Makin tumpul pena siasah saya, sudah
beberapa bulan tidak menulis perkembangan siasah tanah air. Sedang banyak isu
yang boleh saya turut sama-sama meluahkan pandangan, sebagai warga Negara yang
bebas merdeka (betul ke sudah merdeka sebenarnya?). Selagi yang namanya
kehidupan selagi itulah diwarnai dengan pelbagai karenah. Dalam siasah, macam-macam
berlaku, baik dari siasah pemerintahnya mahu pun siasah parti pembangkangnya,
macam-macam yang berlaku. Krisis berlaku di mana-mana tak mengira tempat dan
waktunya.
Dalam siasah parti pemerintahnya,
terlalu banyak jika kita mahu menyenaraikan kesemuanya segala macam
penyelewengan, kedurjanaan dan kemungkaran yang berlaku. Bahkan usah dinafi
krisis yang berlaku dalam parti pembangkang, baik PAS, KEADILAN dan DAP.
Gabungan ini semacam makin rapuh, antara satu sama lain saling bertelingkah tak
sudah. Ada sahaja yang mahu diselisihkan. Sejak berlakunya tragedi ‘Langkah
Kajang’, semakin hari ada sahaja yang berlaku antara mereka.
Rakyat semakin muak melihat aksi
siasah yang tidak matang, diwaktu beria-ia mahu menumbangkan parti yang ada
sekarang ini, sepatutnya parti pembangkang menguatkan jalinan pakatan dan
persefahaman antara satu sama lain, sepatutnya mengambil iktibar dan ibrah
tentang kekalahan PRU-13 yang lalu, jangan asyik menyalak dan menyalahkan
kesalahan SPR dan kerajaan yang memerintah sekarang. Memang tidak perlu dinafikan
adanya dalil-dalil penyelewengan yang berlaku, semua rakyat sudah tahu
kebobrokkan sistem mereka.
Namun begitu, pakatan pembangkang
usahlah asyik bertelahgah sesama sendiri, bagaimana mahu mencapai impian menuju
ke Putrajaya,dan menerajui pemerintahan Negara yang diidam-idamkan?. Kerajaan
impian yang rakyat inginkan, mengharapakan mereka boleh memberi pembelaan dan
kebahagian kepada mereka. Ini, belum apa-apa, masing-masing sudah tunjuk hero,
merasakan dia sudah boleh memerintah sendiri.
Antara pemimpin pakatan asyik bergaduh…ingatlah
rakyat semakin matang, rakyat melihat semua perkara ini. Belum apa-apa, belum
dapat memerintah negara baru perintah negeri masing-masing sudah tunjuk jaguh dan angkuh.
Usah sampai rakyat hilang kepercayaan dan keyakinan kepada anda semua.
Kembalilah ke matlamat asal, jika
benar-benar mahu melihat rakyat hidup selesa dan selamat, jika mahu sekadar
untuk kepentingan siasah masing-masing, maka usahlah berangan-angan untuk
mencapai apa yang diidamkan selama ini. Saya secara pribadinya semakin meluat
dan menyampah melihat segelintir pemimpin dikalangan pakatan pembangkang pada
waktu ini.
Kita punya hak untuk berbicara…
Sayangi Malaysi!
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete