Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Sunday, March 20, 2011

Terima dengan berlapang dada


(Tulisan ini sudah terlewat beberapa hari,apa pun saya tetap kongsikan untuk Anda yang sudi membacanya.)


Seluruh Negara sudah tahu,bahkan dunia turut mengikuti perkembangan dunia politik tahanair kita.Pilihanraya kecil DUN Merlimau dan DUN Kerdau sudah beberapa hari berlalu,pengundi di kedua-dua DUN tersebut telah membuat pilihan dan keputusan masing-masing.Mereka tentunya pengundi-pengundi yang bijak dan waras,mereka menggunakan hak yang ada pada mereka.Sudah tentunya mereka sudah memikirkannya sebelum membuang undi.Naluri setiap pengundi akan berkata “Aku pilih yang ini…”.

Beberapa hari sebelum hari pengundian saya telah menulis mengingatkan para pengundi agar pilih dengan waras,kini keputusan sudah di ketahui.Ternyata pengundi telah memilih calon dan parti yang difikirkanya boleh memberi kebaikan pada mereka.Ermm..Yang itu,itu juga rupanya..!.

Bagi yang bertanding,kalah atau menang adat bertanding,tidak ada apa yang perlu di kecewakan.Bagi yang kalah,berlapang dada dan buatlah postmortem untuk mencari kelemahan dan bertekad untuk memperbaikinya.Memanglah setiap parti yang bertanding inginkan kemenangan berpihak pada calon yang di wakilinya.Namun pilihan pengundi tidak di jangka.

Bagi yang menang pula,bersyukurlah kerana masih di beri kemenangan dan pengundi masih setia memilih calon yang di wakilinya.Bersikap tawadhuk dan rendah diri lebih baik daripada sifat sombong dengan kemenangan yang sementara itu.Tunaikanlah janji-janji yang telah di taburkan selama berkempen.Rakyat yang bijak akan menilai setiap apa yang di lakukan oleh pemimpin yang di pilihnya,kata mesti di kota..!.Rakyat (Pengundi)yang kurang bijak bagaimana pula?.Tugas dan tanggungjawab anda semakin berat,setiap permasalahan rakyat hendaklah dipikul dengan amanah dan tanggungjawab.

Kemenangan tidak selamanya akan berpihak kepada parti yang sentiasa menerima kemenangan.Jika sikap sombong bongkak masih menyelinapi setiap pemimpin mereka.Tidak mustahil kemenagan akan di tarik balik dengan kuasa yang lebih Maha Kuasa.Mungkin kemenangan yang di miliki hanyalah sementara,sebagai ujian untuk mereka.Jika segala penyelewengan demi penyelewengan,penindasan demi penindasan,fitnah-memfitnah terus menerus menjadi mainan dalam tingkah laku dan bual bicara mereka.

Beringat-ingatlah buat parti yang telah menerima kemenangan,jika kemenangan yang di perolehi hasil dari ketidakadilan,pembelian undi,penipuan,ugutan dan paling keji dengan perbuatan rasuah dan merasuah pengundi,sesungguhnya kemenangan yang di perolehi tidak akan selamat,kerana kuasa dari yang Maha Kuasa akan bertindak bila sudah sampai masanya.”Kun Fa Yakun..jadi maka jadilah..”!.

Justeru itu,tidak kiralah yang kalah atau pun yang menang,bermuhasabalah atas kekalahan atau kemenagan masing-masing.Yang kalah belum tentu salah,Yang menang belum tentu benar..?.

Renung-renung dan fikir-fikirkanlah..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...