PANAS, KONVOI KEMBARA OREN SELAMATKAN FELDA DI
HALANG!
Sekitar jam 10pagi ini, 20 buah kenderaan ANAK
yang cuba memasuki Felda Lasah Sg Siput, Perak di halang di pintu masuk felda
berkenaan. Lebih seratus orang bertindak samseng dan sangat agresif. Tidak
dapat dipastikan adakah mereka penduduk tempatan atau gangster upahan.
Saya yang menaiki Hilux Hj Razman Zakaria,
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, direntap keluar dari kenderaan dan ditolak
dengan kasar. Keadaan semakin tegang apabila jumlah mereka kian ramai. Mereka
terjerit sambil memaki hamun. Menaikkan banner yg ditujukan kepada saya secara
peribadi.
10 orang polis dari Balai Polis Lasah yg cuba
mengawal suasana gagal meredakan ketegangan dan hampir sahaja tercetus perkara2
yg tidak diingini. Alhamdulillah, kehadiran 15 anggota Unit Amal diketuai
Pengarah Amal Negeri Perak, Arif Muhammad serta Unit Keselamatan Pimpinan(UKP)
seramai 8 orang berjaya menangani suasana provokatif yg dilakukan penduduk
dipercayai Umno.
Bendera Umno dan BN dikibarkan. Samseng2 ini
mengepung kami, menendang kenderaan ANAK yg cuba masuk serta mengugut utk
memukul saya dengan menjerit ' kita balun Mazlan ramai2!'
KEMBARA OREN SELAMATKAN FELDA adalah aktiviti
jelajah ke seluruh negara. Bertemu penduduk tempatan dan mengedarkan risalah.
Kami masuk secara baik termasuk untuk menziarahi pimpinan tempatan dan memberi
sumbangan kepada gen 2 Felda yg susah, ibu tunggal dan pesakit kronik.
Akhirnya, bila suasana semakin tidak terkawal,
polis menasihati rombongan ANAK mengalah dan berundur. Walaupun dukacita dengan
sikap tidak demokratik penduduk khususnya Umno, kami akur kerana tidak mahu
berlaku perkara2 yg tidak diingini.
Sedihnya, tatkala Hj Razman membaca doa, mereka
terus terjerit2 macam orang meroyan.
Peronda polis mengiringi konvoi kami keluar
dengan selamat.
Demokrasi apakah ini?
Sumber: Facebook
No comments:
Post a Comment