di beritahu,mereka juga ada berkumpul di KLCC,SOGO,JALAN PUDU,MASJID NEGARA dan lain-lain tempat dengan jumlah yang sangat ramai,sekatan dan ancaman dari pasukan polis langsung tidak mengetarkan hati-hati mereka.Pekikan dan laungan BERSIH..BERSIH..BERSIH terus berkumandang dengan semangatnya,sesekali lonceng lori ‘Water Canon’ berbunyi seolah-olah mereka mahu memulakan serangan kepada pesrta perhimpunan atau mungkin sekadar gertakan sahaja.

Sekali lagi kami di kejutkan lagi,dari kejauhan tempat kami berhimpun,kelihatan lautan manusia sedang menuju ke arah kami,kali ini dengan jumlah yang makin ramai..saujana mata memandang..kami semakin bersemangat..sambutan dan laungan BERSIH…BERSIH..BERSIH sahut menyahut kedatangan lautan peserta perhimpunan itu.Saya mengambil peluang untuk ambil gambar,wah..ramainya..dalam hati saya.Ini baru di sini,belum di tempat yang lain seperti di KLCC,SOGO,PUDU dan lain-lainnya.Mereka di sana di hembur dengan gas pemedih mata dengan siraman air asid.Tentunya mereka lebih aksi dan bersemangat.Saya terus merakamkan aksi-aksi mereka yang baru sampai.Apa yang saya lihat,generasi muda lebih kehadapan kali ini,ya..inilah yang di takuti oleh rejim UmnoBn.Bila pemuda dan belia lebih ramai yang menyertai perhimpunan ini,ini member isyarat yang bahaya kepada Rejim.

Belialah yang bakal mewarisi kekuasaan yang akan datang,belia atau pemuda yang lebih peka dan bertanggungjawab tentang hak-hak mereka.Bukan belia yang mudah tunduk dan menyerah dengan rejim yang zalim.Bukan belia yang terkedik-kedik seolah-olah pengemis,hanya penguasa yang memberi makan dan memberi nikmat keamanan kepadanya,malah yang paling teruk ada belia yang menganggap gaji guru Rejim Najib yang beri..alahai cetek dan dangkalnya pemikiran belia sebegini.

Belia sebegini mudah di perkotak-katikan oleh pemerintah atau rejim yang zalim,mereka lebih selesa mendiamkan diri,mindanya terkongkong walaupun seringkali melayari internet,namun masih buta dalam melihat kepincangan dan penyelewengan rejim.Malang sungguh seandainya masih ada lagi belia-beliawanis yang pendek akal dan tidak matang ini…kesiannnn..sungguh.Ini adalah hasil dari 50 tahun lebih pemerintahan rejim.

Suasana makin hangat dan para peserta semakin ramai,laungan kata-kata semangat berterusan menghangatkan suasana.Kelihatan Dato Husam Musa juga ada dalam perhimpunan hari ini.Kelihatannya pasukan polis dan FRU masih di tempatnya,masih tiada tanda-tanda untuk mereka menyuraikan secara kekerasan seperti selalunya,mungkin ini sebagai satu strategi,di tempat lain mereka menyimbah peserta himpunan dengan air asid dan tembakan pemedih mata.Sebab Stadium Merdeka tempat utamanya jadi mereka akan mengambarkan keadaan baik di Stadium,manakala di tempat lain mereka laksanakan apa yang di katakan arahan.

Akhirnya…BERSIH 2.0..

Begitulah suasana yang dapat saya kongsikan pengalaman sehari saya bersama rakan-rakan lain di perhimpunan aman BERSIH 2.0.Jika ada yang masih beranggapan perhimpunan itu haram,apa boleh kita buat,perhimpunan pun sudah berakhir tanpa ada apa-apa kejadian yang tidak di ingini.Biar pun di tempat lain suasananya berbeza dengan semburan gas pemedih mata dan hemburan air jahanam rejim zalim,namun peserta-peserta tetap bersabar menghadapinya.

Mereka boleh buat apa sahaja,namun mereka tidak mampu mengekang kemaraan rakyat yang ramai,mereka boleh menyekat,menghalang untuk para peserta perhimpunan bertemu dalam kelompok yang sama,namun mereka tidak dapat memisahkan hati-hati para peserta perhimpunan aman ini.Mereka sebenarnya sudah kalah dalam permainan yang mereka sendiri rancangkan.Malah mereka menyusahkan beribu rakyat yang mahu ke Kuala Lumpur.Mereka, atas arahan rejim memporak-perandakan suasana yang aman tenteram ini,dek kerana taat setia membuta tuli dengan rejim.

Peserta sudah bersurai sedikit demi sedikit,masih ada yang melaungkan kata-kata semangat.Saya,Farid dan Zulhaili merasa puas dan sudah tentunya keletihan itu pasti ada,kami melalui jalan yang tadi kami lalu.Berhenti di kedai kasut,mencari selipar,kasut sudah nazak sangat,wah...ramai juga yang beli kasut dan selipar dalam kedai ini.Rasa-rasa saya,untung besar taukeh kasut ni.Ramai juga peserta perhimpunan aman yang berhenti untuk menukar selipar mereka yang patah dan rosak…siapa kata di sebabkan perhimpunan mereka rugi..Kalau ikut arahan polis tutup kedai,memanglah rugi..apa punya bangang arahan tu.

Alhamdulillah,kami meneruskan perjalanan menuju destinasi ke stesen komuter.Sementara melalui bus stop,kami duduk sekejap rehat,kebetulan di hadapan saya seperti seorang wartawan,saya menyapanya,bertanyakan dari mana,wartawan itu kata dari National Geography,buat liputan untuk siaran Asia,mungkin dalam bulan depan keluar,dalam bentuk rangkuman perhimpunan di seluruh Asia,dia ditugaskan untuk perhimpunan BERSIH 2.0.Wartawan itu meluahkan juga tindakan polis yang tidak sepatutnya,sebab dia sendiri kena semburan gas dan air jahanam rejim.

Bila saya tanyakan jumlah yang hadir pada hari ini,dia kata dalam 20,000 lebih ada,kira relevenlah sikit berbanding dengan wartawan haprak CARMA Utusan Meloya.Apa pun tak boleh..tidak ada etika langsung,ikut arahan rejim betul.Wartawan itu pun minta diri dulu,kami pun bangkit dari tempat duduk dan meneruskan ke distinasi stesen komuter.Sampai di sana sudah ramai peserta-peserta menunggu giliran masuk Komuter,Nasib kami baik,sebab sudah beli awal-awal lagi tiket tadi,langkah bijak dari Farid,jadi kami tak perlulah beratur panjang untuk beli tiket.Nampak gayanya untung besar taukeh Komuter hari ini,takkan mereka nak nafikan rugi pula..ramai sangat penumpang nak balik tempat masing-masing.Kalau ada yang kata rugi lagi…saya pun tak boleh kata apa…pergi lantak mereka semua.

Alhamdullillah dua rakan yang tadi sudah bertemu semula,dapat balik sama-sama lagi.Komuter sampai,kami pun masuk dalam keadaan padat sangat,apa boleh buat semua nak balik.Semuanya berjalan dengan baik sekali…Syukur pada-mu Allah dengan izinya hari ini kami dapat mempertahankan hak kami untuk berhimpun secara aman seperti yang termaktub dalam perlembagaan Negara.

Ayuh berubah..Selamatkan Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...