Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H


Syukur tak terhingga pada Allah SWT yang Maha Hebat,dengan izin-Nya dapat menikmati udara yang segar di bumi yang indah dan bertuah ini,Malaysia tanahair tanah tumpah darah ku.Semoga kita menjadi hamba-hambanya yang bersyukur di atas pemberian nikmat yang banyak tak terhitung ini.

1432H,melihatkan kepada kita beberapa pergolakan yang berlaku di dunia Arab,satu persatu rejim zalim musnah dan tumbang,terbaharu rejim Muammar Ghadaffi di Libya,dengan kuasa rakyat rejim satu persatu tumbang,sudah tentunya tumbangnya rejim itu dengan izin kuasa Allah yang Maha Hebat.Persoalannya apakah dengan tumbangnya rejim-rejim tersebut rejim yang ada kuasa pada waktu ini,akan tidak dapat di tumbangkan dan rejim-rejim yang sedia ada dan sedang berkuasa ini masih tidak bergetar hati-hati mereka?.
Bagaiman pula di bumi Malaysia ini.Adakah rakyat masih selesa dengan keadaan yang ada ini.Alhamdulillah,bumi yang bertuah ini masih aman damai,biar pun arus politiknya panas membara,di tambah pula dengan ahli-ahli politik yang celupar dan cabul lagi kotor,memainkan isu-isu sensitive perkauman,agama dan raja yang di sanjung.Munculnya Ngo-Ngo yang rasis sangat membahayakan keadaan politik Negara.Gelora yang di mainkan agak meloya dan adakalanya menakutkan.

Insyallah 1433H,akan menjanjikan gelora politik yang indah buat kita,cukuplah segala pembohongan,kepalsuan dan segala macam keindahan palsu yang saban hari saban waktu di suakan di telinga kita bahkan yang telah apa di sumbatkan kedalam mulut kita selama ini.Cukuplah puluhan tahun kepalsuan bertapak di bumi indah ini.Jangan kita nodai dan cemari bumi indah ini dengan kepalsuan dan kekotoran.Insyallah..kita samak segala kekotoran najis yang melekat di minda setiap rakyat bumi indah bertuah ini sama-sama dalam PRU 13 nanti.

Terima kasih pada semua buat sahabat-sahabat blogger yang sudi bertamu dan berkunjung mengutip maklumat yang mana insyallah dapat mengubah minda kita dan seterusnya kita kongsi-kongsikan apa yang kita dapat kepada mereka yang lain.Blog Muhammadanas memohon ribuan kemaafan seandainya segala pengisian yang ada tidak dapat memuaskan hati anda semua.

Semoga 1433H,membuahkan hasil yang terbaik buat semua pejuang-pejuang kebenaran.Semoga Allah tetap memandu dan memimpin kita di landasan perjuangan yang Haq dan Hakiki.Sekali lagi ucapan ‘SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433H’ buat semua.

Ayuh berubah..Selamatkan Malaysia...!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...