Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Friday, January 11, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013


Esok akan menjadi sejarah yang besar buat tanahair tercinta ini, satu kebangkitan rakyat secara besar-besaran dengan target menghimpunkan satu juta rakyat untuk berkumpul atau berhimpun di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Ini merupakan kemuncak himpunan kebangkitan rakyat yang dilakukan sebelum ini.



Bersih 1,2 dan 3 berjaya menghimpunkan sejumlah yang besar dari pelbagai lapisan masyarakat yang peka dengan apa yang berlaku di Negara ini, terutamnya yang berkaitan dengan sistem pilihanraya yang pincang dan berat sebelah. Namun desakan dan tuntutan BERSIH langsung tidak menampakan keberhasilannya, malah badan yang didesak agar memperbaiki sistem itupun langsung seperti tidak memberi respon yang bersungguh.

Ini merupakan himpunan yang terakhir sebelum berlakunya PRU-13 yang akan datang, 
desakan dan bantahan ini bukan sahaja semata-mata menuntut PRU yang bersih tetapi lebih daripada itu menuntut agar pihak yang sedang memerintah agar peka dengan tuntutan rakyat, perbaiki segera urus tadbir negara dengan sebaik-baiknya,korupsi dan ketidakadilan dan banyak lagi kepincangan serta penyelewengan yang semakin bermaharajalela yang menuntut pembaikan. Dengan kata mudahnya pamerintah yang ada sekarang segera berundur dari takhta kekuasaannya.

Kebangkitan rakyat ini, menunjukkan bahawa seluruh rakyat sudah jelik dan muak dengan permainan kotor pemerintah khususnya parti UmnoBn  yang diberi peluang sekian lamanya, mereka sudah tidak mampu mengurus Negara ini dengan sebaik-baiknya.Segala desakan dan tuntutan langsung tidak dipeduli, pemimpin hanya buat pekak badak tiada integriti.

Semoga tanggal 12hb Jan 2013 bakal menjadi sejarah besar, kuasa rakyat kuasa keramat yang bakal merobah lanskap politik Negara kita. Ayuh semua rakyat semua, esok adalah penentu masa hadapan Negara kita.

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...