Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Sunday, March 20, 2011

Alahai Gobala..!

N.Gobalakrisnan
Ahli Parlimen Padang Serai Kedah,N Gobalakrisnan,baru-baru ini telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat.Keputusan beliau telah dijangka dan nada-nada beliau juga sudah banyak yang faham,biasalah orang hendak keluar parti macam-macalah alasan yang di beri.Tak apalah hak dia nak keluar,kata Anwar nak keluar keluarlah sekarang.Proses pembersihan dari anasir-anasir manusia munafik.

Saya mendengar ceramah beliau pertama kali sebelum pilihanraya umum ke 12 yang lalu di Saujana Utama,Waktu itu beliau bergandingan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,sewaktu beliau di sebut kehadiranya oleh pengerusi majlis,tepukan yang sangat gemuruh telah di berikan,beliau pun bersalam-salaman dengan pimpinan yang duduk di pentas,beliau dengan hormatnya dengan Tuan Guru sehingga menyembah di kaki Tuan Guru.Dalam hati saya ketika itu “Warak sungguh orang ini(maksud saya warak cara dialah)”.Itu hak dialah untuk hormat macam mana pun.Ceramah beliau kuat dan bersemangat,berdegar-degar biasalah,ceramah mana yang tidak berdegar-degar.

Macam-macamlah yang di bicarakan,memuji-muji kepimpinan Tuan guru di Kelantan(Tak tahulah selepas ini..).ada juga memuji-muji Datuk Sri Anwar,pemimpin rakyat,dialah sahaja yang boleh menyelamatkan Malaysia..amboi-amboi jeg nampak..!.

Bak kata apa-apa yang diungkapakan oleh beliau dalam ceramahnya memang orang ramai percaya.Biasalah tengah semangat nak bantai Umno Barisan Nasional,semangat lebih,ini mengingatkan saya tentang seorang lagi pemimpin Keadilan dari Kedah bangsa India,kalau tidak silap saya,Kalai namanya,Ceramahnya makan masa hampir 2 jam ketika itu berceramah di Batu Belah,boleh di katakan hingga larut malam,sekejap guna bahasa India,Sekejap bahasa Melayu sebab audien pun ramai Melayu dan India,memang berdegar-degar habis..!.

Jadi apa yang saya perasan(sekadar pengamatan dari saya secara pribadi),mereka-mereka yang ceramahnya berdegar-degar sudah ramai yang keluar dari Keadilan antaranya Lokman,Ezam Mohd Noor,Kalai dan selainya,terbaru Gobala,hentam habis-habisan,akhirnya terkulai layu dan kelu lidah bila ada tawaran menarik,dalam masa yang sama ada masalah pribadi(hutang,bisnis tak jalan dan lain-lain).Rupa-rupanya ada niat lain dalam perjuangan,konon nak bela rakyat tapi yang sebenarnya tidak dapat jawatan yang di idamkan,yang mungkin boleh memberi keuntungan padanya.
Akhirnya Datuk Sri Anwar juga yang dipersalahkan.

Begitulah juga dengan Gobala,baru-baru ini tersiar berita di akhbar sinar harian yang menyatakan Gobala mampu bayar hutang RM1.4 Juta..wow..!banyaknya duit..dapat dari mana tu?.Keluar Keadilan terus jadi kaya dan boleh bayar hutang..dahsyat ni!.Itu pun dakwaan dari Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution,jadi pihak berwajib kenalah siasat benar ataupun tidak dakwaan itu.Gobala kata duit hasil dari bisnis usahasama dengan keluarganya yang diusahakan semenjak 2002.Gobala pun kata dia tak takut kena siasat,apa lagi siasatlah.Gobala pun sudah macam tahu,rasa-rasa dia boleh lepas,jadi sekali lagi..siasatlah pihak yang berwajib!.

Untuk rakyat Padang Serai,fikir-fikirkanlah pemimpin yang anda telah pilih dan mengharapkan agar setiap permasalahan anda dapat di atasi.Jangan abaikan hak anda pada pilihanraya Umum ke-13 nanti.Selaku pemerhati saya hanya mampu katakana…Alahai Gobala..!.Selepas ini siapa pula?.

Terima dengan berlapang dada


(Tulisan ini sudah terlewat beberapa hari,apa pun saya tetap kongsikan untuk Anda yang sudi membacanya.)


Seluruh Negara sudah tahu,bahkan dunia turut mengikuti perkembangan dunia politik tahanair kita.Pilihanraya kecil DUN Merlimau dan DUN Kerdau sudah beberapa hari berlalu,pengundi di kedua-dua DUN tersebut telah membuat pilihan dan keputusan masing-masing.Mereka tentunya pengundi-pengundi yang bijak dan waras,mereka menggunakan hak yang ada pada mereka.Sudah tentunya mereka sudah memikirkannya sebelum membuang undi.Naluri setiap pengundi akan berkata “Aku pilih yang ini…”.

Beberapa hari sebelum hari pengundian saya telah menulis mengingatkan para pengundi agar pilih dengan waras,kini keputusan sudah di ketahui.Ternyata pengundi telah memilih calon dan parti yang difikirkanya boleh memberi kebaikan pada mereka.Ermm..Yang itu,itu juga rupanya..!.

Bagi yang bertanding,kalah atau menang adat bertanding,tidak ada apa yang perlu di kecewakan.Bagi yang kalah,berlapang dada dan buatlah postmortem untuk mencari kelemahan dan bertekad untuk memperbaikinya.Memanglah setiap parti yang bertanding inginkan kemenangan berpihak pada calon yang di wakilinya.Namun pilihan pengundi tidak di jangka.

Bagi yang menang pula,bersyukurlah kerana masih di beri kemenangan dan pengundi masih setia memilih calon yang di wakilinya.Bersikap tawadhuk dan rendah diri lebih baik daripada sifat sombong dengan kemenangan yang sementara itu.Tunaikanlah janji-janji yang telah di taburkan selama berkempen.Rakyat yang bijak akan menilai setiap apa yang di lakukan oleh pemimpin yang di pilihnya,kata mesti di kota..!.Rakyat (Pengundi)yang kurang bijak bagaimana pula?.Tugas dan tanggungjawab anda semakin berat,setiap permasalahan rakyat hendaklah dipikul dengan amanah dan tanggungjawab.

Kemenangan tidak selamanya akan berpihak kepada parti yang sentiasa menerima kemenangan.Jika sikap sombong bongkak masih menyelinapi setiap pemimpin mereka.Tidak mustahil kemenagan akan di tarik balik dengan kuasa yang lebih Maha Kuasa.Mungkin kemenangan yang di miliki hanyalah sementara,sebagai ujian untuk mereka.Jika segala penyelewengan demi penyelewengan,penindasan demi penindasan,fitnah-memfitnah terus menerus menjadi mainan dalam tingkah laku dan bual bicara mereka.

Beringat-ingatlah buat parti yang telah menerima kemenangan,jika kemenangan yang di perolehi hasil dari ketidakadilan,pembelian undi,penipuan,ugutan dan paling keji dengan perbuatan rasuah dan merasuah pengundi,sesungguhnya kemenangan yang di perolehi tidak akan selamat,kerana kuasa dari yang Maha Kuasa akan bertindak bila sudah sampai masanya.”Kun Fa Yakun..jadi maka jadilah..”!.

Justeru itu,tidak kiralah yang kalah atau pun yang menang,bermuhasabalah atas kekalahan atau kemenagan masing-masing.Yang kalah belum tentu salah,Yang menang belum tentu benar..?.

Renung-renung dan fikir-fikirkanlah..!

Saturday, March 5, 2011

Artis pun minat PAS

Bob Lokman

Beberapa minggu yang lalu kita telah di kejutkan dengan berita tentang penghijrahan seorang pelawak dan pelakon yang juga seorang pencipta lagu ‘Isabella’ dendangan kumpulan rock tanahair search,iaitu saudara Bob Lokman.Dunia artis sekali lagi di ributkan dengan berita ini.Bagi mereka yang mengikuti perkembangan dunia artis sudah tentu terkejut dengan berita ini,namun segala-galanya sudah kehendak Allah,jika Dia mahukan hambanya berubah,pasti berubah..katakan jadi maka jadi,tiada siapa yang mampu menghalanginya.

Hidayah Allah sangat mahal harganya,beruntunglah sesiapa yang menerima hidayah darinya,begitu juga dengan perubahan yang dilakukan oleh Bob Lokman,segala-galanya sudah ditakdirkan Allah.Semoga beliau tetap istiqamah dan di pimpin Allah dalam melayari kehidupan barunya.Segala susah payah dalam mengharungi kehidupan baru dan cara baru ini,dipermudahkan oleh Allah hendaknya.

Apa yang mengejutkan,kerana beliau terjun bersama-sama wadah parti Islam,iaitu Parti Islam Semalaysia(PAS),sesuatu yang sangat mengejutkan para peminatnya dan juga rakan-rakan artis yang lain.Dunia yang berbeza dari dunianya sebelum ini.Beliau sanggup bersama-sama dalam parti Islam,demi untuk sama-sama berjuang dan memertabatkan Islam di bumi Malaysia.Kalau sebelum ini beliau berdiri di pentas-pentas hiburan,dengan lawak jenakanya tetapi kini beliau sibuk di pentas-pentas ceramah bersama-sama pemimpin-pemimpin Pas yang lain.

Biarpun ada suara-suara sumbang dari kalangan mereka yang tidak bersetuju dengan penghijrahannya itu,namun itu semua bukanlah halanganya untuk bersama-sama terjun dalam gelanggan politik Islam,orang berbuat baik pasti ada halanganya dan ujiannya pasti akan ada.Lagi-lagilah bila terjun dalam arena politik Islam Pas.

Di harapkan Bob Lokman bersabar dalam mengharungi ujian ini.Manisnya berjuang bila ada ujian dan cubaan,makin di uji,makin kuat,makin sabar itulah sikap yang ada dan patut di semai kedalam diri setiap pejuang.Pejuang pasti berkorban,terkorban pasti syurga di hadapanya..syahid adalah idaman setiap pejuang.

Syabas dan tahniah kepada Bob Lokman..!!

Pilihlah dengan waras

Pilihlah dengan waras...!

Mungkin sewaktu saya menulis coretan ini,para pengundi di N 27 Kerdau dan N 28 Merlimau sedang mencongak-congak calon dari parti manakah yang mahu di undi pada 6hb nanti.Maklum saja,masing-masing parti lawan membawakan watak-watak insaniah yang mempunyai kelebihan masing-masing.Ataupun ada di kalangan pengundi-pengundi yang tiada fikir panjang untuk memilih calon yang layak di undi(pangkah),mungkin yang itu,itu juga mahu di undi.Tidak mengapalah,undi anda rahsia?,ya kah?.

Sebagai pengundi gunakanlah hak kita sebaik-baiknya,pilihlah mereka yang benar-benar layak dan mempunyai kebolehan dalam membantu rakyat,memanglah semua calon akan mengatakan mereka mempunyai kebolehan,tetapi fikir-fikirkanlah corak pemikiran calon yang ada,dari parti mana sekalipun.Jangan salah pilih dan jangan salah memilih.Ingat,memilih pemimpin kena gunakan akal atau fikiran waras,jangan main tangkap suka sahaja,nanti rugi sepanjang hayat.

Secara peribadi pilihlan calon yang ada komitmen yang betul-betul mahu menolong rakyat,bukan menolong ketika mahu merai undi,selepas menang entah ke mana,dan jangan pula pilih yang berjanji sana-sini,bila menang lupa pada janji,kata orang janji manis..!.Ingat para pemimpin janji mesti di kota,jika tidak?.tunggu balasannya memungkiri janji.Jangan senang-senang,pergi sana 1.5 juta,sana lagi 20 juta,sana-sana lagi 100 juta dan sana lagi dan lagi berbilion berjanji,tapi akhirnya janji tinggal janji..!.

Pengundi seharusnya mempunyai citarasa,yakni bila melihat tempat atau kawasan yang mereka sedang di duduki kini,masih di takuk lama,pembangunan yang itu,itu juga.Maka gunakanlah kesempatan yang ada ini,tukar selera atau citarasa,takkanlah selamanya hanya yang itu,itu juga..!.Ya..yang itu,itu juga,takkan itu pun tak faham lagi.Cubalah ubah citarasa anda,hak memilih dan pilih di tangan anda.

Fikir cara global,pengundi mesti berfikir begini,biasanya pengundi Bandar atau pekan lebih pada fikir global.Mereka lebih terdedah dengan pelbagai maklumat dan berita yang lebih baik daripada mereka yang jauh nun di sana(kawasan kampung pendalaman).Mereka ada akses internet yang lebih baik,biarpun kadang-kadang talian kurang memuaskan(Ehem..broadband apa tu?).Maklumat alternatif agak mudah di dapati tersebar di setiap kedai,biarpun adakalanya permit di gantung.

Mereka yang berada di pendalaman Cuma adanya dari berita yang itu,itu juga,jadi corak pemikiran mereka masih di belenggu dengan propaganda yang muluk-muluk sahaja,pada hakikat sebenarnya tidak begitu,mereka adakalanya tidak faham dengan angka-angka yang berbilion-bilion yang telah hangus dan hilang di songlap oleh si lanun moden yang ghaib.Mereka tidak terdedah sangat berita-berita pengsonglapan duit,komisen berbilion,enjin hilang,mereka tidak kisah itu,ada kalangan pengundi hanya tahu getah harga naik tinggi,kelapa sawit pun begitu,jadinya pilihannya yang itu,itu juga..!.

Oleh itu,sebagai pengundi tidak kiralah dari mana asal pun,bandar atau kampung nun di pendalaman sekalipun,gunakanlah akal yang waras ketika memilih calon pilihan,memanglah hak mengundi di tangan anda,tapi biarlah pilihan itu tepat,jujur,telus pada pandangan anda.Secara jujurnya pilihlah calon yang tidak akan membangkrapkan Negara kita.

Sekadar pandangan saya,jika ada kehilafan mohon di tegur dan jika ada sebarang komen amat dialu-alukan dan dihargai, terima kasih juga sudi berkongsi pandangan.

Wednesday, March 2, 2011

Salam Perjuangan

Assalamualaikum..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang,selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW,keluarga dan para sahabat.Alhamdulillah dengan izin Allah dapat saya beraksi dalam blog terbaru saya,biarpun masa sangat mencemburui,dalam masa yang sama dua blog yang sedia ada masih belum terupdate,namun kini muncul blog baru lagi.Semoga Allah memberi kesempatan untuk saya menulis lagi dalam blog yang baru dan lama.

Bagi memeriahkan dunia tanpa sempadan ini dan arus politik yang semakin panas ini,saya kan turut sama-sama bertukar-tukar pandangan dan buah fikiran setakat yang saya mampu untuk sama-sama kita kongsikan kepada semua pengunjung.Ia nya sekadar pandangan dari insan yang kerdil ini,sekadar nukilan rasa hati dan apa-apa yang terfikir di dalam hati berkenaan dunia politik dalam negara mahupun dunia luar.

Dalam kesempatan ini juga saya mengucapakan selamat mengundi kepada pengundi-pengundi di DUN KERDAU dan DUN MERLIMAU.Semoga Anda menjadi orang yang bijak dalam memilih pemimpin.Ingat pilihlah pemimpin yang boleh di percayai dan bukan sekadar menabur janji kosong.Undi Anda amat penting untuk masa depan anak-anak Anda,cucu cicit Anda dan untuk keselamatan negara kita tercinta,Malaysia.

Selamat berjuang...Salam persahabatan untuk semua..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...