Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Monday, May 23, 2011

Pekerja oh Pekerja

Kepada semua pekerja,kerja rajin-rajin..!


Rasanya masih tidak lambat lagi untuk saya mengucapakan Selamat Hari Pekerja buat semua rakyat Malaysia,biarpun di mana mereka berada.Maklum bulan mei masih lagi dalam minggu ke empat.Banyak program-program di adakan khusus untuk pekerja seperti wacana,seminar,himpunan pekerja dan sebaginya masih di adakan,baik oleh swasta,badan NGO dan dari pihak kerajaan sendiri,masing-masing menunjukkan keprihatinan terhadap hak-hak pekerja.Ini menunjukkan para pekerja masih ada pembelaan.

Tanggal 1 mei merupakan hari sambutan hari pekerja di Malaysia dan di seluruh dunia.Ini menandakan hari yang sangat penting dan istimewa bagi para pekerja di dalam semua sektor,tidak kiralah sektor awam ataupun swasta.Namun berapa ramai yang masih tidak memahami dan meraikan hari istimewa ini.Para pekerja dalam sektor apa pun merupakan tonggak yang sama-sama membina sesebuah Negara.Para petani,buruh,guru dan sebagainya adalah mereka yang turut menyumbang tenaga untuk pembangunan Negara.

Mengikut sejarahnya,hari pekerja bermula dengan satu tuntutan oleh kaum buruh di Amerika Syarikat pada tahun 1886,di mana mereka mengadakan demontrasi secara besar-besaran menuntut agar waktu bekerja dikurangkan kepada 8 jam sehari,kerana pada masa itu kaum buruh terpaksa bekerja selama 12 jam hingga 16 jam sehari.
Demontrasi aman berakhir dengan rusuhan,akibat ledakan bom yang berhampiran dengan anggota keselamatan,yang mana akhirnya anggota keselematam menembak para buruh,dikalangan buruh ada yang terkorban dan juga cedera parah.Ini semua kerana menuntut hak sebagai pekerja,mereka terpaksa berdepan dengan halangan yang di buat oleh pemerintah.

Maka berikutan dengan peristiwa ini,setiap tahun pada 1 mei yang lebih di kenali ‘May Day’ merupakan hari yang di peringati oleh para buruh di beberapa buah negara seluruh dunia biarpun ada halangan dan tekanan dari pemerintah.Oleh itu setiap pekerja mesti kena tahu dan faham apa sebenarnya disebalik peristiwa 1 mei ini.Sebagai seorang pekerja mesti tahu apa hak yang ada pada mereka.Jangan nanti apa-apa yang berlaku pada seorang pekerja,mereka tidak tahu apa peranan yang patut mereka lakukan.

Di mana-mana pun di dunia para pekerja menghadapi masalah yang berhubung dengan hak mereka.Tidak terkecuali para pekerja di Negara kita.Pelbagai isu dan perkara yang melibatkan para pekerja berlaku di mana-mana.Dari pada masalah kenaikan gaji dan hal-hal kebajikan pekerja masih wujud di mana-mana sektor pekerjaan.Melihat pada keadaan ekonomi Negara yang tidak begitu memberangsangkan, dengan kenaikan barang,kenaikan minyak dan lain sebagainya.Ini menyebabkan kos saran hidup makin meningkat,sedang apa yang diharapkan oleh setiap pekerja adalah kenaikan gaji selaras dengan perkembangan ekonomi Negara.

Kerajaan seharusnya peka dengan permasalahan yang dihadapi para pekerja.Mereka adalah penjana kemajuan dan peningkatan ekonomi Negara.Tanpa mereka mana mungkin kita dapat menikmati kesejahteraan hidup khususnya melalui ekonomi.
Cukuplah rasanya bebelan saya ini,selaku pekerja juga,saya mengharapkan agar kerajaan lebih memberi tumpuan kepada pekerja sektor swasta ,juga di samping sektor awam.Kedua-dua sektor ini telah memberi sumbangan yang amat besar untuk ekonomi Negara.

Selamat bekerja..!..kerja rajin-rajin ye..!

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia…!

Politik tabur..Dia ingat PAS itu apa?

Tabur jangan tak tabur


Dua minggu lepas,pada sebelah petang,saya telah menemani kawan kampung untuk membuat culaan saat akhir.Ada beberapa nama yang dia tidak sempat untuk confirm semula,alamat pengundi baru di sebuah taman perumahan.Dia kata,agak meragukan nama-nama yang ada,jadi dia nak confirm lagi betul ke nama yang tertera di daftar pemilih tinggal di taman perumahan itu.

Dia memberitahu pada saya DUN Meru pengundi baharu telah naik mendadak dengan banyaknya.Dia kata ada ‘something’,mula lah kami berpersepsi,ini mungkin kerja-kerja jahat musuh.maklum DUN Meru antara DUN yang agak panas masa pilihanraya yang lepas,Ura-ura nak merampas semula sudah kedengaran.Kenaikan yang mendadak di DUN Meru ini sangat meragukan.

Jadi para petugas penculaan bertungkus lumus memastikan nama-nama dan alamat yang agak meragukan perlu diteliti dengan betul dan tiada sesuatu yang meragukan.Saya kata dengan kawan saya,jika kita kalah pun,disebabkan oleh penipuan mereka,bukan rakyat tak faham isu-isu yang sedang berlaku,rata-rata rakyat faham isu yang berlaku sekarang,takut kita kalah disebabkan perkara-perkara ini(penipuan,nama daftar pemilih dan lain-lain)kawan saya menambah,kita juga bukan tidak membuat kerja(maksud dia kerja-kerja culaan).
Jadi petang itu kami ronda taman itu,kebetulan kawan pada kawan saya itu ada tinggal di taman perumahan itu,jadi bagi memudahkan kerja-kerja culaan saat akhir itu,kawan saya menghubungi kawan dia yang berada disitu.Alhamdulillah,atas kerjasama kawan dia,nama yang sedang di cula ada di situ,Cuma satu nama sahaja tidak ada di situ.Jadi dia boleh bantah pada SPR pada hari keesokannya.Maklum tempoh yang diberikan oleh pihak SPR untuk membuat culaan sudah tamat,esok adalah hari bantahan.Tahniahlah pada kawan saya itu yang bernama Farid,telah menjalankan tugasnya dengan baik,walaupun saat-saat akhir masih boleh nak buat culaan.

Apa yang saya mahu cerita di sini,bukanlah berkenaan culaan,tapi ada kisah lain dan menarik untuk saya berkongsi cerita dengan kawan-kawan blogger yang lain.Tentang sikap dan daya pemikiran orang Umno yang lebih pada kebendaan (material).Kisahnya di taman yang kami buat culaan ini.Bermula dengan nama yang terakhir untuk di cula,kawan pada kawan saya itu,telah bertanya pada pengerusi taman disitu,kebetulan pengerusi taman itu ada ditepi jalan taman sedang berborak-borak dengan kawan-kawannya.

Dia tanya tentang nama yang berada di daftar pemilih yang dia sedang pegang itu.Dia nak confirmkan nama itu ada ditaman itu atau tidak,maka bermulalah ceritanya,pengerusi itu terus buka cerita macam-macam tentang dirinya dan apa yang sedang berlaku di taman itu.Maklum beliau merupakan ahli yang dulu,kini dan selamanya (Umnolah tu).

Pengerusi taman itu,mengatakan dia boleh tolong bawak semua penduduk taman di situ sokong kawan pada kawan saya(maksudnya sokong PAS),kalau dia(YB boleh bagi macam-macam) boleh beri macam-macam di taman itu,kalau boleh tabur beberapa ribu untuk buat macam-macam di taman itu seperti gelanggang badminton,takraw dan lain-lain.Apa ingat main tabur-tabur sahaja ke?.Berapa banyak taman di situ,kalau semua nak tabor?.Ingat PAS tak sama dengan UMNO.

Bila kawan pada kawan saya cerita semula pada kami,kami hanya senyum sinis sambil kata “mana boleh macam itu,dia ingat PAS ni macam UMNO,ada duit,ada kerja,tak ada duit,tak ada kerja.mana boleh macam itu,mereka asyik fikirkan benda dan benda,duit,duit,duit..PAS bukan cara seperti itu,jika PAS pun buat macam itu,tabur sana-tabur sini semata-mata nak cari sokongan,orang akan lihat PAS sama sahaja macam UMNO,rosak dan jatuhlah imej PAS selaku parti yang bertunjangkan agama.” rungut kami.
Baru-baru ni pengerusi itu ada buat kertas kerja dan minta sedikit bantuan (dalam RM5000)dari YB untuk pembinaan dewan ditaman itu,tapi hanya dapat RM1000,jadi pengerusi itu boleh kata,Umno nak bagi RM5000,tapi dia buat dolak-dalik konon tak tak nak terima duit itu.Kata kami” Ait..mengapa tak nak ambil pula,kata perlukan duit,bila ada yang nak bagi lebih buat-buat dalih..tak salah pun jika dia nak ambil duit itu,bukankah untuk kegunaan orang ramai..mengapa mesti dia nak dolak dalih..selalunya orang UMNO lah yang nak duit..aik..pelik..”Kami dengan rasa jengkel bila dengar cerita dari kawan pada kawan saya itu.

Sebenarnya ada beberapa lagi yang diceritakan pada kami,tetapi rasa saya cukuplah untuk pengetahuan kawan-kawan blogger yang lain.Begitulah segelintir bahkan ramai lagi pemikiran pendokong UMNO,apa yang mereka fikirkan hanya material semata-mata( bukanlah kita menafikan itu semua,material memang sangat perlu) tetapi jika asyik memikirkan kebendaan semata-mata,apa akan jadi dengan makna hidup kita?.Selama hampir 50 tahun memerintah,selama itu daya pemikiran penyokong dan pendokong mereka hanya di simbahi dengan kebendaan semata-mata,amat malang sekali jika demikian sudahnya.Memang semakin hari semakin hilang kewibawaan mereka.

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia..!

Nyahkan pemimpin Zalim

Nyahkan mereka yang zalim


Kata orang bila lama memerintah boleh berlaku zalim.Malah bertindak lebih kejam.Sanggup buat apa sahaja demi mempertahankan kekuasaannya.Sejarah dahulu,bahkan dalam zaman moden ini pun telah berlaku pemerintahan yang maha zalim.Rakyat menjadi mangsa kezaliman mereka.Mulut,kaki tangan rakyat ditutup bagi mengelakan mereka berbicara tentang penyelewengan dan kezaliman yang di lakukan.Malah segala apa yang ada di Negara mereka akan semua dikuasai dan dipergunakan dengan sewenang-wenangnya.Harta Negara bagaikan hak milik mak bapak mereka.Tanpa rasa bersalah mereka melakukannya itu.

Semua itu dilakukan demi mempertahankan kuasa yang ada.Pemimpin semacam ini tidak merasa khuatir dan takut tentang ancaman yang keras yang akan menimpa mereka kelak diakhirat nanti.Firaun,raja yang mahazalim dan kejam memerintah Negara Mesir,mereka menggunakkan tenaga rakyat bagi mengumpulkan harta hanya untuk dirinya.Malah dengan lebih daripada itu mengaku dirinya Tuhan bagi mereka semua.Itulah peringkat kesombongan dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimipin yang bergelar firaun.Jika di imbau dan dilihat perangai firaun ini,pada zaman moden ini adalah sama sahaja.

Mereka (pemimpin yang zalim) ini,merasakan kuasa yang ada pada mereka akan menjadi miliknya hingga ke akhir hayat.Mereka langsung tidak memikirkan kesusahan dan penderitaan rakyat.Susah senang rakyat mereka tidak pernah ada pada ingatan mereka,mereka hanya memerlukan rakyat apabila datangnya musim pilihanraya.Mereka memerlukan undi mereka untuk mendapatkan sokongan dan dokongan rakyat bagi mengekalkan kuasa yang ada pada mereka.

Mereka akan mencanangkan agar rakyat tetap memberi mandat pada mereka,hanya pada mereka sahajalah Negara yang di perintah mereka akan lebih membangun dan makmur.Malah kezaliman yang dilakukan mereka tidak perlulah di sebut-sebut kerana segala pembangunan mereka telah sediakan untuk rakyat,apa yang penting bagi mereka,rakyat mesti memberi sokongan yang tidak bebelah bahagi kepada mereka.Jangan sampai ada kuasa lain yang mahu mencabar mereka,jika ada mereka akan cantas dan menganggap pengkhianat Negara dan tidak tahu bersyukur tentang keamanan dan kesejahteraan yang mereka berikan.

Pemimpin yang zalim tidak pernah serik dengan kezaliman yang mereka lakukan,mereka tidak merasa apa-apa rasa bersalah kesalahan yang mereka lakukan.Malah adakalanya mereka berbangga dengan apa yang mereka lakukan.
Rakyat di perbodoh-bodohkan sekian lamanya,namun rakyat yang diperbodoh-bodohkan mereka tidak sekian lama boleh dipermainkan oleh mereka.Lambat laun rakyat akan dapat memahami apa yang pemimpin mereka lakukan terhadap mereka sekian lamanya.

Melihat kehidupan mereka yang tidak pernah berubah dari pelbagai segi membuatkan rakyat semakin tertekan dengan kemiskinan yang dihadapinya.Harga barang keperluan yang semakin meningkat saban hari,membuatkan rakyat semakin tertekan.Akhirnya membawa pemberontakan pada sebahagian rakyat.Melihat kehidupan para pemimpinya yang kaya raya,hidup mewah tidak terkira,menyebabkan rakyat semakin bangkit mahu menumbangkan pemimpin yang zalim ini.

Inilah yang berlaku di timur tengah beberapa bulan yang lalu hingga kini pun masih ada Negara-negara yang rakyatnya bangun menuntut perubahan kepimpinan.Rakyat keluar ketengah-tengah jalan raya bagi menuntut keadilan dan perubahan.Rejim Tunisia dan Mesir telah tumbang dengan kuasa rakyat yang turun beramai-ramai menyatakan pendirian masing-masing,yang akhirnya membawa tumbangnya rejim zalim itu.Pemimpin yang masih berkuasa,di mana pun sewajarnya mengambil iktibar dari peristiwa ini.Ini menandakan kuasa yang ada pada mereka tidak akan kekal,suatu masa pasti akan terlepas dari mereka.

Kezaliman pasti musnah,bila datangnya sinar kebenaran dan keadilan.Di waktu itu pemimpin yang zalim pasti tersungkur dan musnah.Janji Tuhan pasti terjadi.
Nyah kan pemimpin zalim…!

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia…!

Selangor Terkini Lawan Selangor Kini

Akhbar sebenar: Selangor Kini


Akhbar palsu: Selangor Terkini


Niat untuk mendapatkan akhbar ‘Selangor Terkini’ termakbul,bila saya singgah di restoran mamak untuk makan tengahari,diatas meja biasanya akan ada akhbar-akhbar tempatan yang di sediakan oleh pihak restoran untuk bacaan pelanggannya sementara makanan yang di tempah siap di sajikan.

Kebetulan hari itu saya dapati di sebalik akhbar tempatan ada terselit di bawahnya akhbar ‘Selangor Terkini’,iaitu akhbar palsu(bukan tulen).Saya pun ambil,cuba menyelak-nyelak isi kandungannya,persis Selangor Kini(Penggerak Kemajuan Saksama),tapi sangat beza pembawaan beritanya.Saiznya lebih kecil berbanding Selangor Kini,beritanya lebih kepada menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.Dalam hati saya”Oh..ini rupanya”, ‘Selangor Terkini’(akhbar palsu)keluaran edisi keempat bulan mac 2011 dengan mottonya ‘Penggerak Kemajuan Bersama’.

Nampaknya musuh,terus menerus menyerang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor hingga sanggup menciplak akhbar,kalau di lihat dari jauh,persis Selangor terkini.bentuknya hampir sama,isi kandungannya tapi sangat mengelirukan,kepada yang memilikinya harus berhati-hati,bagi saya baca boleh,untuk percaya tidak sekali-kali tidak..!.
Baru-baru ini,saya ada membeli akhbar terbitan NGO PERKASA,sekadar untuk membaca tidak mengapa.Sekadar ingin tahu apa isi kandungannya.Sekurang-kurangnya ada juga koleksi akhbar tabloid yang macam itu,di rumah saya terdapat banyak timbunan akhbar tabloid yang lama-lama,yang sekarang ada akhbar tersebut yang tidak wujud lagi penerbitannya.Boleh di jadikan bahan rujukan.

Berbalik pada ‘Selangor Terkini’,apa yang saya lihat,akhbar ini tentu adalah hasil daripada musuh,musuh menggunakan taktik kotor ini bagi mengelirukan rakyat Selangor,sudah tentu matlamat utamanya adalah untuk menyerang kerajaan negeri yang ada sekarang.

Dari sekecil-kecil berita hinggalah sebesar berita,cuba di olah dengan begitu mengelirukan.Sudah tentu upahnya cukup besar dalam melaksanakan kerja-kerja jahat ini.Dengan matlamat yang satu kerajaan yang ada sekarang mesti ditumbangkan, kononnya kerajaan negeri yang ada sekarang tidak menjalankan amanah yang di mahukan oleh rakyat(manifesto tidak dilaksanakan),banyak berlaku penyelewengan dan rasuah..!.

Kewujudannya tentu untuk menyaingi Selangor kini terbitan Kerajaan Negeri Selangor.Kerajaan Negeri mesti menangkis apa-apa yang terkandung dalam ‘Selangor Terkini’,biarpun laporan telah di berikan kepada KDN,namun masih tidak ada apa-apa tindakan terhadap penerbitan Selangor Terkini(akhbar palsu).Tindakan jahat dan jijik mereka harus di hentikan serta-merta.

Jangan dek kerana konon kebebasan akhbar undang-undang di langgar oleh mereka sesuka hati,penggunaan logo juga begitu,mereka sewenang-wenangnya menggunakan logo kerajaan negeri dalam akhbar palsu mereka(tak derhaka ke..?).

Justeru itu,sebagai rakyat yang bijak,kita kenalah tapis-tapis dengan berita-berita palsu dari golongan fasik.Jangan terus mempercayai dengan sesuatu berita yang sampai pada kita,rujuk pada mereka yang tahu.Jangan telan bulat-bulat apa yang sampai pada kita.

Ingat berfikir dengan bijak,jangan di tipu selalu..!.

Sunday, May 15, 2011

Macam-macam politik Malaysia

Pelbagai parti politik mewarnai politik Malaysia


Makin panas


Suhu politik Negara makin hari makin panas,bukan makin sejuk suhunya,makin membahang,makin menakutkan,makin mengerikan,makin menjijikan dan makin membusukkan.Dan ada yang kata makin ‘menjengkelkan’ asyik naik sahaja (Barang Naik-BN),Teringat dengan Novel bekas sasterawan Negara Shahnon Ahmad ‘SHIT’ BUSUK LAGI MEMBUSUKKAN’ yang mengambarkan situasi politik ketika itu(pemerintahan Tun Mahathir).Jika dilihat dahulu hingga sekarang lebih dahsyat lagi bukan sekadar busuk membusukan lagi,lebih teruk dari itu.Teringat kata-kata Mat Sabu..’Nak termuntah’.

Anda bagaimana? Perasaan anda bagaimana dengan situasi politik Negara?.Boleh jadi macam yang saya rasa sekarang.Dari satu isu ke satu isu,dari satu insiden ke satu insiden,belum nampak lagi jalan menuju kedamaian dan keharmonian.Walaupun ada ajakan untuk jalan perpaduan tapi nampaknya keikhlasan itu sangat diragui dan lebih kepada agenda politik.

Kehangatan pertentangan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat semakin ketara,makin hangat dan panas.Kedua-duanya mempunyai peranan dan pandangan tersendiri.Barisan Nasional yang dipengerusikan oleh YAB.Datok Sri Najib juga selaku Perdana Menteri Malaysia,manakala Pakatan Rakyat yang diketui oleh Ketua Pembangkang Datok Sri Anwar Ibrahim.Kedua-duanya mempunyai peranan dalam membangunkan Negara,jika kedua-dua pihak melalui politik demokrasi yang telus,luhur dan dihormati.

Kewujudan sama ada pemerintah mahu pun pembangkang tidak salah di sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi tulin,bahkan di mana Negara sekalipun kewujudan keduanya saling lengkap-melengkapi.Tegur menegur,atau dengan kata yang lebih popular ‘Check and Balance’.Itu pun sekiranya demokrasi di amalkan dengan sebenar-benarnya.Adakah Malaysia mengamalkan demokrasi yang begitu?.Anda yang menentukan dan jawap persoalan saya ini.

Seorang Anwar

Kembali ke persoalan kehangatan politik Negara,Semenjak pemecatan Anwar Ibrahim(1998)difitnah,diaibkan,dipenjarakan,dibebaskan,difitnah lagi,diaibkan lagi hingga ke hari ini,suasana politik kita masih tetap hangat dan membahang,terbaru berita mengatakan’Cubaan Bunuh Anwar’,nampaknya cakap-cakap saya dengan kawan kerja saya hampir terjadi,jika benar ini satu cubaan untuk membunuh Anwar.Namun sama-sama kita berdoa mohon dihindari perkara buruk ini.Cakap-cakap saya hanya membuat andaian,’agak-agak ada tak plan musuh-musuh Anwar nak bunuh Anwar’.

Malah kami mengandaikan,mesti ada plan,mereka nak bunuh Anwar’.Apabila keluar berita ini,saya mengandaikan ini sebahagian perencanaan dan perancangan musuh tetap Anwar Ibrahim.Siapa musuh-musuh tetap Anwar?.Anda yang bijak mampu menjawabnya.Karier dan kerjaya Anwar mereka tidak mampu hapuskan,kini jasad Anwar pula jadi taruhan,bukan sahaja jasad Anwar tetapi keluarganya juga di ancam,jika ini benar,politik apakah ini?.Anda juga bijak menjawabnya.

Selagi Anwar ada,selagi itulah mereka ini tidak senang duduk,terancam kedudukan,kuasa politik,bisnisnya dan macam-macam lagi.Mereka ini adalah manusia yang hilang jati diri sebagai manusia yang beriman(itu pun jika masih ada iman).Manusia sebegini adalah manusia pengkhianat dan petualang Negara.Ia harus segera di nyahkan dari mayapada ini.Peranan Anwar sebagai ketua pembangkang jelas ditakuti musuh-musuhnya,pendedahan tentang APCO,salah laku pemimpin UmnoBN itulah yang mereka geruni dan takuti.Saya yakin peranan APCO juga disebalik semua isu yang berlaku sekarang ini.

Mereka tahu,Anwar punyai rahsia yang mungkin belum lagi didedahkan,saya melihat ini sebagai faktor dan punca mengapa Anwar mesti di hapuskan sama ada kariernya atau orangnya.Cubaan bunuh ini sekiranya benar,haruslah dikecam oleh semua pihak.Niat dan perbuatan mereka sangat kejam dan hina sekali.Kita tidak mahu budaya politik luar terutamanya pembunuhan berlaku dalam Negara,biarpun sejarah telah memperlihatkan satu persatu apa yang pernah terjadi dalam Negara kita sewaktu dahulu.Sudahlah budaya politik lucah berkembang,kini budaya membunuh dalam politik pula mahu di amalkan.

Mereka hanya takut pada seorang yang bernama Anwar Ibrahim,mereka sedar Anwar tokoh yang boleh menyatukan pelbagai kaum di Negara ini,baik Melayunya,India,Cina,Kadazan,Dayak dan pelbagai lagi etnik dan latarbelakang ideologi mereka, Anwar dapat satukan dan duduk semeja.Lebih ketara lagi bila gabungan ketiga-tiga parti yang ada di Negara kita khususnya parti Islam terbesar di Negara kita boleh bergabung dan seia- sekata dalam pelbagai isu Negara dan duduk semeja dalam gabungan yang mereka panggil ‘Pakatan Rakyat’,gabungan PAS,KEADILAN dan DAP.Lebih-lebih lagi bila PAS dan DAP boleh sama-sama duduk semeja dalam satu gabungan yang mantap.

Peranan Anwar dalam Pakatan Rakyat inilah yang ditakuti oleh UmnoBN.Oleh itu Anwar mesti dihapuskan dan terus menerus difitnah dan di aibkan.
Ini juga yang mengetarkan pemimpin-pemimpin UmnoBN khususnya Prisiden UmnoBN,Datok Sri Najib Tun Abdul Razak.Pilihanraya Kecil Negeri Sarawak telah memperlihatkan kekuatan Pakatan Pembangkang dalam mengempur Barisan Nasional Sarawak yang di ketuai oleh Mahmud Taib.

Kini Pakatan Rakyat mempunyai 15 kerusi,dimana 13 darinya dari DAP yang mempunyai sokongan kuat dari kaum Cina,Melayu dan lain-lain etnik di Sarawak.Bila melihat sokongan kaum Cina makin kuat pada DAP,itu yang mengetarkan hati-hati pemimpin UmnoBN.

Gendang Perpaduan

Usaha-usaha untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat perlu di usahakan,maka penasihat nombor wahid sebagai rujukan(APCO) pun diminta memberi pandangan dan perencanaan,bagaimana mahu menghancurkan Pakatan Rakyat.Maka di goda dan di momokanlah,agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat.Apa yang menariknya bekas perdana menteri Tun Mahathir turut mengambil bahagian sama memberi pandangannya tentang PAS.Tun Mahathir menyatakan PAS perlu keluar dari gabungan Pakatan Rakyat,mengikut kata Tun Mahathir:

“PAS tidak perlu sertai Barisan Nasional,tetapi jika ia mahu tentang Umno,biarlah di luar pakatan pembangkang.” “Jika PAS mahu kembali kepada BN seperti era 70 an lalu,saya percaya BN akan menerimanya.”

Gendang perpaduan dan penyatuan di mulakan kembali,sedangkan PAS sudah lali dengan ajakan UmnoBn itu,lagu-lagu manis dari mulut pimpinan UmnoBn tidak di layan,malah Prsiden PAS datuk Sri Tuan Guru Hj Hadi Awang mengesyorkan agar Umno dibubarkan dan menyertai PAS.Akhirnya bungkem mulut UmnoBn dan pemimpinnya.

Bagaimana mahu berpadu dengan sebuah parti yang menolak dasar Islam dan keadilan Islam.Sedangkan para pemimpin UmnoBn penuh dengan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.Bukan itu sahaja yang mendorong pimpinan PAS menolak ajakan pimpinan Umno untuk berpadu,malah umnoBn tidak pernah tulus dalam mengajak untuk perpaduan.Dalam masa sama UmnoBn tetap dengan sikap munafiknya dengan melaksanakan perkara-perkara yang tidak menjurus kepada perpaduan,menindas dan menekan rakyat berterusan,menggunakan jentera kerajaan sewenang-wenangnya.Apakah bentuk perpaduan yang UmnoBn mahukan.Jika sekadar untuk kepentingan politik mereka semata-mata,lebih baik abaikan..!.

Para pimpinan PAS tidak lagi termakan dengan umpan perpaduan UmnoBn yang berlumuran dengan pelbagai bentuk najis skandal dan mungkar.Pengajaran dari tahun 1974 sudah cukup memeritkan bagi PAS ketika itu.Cukuplah hari ini PAS dalam Pakatan Rakyat dalam mengalas kehendak rakyat Malaysia.PAS bersama-sama Pakatan Rakyat ada agenda yang terbaik untuk rakyat Malaysia.Slogan PAS,’PAS FOR ALL’ telah menyakinkan dikalangan bukan Islam untuk bersama-sama menyokong agenda PAS dalam Pakatan Rakyat.

UmnoBn sebenarnya takut dengan keutuhan dan persefahaman PAS dengan DAP,UmnoBn mulai takut dan gentar dengan hubungan PAS dengan DAP telah membibitkan kefahaman Islam terhadap pimpinan DAP.DAP sudah mula faham dan menghormati pandangan dan dasar yang di perjuangkan oleh PAS.Inilah yang mereka takutkan sebenarnya.Persoalannya sekarang adakah UmnoBN akan berhenti untuk mencari helah,untuk terus mencari perpaduan dengan PAS?.Apakah UmnoBn akan berhenti dari terus memperkotak-katikan perpaduan yang jitu Pakatan Rakyat?.

Tidak sekali-kali tidak..!..Ia akan terus melaksanakan agenda jahat mereka.

Utusan dengan agenda jahatnya

Konon mengikut berita yang dikeluarkan oleh akhbar yang konon penyibar fikiran rakyat,telah ada satu perjumpaan ketua-ketua Paderi dengan Ketua Menteri Pulau Pinang(DAP).Di akhir pertemuan dan perjumpaan itu mereka berdoa agar Malaysia akan jadi Negara Kristian.Itu pun mereka petik dari sumber blog,kita sedia maklum blog siapa lagi kalau bukan blog penyokong UmnoBn,Mengikut ceritanya blog itu sudah membuang tulisan yang dikeluarkan itu.Orang ramai sudah sedia maklum cara pemberitaan akhbar ini.Agenda jahat ini sudah tentu dipersetujui mereka yang berada nun di atas sana.

Tujuan berita ini dicetuskan sebenarnya untuk mengalih pandangan rakyat tentang kegagalan mereka dalam agenda jahat mereka tentang Video lucah yang konon pemimpin pembangkang siapa lagi kalau bukan ditujukan pada Anwar Ibrahim.Kepincangan dan ketololan pendedahan Video itu sudah menyerlahkan kedunguan mereka.Jadi untuk mengalih pandangan rakyat,mereka mencetuskan lagi berita bohong yang tidak masuk akal mereka yang berfikiran waras.Malah para pemimpin UmnoBn pun turut berkokok sama tentang berita ini.Seolah-olah Negara dalam bahaya.

Muncul lah sana-sini unjuk persaan,laporan polis dari mereka yang kononnya peka dan ambil berat tentang Negara.Ini Negara Islam,ya kita sudah akui bahawa ini memang Negara Islam,agama rasmi Malaysia adalah Agama Islam.Tidak ada mana-mana parti,setahu saya yang mempertikaikan agama rasmi Malaysia agama Islam,Bahkan DAP yang dituduh dalam Isu ini pun telah mengakui dan menandatangani persefahaman dan persetujuan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam pada tahun 2009 bahawa agama rasmi Malaysia adalah agama Islam.Saya petik kata-kata setiausaha Agung DAP ynag juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang:

“Kita banyak kali tekankan Islam agama rasmi Malaysia.Kita tidak pernah pertikai perkara ini.Kita tidak pernah desak minta Malaysia jadi Negara Kristian,Negara Hindu atau pun apa-apa agama lain” (petikan dari Suara Keadilan15-10 Mei 2011)

Mengapa puak-puak ini,masih mahu memepertikai ketulusan DAP?.

Tindakan dan agenda jahat mereka di biarkan begitu sahaja,sedangkan ini adalah salah satu jenayah yang sangat membahayakan keharmonian dan keamanan Negara.Sudah sememangnya akhbar ini mempunyai kekebalan yang amat ketara.Kita pasti dan tunggu kesudahan isu ini akhirnya nanti.

Politik jahat ‘Pandi Kutty’

Anwar lagi,lepas satu,satu lagi keluar,memang kita tidak percayakan akhbar ini.Namun kebiasaan mereka ini sudah melampui batas.Hari ini mereka bercakap tentang moral pimpinan Pakatan Rakyat,khususnya Anwar Ibrahim,beberapa minggu yang lalu,akhbar ini mengeluarkan gambar lucah,tertera di akhbar mereka,tanpa rasa malu dan bersalah,tanpa mereka takut dengan undang-undang Negara(Sememangnya tidak takut pun-ada kekebalan).Riak-riak PRU-13 makin hampir kemungkinan,melihat pada serangan ke atas Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim semakin menjadi-jadi tanpa kawalan malah kelihatanya direstui oleh puak-puak mereka.

Layakah sebuah akhbar,bercerita tentang moral,akhlak,adab atau pun sebagainya,sedangkan akhbar yang mereka miliki tidak mengambarkan apa yang mereka cakapkan,begitu juga dengan pemimpin mereka.Hari ini pula mereka,mempertikaikan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang berwibawa,dek kerana konon Anwar Ibrahim mencerca Perdana Menteri.

Benarkah begitu? Atau kita sedia maklum tentang akhbar yang satu ini,suka memutar belitkan berita,lebih-lebih lagi berkenaan pembangkang.
Konon mengikut ceritanya,Anwar mencerca Najib dalam ceramahnya di Klang baru-baru ini,Apa yang di katakana Anwar sebenarnya berkenaan agenda jahat mereka yang melakukan fitnah,membuat video lucah dan lain-lain,Anwar maksudkan perbuatan ini macam ‘Pandi Kutty’.Yang mereka terasa,melompat macam beruk mengapa?.Malah yang kelakarnya ada pemimpin UmnoBn mengatakan tindakan Anwar boleh mengejutkan ‘singa-singa’ Umno.Apa katanya:

“Cukuplah Anwar,apa yang dilakukan itu sudah melampau.Jangan sampai saya hilang kesabaran untuk bertindak,”(petikan dari sinar harian-12Mei 2011)

Apa yang dimaksudkan ‘Jangan sampai saya hilang kesabaran untuk bertindak’.Aik releks lah Bro,yang awak emosi sangat mengapa?.Awak nak buat apa dengan Anwar?Apa tindakan yang awak nak buat?,Sabar Bro..sabar..!.Ingat Allah banyak-banyak Bro..!Rupa-rupanya banyak singa dalam UmnoBn,patutlah rakus sangat.

Apakah fitnah,video lucah,isu perkauman itu memang perbuatan mereka?.Jika tidak, mengapa perlu melompat,telinga kepanasan,diam-diam sudahlah,tindakan mereka telah menjadikan rakyat semakin faham bahawa apa yang berlaku memang agenda yang mereka lakukan.Rasanya tidak sukar untuk memahami apa yang sedang berlaku dalam politik kita hari ini.Jika rakyat bijak menilai setiap berita,rasa saya,UmnoBn pasti rebah pada PRU-13,itu pun jika tiada sebarang manupulasi atau pun pembohongan.

Gila talak dengan Selangor

Pemimpin UmnoBn mana yang tidak meroyan dan gila talak,rasanya semua terkedu bila pada tanggal 28 Mac 2008,Negeri Selangor antara negeri yang rebah dan di tawan oleh Pakatan Rakyat.Bukan pemimpin UmnoBn sahaja yang terkedu malah saya yakin pemimpin Pakatan Rakyat juga rasa tidak percaya tumbangnya UmnoBn yang memerintah hampir 50 tahun lamanya,hancur leburlah harapan slogan Dulu,Kini dan selamanya UmnoBn di negeri Selangor.Selaku rakyat Selangor agar slogan itu tidak bangkit kembali di Selangor.

Bila saya terbaca di akhbar Harakah berkenaan,saranan Najib agar guna ‘Segala senjata’ yang ada kepada anggota UmnoBn di Selangor,ini mengingatkan saya kata-kata beliau tentang untuk mempertahankan Putrajaya dengan apa sahaja.Ini adalah kesinambungan dari perencanaan mereka.Kenyataan Najib itu jangan diambil enteng,beliau sanggup lakukan apa sahaja demi membuktikan niat sucinya itu.

Kita maklum,segala senjata itu kemungkinan itu,taktik kotor mereka akan lakukan.takkan lah mereka gunakan tektik lembut,mana mungkin,lihat sahaja bagaimana mereka melakukanya pada negeri Perak.Hebat bukan?.Memang itulah kepakaran yang mereka ada,lebih-lebih lagi penasihat APCOnya yang sentiasa mencari idea-idea baru untuk merampas negeri Pakatan Rakyat.

Selangor antara yang menjadi idaman,impian dan kegilaan mereka.Di sana ada emas dan intan permata,jadi saranan gunakan segala senjata oleh Najib jangan di pandang enteng oleh pimpinan Pakatan Rakyat,khususnya di Selangor,jangan rasa selesa,biarpun rakyat Selangor sudah sedar dan sedang menikmati perubahan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Biar pun gerak kerja teratur,namun mereka boleh lakukan apa sahaja,ingat ‘Segala Senjata’.Sekarang pun sudah ada kedengaran kemunculan pengundi-pengundi yang diragui di satu-satu kawasan pilihanraya,pemindahan pengundi,pemberian kad pengenalan kepada warga asing,manupulasi daftar pemilih,taktik kotor ini sudah dapat di kesan.(apakah ini juga sebahagian ‘Segala senjata’?).

Ingat bukan masanya untuk goyang kaki mengharapkan undi rakyat semata-mata.Segala kemungkaran dan kedurjanaan ini mesti di laporkan dengan segera kepada pihak yang berkenaan.Bantahan demi bantahan terus kemukakan,buat sampai jadi..!.
Siang malam,pagi petang mereka mengimpikan Selangor.Mereka juga sayang dan cintakan Selangor.Jiwa dan perasaan mereka juga petriotik.Gerak kerja mereka tetap berjalan,memang macam tidak nampak tetapi licik.Awas..!.Siang malam mereka mimpikan Selangor.Minda bawah sedar mereka sudah ditanamkan dengan Selangor…! Selangor…! Selangor…!.Tidak kiralah pemimpin yang berbangsa Melayu, Jawa,Banjar,Cina dan India.Mereka seia sekata Tawan Selangor.

Justeru itu,Pakatan Rakyat perlu sedar,PRU-13 mungkin yang paling hebat dan terkotor(kita mohon di jauhi).Itu pun bergantung dengan niat suci Najib,seandainya beliau mengubah rentak dengan lebih telus,lunak dan mengikut lunas undang-undang,mungkin kita juga akan melihat PRU-13 pilihanraya Umum yang paling bersih.Boleh jadi..!.

Harapan rakyat

Rakyat sudah pastinya mengharapkan sesuatau yang baik buat mereka,kehidupan yang selamat dan terjamin,itu yang mereka impikan.Keharmonian dan keamanan impian semua,baik pendokong Umno,Pas,Keadilan,Dap,Mca,Mic dan parti-parti politik yang berada di Sarawak dan Sabah.Rakyat mahukan sesuatu yang baharu dan menyakinkan mereka.

Jaminan ini pasti ada dalam perancangan setiap parti yang bakal bertanding pada PRU-13 nanti.Semoga rakyat bijak menilai dan memilih pemimpin.

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia.

Sumpah sampah trio ‘T’

Sumpah sampah Trio 'T'

Bagi membuktikan apa yang telah dibongkarkan sebelum ini.Maka dengan keberanian yang mereka ada,mereka telah membuktikan dengan bersumpah baru-baru ini.Biar pun cuba di nasihati oleh seorang bekas Imam,namun trio yang terkenal dengan gelaran ‘DATOK T’ tetap meneruskan sumpah laknat konon bagi membuktikan apa yang di dalam video itu adalah pemimpin pembangkang.

Kita tunggu ,apa yang akan berlaku dengan sumpah tersebut.Rata-rata dikalangan bijak pandai khususnya para Ulamak,mufti,bekas mufti dan para ilmuan Islam menegur perbuatan mereka.Cara sumpah mereka tiada dalam kaedah Islam.Saya petik kata-kata dari Dato’ Dr Haron Din:

“Minat sungguhkah golongan ini untuk merujuk kes ini kepada hokum Islam?Ikhlas sungguhkah golongan yang meminta ini untuk melaksanakan hokum Islam?”

“Kalau hendak pada hokum syarak,biar kesemuanya (ambil kesemuanya) iaitu hukuman qazaf pun ada,hukuman zina pun kena ada.Jangan kerana tolak hokum qazaf,hendak pakai mubahalah itu sebagai perangkap;siapa yang tidak bersumpah maka dia bersalah,”

Dengan mudahnya mereka mempermain-mainkan sumpah,Malangnya perbuatan mereka di restui oleh pihak jabatan Agama yang mengawal hal ehwal agama seperti yang di beritakan di akhbar alternatif.Sepatutnya wakil dari jabatan agama tersebut menasihati mereka yang bersumpah itu,namun apa yang mengecewakan wakil itu bertindak sebagai pemerhati,kemungkinan atas arahan dari pihak atasan.

Walauapa pun yang telah diperkatakan,sumpah itu sudah dilafazkan,kita tunggu sahaja akibatnya siapa yang benar dan siapa yang salah.Allah lebih mengetahui tindakan dan perbuatan mereka ini (Datok T).Alang-alang sudah terlajak membuat perkara itu,mereka berani buat apa sahaja.Mereka tahu mereka tak akan ditangkap malah kelihatannya di lindungi.Namun mereka tidak takut dengan ancaman Allah yang bakal diterima oleh mereka sekiranya apa yang mereka lakukan itu hanyalah sekadar pembohongan semata-mata.Mereka berkata apa yang mereka lakukan itu untuk membuktikan kebenaran dan demi maruah agama,bangsa dan Negara?.

Kita mengharapkan agar selepas ini,tiada lagi cara sumpah yang sebegini.Cukuplah sumpah sebelum-sebelum ini,yang mana ia kan menjadi sumpah sampah yang tiada kredibiliti,sekadar hanya memuaskan diri sendiri dan mereka yang berkuasa.Mereka merasakan mereka benar dan tiada yang benar melainkan benar bagi mereka.Sedangkan kita melihatnya hanya sekadar sumpah sampah yang tiada maknanya.

Ayuh berubah…! Selamatkan Malaysia…!

Beruntungnya ketua kampung di Selangor

Gambar hiasan:Ketua kampung Meru dan Bukit Kapar sedang berbincang


Pada mereka yang bergelar ketua kampung di seluruh Selangor tentu gembira dengan berita tentang pemberian insuran percuma buat mereka.Siapa yang tidak suka benda-benda percuma ni,lagi-lagi jika rakyat yang di beri perkara yang percuma,mesti semua suka.Lagi-lagi ketua kampung,lagilah suka mereka.Barang percuma siapa tidak suka kan?.

Begitulah sikap sebuah kerajaan yang berkonsepkan Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) dan Berkebajikan,selaku orang yang di tugaskan untuk menyelesaikan perkara-perkara yang berlaku di kampung,mereka juga mempunyai tanggungjawab dan beban yang berat di pikul,sudah pastinya ada risiko-risiko yang akan atau bakal di hadapi mereka semasa menjalankan tugas,jadi dengan adanya insuran ini mereka akan lebih berdidikasi dalam menjalankan tugas mereka.Di harapkan mereka menjalankan tugas dengan komitmen,maklum tugas mereka semakin mencabar dan mereka perlu di lindungi dengan insuran.
Memetik kata-kata dari Exco Kerajaan Selangor Dr.Yaakob Sapari dalam sidang medianya pada bulan yang lalu seperti yang terbit di Buletin Selangor kini;

“Ini negeri pertama di Malaysia menawarkan skim takaful yang begitu tinggi.Kita berharap skim ini akan menyemarakkan semangat ketua kampung untuk berkhidmat dengan lebih berdidikasi dalam membantu kerajaan negeri mengurus tadbir masyarakat luar Bandar”.
Skim insuran takaful yang bernilai RM30,000 di berikan kepada setiap ketua kampung di seluruh Selangor yang meliputi kampung-kampung Tradisional,Ketua Kampung Baru,Ketua Komuniti India serta Ketua Kampung Orang Asal.

Sekali lagi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah membuktikan komitmen mereka dalam mengurus dan mentadbir negeri dengan prihatin terhadap tugas yang di pikul oleh ketua kampung tidak kira ketua kampung itu Melayu,Cina,India dan Orang Asal,mereka sama-sama menikmati skim insuran percuma,bahkan jika ada Ketua Kampung yang menyokong UMNOBN sekalipun mereka akan dapat menikmatinya,itu pun kalau mereka sudi menerimanya.

Syabas buat Kerajaan Negeri dan seluruh ketua kampung di Selangor..!.

Tuesday, May 3, 2011

Perlukah guna ISA banteras ajaran sesat?

Salah satu ajaran sesat yang ada di Malaysia


Ajaran sesat ada di mana-mana,ajaran sesat merupakan ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah.Antara sebab kemunculan ajaran sesat adalah terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan,harta dan sebagainya dan juga bertujuan ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah orang Islam.

Saya tertarik dengan berita tentang wacana atau dialog yang telah di adakan oleh pihak sinar harian dengan kerjasama Majalah I,bagi saya cukup baik faorum atau dialog tersebut,sekurang-kurangnya dapat merungkai tentang salah faham tentang ajaran sesat yang terdapat di Negara kita dan cara menangani secara berkesan oleh pihak yang berwajib.Walaupun hanya sekadar membaca di akhbar tersebut,saya merasakan ianya amat memberi makna dan kefahaman kepada orang awam tentang isu ajaran sesat ini.

Menurut berita dalam sinar harian keluaran Isnin,1hb April 2011,tiga ahli panel telah menghurai dan merungkai permasalahan ajaran sesat ini,ada berpandangan perlu adakan muzakarah dengan pengamal ajaran sesat,dialog,perbincangan intelekktual seperti yang di perkatakan oleh Dr.Asri.Antara kata-kata beliau;

“Sebagai Negara demokrasi kita memerlukan perbincangan agar semua pihak tahu kebenaran.Pihak berkuasa harus memberi peluang kepada rakyat membela diri.Ini isu sensitif.Sesat atau tidak,ia garis panduan yang ditentukan oleh manusia.Jika seorang Muslim yang di tuduh sesat diajak berhujah dan dapat kembali kepangkal jalan,ia lebih berkesan berbanding hukuman,”

Ada juga ahli panel yang mencadangkan dan menyarankan agar hukuman Akta Keselamatan Negeri (ISA) wajar di kenakan kepada ajaran sesat.Ini mungkin atas pengalaman yang beliau lalui ketika Isu pengharaman Jemaah Darul Arqam 1994,bagi saya ini cadangan yang sangat tidak releven,kita hendak menghukum pengamal ajaran sesat dengan menggunakkan akta yang zalim ini,mana mungkin,sedangkan ISA sendiri itu bercirikan kezaliman(ciri ajaran sesat).Secara pribadi saya tidak menyokong saranan Zabidi Mohammad.Jelas ISA mengenakan setiap mereka yang belum tentu bersalah dikenakan hukuman,soal siasat yang berterusan.Jadi usaha untuk menyarankan agar pengamal ajaran sesat di gunakan Akta ini harus diperhalusi sebaiknya.

Ramai dikalangan bijak pandai lebih menjurus cadangan kepada perbincangan dan muzakarah dalam menangani ajaran sesat ini,terbaru saranan dari Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam atau ISIS,Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar(Sinar harian 4April 2011 Isnin).

Beliau berkata;

“Jika ada perbezaan pendapat,jangan terus tuduh.Kita perlu berbincang dan dapatkan pendapat majority.Jangan keluarkan fatwa tanpa mendengar pendapat lain”.

“Pada zaman Nabi Muhammad SAW juga berlaku perbezaan pendapat dalam kalangan ulama,namun dianggap rahmat,”

“Islam sudah menyediakan langkah dan kerangka penyelesaian sesuatu masalah itu dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah,”

“Hubungan di antara pelbagai kelompok dalam kalangan umat mesti diberi penjelasan sebaik mungkin.”


Justeru itu,apa sahaja keputusan yang hendak dilakukan hendaklah melalui jalan damai,iaitu perbincangan atau muzakarah,barulah adil buat mereka yang tertuduh,ia akan lebih bersifat kasih sayang dalam menangani persoalan ini.Secara pribadi,saya lebih bersetuju dengan jalan penyelesaian perbincangan atau muzakarah antara kedua-dua pihak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...