Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Wednesday, November 30, 2011

Kempen 24 jam


Dulu,kini dan selamanya hanya milik mereka sahaja,peluang yang sama tidak di berikan kepada parti-parti lain khususnya parti pembangkang.Baik PAS,Keadilan,DAP dan lain-lain parti pembangkang langsung tidak ada peluang untuk turut sama-sama menikmati kemudahan TV mahu pun radio.Sudah 50 tahun merdeka lebih,malah UmnoBN pun sudah hampir lumpuh pun peluang ini masih tidak di perolehi.

Semuanya untuk mereka sahaja,medium yang sepenting ini hanya dikuasai oleh kepentingan politik mereka sendiri.Segala propaganda politik dan mainan kotor mereka di putar saban waktu 24 jam.Pembangkang hanya mampu berceramah,berceramah dan terus berceramah bagi memberi maklumat kepada seluruh rakyat Malaysia.Itu pun di gangui dengan macam-macam karenah dan taktik kotor mereka.

Dalam tuntutan BERSIH,akses kepada media yang adil turut di pinta oleh mereka,namun ke hari ini tiada perubahan malah tuntutan itu seolah-olah tidak di dengari mereka.Tiada perubahan,laporan Tv mahupun radio tiada sedikit pun memberi peluang untuk suara pembangkang ke udara.Jika ada pun cerita-cerita yang di tokoktambah mengikut nafsu serakah mereka.

Ketelusan dan ketulusan sudah tiada lagi dalam kamus politik mereka.Apa yang ada laporan-laporan yang menyeleweng dari fakta sebenarnya.Itu baru di tv dan radio.Di media cetak pula,tiada perubahan cara pemberitaan mereka.Lebih-lebih lagi akhbar Utusan Malaysia dan juga Berita Harian,laporan beritanya sangat mengecewakan dan adakalanya sangat melampau dan melanggar norma-norma adab ketimuran.

Lihatlah semasa isu liwat ke 2 dan juga Isu video lucah.Apa yang mereka lakukan sedikit pun tidak pernah rasa takut dengan hukum Allah.Mereka lebih takutkan Tuan Mereka,daripada takutkan Allah SWT.Mereka kata mereka kuat dan teguh,ahli ada 3 juta,tapi bila berhadapan dengan Pakatan Rakyat takut dan tidak gantelmen.Mereka gunakan segala instrumen yang ada 24 jam,sedang pembangkang di nafikan hak yang sama untuk mendapatkan akses media tersebut.

Oleh itu,mari kita akhiri episod ketidakadilan mereka pada PRU-13 nanti,Kita nyahkan mereka dari arus politik tanahair kita.Bagi mereka rehat di muzium Negara,

Ayuh berubah...Selamatkan Malaysia.

Tuesday, November 29, 2011

Selangorku Sukses

Sekadar di forumkan,bila nak laksana?


Bukan sekadar cakap,tapi 2012 confirm di laksana..sebagai permulaan



Mungkin penulisan saya hari ini agak terlewat dalam membicarakan beberapa perkara tentang bajet 2012 Negeri Selangor yang sudah beberapa minggu berlalu dan telah banyak di ulas baik dari kalangan pimpinann Pakatan Rakyat mahupun dari pimpinan pembangkang di Negeri Selangor iaitu yang di ketuai oleh Dato Satim Diman dan kuncu-kuncunya.Juga pandangan dari pakar-pakar ekonomi Negara serta juga para pimpinan UmnoBn.

Saya tidak akan menyentuh kesemua bajet@belanjawan yang di utarakan dalam bajet 2012,namun ada beberapa yang saya sangat tertarik dengan pengumuman yang sangat menarik itu,yang mana kalangan pembangkang Umno di selangor juga terkedu bila mendengar akan pengumuman bajet tersebut.

Dengan tema ‘Selangorku;Hasil Negeri untuk Rakyat’.Tan Sri Khalid telah melontarkan beberpa bajet yang sangat menarik untuk seluruh rakyat Selangor khasnya.Satu perkara yang di umumkan ialah perlaksanaan gaji minimum RM1,500 kepada kakitangan syarikat milik Kerajaan Negeri,yang akan di laksanakan tahun 2012.

Julung-julung kalinya bajet yang tidak pernah di ungkapakan oleh UmnoBn apatah lagi niat di hati mahu melaksanakannya,namun Selangor yang hanya baharu memerintah sekitar empat tahun sudah berani dan mampu untuk melaksanakannya,biar pun ia sekadar perintis atau permulaan.Ya...permulaan bagi menuju yang lebih baik.Jika ini pun sudah menunjukkan kesungguhan,apakah mustahil beberapa tahun dari sekarang,seluruh Selangor akan menikmati gaji minimum RM 1,500 dari semua sektor,tidak kira sektor awam mahu pun sector swasta akan dapat sama-sama menikmatinya.

Tidak seperti kerajaan pusat,asyik-asyik dalam kajian-kajian,telah di amanahkan memerintah 50 tahun,namun hingga saat ini,masih tidak mampu untuk melaksanakannya,malah banyak dolak-daliknya.Berapa lamalah mahu kajian?.Menteri dah berapa kali bertukar,namun kajian jugalah alasannya.Beza 50 tahun dengan 4 tahun amat jauh sekali.Itu pun rakyat masih belum dapat menilai dengan bijak (terutamnya orang-orang UmnoBn).Fikir-fikikan lah wahai UmnoBn.
Ini sudah menunjukkan bahawa komitmen Pakatan Rakyat bila di amanahkan memerintah Negara kelak.Dengan kesungguhan ini,ramailah pihak-pihak membeliakkan matanya besar-besar dengan keberanian Selangor.

Maka berkokoklah para pembangkang di Selangor.Malah ada yang bangang bertanya kenapa tak menyeluruh,amboi..! waktu awak di bagi peluang dulu pun takut nak laksana gaji minimum sekarang berkokoklah macam awak hero,sedarlah sikit,kerajaan pusat yang umnoBn perintah sekarang pun tak buat dan memang tidak ada niat nak buat,mungkin bila dah terdesak nak undi baharu buat kot!.Inilah perangai UmnoBn.Tidak sedar diri bila bercakap.

Ini perintis,permulaan,tak kan tak faham,maksudnya bila ini pun mampu buat,Insyallah pada masa akan datang,lebih-lebih lagi bila dah pegang Putrajaya lagi lah boleh laksana gaji minimum ini.Waktu tu semua sektor dapat menikmati.Tak ada masa nak kaji-kaji dah..memang boleh laksana,yang tak boleh laksan cuma UmnoBn yang banyak alasan dan ada agenda mengaut hak rakyat masuk kepoket mereka dan puak-puak mereka sahaja.

Ingat sekarang yang di laksana (2012 akan dilaksana) adalah PERINTIS,sekali lagi di tulis PERINTIS,jadi apa kita nak kecoh-kecoh tak menyeluruh perlaksanaannya.Kecoh lah MENGAPA KERAJAAN PUSAT TAK MAHU LAKSANAKAN GAJI MINIMUM KEPADA RAKYAT,SETELAH SEKIAN LAMA MEMERINTAH MALAYSIA? DAN LEBIH MAMPU DARI NEGERI SELANGOR YANG BAHARU DI PERINTAH 4 TAHUN OLEH PAKATAN RAKYAT?.MENGAPA PENDOKONG-PENDOKONG UMNO DIAM MEMBISU SEDANG BERAPA RAMAI PENYOKONG UMNO YANG BERKERJA DI SEKTOR SWASTA (kerja kilang)..?.

Cukuplah penulisan saya,dalam memperkatakan gaji minimum yang bakal dilaksankan pada 2012 nanti di Negeri Selangor,biarpun hanya permulaan,namun itulah harapan sebahagian rakyat,bukan sahaja di Selangor bahkan di seluruh Malaysia amnya.

Syabas Selangorku...Syabas Paktan Rakyat.

Ayuh berubah...Selamatkan Malaysia...!

Monday, November 28, 2011

Politik Lembu


Ragam ahli politik makin hari makin mengecewakan,transformasi demi transformasi di umumkan dan di jelmakan dengan tambahan bahasa-bahasa yang indah dan menawan bagi menarik minat sebahagian rakyat.Lagu-lagu rakyat di lagukan di mana-mana.Semuanya untuk rakyat.Ya..seindah kata-kata ‘Rakyat di dahulukan,Pencapaian di utamakan’,betulkah begitu?.Manfaatkah untuk rakyat?.Betulkah rakyat menikmati semua itu?.

Anda rakyat,anda mampu menceritakan hakikat sebenarnya apa yang berlaku dan melanda diri anda dalam menghadapi kehidupan yang semakin hari-semakin tertekan dengan keadaan ekonomi yang semaki mencengkap kehidupan rakyat.Adakah transformasi-tranfirmasi yanh telah dan sedang di war-warkan membawa perubahan yang baik dan besar kepada rakyat?.

Atau transformasi-transformasi itu semua telah menjadi TRANSFORMAS yang mengasak,memijak,menekan,membelasah rakyat sesuka hati tanpa ada rasa perikemanusiaan atau apakah tranformasi-transformasi tersebut telah menelan,merampas,membolot segala hak yang selayaknya di berikan kepada rakyat?.

Hanya sang pencipta transformasi menikmati segala macam hasil mahsyul yang besar-besra di boloti mereka?.Rakyat hanya dapat susu yang di katakana murah namun mengandungi kandungan vitamin yang berlebihan dan adanya e.coli?.Itukah transformasi untu rakyat?.Aduh..! malangnya transformasi tidak memberi makna apa-apa pada rakyat.

Pertanyaan demi pertanyaan di atas hanya anda rakyat mampu menjawab.Politik lembu semakin menjadi pakaian ahli politik korup dan lucah,malah mereka tidak risau,tidak kisah apa pun yang hinggap di baju politik mereka,yang penting bagi mereka (politik lembu) masuk,apa itu masuk kalau bukan wang,wang,wang masuk poket,rakyat perlu bila mahu pilihanraya.

Biarpun mereka seolah-olah warak,alim,berkopiah,ceramah hebat petik quran dan hadis.Setiap apa yang di bicarakan di kaitkan dengan hadis,namun pada hakikatnya tidak lebih dari hampas yang tidak lagi mengeluarkan santan yang enak,jika keluar santanya pun sudah rosak dan tengik’.Inilah ahli politik lembu yang suka menebarkan fitnah dan berbicara lucah,tahu undang-undang tetapi melanggar undang-undang yang dia konon fahami.Cakap tak serupa bikin!.

Dari bicara tranformasi dan politik lembu kerana kedua-duanya sama dari sepsis yang sama dan tak mungkin dapat di pisahkan ibarat irama dan lagu tidak dapat di pisahkan.Saling ganding menganding,lengkap melengapi dalam agenda jahat mereka.Rakyat di ketepi dari terus menerima manfaat dari nikmat hasil bumi bertuah ini.Malah GST pula mahu di laksana,aduh petaka tranformasi dan politik lembu musnah harapan dan hilang harmoni rakyat.

Cukuplah omelan ini setakat ini,rakyat sudah muak dengan itu semua,rakyat mahu perubahan menyeluruh.TOTAL DAN MUKTAMAD.Kita lenyapkan transformasi dan politik lembu pada PRU 13 nanti.
Ayuh berubah...Selamatkan Malaysia...!

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H


Syukur tak terhingga pada Allah SWT yang Maha Hebat,dengan izin-Nya dapat menikmati udara yang segar di bumi yang indah dan bertuah ini,Malaysia tanahair tanah tumpah darah ku.Semoga kita menjadi hamba-hambanya yang bersyukur di atas pemberian nikmat yang banyak tak terhitung ini.

1432H,melihatkan kepada kita beberapa pergolakan yang berlaku di dunia Arab,satu persatu rejim zalim musnah dan tumbang,terbaharu rejim Muammar Ghadaffi di Libya,dengan kuasa rakyat rejim satu persatu tumbang,sudah tentunya tumbangnya rejim itu dengan izin kuasa Allah yang Maha Hebat.Persoalannya apakah dengan tumbangnya rejim-rejim tersebut rejim yang ada kuasa pada waktu ini,akan tidak dapat di tumbangkan dan rejim-rejim yang sedia ada dan sedang berkuasa ini masih tidak bergetar hati-hati mereka?.
Bagaiman pula di bumi Malaysia ini.Adakah rakyat masih selesa dengan keadaan yang ada ini.Alhamdulillah,bumi yang bertuah ini masih aman damai,biar pun arus politiknya panas membara,di tambah pula dengan ahli-ahli politik yang celupar dan cabul lagi kotor,memainkan isu-isu sensitive perkauman,agama dan raja yang di sanjung.Munculnya Ngo-Ngo yang rasis sangat membahayakan keadaan politik Negara.Gelora yang di mainkan agak meloya dan adakalanya menakutkan.

Insyallah 1433H,akan menjanjikan gelora politik yang indah buat kita,cukuplah segala pembohongan,kepalsuan dan segala macam keindahan palsu yang saban hari saban waktu di suakan di telinga kita bahkan yang telah apa di sumbatkan kedalam mulut kita selama ini.Cukuplah puluhan tahun kepalsuan bertapak di bumi indah ini.Jangan kita nodai dan cemari bumi indah ini dengan kepalsuan dan kekotoran.Insyallah..kita samak segala kekotoran najis yang melekat di minda setiap rakyat bumi indah bertuah ini sama-sama dalam PRU 13 nanti.

Terima kasih pada semua buat sahabat-sahabat blogger yang sudi bertamu dan berkunjung mengutip maklumat yang mana insyallah dapat mengubah minda kita dan seterusnya kita kongsi-kongsikan apa yang kita dapat kepada mereka yang lain.Blog Muhammadanas memohon ribuan kemaafan seandainya segala pengisian yang ada tidak dapat memuaskan hati anda semua.

Semoga 1433H,membuahkan hasil yang terbaik buat semua pejuang-pejuang kebenaran.Semoga Allah tetap memandu dan memimpin kita di landasan perjuangan yang Haq dan Hakiki.Sekali lagi ucapan ‘SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433H’ buat semua.

Ayuh berubah..Selamatkan Malaysia...!

Saturday, November 26, 2011

Hijratur Rasul bukan perayaan suka-suka


KUALA LUMPUR, 27 Nov: “Sesungguhnya menyambut ulang tahun Hijratur Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, sambutan Hijratur Rasul sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah.

Menurutnya, sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut ia dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan kalendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA.

“Kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan para sahabat pada masa itu tidak memilih peristiwa lain seperti peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, peristiwa pembukaan Kota Makkah atau Haji Wada’?” soalnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Jawabnya, jelas beliau ialah kerana peristiwa hijrah itulah yang mencetuskan fenomena dan momentum terbesar di dalam sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w.

Menurutnya lagi, momentum tersebut ialah pembentukan sebuah negara Islam yang pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada era dakwah secara bernegara.

Jelas beliau, pembentukan negara itulah yang menjadi matlamat kepada penghijrahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah.

Beliau menambah, jika tidak kerana membentuk negara, tidak perlu lagi berlakunya hijrah Rasulullah s.a.w.

“Oleh yang demikian, amatlah salah sama sekali tanggapan yang menyatakan bahawa bernegara merupakan satu perkara yang tidak wujud di dalam Islam, apatah lagi menidakkan kewujudan syariat Islam dalam aspek bernegara,” ujarnya dalam perutusan sempena sambutan Hijratur Rasul 1433 Hijrah, hari ini.

Sumber:Harakahdaily

Thursday, November 10, 2011

Umno Selangor ibarat ‘kata dulang paku serpih’



KUALA LUMPUR, 11 Nov:
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyelar sikap hipokrit pemimpin Umno BN negeri apabila setelah menjadi pembangkang cuba untuk menjadi wira dan juara rakyat dengan melaporkan perkara-perkara yang tidak berasas dan berfakta.

Justeru, timbalan ketuanya, Mohd Sany Hamzan merasakan kenyataan Adun Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim yang mempersoalkan kewajaran langkah Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor meletakkan anggota majlis dari kalangan wakil parti politik dalam jawatankuasa tender dan sebut harga pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai orang yang ‘mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih’.
Menurutnya, rakyat Selangor sedia maklum bagaimana semasa zaman pemerintahan Umno BN, jawatan ahli majlis diberikan kepada orang-orang yang mempunyai jawatan di dalam parti dan sentiasa mendapat keuntungan daripada mesyuarat jawatankuasa tender.

Katanya, ada pihak yang menyebut bahawa pada zaman tersebut ahli majlis Umno BN tidak perlu kepada elaun bulanan dan elaun mesyuarat kerana telah menyapu semua projek dan tender yang ada di PBT.

Ujarnya, berbanding keadaan semasa di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat, ahli majlis berada di dalam jawatankuasa tender adalah sebagai pemantau perjalanan tender tersebut berjalan dengan telus dan adil tanpa ada kepentingan peribadi.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasa cukup kasihan kepada pemimpin-pemimpin Umno BN yang apabila kehilangan kuasa pemerintahan disebabkan keangkuhan dan kerakusan diri mereka sendiri telah menjadi seperti kapal yang tidak mempunyai nakhoda, teroleng-oleng di tengah lautan, cuba menyelamatkan diri dengan berpaut kepada apa sahaja benda yang ada di hadapan mata walaupun ianya sekadar fatamorgana,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Oleh itu, tambah beliau pihaknya menyifatkan segala tohmahan dan fitnah yang cuba dilemparkan oleh pihak Umno BN selaku pembangkang di Selangor terhadap pengurusan Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan berhasil.

Ini, ujarnya kerana ianya akan mencerminkan kebobrokan dan penyelewengan kuasa semasa zaman Umno BN memerintah dan rakyat Selangor sendiri telah boleh menilai segala keburukan pengurusan kerajaan semasa zaman mereka berbanding zaman sekarang di bawah Pakatan Rakyat.

“Jadi tidak perlulah Umno BN cuba berlagak mulia dan alim sedangkan rupa sebenarnya adalah musang berbulu ayam,” ujarnya lagi.

Sumber:Harakahdaily

JOM KE KARNIVAL KONVOKESYEN PASTI KAPAR 2011

Gotong Royong Markaz Pas Cawangan Jalan Kopi














SEMOGA SEGALA USAHA UNTUK MENYIAPKAN MARKAZ PAS JALAN KOPI MERU DI PERMUDAHKAN.KEPADA SAHABAT SEPERJUANGAN MARILAH KITA TERUS BERUSAHA DAN BERKERJASAMA AGAR MARKAZ INI SEGERA DI PERSIAPKAN.

TAKBIR..!!!.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...