Serangan
terus menerus kepada YB Nurul Izzah oleh para pemimpin UMNOBN dan juga di
kalangan tokoh-tokoh agama mereka semakin berapi-rapi. Malah dikalangan bekas
penyokong Parti Keadilan turut bersuara menyeru agar YB Nurul Izzah bertaubat,
di katanya ungkapan YB Nurul Izzah boleh
merosak kan
akidah umat Islam. Memang hebat mereka berkokok dan bertempik sorak mengecam
Nurul Izzah. Seolah-olah Nurul Izzah sudah di siasat. Pada hal, Nurul Izzah
belum pun di siasat, hukuman sudah di jatuh kan , sampai begitu sekali permainan politik
kotor mereka.
Politik
mereka semakin kotor dan menjijikan di tambah lagi dengan media korup mereka
yang tidak henti-henti membuat fitnah dan putar-belit setiap kenyataan pemimpin
Pakatan Rakyat. Ini adalah rentetan kerja jahat politik mereka. Biar pun apa
yang di maksudkan oleh YB Nurul Izzah Tidak seperti yang di fahami oleh para
pencacai UMNOBN dan pemimpin UMNOBN. Jika kita mahu ungkit para pemimpin mereka
yang banyak mengeluarkan kata-kata yang sangat menguris agama Islam terlalu
banyak, bukan sahaja menguris hati rakyat tetapi lebih daripada itu bolen
memesongkan akidah dan menyesatkan
akidah Umat Islam.
Namun
para pemimpin Pakatan Rakyat bukan lah seperti mereka yang sangat bankrap
politik memainkan isu-isu yang di putar belitkan oleh media korup mereka. Malah
kalau kita mahu dedahkan semula pemimpin-pemimpin mereka yang menghina-hina
kesucian agama Islam pun ramai. Bukan itu sahaja, di kalangan rakan politik
mereka terdiri dari MCA dan MIC juga banyak yang menguriskan hati umat Islam.
Mengapa pemimpin UMNOBN tidak pernah mengecam dan menegur mereka ?.
Begitu
lah sememang nya permainan politik hipokrit di kalangan pemimpin UMNOBN yang
tidak pernah menyedarkan mereka dari alam reality politik yang lebih suci. Rakyat
semakin faham dengan putar belit dan permainan kotor itu. Cukup lah apa yang
mereka sedang lakukan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, mereka akan di hukum
oleh rakyat secukup-cukup nya.
Akhir
kalam, meminjam kata-kata dari bonda Nurul Izzah, Datin Seri Wan Azizah ;
“ Kesian Izzah. Sabarlah ye nak...”
Insyallah,
Putrajaya di hadapan kita..!.
Ayuh Berubah..Selamatkan Semua.
No comments:
Post a Comment