KETAHUI HAK KITA
Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].
Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.
Tuesday, November 13, 2012
LIVE SEKARANG : Merdeka Rakyat Setiawangsa
PROMO Himpunan Kebangkitan Rakyat Kelantan
Program Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat 'Zon Kelantan' akan diadakan
pada :
16 Nov 2012, Jumaat
4.00 petang hingga 12.00 malam
Xpresi Anak Muda (bersama Abby Abady & Sham Kamikaze)
16 Nov 2012, Jumaat
4.00 petang hingga 12.00 malam
Xpresi Anak Muda (bersama Abby Abady & Sham Kamikaze)
Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV
4.00 - 6.30 petang
Solat Hajat & Munajat
7.00 - 9.00 malam
Ceramah Perdana
9.00 - 12.00 malam
TV Wau : Terajui Informasi
Like page kami : http://www.facebook.com/tvwau
4.00 - 6.30 petang
Solat Hajat & Munajat
7.00 - 9.00 malam
Ceramah Perdana
9.00 - 12.00 malam
TV Wau : Terajui Informasi
Like page kami : http://www.facebook.com/tvwau
Thursday, November 8, 2012
SEMPENA HALAL FEST SELANGOR 2012 DI MASJID AS-SYARIF MERU
Kesian Nurul Izzah
Serangan
terus menerus kepada YB Nurul Izzah oleh para pemimpin UMNOBN dan juga di
kalangan tokoh-tokoh agama mereka semakin berapi-rapi. Malah dikalangan bekas
penyokong Parti Keadilan turut bersuara menyeru agar YB Nurul Izzah bertaubat,
di katanya ungkapan YB Nurul Izzah boleh
merosak kan
akidah umat Islam. Memang hebat mereka berkokok dan bertempik sorak mengecam
Nurul Izzah. Seolah-olah Nurul Izzah sudah di siasat. Pada hal, Nurul Izzah
belum pun di siasat, hukuman sudah di jatuh kan , sampai begitu sekali permainan politik
kotor mereka.
Politik
mereka semakin kotor dan menjijikan di tambah lagi dengan media korup mereka
yang tidak henti-henti membuat fitnah dan putar-belit setiap kenyataan pemimpin
Pakatan Rakyat. Ini adalah rentetan kerja jahat politik mereka. Biar pun apa
yang di maksudkan oleh YB Nurul Izzah Tidak seperti yang di fahami oleh para
pencacai UMNOBN dan pemimpin UMNOBN. Jika kita mahu ungkit para pemimpin mereka
yang banyak mengeluarkan kata-kata yang sangat menguris agama Islam terlalu
banyak, bukan sahaja menguris hati rakyat tetapi lebih daripada itu bolen
memesongkan akidah dan menyesatkan
akidah Umat Islam.
Namun
para pemimpin Pakatan Rakyat bukan lah seperti mereka yang sangat bankrap
politik memainkan isu-isu yang di putar belitkan oleh media korup mereka. Malah
kalau kita mahu dedahkan semula pemimpin-pemimpin mereka yang menghina-hina
kesucian agama Islam pun ramai. Bukan itu sahaja, di kalangan rakan politik
mereka terdiri dari MCA dan MIC juga banyak yang menguriskan hati umat Islam.
Mengapa pemimpin UMNOBN tidak pernah mengecam dan menegur mereka ?.
Begitu
lah sememang nya permainan politik hipokrit di kalangan pemimpin UMNOBN yang
tidak pernah menyedarkan mereka dari alam reality politik yang lebih suci. Rakyat
semakin faham dengan putar belit dan permainan kotor itu. Cukup lah apa yang
mereka sedang lakukan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, mereka akan di hukum
oleh rakyat secukup-cukup nya.
Akhir
kalam, meminjam kata-kata dari bonda Nurul Izzah, Datin Seri Wan Azizah ;
“ Kesian Izzah. Sabarlah ye nak...”
Insyallah,
Putrajaya di hadapan kita..!.
Ayuh Berubah..Selamatkan Semua.
Berhati-hatilah
Para
pemimpin Pakatan Rakyat, sudah seharus nya berwaspada dengan mainan putar belit
media UMNOBN, yang sering memesongkan makna ungkapan, bicara dan apa sahaja
percakapan yang mereka bicara kan bah kan perbuatan. Biar pun
ia nya membawa makna yang betul, tetapi dek’ kerana hasad dengki dan akhlak
buruk cara pemberitaan akhbar-akhbar yang kononnya berarus perdana, mereka
boleh memanupulasi segala statement pempinan Pakatan Rakyat.
Biar
pun sekadar ungkapan kecil, perbuatan mengggaru hidung, terkentut dalam majlis,
minum berdiri ( yang beragama islam) dan sebagainya, ia akan menjadi bahan
tulisan oleh media jahat mereka. Ia akan di jadikan bahan fitnah kotor mereka.
Kerana mereka sudah tiada hujah mahu menangkis segala serangan Pakatan Rakyat
terhadap pemimipin politik yang mereka ampu bodek itu.
Apakah
kita lupa, serangan media korup ( laporan fitnah )mereka terhadap berapa orang
pemimpin Pakatan Rakyat semasa berada istana beberapa bulan yang sudah,
Kenyataan-kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat di putar belit dan menjadi
berbelit-belit, yang ternyata tiada bukti mereka memperkatan apa yang di
laporkan media korup itu. Dan banyak lagi sebenarnya yang terjadi. Tak per
lulah say senaraikan satu persatu. Semua rakyat sudah tahu dan faham.
Terbaharu
dan terkini, ungkapan YB Nurul Izzah, yang sedang hangat di perkatakan dan di
putar belit media korup mereka. Saban hari, saban malam media mereka masih
terus menerus memperkatakan denganputar belit mereka. Bagi saya, biar pun makna
yang mahu di ungkapakan, jika pun para pemimpin faham apa yang mereka maksud kan , seharusnya perlu di
fakir dan berhati-hati bila menuturnya. Sebab musuh akan sentiasa mencari-cari
perkara yang boleh meragu-ragukan pemahamna rakyat. Jangan main sedap mulut.
Hati-hati bila berbicara.
Kita
sedar, sebilangan rakyat sudah faham tentang permainan media korup itu, namun
kewaspadaan itu sangat-sangat-sangat perlu. Seperti yang saya tulis kan di atas; apa jua
percakapan dan perbuatan yang di lakukan oleh pemimpin pakatan rakyat sekarang
ini akan di perhati oleh lensa-lensa kamera jahat mereka. Mereka boleh buat apa
sahaja.
Mereka
sudah tiada modal, nol kosong, seperti otak mereka kosong. Tak mustahil nanti
ada gambar seorang pemimpin Pakatan Rakyat sedang korek hidung pun akan di
jadikan modal untuk mereka menyerang, mereka boleh kata dan buat apa sahaja,
contoh YB POLAN dari Pakatan korek hidung dalam Istana,Tak hormat Sulatan
sedang berkata. Rasa macam tak logic cerita begitu, tapi sebab mereka sudah
kering dan kosong idea, boleh jadi, kaitkan dengan akhlak atau moral pemimpin
Pakatan. Tak mustahil..!.
Ini
sekadar pandangan dan ingatan, jadi berhati-hati sangat perlu buat sekelian
pemimpin Pakatan Rakyat. Jalan menuju ke Putrajaya luas terbentang, namun
liku-likunya masih banyak. Semoga impian rakyat terlaksana demi perubahan
menyeluruh.
Ayuh
Berubah..Selamatkan Malaysia .
Wednesday, November 7, 2012
Kebangkitan Rakyat
Di
mana-mana sekarang sambutan kepada ceramah-ceramah atau pun majlis penerangan
yang di anjurkan oleh Pakatan Rakyat sungguh begitu menggalak kan . Kesedaran sebahagian rakyat Malaysia sangat
menakutkan kerajaan UMNOBN yang sedang memerintah sekarang. Mood rakyat yang
inginkan perubahan amat ketara sekarang. Itu yang membuatkan para pemimpin
UMNOBN, terutamanya presiden nya amat di bayangi kehilangan kuasa.
Serba
serbi nya tidak kena, di pancingnya dengan segala apa yang di namakan transformasi
pun , rakyat sudah tidak mengendahkan nya. Semakin hari semakin pening dan
menyesakan mereka. Satu persatu skandal dan penyelewengan yang dilakukan para
pemimpin mereka terbongkar. Sangat mengerunkan jika melihat angka-angka
billionan ringgit di kebas dan di rampok oleh para kroni dan kerabat mereka.
Sesungguhnya sangat menjelekan perlakuan mereka.
Sewajar
nya lah rakyat harus bangkit dan menentang segala penodaan keatas harta
kepunyaan rakyat ini. Suatau penyelewengan kuasa, perompakan khazanah Negara
yang semakin menjadi-jadi. Ini tidak harus dibiarkan, perlu di hentikan segera.
Tapi bila ?..Mereka sangat takut sekarang. Mahu mengistiharkan pembubaran
parlimen pun mereka di bayangi kehilangan kuasa. Sangat mengerun kan dan menakut kan
mereka.
Rakyat
sudah tidak sabar lagi mahu menghumbankan mereka dan merebahkan mereka dari
meneruskan kekuasaan mereka terhadap Negara kita. Rakyat sudah serik dengan
cara dan corak pemerintahan mereka. Tentang bangsa, agama dan Negara ini, itu
sebenarnya sudah tidak memikirkan nya, apa yang mereka fikirkan nya, bagaimana
mahu terus mempertahankan kekuasaannya dan kepentingan ke atasnya. Mereka
sangat takut segala khazanah yang ada akan terlepas kepada Pakatan Rakyat yang
akan di olah dengan lebih baik, untuk memberi keselesaan kepada seluruh rakyat.
Mereka
benar-benar bingung dan sesungguhnya mereka juga bengong, hilang akal dan
pertimbangan. Hanya satu yang mesti mereka lakukan untuk mempertahankan
kekuasaannya dan juga segala penyelewengan yang mereka lakukan. Ia itu
memperkudakan badan yang di katanya bebas dari anasir orang ketiga. Manupulasi
daftar undi. Ini lah yang mereka sedang lakukan, sedang berjalan tanpa rasa
ragu, malu dan tak tahu malu. SPR di guna kan semahunya, juga Jabatan Pendaftaran
Negara.
Itu
lah kunci kemenagan mereka untuk mempertahankan rejim mereka. Biar pun laporan
demi laporan, sanggahan demi sanggahan, kecaman demi kecaman dan pelbagai lagi
tekanan untuk mereka memperbaiki segala kecacatan dan kepincangan pada daftar
pemilih, tetapi oleh kerana sikap pekak badak mereka, mereka buat tidak tahu
dan pura-pura perkara ini tidak berlaku. Jika ini lah cara nya kejahatan yang
mereka lakukan, apakah rakyat harus berdiam duka tanpa ada usaha untuk
menunjukkan reaksi bahawa rakyat tidak berstuju dengan tindakan yang di lakukan
oleh UMNOBN dan juga badan kerajaan yang di peralatkan oleh mereka.
Ya..kebangkitan
rakyat ini lah, yang semestinya ditunjukkan oleh rakyat kepada rejim yang tidak
mahu sedar akan perlakuan dusta mereka terhadap rakyat yang mendokong demokrasi
dalam Negara. Dengan kebangkitan rakyat ini lah rejim akan sedar sekiranya mahu
sedar, namun pada hakikatnya rejim masih tidak sedar-sedar tentang hal ini.
Biar pun mereka sebenarnya sedar tetapi buat-buat tak sedar, demi
mempertahankan kuasa yang ada.
Ayuh berubah..Selamat kan
Malaysia .
Tuesday, November 6, 2012
Monday, November 5, 2012
Saturday, November 3, 2012
Perkongsian Tulisan Lama
Saya kongsikan tulisan yang saya tulis pada tahun 2000, penulisan ini saya tulis sebagai mukadimmah dalam buku SKRAP POTRET TUAN GURU yang mengandungi gambar-gambar Tuan Guru yang saya buat untuk suka-suka pada waktu itu. Koleksi gambar Tuan Guru dari akhbar harakah, yang memerintah Negeri Kelantan Darul Naim selama 10 tahun pada waktu itu. Mungkin masih ada hujah releven yang saya tuliskan. Diam tak diam sudah hampir 12 tahun tulisan ini.
Ulamak Tidak Tahu Memerintah
Siapa
kata Ulamak tidak tahu perintah Negara? Apa lu orang tak’ da tengok itu Negeri
Kelantan? Siapa yang pegang@ perintah? Bukankah parti PAS? Satu lagi negeri Trengganu,
apa lu orang tak nampak ke?. Buka mata, buka minda, jangan terlalu emosi buat
tuduhan, Ada
orang Tanya apa PAS boleh buat kalau menang? Habislah kalau PAS perintah.
Hiburan tak ada, nak enjoy pun susah. Hoi..! apasal kau orang bodoh sangat,
pendek akal, Apa sal bangang sangat?, itu semua tetap akan ada tapi akan dikawal,
ada undang-undang yang tertentu untuk mengawal dan menyekat yang tak baik.
Fikir
lah dengan iman yang ada, jangan melulu, fikiran 42 tahun UMNO, yang dia lihat
asyik pembangunan mencakar langit. Fikir kan harta benda, fikiran ego. Apa?
Kalau UMNO tak ada rakyat tak boleh makan ke?, Hoi siapa yang beri rezeki kita
ni, Segala-galanya hak milik Allah S.W.T. Itu pun masih bengong, Ingatlah
sikit, kita semua akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita lakukan di
dunia ini. Ulamak tak payah berpolitik lah, duduk saja dekat surau atau masjid,
zikir banyak-banyak. Ini fikiran apa?, yang cakap ilmu banyak tapi fikiran
jumud dan pasif. Habis kalau masyarakat bodoh, buat maksiat, kejahatan
merata-rata. Tak kan nak biar kan ?.
Siapa
nak jawab di akhirat nanti ?. Boleh ke orang-orang Pusat Islam dan bos yang
terbuang, Pak Amit Othman ( Almarhum) jawab di akhirat ?. Bukankah tugas menyelamatkan
Ummah tugas Ulamak, pendakwah dan tanggungjawab semua. PAS dan UMNO semua
bertanggungjawab. Kuasa politik perlu untuk semua itu, tapi politik bagaimana
?. Orang
Islam mesti politik cara islam, dasar mesti dasar agama, tak kan nak ambil dasar secular, mana boleh.
Orang Islam mesti sokong Islam tapi yang pelik orang Islam sendiri tak yakin
malah tak sokong parti yang nak martabatkan Islam sebagai dasar pemerintahan.
Apa
ni, setakat solat, puasa, naik haji beratus kali, zikir 1000 kali kalau masih
tak yakin deengan Islam apa cerita ?. Islam mesti memerintah bukan di perintah.
Ada orang kata
kalau PAS perintah boleh ke berlaku adil ? Alamak apa sal bodoh dan bangangnya,
kalau dah namanya parti Islam mestilah berlaku adil, kalau tak adil baik tutup
kedai. Adil tak adil ukuran siapa ?.PAS boleh perintah ke ?. Lagi bodoh, apalah
ingat UMNOBN lama perintah UMNO yang
bagi duit ?. Bukan, bukan inagt itu duit rakyat. Duit rakyat untuk rakyat
takkan tak faham.
Ingat
lah kita semua, mati bila-bila, entah esok atau esok, pilihlah pemimpin yang
baik dan yang bertaqwa, yang tahu hal-hal agama tanpa tinggalkan dunia. Undi
parti yang nak tegakkan Islam pasti dapat pahala, kalau dah dapat pahala pasti
masuk syurga. Tapi ingat, undi PAS bukan bermakna menempah tiket ke syurga tapi
sebagai orang Islam yang beriman kita yakin dan percaya, setiap kebaikan walau
sekecil zrah sekali pun pasti ada hitungannya dan pembalasannya. Jadi ingat
lah, syurga dan neraka adalaha hakmilik Allah S.W.T.
Jangan
terpwdaya dengan dakyah dan pembohongan pemimpin UMNO, MIC, MCA BARISAN
NASIONALIS SEKULAR SESAT. Kalau pangkah PAS masuk syurga. Tak pernah dalam
banyak-banyak ceramah PAS yang aku dengar, pangkah PAS masuk syurga. Jangan nak
buat dakyah dan fitnah. Hak syurga dan neraka hak Allah. Tetapi yang aku dengar
sokong jamaah Islam yang nak martabatkan Islam dapat pahal, kalau dapat pahala
mesti masuk syurga, tak kan
salah !. Aku tak pernah dengar siapa sokong UMNOBN masuk neraka.
Mana
boleh suka-suka tuduh sokong UMNOBN masuk neraka, tapi yang aku dengar orang
Islam yang tak sokong parti Islam berdosa, kalau berdosa mesti tempatnya di
neraka, salah ke ?.
Kalau
orang Islam sokong parti songsang yang tak mahu Islam di tegakkan ( alasan
pelbagai kaum ) malah dalam parti tersebut tak ada niat nak bendung perkara
mungkar dan taghut, judi, arak, murtad, judi ekor dan macam-macam lagi, bukan
kah orang itu sokong kemungkaran, kalau dah mungkar itu kan kawan saiton,
bukankah tempatnya neraka ?. Nau’uzubillah Minzalik..!.
Untuk
anda yang masih sokong UMNOBN, CUBALAH FIKIRKAN APA YANG AKU CORETKAN INI,
FIKIR CARA MATANG, POSITIF DAN RASIONAL, GUNAKAN AKAL YANG ADA
SEBAIKNYA.Ingatlah Kapal tua, DAH LAPUK, BANYAK KEBOCORANNYA, TINGGALKANLAH,
JADIKAN umnobn SEBAGAI BAHAN SEJARAH DI MUZIUM. Tukar kapal yang baru, apa nak
takut, rezeki Allah yang bagi. Klau kita benar-benar bergantung pada-Nya
semata-mata nescaya Allah Bantu kita.
Mari
lah kita buangkan khurafat yang sangat menbal berserabut di fikiran kalangan
orang-orang melayu yang taksub yang hanya menyatakan;
“Hanya
UMNOBN yang mampu memerintah”
Betul
ke ?. Melayu denganIslam begitu sinonim, tak dapat dipisahkan (seperti yang
tersebut dalam perlembagaan Negara ). Jadi gunakan keistimewaan ini untuk kita
amalkan sungguh-sungguh Islam yang kita anuti, kita sokong parti yang hendak
memartabatkan Islam. Jadi keluar UMNOBN sokong PAS dan Barisan Alternatif..!.
Kalau
nak marah-marah lah !.
( Di tulis pada tahun 2000 )
Ayuh Berubah..Ayuh Selamat kan Malaysia.
Friday, November 2, 2012
TERKINI : SAMSENG UMNO GANGGU KONVOI SELAMATKAN FELDA
PANAS, KONVOI KEMBARA OREN SELAMATKAN FELDA DI
HALANG!
Sekitar jam 10pagi ini, 20 buah kenderaan ANAK
yang cuba memasuki Felda Lasah Sg Siput, Perak di halang di pintu masuk felda
berkenaan. Lebih seratus orang bertindak samseng dan sangat agresif. Tidak
dapat dipastikan adakah mereka penduduk tempatan atau gangster upahan.
Saya yang menaiki Hilux Hj Razman Zakaria,
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, direntap keluar dari kenderaan dan ditolak
dengan kasar. Keadaan semakin tegang apabila jumlah mereka kian ramai. Mereka
terjerit sambil memaki hamun. Menaikkan banner yg ditujukan kepada saya secara
peribadi.
10 orang polis dari Balai Polis Lasah yg cuba
mengawal suasana gagal meredakan ketegangan dan hampir sahaja tercetus perkara2
yg tidak diingini. Alhamdulillah, kehadiran 15 anggota Unit Amal diketuai
Pengarah Amal Negeri Perak, Arif Muhammad serta Unit Keselamatan Pimpinan(UKP)
seramai 8 orang berjaya menangani suasana provokatif yg dilakukan penduduk
dipercayai Umno.
Bendera Umno dan BN dikibarkan. Samseng2 ini
mengepung kami, menendang kenderaan ANAK yg cuba masuk serta mengugut utk
memukul saya dengan menjerit ' kita balun Mazlan ramai2!'
KEMBARA OREN SELAMATKAN FELDA adalah aktiviti
jelajah ke seluruh negara. Bertemu penduduk tempatan dan mengedarkan risalah.
Kami masuk secara baik termasuk untuk menziarahi pimpinan tempatan dan memberi
sumbangan kepada gen 2 Felda yg susah, ibu tunggal dan pesakit kronik.
Akhirnya, bila suasana semakin tidak terkawal,
polis menasihati rombongan ANAK mengalah dan berundur. Walaupun dukacita dengan
sikap tidak demokratik penduduk khususnya Umno, kami akur kerana tidak mahu
berlaku perkara2 yg tidak diingini.
Sedihnya, tatkala Hj Razman membaca doa, mereka
terus terjerit2 macam orang meroyan.
Peronda polis mengiringi konvoi kami keluar
dengan selamat.
Demokrasi apakah ini?
Sumber: Facebook
Mesti Di Baca : Yusuf Al-Qaradhawi Dan Kebangkitan Rakyat
Sebuah
hasil dari buah fikiran Ulamak terkemuka dunia Islam Yusuf al-Qaradhawi wajib
di baca oleh setiap rakyat yang peka. Ia merupakan sebuah himpunan pemikiran
beliau dalam Revolusi Kebangkitan rakyat Mesir. Tuntutan rakyat Mesir dalam
menumbangkan rejim mahazalim Hosni Mubarak telah menerima sokongan dan suntikan
motivasi dari ulamak terkemuka tersebut, sehingga rejim dapat ditumbangkan.
Buku
ini juga menukilkan bermulanya rentetan kebangkitan rakyat sehinggalah
perjuangan rakyat Mesir yang ditunjangi oleh para pemuda mereka mendapat
kemenagan yang sungguh hebat. Kebangkitan di Asia Barat juga merupakan suntikan
semangat kepada rakyat Malaysia
dalam mahu menumbangkan rejim yang sudah lama berkuasa di tanahair. Pada mereka
yang mengaku pejuang mesti baca buku ini, sebagai suntikan motivasi dan
semangat bagi meneruskan perjuangan rakyat dari terus dibelenggu rejim zalim.
Saya
tidak mahu mengupas lebih panjang, setakat seringkasnya sahaja, selebihnya
sahabat boleh cari di mana gedung buku yang berdekatan dengan rumah sahabat semua.
Korbankan sedikit dari rezeki sahabat untuk mencari dan memiliki buku ini.
Sahabat pasti tidak rugi.
Akhirnya
saya petik kata-kata Ulamak Islam Ulung dunia ini:
“ Bersabarlah sedikit dalam kepayahan ini dan jangan
sesekali dirasuk oleh orang-orang munafiqin yang bersedia mengganggu anda
setiap masa untuk mematahkan semangat anda dan mereka akan bercakap bukan dari
hati mereka.”
Yusuf
al-Qaradhawi.
Selamat
membaca.
Ayuh Berubah…Selamatkan Malaysia.
Thursday, November 1, 2012
JOM KE HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT
HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT
Tarikh : 3 NOV 2012, SABTU
Masa : 3 ptg – 12 mlm
Tempat : Taman Seremban Jaya,
Seremban
Bersama : YB Dato Seri Anwar
Ibrahim, YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang
ATURCARA PETANG
3.00 ptg - Konvoi motorsikal berkumpul di
perkarangan Stadium Paroi
3.30 ptg - Konvoi bergerak menuju ke tapak Himpunan
4.15 ptg - Konvoi tiba di tapak Himpunan, Sambutan
Gendang India, Kompang & Tarian Singa
4.30 ptg - Karnival Rakyat Bermula
1. Pidato Rakyat
2. Bakat Seni @ Konsert Rakyat
3. Persembahan Kebudayaan
Rakyat
4. Pameran Kerajaan Negeri
Pakatan Rakyat
6.30 ptg - Tamat program petang
ATURCARA MALAM
8.00 mlm - Pameran Kerajaan Pakatan (sehingga pukul
12.00 mlm)
8.30 mlm - Aluan Pengerusi Majlis, YB P.
Gunasekaran
8.35 mlm - Ucapan YB Mohd Taufik Abdul Ghani
8.45 mlm - Ucapan YB Loke Siew Fook
8.55 mlm - Ucapan YB Dato Kamarul Baharin Abbas
9.05 mlm - Gimik Penyerahan Memorandum Persefahaman
PR N9
9.10 mlm - Ucapan YB Mohd Azmin Ali
9.30 mlm - Ucapan Sdr Mohamad Sabu (Pengarah Program)
9.50 mlm - Ucapan Wakil Hijau (Lynas)
9.55 mlm - Ucapan Wakil Kuning (Bersih)
10.00 mlm - Ucapan Wakil Merah (Royalti)
10.05 mlm - Ucapan Wakil Oren (Felda)
10.10 mlm - Deklamasi Sajak: A. Samad Said
10.15 mlm - Ucapan YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
10.45 mlm - Ucapan YB Lim Kit Siang
11.15 mlm - Gimik Muzikal ‘Ubahlah Sekarang’
11.20 mlm - Ucapan YB Dato Seri Anwar Ibrahim
12.00 mlm - Gimik Pelancaran Himpunan Kebangkitan
Rakyat
Sumber: Blog PAS NS
Misi, Dasar dan Seruan
Dasar PAS ialah ISLAM
Seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR
Tujuan PAS ialah :
Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah
masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam
dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan
kedaulatan negara.
Usaha-usaha PAS :
1)Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah
RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.
2)Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta
menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan
nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap
bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta
pelajaran dan pendidikan.
3)Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah
Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara
kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
4)Mengajak dan menggalakkan badan-badan,
pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memehami
serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.
5)Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi
memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik,
keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat
seluruhnya.
6)Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan,
persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya
dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mujstahak dan sesuai serta tidak
bercanggah dengan undang-undang negara.
7)Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi
negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa
al-Qura'an.
Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan
nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.
8)Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di
negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap
seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di
dalam negara ini.
9)Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu
dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak
asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan
dan penindasan di kalangan umat manusia.
10)Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas
Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke
dalam dan ke luar.
Subscribe to:
Posts (Atom)