Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Monday, October 31, 2011

Hak Asasi manusia ancam kerajaan?


Kalau tidak disebabkan perjuangan hak asasi dan misi kemanusiaan, tidak perlulah susah-susah kerajaan Malaysia menghantar misi bantuan ke Palestin. Begitu juga dengan misi kemanusiaan kelab Putera 1Malaysia sehingga menyebabkan terkorbannya jurukamera Bernama, almarhum Noramfaizul semasa di Somalia.

Kita imbau kembali detik bersejarah 1 Mei 1886, bagaimana atas semangat memperjuangkan hak asasi telah mencetuskan Revolusi Perindustrian. Ketika itu, seluruh kesatuan-kesatuan pekerja dari Amerika dan Eropah telah berkempen menuntut hak mereka bagi mengurangkan masa bekerja dari 16 jam kepada 8 jam sehari dan segala jenis penindasan oleh majikan.

Ternyata perjuangan hak asasi merupakan perjuangan yang tulus dan murni. Ia sejajar dengan perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 10 Disember 1948 yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).

Dalam konteks negara kita, setiap rakyat dijamin dalam perlembagaan akan hak-hak tertentu yang jelas, termaktub, harus dipertahan dan diperjuangkan. Antaranya menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun, berpersatuan, hak beragama dan juga hak-hak yang bersangkutan dengan pendidikan. Mana mungkin kita tidak mahu hak yang sepatutnya kita peroleh dinafikan.

Kebimbangan yang tidak masuk akal

Tiba-tiba, kita diberitahu mengenai sebuah kebimbangan yang tidak berasas. Sama sekali tidak boleh diterima dan dilihat terdesak dari seorang yang pernah terbukti menyalahguna kuasa dan melanggar hak asasi manusia iaitu mantan Ketua Polis Negara Rahim Noor.

Dia terbukti dalam Suruhanjara Diraja sebagai pelaku yang menumbuk sehingga menyebabkan kecederaan dan mata lebam pada Anwar Ibrahim (gambar kanan) ketika soal siasat dijalankan di lokap ketika itu.

Pada perhimpunan agung PERKASA kedua yang dijalankan baru-baru ini, Rahim Noor secara terang menyatakan kebimbangannya pada gelombang hak asasi yang memungkinkan negara jatuh dan terjajah malah dikaitkan pula dengan kebangkitan komunisme, agenda Yahudi, kontrak sosial dan sebagainya.

Semua ini adalah gambaran yang meleset pada nilai-nilai sejagat dan dilihat menyebarkan doktrin yang salah, tidak matang dan secara tidak langsung mampu untuk mewujudkan suasana yang tidak senang di kalangan rakyat.

Agama baru, human right?

Di kala rakyat mula celik dan semakin bijak; semakin sedar untuk keluar dari kepompong yang menindas, rakyat telah bangkit dan menuntut hak-hak mereka dibela; soal keadilan, pilihanraya yang bersih, kebebasan bersuara, gaji minima, kenaikan harga barang, isu diskriminasi wanita dan gender, kemiskinan, keselamatan dan sebagainya, perjuangan untuk menuntut hak asasi telah dipandang sesuatu yang berbahaya. Kita patut berasa hairan, apa dan siapa sebenarnya yang berbahaya?

Sebagai seorang tokoh yang pernah berkhidmat dalam PDRM dalam menguatkuasakan undang-undang, Rahim Nor cuma memalukan dirinya sendiri. Dia telah silap. Ibarat perangkap makan tuan. Dengan dakwaan perjuangan hak asasi yang dikaitkan sehingga cuba mempersoalkan institusi beraja, kita semua harus ketawa.
Penghinaan terhadap institusi beraja

Sejarah membuktikan siapa sebenarnya yang mempersoal kuasa raja sehingga menyebabkan krisis perlembagaan tahun 1983 dan 1991. Pindaan perlembagaan telah dibuat oleh mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad yang mengurangi kuasa sultan dan raja. Krisis perlembagaan tersebut sangat jelas menunjukkan siapakah yang telah menyentuh kuasa raja, bukannya Aziz Bari yang cuma memberi pandangan beliau terhadap titah sultan Selangor sehingga dianggap sebagai penderhaka.

Kita juga tidak akan lupa bagaimana media-media arus perdana ketika itu bertalu-talu menyerang institusi beraja secara terang dan lancang. Apakah ini perbuatan menghina raja? Tentu sekali ya!
Pembodohan atau perpaduan?

Dalam menyentuh soal "perpaduan Melayu" dan kontrak sosial, kita harus fahami apa yang telah menyebabkan isu ini berbangkit dan apa pula rasional untuk "bersatu" di bawah pentadbiran yang korup dan menindas.

Perkara ini tidak perlu dijelaskan secara terperinci, kita semua telah sedia maklum bagaimana sejumlah wang negara tiris akibat salahguna dan rasuah dalam laporan audit negara 2010 baru-baru ini. Ia merupakan isu yang berbalik kepada soal integriti, ketelusan dan kecekapan mengurus kerajaan.

Apakah kita sebagai pembayar cukai mahu wang kita yang dipungut setiap hari dan setiap tahun ini disalahguna oleh kerajaan? Tentu sekali tidak. Apakah Rahim Noor cuba untuk menutup isu sebenar yang terjadi?

Hak asasi manusia, hak kita
Kita harus bertegas. Soal perjuangan hak asasi manusia sama sekali tidak ada kena mengena dengan soal "bangsa" apatah lagi selama ini lebih separuh abad rakyat telah memberi kepercayaan dan mandat mereka kepada pentadbiran sedia ada. Dan, apabila rakyat mula bersuara bertanyakan hak asasi mereka, suara-suara rakyat ini dituduh sebagai ancaman dan "menghakis dasar yang dipersetujui selama…" dan sebagainya. Tuduhan sebegini mengarut!

Kembalilah kepada asas perjuangan hak asasi, ia adalah keperluan dan keutamaan semua kita. Jauh lebih mendasar kepada hak-hak kita sebagai rakyat yang perlu dipelihara sebaik mungkin melampaui batas agama, bangsa mahupun ideologi politik. Dan kita takkan mendengar lagu-lagu Inonesia yang lain selain dangdut dan keroncong, juga filem-filemnya yang hebat melainkan setelah rakyatnya membebaskan diri dari cengkaman orde baru lantas merampas kembali hak asasi mereka untuk bekarya, dan lagi dan lagi…!

*Hafiz Zainuddin ialah kolumnis MerdekaReview.

Friday, October 28, 2011

Selangor urus air lebih terjamin

SHAH ALAM, 28 Okt: Kerajaan Negeri Selangor bimbang dengan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) yang tidak terkawal dan gagal dikurangkan walaupun pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mendakwa telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkannya.

Pengerusi Jawatankuasa Petap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, Elizabeth Wong (gambar) berkata kegagalan Syabas menurunkan peratusan NRW ke tahap yang memuaskan membuktikan syarikat konsesi air itu gagal menjalankan penyelenggaraan paip-paip air dengan baik seperti yang dikehendaki dalam perjanjian penswastaan air antara kerajaan negeri dengan syarikat konsesi.

“Jika Syabas tidak mampu mengurangkan NRW pada tahap yang memuaskan, ia akan memberi kesan langsung kepada bekalan air bersih untuk pengguna,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mengikut laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syabas masih gagal mengurangkan kadar NRW kurang dari 30 peratus.

Katanya, walaupun kadar NRW menurun pada kadar 32.38 % pada 2009 berbanding 38.43 % pada 2005, tetapi meningkat semula pada tahun lalu dan tahun ini malah SPAN meramalkan NRW terus meningkat melebihi 40 peratus sehingga 2020.

Tambahnya, tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tidak mustahil krisis bekalan air bersih di Lembah Klang akan berlaku walaupun tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air mentah yang mencukupi dan adakalanya berlaku limpahan.

“Laporan Pengkajian Penilaian Aset Air Negeri Selangor oleh Ranhill mendapati, dua loji rawatan air iaitu Kalumpang dan Sg Sireh memerlukan penambahbaikan yang besar manakala 18 lagi loji memerlukan penambahbaikan,” katanya.

Ini, ujarnya menunjukkan pengendali loji-loji berkenaan, Puncak Niaga telah gagal melakukan usaha untuk menambahbaik loji-loji rawatan air ini bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi untuk keperluan pengguna.

Justeru, katanya tidak hairanlah jika loji-loji ini berfungsi di bawah kemampuannya sedangkan ia mampu menghasilkan air bersih yang mencukupi jika loji-loji itu dinaik taraf.

Menurutnya lagi, menteri-menteri Kerajaan Pusat lebih ghairah bercakap mengenai keperluaan membina Loji Rawatan Air Sungai Langat atau Langat 2, bagi menutup kelemahan dan ketidakmampuan syarikat konsesi ini yang ada hubung kait dengan Umno.

Beliau menambah, Langat 2 yang dipertahankan kerajaan Pusat dan syarikat konsesi ini hanyalah loji yang membawa air mentah dari Pahang tetapi pembinaannya tidak akan mampu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air bersih kepada pengguna.

Katanya, isu yang patut diberi perhatian oleh Kerajaan Pusat ialah menyegerakan pengambilalihan pengurusan air kepada Kerajaan Negeri Selangor yang sengaja dilewat-lewatkan dan dibelenggu masalah-masalah yang tidak sepatutnya timbul.

Beliau berkata, pengurusan air akan lebih terjamin, terurus dan profesional jika kerajaan negeri diberi mandat untuk ambil alih dari syarikat konsesi kerana kepentingan rakyat lebih diutamakan berbanding keuntungan, tidak seperti syarikat konsesi yang mana keuntungan adalah segala-galanya.

“Jika kerajaan negeri mengambilalih pengurusan air, kita amat yakin NRW berjaya diturunkan hanya sekitar 10 peratus dan tidak akan berdepan masalah bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat 10 peratus setiap tahun,” ujarnya yang juga Adun Bukit Lanjan.

Katanya, kejadian paip bocor berhampiran Lapangan Terbang Subang baru-baru ini menjadi contoh kepada ketidakcekapan Syabas dalam menyelenggara paip-paip ini.

Tambahnya, ia bukan saja mengundang kesengsaraan kepada pengguna jalan raya malah menyumbang kepada pembaziran air bersih sekali gus meningkatkan peratusan NRW.

“Syarikat konsesi gagal mempelbagaikan teknologi rawatan air seperti rawatan air dalam kontena yang lebih mudah, cepat dan murah berbanding membina Langat 2.

“Teknologi ini juga boleh digunakan untuk merawat air hujan sehingga bersih dan selamat untuk digunakan,” ujarnya.

Sumber: Harakahdaily

Sunday, October 23, 2011

Ingatan Buat Semua Blogger Dan Pengamal Media








Blogger, pengamal media baru jangan lempar fitnah


Muhammad Faizal

GOMBAK, 22 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setiap blogger mahupun pengamal media baru perlu banyak belajar agar boleh menjadi seorang penulis yang berhemah.

"Setiap blogger serta pengamal media baru perlu terus belajar dan jangan henti untuk kita terus belajar kerana ia akan dapat melahirkan kita sebagai penulis yang lebih berhemah.

"Kita melihat apa yang berlaku sekarang ini kebanyakan blogger memaparkan dengan perkara yang tidak betul dan melemparkan fitnah-fitnah," jelasnya sewaktu merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Taman Melewar hari ini.

Tambahnya lagi, sebagai seorang blogger perlu mempunyai sifat-sifat yang mulia, bukannya menulis perkara-perkara fitnah.

Beliau juga memberitahu ada penyakit yang perlu diubat dalam dunia blogger yang dilihat sentiasa melemparkan perkara-perkara yang tidak benar malah menjadikan ia satu usaha penyebaran unsur-unsur jahat dengan niat.

"Penyakit menyebar fitnah perlu diubat kerana ini akan menjadikan budaya ytang tidak sihat di negara ini malah ia akan menjadikan budaya penyebaran fitnah yang tidak berhemah.

"Saya tekankan di sini blogger kena belajar dan mempunyai pengetahuan agama yang kuat, cara ini sajalah yang dapat mengubat penyakit penyebar fitnah di dalam dunia media baru.

"Selain itu pembelajaran kesasteraan juga perlu untuk kita mantapkan penulis ayar ayat-ayat yang kita tulis mempunyai nilai tersendiri serta menarik minat pembaca," sambungnya lagi.

Nik Aziz juga meminta blogger serta pengamal media baru mempelajari bagaimanakah cara untuk menjawab setiap isu fitnah dengan menitik berat serta mengambarkan nilai-nilai keIslaman kerana ia juga dapat memberi kesan mendalam kepada penjelasan kepada fitnah.

"Kita perlu belajar untuk menjawab setiap persoalan dan ini akan memastikan untuk setiap soalan atau fitnah dapat kita perjelaskan kembali dengan cara yang baik, ini akan memberi kesan kepada setiap pembaca.

"Di sinilah yang akan dinilai oleh setiap pembaca dan mereka sendiri yang akan menilai siapa yang betul mahupun tidak dan saya pasti penjelasan yang baik Umno juga akan dapat berubah setelah tidak dapat menimbulkan isu baru kerana penjelasan kita berikan itu," tambah Nik Aziz lagi.

Menteri Besar Kelantan itu juga menjelaskan persaingan juga perlu kerana ia mendatangkan kesan kepada apa yang dilakukan dan dapat menimbulkan kebenaran kepada sesuatu perkara.

"Persaingan yang baik akan melahirkan kebenaran kerana isu yang timbul akan dibahas serta pendapat masing-masing dan akhirnya mendatangkan kebenaran yang diterima oleh semua," katanya.

Persidangan yang dianjurkan oleh Lajnah ICT dan Jabatan IT PAS Pusat bersama dengan Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat selama sehari ini meletakkan objektif menyeragamkan pemahaman garis panduan gerak kerja bersepadu facebook atau twitter kepada semua petugas penerangan dan maklumat di semua peringkat.

Ia juga bertujuan mengulangkaji mengemaskini dan mendapat maklum balas status kesediaan keperluan ICT di semua peringkat serta berkongsi pengetahuan berhubung dengan media sosial dan webtv sebagai sumber maklumat alternatif serta mendapat sokongan dan komitmen dari kepimpinan tertinggi PAS untuk melancarkan Jentera Bersepadu Petugas ICT dalam jentera pilihan raya dan penerangan lebih awal sebagai persediaan dalam menghadapi pilihanraya umum nanti.

Sumber: Harakahdaily

Wednesday, October 19, 2011

Prestasi Selangor lebih baik daripada Pusat


KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai kelayakan untuk mendapat kenaikan elaun disebabkan prestasi yang ditunjukkan mereka dan negeri amat baik sekali.

Khalid menjelaskan demikian pada sesi perbahasan belanjawan 2012 di Dewan Rakyat apabila ahli parlimen Barisan Nasional (BN) mempertikaikan tindakan Pakatan Rakyat (PR) menolak kenaikan yang dicadangkan oleh kerajaan pada pembentangan Bajet tetapi menerima cadangan yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

"Kecemerlangan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sepanjang tahun 2009 hingga 2011 telah menghasilkan bajet yang seimbang, hutang negeri tidak meningkat kerana tiada pinjaman dilakukan. "Hasil negeri meningkat jika dibandingkan dengan pemerintahan di bawah BN yang mana rakyat sekarang dapat merasa hasil kekayaan negeri sejak dari awal dilahirkan sehinggalah mereka meninggal dunia, selain menikmati air percuma," jelas Khalid yang juga AJK PAS Pusat.

Tambahnya lagi, merujuk kepada prestasi baik dan keseimbangan antara hasil negeri dan rakyat, maka secara jelas setiap Adun di Selangor memang layak mendapat kenaikan elaun jika dibandingkan dengan prestasi yang ditunjukan oleh ahli parlimen BN terutamanya perbelanjaan defisit selama 14 tahun berturut-turut.

"Ahli Parlimen tidak layak mendapat kenaikan elaun jika kita melihat prestasi dan amalan pentadbiran BN berbelanja sehingga membuatkan hutang negara meningkat sehingga 53 peratus dari Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK). "Bagaimanakah kita hendak bersetujuan agar kenaikan elaun ini diluluskan, kemerosotan ini bukannya disebabkan oleh dari ahli parlimen PR tetapi disebabkan oleh mereka di dalam BN yang selalu mengamalkan bodek dan kroni," katanya lagi.

Beliau juga memberitahu prestasi buruk merupakan halangan untuk melayakkan setiap Ahli Parlimen mendapatkan kenaikan dan ini pasti boleh diubah apabila PR mengambil alih pantadbiran di Putrajaya nanti.

Tindakan menuduh pendirian PR tidak bersependapat dengan apa yang dilakukan di Selangor, Khalid memberitahu kenaikan bergantung kepada hasil dan prestasi negara, malah jika dibandingkan dengan Negeri Selangor dari sudut pentadbiran jauh lebih baik dari apa yang kerajaan BN lakukan di negara ini.

"Kita melihat bagaimana kerajaan negeri menambah pendapatan negeri yang diperolehi dari hasil dan sumber asli, mengambil kembali hutang dari mereka yang telah berhutang serta menghapuskan budaya kroni. "Sedangkan kerajaan pusat hanya tahu menambah hutang negara dan menurut kajian yang dilakukan oleh badan bebas mengatakan jika amalah defisit ini dilakukan oleh BN, maka pada tahun 2020 hutang negara akan meningkat RM1 trilion dan ia akan membawa negara ke arah kebankrapan," sambungnya lagi.

Beliau juga menyentuh janji kerajaan yang dinyatakan semasa belanjawan tersebut yang mahu menaikkan taraf Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah satu yang baik tetapi dalam pada masa yang sama kerajaan perlu melihat kedudukan Hospital Shah Alam yang telah terbengkalai sejak sekian lama.

Sumber: Harakahdaily

Thursday, October 13, 2011

Berita:4 hari bahas Bajet tanpa Laporan Audit





KUALA LUMPUR, 13 Okt:
Wakil Pakatan Rakyat bercadang untuk membawa usul mengenai kegagalan kerajaan menyerahkan Laporan Audit Negara kepada Ahli Parlimen, Isnin ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, sudah empat hari mereka membahaskan belanjawan tanpa merujuk Laporan Audit Negara.

"Kita cadang untuk bawa usul mengenai perkara ini kerana hari ini sudah masuk hari keempat berbahas, tapi laporan masih tiada," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga mempersoal ketiadaan laporan tersebut sedangkan sesetengah negeri termasuk Kelantan sudah menerima laporan audit negeri masing-masing.

Katanya, Jawatan Kira-Kira Negara (PAC) bertanggungajawab ke atas perkara itu, tidak seharusnya menunggu ianya dituntut.

"Kalau di luar negara, PAC dipengerusikan wakil pembangkang jadi senang untuk menggesa kerajaan tapi di Malaysia PAC diketuai wakil kerajaan, sebab itu lambat bertindak," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar meminta Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid menjelaskan perkara tersebut.

"Kita minta Azmi Khalid jelaskan perkara ini kerana ini sangat memalukan dah masuk hari keempat, masih belum ada laporan audit," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul pula berkata Jabatan Audit Negara sendiri terkejut apabila beliau memaklumkan ahli Parlimen belum menerima laporan tersebut.

“Pegawai jabatan itu terkejut dan menyatakan Ketua Pengarah sendiri berpuas hati kerana laporan berkenaan kerana ia siap lebih awal (berbanding tahun) lalu dan lengkap.

“Ini yang kita hairan. Di manakah sangkutnya laporan itu? Adakah di Parlimen atau berada di tangan menteri tertentu?” soalnya.

Sumber:Harakahdaily

Bukan Pejuang Tapi Pengacau

Banner yang ditinggalkan pengacau


Semua orang sudah tahu,apa yang berlaku di ceramah-ceramah Mat Sabu sekarang ini,sudah dua kejadian yang tidak di ingini berlaku.Pengacau-pengacau yang mengelarkan diri mereka sebagai orang-orang yang gagah perkasa telah cuba menganggu dan berdemo semata-mata tidak mahu Mat Sabu berceramah.Itu semua atas alasan kononnya Mat Sabu menyokong Komunis dan menghina pahlawan Negara (Polis atau mata-mata British).Mereka tidak mengizinkan Mat Sabu berceramah di tempat mereka melainkan orang selain Mat Sabu tidak mengapa.malah mereka kata mereka tidak benci dan menghalang PAS untuk berceramah asalkan jangan Mat Sabu.Itu lah sikap kebencian mereka terhadap Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohammad Sabu.

Mereka, kita yakin sudah pasti terdiri daripada orang-orang yang jiwanya patriotik dan semangat kemelayuan yang tinggi.Menjunjung ada dan tradisi melayu setingginya.Pemimpinnya juga seorang yang berani demi mempertahankan bangsanya ,agamanya dan negaranya,sebab itu anak-anak buahnya begitu berani dan gagah perkasa mempertahankan tanahairnya dari petualang-petualang yang kononnya derhaka pada Negara disebabkan sokong komunis.Benarkah begitu?.Melihat kebenciannya pada Mat Sabu itu yang memungkinkan mereka ini golongan yang betul-betul Melayu dan memperjuangkannya?.Sekali lagi saya utarakan..Benarkah mereka begitu?.

Atau pun mereka hanya sekadar menurut perintah,sekadar membakar-bakar semangat,mencari-cari pasal.Atau pun mereka sudah diupah dengan beberapa RM agar mereka menunujuk-nunjuk yang mereka benar-benar seorang yang berani.Saya rasa sesiapa sahaja yang rajin melayari internet dan masuk pada laman web atau blog sudah melihat gambar-gambar mereka yang terlibat dalam ‘demoKERA’ (Merujuk demontrasi yang di anjurkan mereka..) yang mereka anjurkan dalam menganggu ceramah Mat Sabu di Ampangan dan Rembau Negeri Sembilan.

Wajah-wajah mereka di sebalik ‘demoKERA’ tersebut..tidak lain dan tidak bukan wajah-wajah ahli Dulu,Kini Dan Selama..(Selama mana?).Sudah terang lagi bersuluh,tiada siapa yang mahu menafikan disebalik mereka semua.Perlakuan ganas dan samseng ini sudah sememangnya sudah bertunjang dalam perjuangan mereka.Itukah cara mahu menjunjung martabat bangsa Melayu?.Cara kasar dan ganas..melulu,rakus dan tidak bertamadun.Di mana kePERKASAan yang di laung-laungkan.Sesama bangsa dan agama pun mereka sanggup bertindak melulu dan kasar.Mana kesantunan yang kalian perjuangkan dalam agenda Melayu kalian?.Di mana kejatian Melayu kalian?.Di mana?.

Mungkinkah mereka ingin mengulangi gaya berpolitik samseng,ganas dan kasar?.Apakah itu yang mereka inginkan?.Kita mengharapkan persoalan-persoalan yang saya tuliskan ini tidak lah menjadi benar.Baik Parti yang memerintah dan Pakatan Rakyat,dari pemimpinya hinggalah ke ahli parti masing-masing saya yakin,semua tidak mahukan suasana berpolitik cara samseng,ganas mahupun kasar.Kita yakin dan mengharapkan aksi-aksi nakal yang dilakukan oleh sebahagian ahli parti mereka (atas nama NGO) bukanlah mewakili sebahagaian besra ahli mereka,mungkin hanya ahli-ahli yang terOVER..atau mungkin TAKSUB sangat,itu yang mereka tunjuk garang atau mungkin bayaran terlebih,itu yang semakin tunjuk lagak gayanya.

Tapi jika sebaliknya pula bagaimana?.Itu kita serahkan kepada kebijaksanaan Pihak keselamatan khususnya anggota polis bagi menangani kesamsengan dan keganasan mereka.Kita mengharapkan polis tidak memihak kemana-mana pihak,itu pun jika jujur,amanah menjadi prinsip mereka.Pejuang-pejuang PAS dan parti sekutunya adalah insan-insan yang CINTAKAN KEHARMONIAN dalam berpolitik.Mereka adalah anak-anak jantan yang patuh dengan ajaran agama dan taat pada pemimpinnya.Kita yakin semangat Jihadnya tinggi dan berkobar-kobar,dengan kata lain mereka tidak takut mati demi merebut gelaran Syahid dan Syurga Allah.

Justeru itu,kita ingatkan pada mereka yang cuba membuat onar dalam mana-mana ceramah atau majlis politik.TAKUTLAH ALLLAH DARIPADA KAMU TAKUTKAN TUAN-TUAN KAMU..UPAH YANG SEDIKIT TIDAK AKAN MENJAMIN KAMU UNTUK KAMU DI PERSOLAKAN OLEH ALLAH DI AKHIRAT NANTI.Semoga politik Malaysia terus terpelihara dari suasana yang tidak harmoni dari tangan-tangan yang rakus dan kejam.

Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia...!

DAP tidak setuju burukkan hudud

Bajet dan 19 ilmuan Islam


Bahang pembentangan Bajet 2012 masih terasa hangatnya. Semua pihak mengakui ia satu lagi percubaan Dato' Seri Najib Razak untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13. Belanjawan itu dihasilkan bukan sebagai penyelesaian kepada pelbagai masalah ekonomi negara yang meruncing, tetapi dirumuskan semata-mata untuk mengekalkan kuasa BN.

Bagi Najib, bajet adalah senjata terakhir untuk menyanggah tawaran Pakatan Rakyat melalui belanjawan alternatif 4 Oktober lalu dan Buku Jingga, atau sekurang-kurangnya bagi mewujudkan 'feel good factor' walaupun segala jaminan yang dikemukakannya boleh memberi impak negatif kepada negara. Pertimbangan utamanya adalah mengekalkan kuasa. Segalanya diperkakaskan untuk matlamat itu.


Isu-isu kritikal seperti peningkatan inflasi, melebarnya jurang kaya-miskin, pertambahan hutang awam sehingga RM456 bilion, terperangkap dalam regim pendapatan rendah-sederhana, pergantungan kepada pekerja asing, ketirisan dalam sistem penyampaian, silap keutamaan yang membawa kepada pembaziran, dan isu monopoli, tidak ditangani secara serius dan bijaksana.

Justeru, ada pihak menyamakan Najib seperti Santa Claus yang tiba dua bulan lebih awal daripada hari krismas. "Kedatangannya bukan setiap tahun seperti Santa Claus, tetapi lima tahun sekali menjelang pilihan raya. Apa pun, mungkin kehadirannya ini buat kali terakhir," kata seorang teman sambil ketawa kecil.

Sepintas lalu, dalam beberapa aspek, bajet Najib dilihat mencedok pakej tawaran Pakatan Rakyat, namun falsafah atau asas yang mendasarinya jauh berbeza. Mungkin sebahagian rakyat, terutama kakitangan awam dan golongan berpendapatan rendah tersilau dengannya, tetapi secara peribadi saya mengharapkan pelaksanaannya sampai tepat kepada sasaran terutama bayaran one-off.

Lambakan wang tunai ekoran one-off ini memang dikritik, dibimbangi merangsang kenaikan kos hidup yang sedia tinggi sekarang, namun bantuan kepada rakyat yang memerlukan seharusnya dialu-alukan tetapi ia sepatutnya dibuat secara berterusan melalui pakej lebih menyeluruh. Bukan seperti ingatan Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar: "Nikmat sekejap, sedap sesaat." Belum pun insentif one-off diterima rakyat, harga barangan dapur terus meningkat.

Sesungguhnya perbelanjaan wang rakyat haruslah dilakukan secara berhemah. Kerisauan tentang defisit, hutang dan kecenderungan kerajaan BN berbelanja lebih disentuh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di Parlimen membahaskan bejat: "Angka yang dipersembahkan kononnya untuk beri gambaran keadaan defisit dan hutang terkawal, sedangkan kita sedia maklum tabiat BN membentangkan belanjawan tambahan pada pertengahan tahun ... seperti pada 2010 dan 2011."

Pada akhir 2010, jumlah hutang isi rumah yang ditanggung rakyat Malaysia mencecah RM577 bilion bersamaan 77% dari KDNK negara. Pendapatan rakyat setiap bulan sebahagian besarnya dihabiskan untuk membayar hutang rumah kereta dan rumah. "Masih ada golongan pekerja yang diperlakukan seperti khadam dan dibayar gaji di bawah paras kemiskinan," dedah Anwar.

Anwar turut mengkritik peruntukan tinggi sehingga 78 peratus untuk belanja pengurusan, manakala belanjawan bagi tujuan pembangunan dan pelaburan dalam bidang ekonomi dan sosial semakin mengecil. 11 kementerian utama diperuntukkan wang lebih tinggi bagi perbelanjaan mengurus sedangkan jumlah bagi tujuan pembangunan lebih kecil.

Malah belanja operasi melonjak 12% di Jabatan Perdana Menteri dan 15% di Kementerian Kewangan, kedua-duanya di bawah Najib, dan bagi Anwar, "ini bertentangan dengan desakan rakyat agar PM mengurangkan pergantungan beliau kepada juru runding luar negara dan pakar media yang mahal dan mengenepikan pendapat pimpinan penjawat awam."

Bekas Menteri Kewangan itu turut menegur potongan peruntukan yang besar kepada Kementerian Pelajaran: "Perbelanjaan operasi dipotong 3% sementara perbelanjaan pembangunan dipotong 28%. Sebab itu, rakyat tidak teruja dengan pengumuman yuran sekolah rendah dan menengah akan dihapuskan kerana jelas penghapusan ini akan dibiayai melalui potongan peruntukan yang lain. "Keadaan ini tidak ubah seperti Belanjawan 2011 bila mana Perdana Menteri secara senyap-senyap memotong peruntukan operasi pendidikan sehingga bilangan hari di asrama dan peruntukan lain dikurangkan. Makanya, rakyat akan tetap menanggung kos pendidikan yang dibayar kepada pihak sekolah, sama ada melalui sumbangan PIBG atau pelbagai bayaran lain yang terpaksa dikenakan oleh pihak sekolah bagi menampung kos operasi."

Dalam pada itu, saya tertarik dengan ulasan 19 cendekiawan Muslim, yang menggelarkan diri mereka "sekumpulan ilmuan Islam dan pendakwah tanahair" mengenai bajet. Antaranya termasuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dr Zaharuddin Abd Rahman, Dr Maszlee Malik, Dr Zahazan Muhammad dan Dr Abdul Basit Abdul Rahman.

"Berdasarkan hasil perbincangan telus, sederhana akademik dan sifat non-partisan di antara beberapa peserta pertemuan ilmuan Islam dan pendakwah terlibat dalam pertemuan berkala ini, pihak kami menyambut bajet 2012 dengan perasaan bercampur-campur," kenyataan mereka bertarikh 8 Oktober dipetik.

Mereka turut bimbang dengan bajet yang kekal defisit dan peningkatan hutang. Dalam kenyataan bersama itu, mereka menyokong 24 item dalam belanjawan 2012. Manakala 10 item lain "sokongan bersyarat" dengan cadangan beberapa penambahbaikan, misalnya mengenai saluran bantuan yang wajar dikendalikan secara Islam, pemberian permit teksi individu, sistem pengangkutan di bandar dan risiko harga maksimum skim pinjaman rumah pertama.

Selain itu, mereka memberi kritikan terhadap 17 item lagi, di antara lain: Tiada sama sekali peruntukan untuk pembangunan urusan hal ehwal Islam sebagai agama persekutuan; peruntukan bagi sekolah-sekolah agama rakyat tiada disebut dan diabaikan; peruntukan untuk mengatasi gejala sosial yang semakin meruncing tidak diberi perhatian sama sekali; sekuriti dan isu keselamatan rakyat tiada peruntukan mencukupi; peruncit kecil terpaksa bersaing dengan harga barangan jualan Kedai IMalaysia yang 40% lebih rendah dari harga pasaran; serta cadangan pertambahan kadar keuntungan cukai harta tanah.

Mengenai bantuan one-off RM500 kepada isu rumah berpendapatan sebulan RM3000 dan ke bawah, mereka menegaskan: "Kami bimbang bantuan ini akan mencetuskan lambakan tunai ke dalam masyarakat yang boleh mengakibatkan peningkatan kadar inflasi akibat kenaikan harga barangan, justeru pihak kami mengharapkan kerajaan mengkaji dan merancang tatacara yang boleh digunakan bagi mengawal kenaikan harga barang agar tidak dinaikan sewenangnya akibat pengumuman ini, khususnya apabila ditambah dengan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada kakitangan awam."

Saya memandang positif usaha ilmuan dan pendakwah ini serta mengharapkan komitmen berterusan mereka untuk terus menyumbang idea dan saranan bagi kebaikan bersama.

Sumber:Harakahdaily

Wednesday, October 12, 2011

Jangan Pandang Enteng

Kempen Rampas Selangor Oleh Najib


Nampaknya presiden UMNOBN sudah turun berkempen,hari ini (8hb 10 2011,Sabtu) beliau round bermula dari Ijok,Rawang hingga ke Gombak.Sedang Pekan tempat beliau sendiri tidak di sibukan sangat.Mengapa beria-ia di Selangor?.Cita-cita dan Impian Najib mahu merampas dan seterusnya menumbangkan Pakatan Rakyat Selangor betul-betul di kotakan.Kalau sebelum ini beliau berkata akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun,nampaknya di Selangor beliau beria-ia sangat mahu merampasnya semula.

Cita-cita dan impian Najib itu bukan impian pribadi beliau sahaja bahkan seluruh kepimpinan UMNOBN Selangor juga terliur untuk sama-sama memastikan menawan Selangor.Kalau tidak takkanlah mereka bermukim selama beberapa hari di Selangor beberapa minggu yang sudah.Mereka mengatur strategi dan taktik bagaimana mahu merampas Selagor yang kaya dan banyak lubuk emasnya.Siang malam,pagi petang mereka berrawatib..Selangor..Selangor..Tawan..Tawan..Tumbang..Tumbang..!.

Cita-cita dan impian Najib dan UMNOBN ini tidak seharusnya di ambil enteng saja pada pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.Betul lah rakyat Selangor sudah nampak selesa di bawah Pakatan Rakyat,pelbagai kebajikan untuk rakyat di buat oleh Pakatan Rakyat,itu tidak di nafikan,Cuma UMNOBN sahaja yang menafikannya.Namun begitu pimpinan jangan leka dengan permainan politik parti pembangkang UMNOBN ini.

Nafsu besar mereka sudah membuak-buak,apatah lagi mereka melihat Selangor sudah mempunyai duit yang banyak.biarpun mereka kata Pakatan Rakyat tidak pandai mentadbir Selangor.Tetapi perihal duit mereka tidaklah bodoh dan buta.Mereka tahu sebenarnya kemajuan yang rakyat Selangor sedang lalui sekarang.Dek kerana angkuh,sombong mereka tidak akan mengakuinya,lebih-lebih lagi mereka ini pembangkang di Selangor kini.Memang sikap pembangkang di Selangor begitu.

Round Najib ke Ijok,Rawang dan Gombak bukan main-main,biarpun nampak lakonan,naik bas,pergi estet jumpa orang India,beri bantuan,makan bersama kaum Cina,semuanya itu taktik bagi menawan hati rakyat Selangor.Bagi saya tidak terasa apa-apa pun dengan cara Najib itu.Pakatan juga buat cara itu.Buat apa saja lah naik bas ke,naik basikal ke,bagi saya sikit pun tak menyentuh hati saya pun.

Apa yang saya risau ialah keseriusan dan keazaman Najib bagi memastikan Selangor mesti milik Barisan Nasional dalan PRU akan datang,itu dia impian beliau.Saya yakin beliau telah diarahkan penasihatnya siapa lagi kalau bukan APCO.Bayar sampai 70 juta setahun,mesti mahu ikut saranannya.Najib lihat Selangor adalah pusat atau Nadi ekonomi untuk Malaysia,oleh itu ia mesti di tawan dan di tumbangkan dan jadi milik Barisan Nasional,dengan apa cara sekalipun..PENGUNDI HANTU..?.

Bagi saya untuk mengatakan rakyat Selangor tidak memahami isu-isu yang berlaku sama ada dalam negeri Selangor atau dalam Negara sendiri,itu bagi saya tidak timbul lagi,Saya yakin sebahagian rakyat negeri Selangor sudah mula peka dan faham segala isu-isu yang berlaku.Dan sekiranya PRU di jalankan dengan telus tiada pengundi hantu saya yakin UMNOBN boleh terus terkubur di negeri yang kaya,yang mereka gilai ini.
Namun kebimbangan saya sehingga kini masih tidak hilang lagi bila mendengar pertambahan pengundi yang begitu ramai di Selangor,status pendatang asing menjadi warganegara begitu mudah dan lain-lain lagi yang meragukan.Saya tidak tahu lah jika masih ada yang selesa dan yakin susana ini.

Saya tidak yakin SPR sudah benar-benar (melaksanakan kerja mereka dengan telus dan beramanah) memadamkan nama-nama yang di ragui itu.Biar pun sudah di bantah.Tidak heran nanti salinan yang itu juga diguna pakai bila tiba PRU nanti.Tidak Mustahil..!.Itu saja senjata Najib yang ada untuk merampas Selangor.Dengan cara apa sekalipun..Bohong,menipu,ganas,kasar,rampas...semua boleh berlaku..!.

Jadi, dalam penulisan ini saya sebagai warga anak tempatan Selangor yang sayangkan Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat ini,sekadar mengingatkan kepada semua pencita keharmonian.Kepada pimpinan Pakatan Rakyat khususnya di mana jua berada DUN mereka.Waspada dan sentiasa dengan taktik kotor,jijik parti pembangkang di Selangor ini.Mereka boleh gunkan kerja jahat ini,sedang mereka pun sudah gunakan taktik ini (pengundi hantu) sejak sekian lamanya.

Ayuh Berubah..Selamatkan Malaysia..!

Monday, October 10, 2011

8 Tuntutan Bersih,170,000 K/P klon: DPPP gerakkan bersih 3.0

Bajet Jangan Jadi Bejat


Semua sudah tahu apa pengisian ‘Bajet 2012’, tak perlulah saya tuliskan apa-apa butiran yang terkandung dalam bajet tersebut,masing-masing sudah tahu dan faham apa yang terkandung dalam bajet tersebut.Secara pribadinya saya tidak nampak apa yang istimewa sangat dalam bajet tersebut.

Saya melihat macam yang sudah-sudah,biarpun ada semacam lebih peka untuk rakyat.Namun begitu masih banyak yang tidak di sentuh dalam ucapan bajet Najib semalam.Perihal ketelusan dalam tatakelola pengurusan Negara hampir tidak di sebut,hal-hal rasuahnya ,SPRM,SPR dan lain sebagainya tidak menjadi agenda yang di utamakan.

Macam biasa keistimewaan akan diberikan kepada sector awam,di mana mereka akan menikmati bonus seperti yang di sebut dalam bajet.Mereka yang berkerja di sector awam ini merupakan yang berjasa pada Negara seperti guru,kakitangan awam di jabatan-jabatan kerajaan,malah antara mereka yang menyokong kerajaan yang ada ini.

Tak tahulah imbuhan bonus yang di berikan untuk mereka cukup atau tidak,puashati atau tidak.Kalau rasa tidak puashati dengan imbuhan yang diberikan ,jangan tidak-tidak untuk memperotes dalam peti undi.Jangan risau dan bimbang undi anda rahsia (Rahsia..?) .

Ada yang berpendapat bajet tersebut merupakan bajet PRU-13 dan juga bajet ‘gula-gula’ mahu dekatnya PRU.Malah bagi para pimpinan Pakatan Rakyat ada yang menganggap ia cedokan dari bajet Pakatan Rakyat yang telah dibentang sehari (juga apa yang terkandung dalam buku jingga)sebelum pembentangan Bajet 2012 oleh Najib.Apa pun namanya cedokan atau pun tidak saya melihat bajet ini masih belum benar-benar dapat mengubah ekonomi setiap penduduk di Negara ini.Apa yang terjadi yang kaya terus kaya,yang miskin terus miskin,papa kedana,mengemis di Negara sendiri.

Seperti biasa juga,bajet tidak menumpukan pada sector swasta,yang mana sebahagian besar penyumbang bagi kemajuan ekonomi Negara ini datangnya dari pekerja sector swasta.Apa yang dilihat setiap kali bajet tiap tahun tiada apa-apa perubahan untuk sector swasta.Malah baru-baru ini telah di pinda akta kerja 1995,yang mana bila ianya bila di pinda akan lebih menguntungkan majikan.Begitu lah nasib sektor ini.Kerajaan langsung tidak peka dengan sektor ini.

Tulisan ini bukan untuk menyatakan tidak syukur dengan apa yang diberikan oleh kerajaan kepada setiap rakyat.Tetapi lebih besar dari itu ialah keadilan dalam pengagihan ekonomi dalam Negara kita.Bajet ini tidak menyeluruh kepada setiap genap masyarakat yang berjasa pada kemajuan Negara.Masih tidak nampak.

Sepatutnya semua sektor haruslah di ambil berat.Bukan hanya pilih-pilih mana yang agak menguntungkan kerajaan semata-mata.Pekerja-pekerja kilang perlukan perubahan juga.Gaji minimum seharusnya diberikan kepada mereka.Kerajaan sudah sepatutnya meluluskan permintaan gaji minimum untuk sektor swasta.Kenapa tidak?.

Setiap tahun begitulah,pembentangan bajet,namun tidak semuanya yang menikmati bajet ini.Bajet hanya tinggal bajet..yang kaya terus kaya..yang miskin?.Dan mungkin Najib mengharapkan bajet kali ini tidak akan membejatkan harapan agar terus menarajui pemerintahan untuk penggal seterusnya.Mari kita lihat nanti apakah harapan ini akan menjadi kenyataan atau harapan tinggak hanya harapan.

Semoga bajet kali ini juga tidak membejatkan harapan rakyat Malaysia seluruhnya.

Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia...!

Friday, October 7, 2011

Berita:Bajet 2012: Najib cedok belanjawan Pakatan


KUALA LUMPUR, 7 Okt: Kerajaan hari ini dalam mengumumkan bajet 2012 telah memperuntukan sebanyak RM232.8 bilion bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu mengumumkan bajet tersebut menjelaskan daripada peruntukan tersebut RM181.6 bilion adalah bagi peruntukan perbelanjaan manakala RM51.2 bilion pula diletakan bagi perbelanjaan pembangunan.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly Ahmad ketika diminta mengulas tentang bajet yang telah diumumkan itu menjelaskan bajet tersebut adalah lebih terjurus kepada gula-gula politik ataupun peruntukkan pilihanraya.

"Bajet yang diumumkan oleh Najib itu hanyalah lebih kepada untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang.

"Secara jelas beliau berada dalam keadaan tertekan apatah lagi apabila melihat belanjawaan yang telah diumumkan oleh Pakatan Rakyat (PR)sebelum ini,"jelasnya.

Tambah Dr Dzulkifly lagi tekanan yang dihadapi oleh Najib itu apabila melihat belanjawan PR yang lebih tertumpu kepada pengagihan semula pendapatan negara kepada rakyat.

"PR melihat tekanan yang dihadapi oleh Najib adalah tentang hasrat PR yang telah berjanji ingin melakukan pengagihan semula pendapatan negara kepada rakyat, kita melihat beliau terpaksa bertindak balas terhadap usaha PR itu.

"Tetapi persoalan yang jelas ingin PR utarakan bagaimana pengagihan semula itu ingin dikembalikan semula kepada yang berhak tanpa ada sebarang ketirisan. Sebagai contoh pemberian subsidi kepada pemilik teksi dan kita lihat keuntungan hanya akan diperolehi oleh kroni mereka sendiri bukannya kepada pemilik teksi tersebut," katanya.

Persoalan besar

Dalam pada itu beliau menjelaskan Najib hanya menumpukan perbelanjaan kepada pembangunan tetapi tidak menyatakan secara khusus bagaimanakah kerajaan ingin menambah pendapatan negara.

"Bajet sebelum ini kita melihat kerajaan akan mengumumkan penambahan pendapatan sumber negara akan dikutip melalui cukai-cukai tetapi pada kali ini ia tidak dinyatakan dan ini menjadi persoalan besar kepada kita bagaimanakah kerajaan ingin berbelanja sedangkan tidak pasti sumber pendapatannya.

"Najib terus membuat perbelanjaan besar dalam projek mega yang jelas mempunyai risiko tinggi di saat negara berdepan dengan ekonomi global yang muram dan secara jelas ekonomi negara berada pada tahap bahaya jika perbelanjaan yang tidak bertanggungjawab ini diteruskan tanpa pengkajian yang khusus," sambungnya lagi.

Beliau memberitahu pada kali ini Najib cuba mengelak dari memberi komitmen kepada rakyat terutamanya pekerja awam dan juga swasta malah dalam pada itu Najib juga tidak berlaku adil terhadap pekerja swasta yang sentiasa ketinggalan setiap kali bajet diumumkan.

"Kita melihat bajet kali ini tidak diletakkan gaji minimum sebagai sasaran mereka dan secara jelas saya katakan Najib cuba mengelak untuk terus ada komitmen dengan pekerja awam mahu pun swasta.

"Tetapi dalam masa yang sama bajet tersebut memperlihatkan Najib telah menganaktirikan pekerja swasta dengan menafikan hak mereka sebagai tenaga pendapatan negara, tanpa ada peruntukan khusus diberikan oleh Najib kepada golongan pekerja tersebut.

"Najib hanya mengumumkan pemberian bonus dan juga kenaikan gaji pekerja awam mengikut gred-gred tertentu dan apa yang kita lihat setiap kali bonus mahupun gaji dinaikkan maka akan wujud inflasi di negara ini dan ia akan terbeban kepada semua rakyat bukannya kepada mereka yang mendapat faedah, inilah ketidak adilan yang wujud dalam bajet kali ini," ulasnya lagi.

Cedok bajet Pakatan

Beliau menambah bajet ini adalah mencedok dari apa yang telah di umumkan oleh belanjawan Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Bajet dari PR lebih mesra kepada rakyat dibawah jika dibandingkan dengan apa yang diumumkan oleh Najib tadi dan kita tahu rakyat tidak akan selesa dengan apa yang diberitahu kerana mereka tidak mendapat apa yang dikehendaki," sambungnya lagi.

Sebelum itu bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri itu juga tidak meletakkan sumbangan wanita dan juga warga emas yang telah banyak memberi sumbangan kepada negara, selain itu juga bebanan diberikan kepada rakyat melalui Program Perumahan Rakyat dengan meningkatkan had maksimum harga rumah daripada RM220 ribu kepada RM400 ribu bagi pembiayaan bersama suami isteri.

"Kenaikan ini dilihat tidak seimbang kerana tiada sasaran gaji minimum dinyatakan oleh kerajaan dan secara jelas akan melihat rakyat terus terbeban dengan kos tambahan dan bebanan hutang," kata Dr Dzulkifly lagi.

Sumber:Harakahdaily

Pakatan bentang belanjawan Sejahtera Untuk Semua

Thursday, October 6, 2011

Selangorku Makin Mantap

Selangorku.....


Negeri Selangor Darul Ehsan kini telah benar-benar menjadi sebuah negeri yang sangat indah dan harmoni.Pertumbuhan ekonominya yang semakin teguh dan mantap menambahkan rasa cemburunya Umno BN untuk merampas semula negeri yang kaya dengan hasilnya.Kini simpanan tetap Negeri Selangor sudah ada angka satu billion.Wow...ini yang membuatkan Umno Bn terliur dan tidak sabar-sabar untuk merampas kembali.

Pemukiman para Adun Umno Bn selama beberapa hari bermatlamatkan mencari idea bagaimana untuk mendapatkan balik negeri yang menjadi lubuk emas pada mereka selama ini.Mereka berhempas pulas menyakini dan menawan hati rakyat selangor agar menyokong mereka untuk sekali lagi.Apa yang mengelikan hati kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan rakyat Selangor terseksa di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat.

Siapakah yang sebenarnya terseksa melihat keteguhan dan kemajuan yang di kecapai Selangor hari ini?.Mereka atau rakyat Selangor sebenarnya?.Pelbagai bentuk kebajikan yang telah di lakukan dan di laksanakan untuk kesenangan dan kemakmuran seluruh rakyat Selangor kini sedang di kecapi oleh segenap lapisan rakyat di negeri Selangor.Tak perlulah saya senaraikan lagi apa-apa bentuk kebajikan yang telah dan sedang dirangka untuk rakyat Selangor oleh Kerajaan Pakatan Rakyat,semua orang suda maklum,orang Umno Bn pun juga mengecapi nikmat itu.

Nampak gaya mereka beria-ia mahu merampas dan menumbangkan Negeri Selangor dari Paktan Rakyat,seolah-olah rakyat Selangor benar-benar terseksa dan menderita di bawah Pakatan Rakyat.Rakyat sudah matang dan bijak,baik Melayunya,Cinanya,Indianya,mereka masing-masing sudah faham dan pandai menilai,yang mana intan dan yang mana kaca.Cukuplah kaca yang sudah retak berderai,tak boleh bercantum lagi mahu berkuasa di Negeri yang kaya dengan pelbagai sumber ini.

Rakyat sudah muak dan jelak melihat tingkah laku mereka sebelum ini bila berkuasa,Mereka hanya mengkayakan suku sakat,anak pinak,saudara mara.kerabat handai dan rakan-rakan yang sebulu dan sefikrah dengan mereka sahaja.Mereka lalai dan lali dengan tanggungjawab bagi membantu rakyat yang selama ini beria-ia memberi sokongan kepada mereka.Namun pada hakikatnya mereka tidak pernah sekali-kali untuk membuat kemajuan untuk bangsanya yang kononnya mereka memperjuangkan nasib bangsanya sendiri.

Apa yang penting bagi mereka diri sendiri,nafsu dan kemahuan mereka mesti dipenuhi dahulu,untuk rakyat nombor dua atau tiga,itu pun jika perlu,terutamanya bila mahu menjelang pilihanraya baru tergegeh-hegeh bertemu dan bermesra dengan rakyat.Hentikanlah lakon layer yang meloyakan itu.Cukuplah beberapa tahun yang lalu mereka telah merampas dan mengadaikan maruah bangsa Melayu di Selangor.

Jangan kita ulangi segala keterlanjuran yang pernah di lakukan.Cukup,cukup dan cukup...biarlah mereka menjadi pembangkang yang pasif sehingga mereka pun naik jemu yang akhirnya mereka akan terus terkubur di Negeri Selangor yang semakin hari semakin mantap ini.Namun begitu para pimpinan Pakatan Rakyat juga perlu ingat,jangan terleka dan terlena dengan kemajuan dan kejayaan yang sedang dikecapi sekarang.

Usaha,kerjasama,kesepaduan dan segalanya harus dan mesti di perkemaskan dari hari ke sehari.Wakil-wakil rakyat di Dun-Dun yang di menangi Paktan Rakyat terus menerus turun kebawah bersama rakyat.Jangan tunggu PRU baru mahu turun.Ingat..! Pakatan Tidak sama dengan Umno Bn...!.Kerja keras dari semua peringkat mesti sama-sama menjayakan hasrat dan cita-cita kepimpinan agar semua yang dirancang terus sampai ke sasarannya terutamanya rakyat.

Rakyat,khususnya di Negeri Selangor haruslah terus memberi sokongan yang padu dan mantap kepada pemerintahan yang ada hari ini.Pastikan cita-cita dan impian mereka yang ingin merampas Selangor akan terus terkubur.Kita yakin,rakyat Selangor yang sudah bijak ini pasti tidak akan sekali-kali menyerahkan sebegitu mudah kepada puak-puak yang bernafsu besar dan rekodnya selama ini sudah diketahu oleh semua rakyat.

Justeru itu,sama-samalah kita berdoa,agar segala nikmat yang dikurniakan ini akan dapat terus kita nikmati dan syukuri serta pertahankan.Semoga harapan untuk melihat Negeri Selangor sebagai Negeri yang Maju,Sejahtera dan Berkebajikan terus di Rahmati dan di Redai Allah SWT tercapai.Amin...!!!.

Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia..!

Saturday, October 1, 2011

60 Tahun: Pas makin dipercayai rakyat (bahagian 1)

Berita:60 Tahun: PAS semakin diyakini semua rakyat


KEPALA BATAS, 1 Okt: PAS kini sudah memasuki era baru dalam perjalanan perjuangannya yang kini mencecah usia 60 tahun sejak penubuhannya 1951, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Bercakap sewaktu menyampaikan ucaptama di Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Milenium, Kepala Batas di sini, Presiden PAS itu berkata parti Islam itu kini telah mendapat kepercayaan pelbagai pihak di negara ini.

Kepercayaan itu ujarnya hasil daripada pengamatan rakyat melihat ketabahan PAS yang tidak berganjak memperjuangkan keadilan Islam biarpun menghadapi tekanan dan penindasan sejak zaman penjajah dan penafian hak oleh pusat biarpun telah menguasai beberapa negeri.

"PAS adalah parti yang bertunjang dengan teguh dan kuat, tidak terpengaruh dibawa arus penjajah.

"Ada yang terjebak dengan Komunis, British dan Jepun. Tapi PAS tidak hanyut dengan mana-mana fahaman penjajah," katanya.

Selepas merdeka pula, PAS yang mengambil sikap menyertai pilihan raya untuk menegakkan Islam terus mendapat tekanan daripada parti pemerintah biarpun kini telah berjaya menguasai beberapa negeri bersama Pakatan Rakyat.

"Semangat faderalisme dicabul pemerintah. Sewaktu kita memerintah Terengganu hak royalti dirampas, dinafikan hak di Kelantan," katanya lagi.

Kepercayaan terhadap PAS yang perjuangannya dipandu Majlis Syura Ulama, terus menebal apabila mempamerkan pentadbiran yang baik dan adil di negeri-negeri yang dikuasai.

Jika dahulu katanya, PAS hanya dilihat diskong oleh orang Islam, namun hari ini PAS sudah mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri dari kaum Cina dan India.

Malah gabungan profesional dan ulama yang memimpin PAS juga telah menguatkan lagi parti itu sekaligus menafikan persepsi bahawa PAS hanya untuk golongan agama.

Sehubungan itu ujarnya, PAS kini menjadi harapan sebagai "bahtera penyelamat" kepada segala permasalahan yang sedang menimpa masyarakat pada hari ini.

"Di zaman Nabi Nuh, baterah Nabi Nuh menjadi penyelamat, di zaman ini PAS adalah bahtera penyelamat terhadap kehidupan manusia berlandaskan al-Quran, hadis, ijma' dan qias," tegasnya.

Sementara itu, lebih 7000 hadirin hadir ke Kongres 60 Tahun PAS hari ini.

Selain ucaptama presiden, kongres kali ini juga turut memberikan anugerah "Pahlawan Umat" kepada Presiden PAS ke-3 Dr. Burhanudin Al-Helmi.

Sehubungan itu, gelaran tersebut akan digunakan setiap kali nama Dr Burhanudin disebut.

Sebelum penyampaian anugerah itu yang diterima isteri beliau, jasa dan semangat perjuangan Dr. Burhanudin diceritakan melalui puisi khas yang didelamasikan Saterawan Negara, Datuk A.Samad Said.

Sumber:Harakahdaily

Undilah...! Itu pun takut


UNDILAH..JANGAN TIDUR..!


Alahai..apalah nak jadi dengan negara ini.Semua nak dipolitikan.Makin lama makin celaru dan bercelaru dikalangan pemimpin mereka.Sekadar lagu bagi mengajak rakyat ini mengundi pun perlu di tarik balik.Kita rasa pelik dengan sikap mereka,apalah sangat dengan lagu itu.Oh..mungkin oleh kerana ramai wajah-wajah ahli politik dari pakatan rakyat itu yang mungkin mereka takutkan.

Walaupun ada alasan yang telah dikemukan oleh mereka atas penarikan semula lagu itu,tapi ramai yang yakin bahawa lagu itu tidak menguntungkan mereka,biarpun wajah-wajah dari kalangan ahli politik mereka ada.Orang akan tertumpu pada wajah-wajah pemimpin pakatan rakyat.Tarikan itu lebih kuat.Malah dalam intro itu di mulai oleh kata-kata yang agak menyedarkan orang ramai agar mengundi nanti,maklum Negara ini macam-macam berlaku,fitnahnya,rasuahnya dan lain-lain lagi.

Saya percaya jika lagu itu terus diizinkan untuk di mainkan di stesen-stesen TV pasti akan membawakan impak yang besar pada kesedaran rakyat khususnya generasi muda yang semakin hari semakin mempunyai kesedaran yang tinggi apa yang berlaku dalam Negara kita.Generasi muda hari ini terdedah dengan pelbagai maklumat yang banyak,sekali klik pasti macam-macam info boleh dapat.

Penyampaian lagu yang terkini,hip-hop dan senikata yang mudah difahami amat menarik sekali,sesekali terasa lucu melihat Nurul Izzah cuba berhip hop mengikut lagu itu,sangat menceriakan dan pelbagai bangsa juga ada,dari actor,ahli politik,pekedai runcit,bisnisman,melayu,India ,cina semua ada bak kata memang bercirikan satu Malaysia.Mengapa itu pun mereka takut dan rasa tergugat?.

Saya tertarik dengan pandangan seorang blogger dalan satu blog yang saya layari.mungkin di dalam klip video itu tidak ada muka rosmah,itu yang ditarik balik,agak lucu atau mungkin juga.Masing-masing ada persepsi sendiri.Jika sebelum ini kita dengar lukisan kartun mereka takuti,sindrom takut warna kuning pun hinggap dalam diri mereka kini pula video klip undilah mereka turut meracau-racau bagai orang kena sampuk dengan jin...alahai..!.

Pada hakikatnya itulah wajah tanahair kita,kebebasan semakin mengecil,selagi tidak menguntungkan mereka jangan harap kita mahu melihat suasana yang seimbang,adil dan harmoni dengan sebenar-benarnya.Kalau ada bijak pandai kata Malaysia tidak pernah dijajah ya itu betul,tapi kita ini sedang dijajah oleh pewaris penjajah yang sama kulit,wajah dan sebangsa kita.Begitulah licik dan jahatnya penjajah yang telah mendidik waris mereka di bumi Malaysia yang konon ceritanya tak pernah di jajah...!...

Alahai...!

Ayuh berubah...Selamatkan Malaysia..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...