Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Wednesday, September 25, 2013

Bertemu Kembali


Segala puji bagi Allah SWT seru sekian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat. Syukur Alhamdulillah, dengan izin-Nya jua, saya masih dapat lagi mengaktifkan kembali laman blog yang sekian lama menyepi dari sebarang perkongsian dunia politik tanahair kita ini. Rasa-rasanya sebelum PRU-13 sehingga hari ini, wah memang agak lama tidak menulis di sini.

Rindu rasa hati mahu ngomong-ngomong politik, insyallah selagi diberi kudrat saya akan berkongsi-kongsi pandangan berkenaan dunia politik negara kita yang tercinta. PRU-13 sudah berlalu kira-kira lima bulan yang lepas. Hangat, panas dan mendebarkan bila diimbau kembali situasi politik negara ketika itu. Walaupun masih tidak diberi kemenangan secara total untuk memegang tampuk pemerintahan Putra Jaya, Pakatan Rakyat@Pakatan Harapan Rakyat masih tetap utuh, unggul dan bersemangat terus memperjuangkan agenda memartabatkan rakyat seluruhnya.

Itulah harapan sebahagian rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat pada PRU-13 yang lalu. UMNOBN kini, dulu dan selamanya sudah sememangnya sudah tidak bermaya untuk menerajui tampuk pemerintahan negara ini. Biar pun bermacam slogan yang dicanang di sana sini, namun tidak sedikit pun memberi perubahan pada sikap para pemimpin mereka. Janji hanya tinggal janji, selepas PRU-13, seperti biasa rakyat akan dibebankan dengan pelbagai kenaikan yang  menghimpit kehidupan rakyat. Terbaharu kenaikan harga minyak dan  terbaharu, ada ura-ura seperti yang diriukan di laman sosial facebook, gula pula akan naik harga.

Begitulah BN, setiap kali selepas pilihanraya rakyat akan menerima hadiah istimewa dari kerajaan yang konon peka pada rakyat, rakyat didahulukan katanya. Bagi penyokong UMNOBN mungkin tiada masalah, kerana mereka sungguh mewah-mewah, apa pun yang naik, mereka setia dan redha, kerana semua itu ketentuan Allah SWT. Naik banyak mana pun mereka tetap setia pada dulu, kini dan selama-lamanya. Parti yang cukup keramat dan berjasa, kununnya!. Itulah sebahagian minda penyokong dan pendokong mereka. Biar mahal, janji ada... dalam bahasa jawanya, ‘ Larang rak opo, seng penting ono’.

Apa lagi yang mereka akan buat selepas ini?, kita tunggu sahaja perlaksanaan GST, takrif elektrik dan saya percaya mereka akan laksanakan apa sahaja yang menekan pada rakyat dalam tempoh lima tahun dari sekarang. Semuanya kerana transformasi, rasionalisasi, apa lagi?. Ya, macam-macam tunggu sahaja!. Setahun sebelum PRU-14 baharulah mereka akan canangkan BRIM lagi. Mereka akan kata, kerajaan prihatin dengan masalah rakyat, lihatlah BN tidak pernah ketepikan masalah rakyat, BN peka, ambil peduli dan macam-macam lagi para pemimpin mereka akan berkokok membela rakyat, kununnya!.

Hari ini rakyat pun sudah cukup perit dan menderita dengan keadaan yang ada sekarang. Sungguh, dari desa hinggalah ke kota rakyat semakin tertekan dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil dan menyakinkan. Ini disebabkan BN.....BARANG NAIK...!. Inilah padahnya bila UMNOBN terus memerintah tanahair tercinta ini.


Untuk itu marilah kita Berubah Selamatkan Malaysia!.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...