Di
mana-mana sekarang sambutan kepada ceramah-ceramah atau pun majlis penerangan
yang di anjurkan oleh Pakatan Rakyat sungguh begitu menggalak kan . Kesedaran sebahagian rakyat Malaysia sangat
menakutkan kerajaan UMNOBN yang sedang memerintah sekarang. Mood rakyat yang
inginkan perubahan amat ketara sekarang. Itu yang membuatkan para pemimpin
UMNOBN, terutamanya presiden nya amat di bayangi kehilangan kuasa.
Serba
serbi nya tidak kena, di pancingnya dengan segala apa yang di namakan transformasi
pun , rakyat sudah tidak mengendahkan nya. Semakin hari semakin pening dan
menyesakan mereka. Satu persatu skandal dan penyelewengan yang dilakukan para
pemimpin mereka terbongkar. Sangat mengerunkan jika melihat angka-angka
billionan ringgit di kebas dan di rampok oleh para kroni dan kerabat mereka.
Sesungguhnya sangat menjelekan perlakuan mereka.
Sewajar
nya lah rakyat harus bangkit dan menentang segala penodaan keatas harta
kepunyaan rakyat ini. Suatau penyelewengan kuasa, perompakan khazanah Negara
yang semakin menjadi-jadi. Ini tidak harus dibiarkan, perlu di hentikan segera.
Tapi bila ?..Mereka sangat takut sekarang. Mahu mengistiharkan pembubaran
parlimen pun mereka di bayangi kehilangan kuasa. Sangat mengerun kan dan menakut kan
mereka.
Rakyat
sudah tidak sabar lagi mahu menghumbankan mereka dan merebahkan mereka dari
meneruskan kekuasaan mereka terhadap Negara kita. Rakyat sudah serik dengan
cara dan corak pemerintahan mereka. Tentang bangsa, agama dan Negara ini, itu
sebenarnya sudah tidak memikirkan nya, apa yang mereka fikirkan nya, bagaimana
mahu terus mempertahankan kekuasaannya dan kepentingan ke atasnya. Mereka
sangat takut segala khazanah yang ada akan terlepas kepada Pakatan Rakyat yang
akan di olah dengan lebih baik, untuk memberi keselesaan kepada seluruh rakyat.
Mereka
benar-benar bingung dan sesungguhnya mereka juga bengong, hilang akal dan
pertimbangan. Hanya satu yang mesti mereka lakukan untuk mempertahankan
kekuasaannya dan juga segala penyelewengan yang mereka lakukan. Ia itu
memperkudakan badan yang di katanya bebas dari anasir orang ketiga. Manupulasi
daftar undi. Ini lah yang mereka sedang lakukan, sedang berjalan tanpa rasa
ragu, malu dan tak tahu malu. SPR di guna kan semahunya, juga Jabatan Pendaftaran
Negara.
Itu
lah kunci kemenagan mereka untuk mempertahankan rejim mereka. Biar pun laporan
demi laporan, sanggahan demi sanggahan, kecaman demi kecaman dan pelbagai lagi
tekanan untuk mereka memperbaiki segala kecacatan dan kepincangan pada daftar
pemilih, tetapi oleh kerana sikap pekak badak mereka, mereka buat tidak tahu
dan pura-pura perkara ini tidak berlaku. Jika ini lah cara nya kejahatan yang
mereka lakukan, apakah rakyat harus berdiam duka tanpa ada usaha untuk
menunjukkan reaksi bahawa rakyat tidak berstuju dengan tindakan yang di lakukan
oleh UMNOBN dan juga badan kerajaan yang di peralatkan oleh mereka.
Ya..kebangkitan
rakyat ini lah, yang semestinya ditunjukkan oleh rakyat kepada rejim yang tidak
mahu sedar akan perlakuan dusta mereka terhadap rakyat yang mendokong demokrasi
dalam Negara. Dengan kebangkitan rakyat ini lah rejim akan sedar sekiranya mahu
sedar, namun pada hakikatnya rejim masih tidak sedar-sedar tentang hal ini.
Biar pun mereka sebenarnya sedar tetapi buat-buat tak sedar, demi
mempertahankan kuasa yang ada.
Ayuh berubah..Selamat kan
Malaysia .
No comments:
Post a Comment