Alhamdulillah
pagi ini dengan izin-Nya dapat saya mencoretkan sesuatu, setelah begitu lama
saya tidak menulis di sini. Kita masih ada satu hari lagi dalam suasana
perayaan hari raya haji atau hari raya korban. Semoga segala amal ibadah yang
telah kita laksanakan di teima oleh Allah SWT. Para
pengunjung Baitullah, mudah-mudahan dapat menyelesaikan ibadah haji dengan
mudah, selesa dan selamat serta mendapat haji yang mabrur, begitulah impian
mereka.
Dalam
pertemuan yang ringkas ini saya ingin mengucapakan SELAMAT MENYAMBUT HARI
RAYA AIDILADHA 1433H, semoga segala pengorbanan yang kita laksanakan
menerima balasan dari Allah SWT. Biar pun pengorbanan yang kecil sekali pun
mudah-mudahan juga dihitung oleh Allah sebagai amal soleh. Para
sahabat penulis blog yang sekian lama menulis dengan matlamat ingin memberi
kefahaman tentang isu-isu yang berlaku ditanahair, bagi memahamkan rakyat yang
kehausan dengan berita-berita yang sahih sudah pastinya mencari-cari ulasan
isu-isu semasa yang lebih beramanah dan berintegriti.
Melihat
perkembangan mutakhir ini, isu-isu yang berbangkit sangat mengerunkan, mana
tidaknya, lihatlah keceloparan para pemimpin parti dari kalangan bangsa Cina
terutamanya dalam politik MCA, yang semakin hari semakin berani menghina agama
Islam terutamnya dalam persoalan Hudud, yang mereka sendiri kurang arif dan
faham mengenainya. Namun apa yang sangat mengecewakan, Umno sebagai peneraju
utama dalam Barisan Nasional sangat tidak bertanggungjawab dengan keadaan yang
berlaku ini, para pemimpin Umno membisu seribu bahasa dengan hinaan dan cercaan
oleh para pemimpin MCA itu.
Malah
para pemimpin NGO yang konon memperjuangkan akidah, bangsa dan Negara,
raja-raja malah sanggup mengadaikan nyawa bila agama dan bangsa mahupun raja
diperkotak-katikan diam seribu bahasa, bisu sebisunya malah ada juga yang
bersuara namun kata-katanya berlapik-lapik ( takut lah tu ) dan ada yang
menyokong dan mempertahankan penghinaan itu. Malang sungguh mereka ini, sikap hiprokit
mereka semakin jelas sejelas-jelasnya. Cukuplah dari mengharapkan mereka
mempertahankan bangsa, agama dan Negara namun hakikatnya kosong dan retorik
semata-mata.
Oleh
itu isu-isu yang berlaku memerlukan ulasan politik yang matang oleh para
penulis blog yang berintergriti. Janganlah kita menyemarakan dan memanaskan
keadaan dengan ulasan-ulasan yang tidak menyelesaikan permaslahan ini. Kita
mengharapkan juga agar UMNO yang sekian lama menunjangi tampuk pemerintahan
ini, menasihati, menegur rakan-rakan sekutu mereka terutamnya parti MCA itu
agar tidak terus-menerus menyerang dan menghina-hina perkara yang berkaitan
dengan agama Islam. Itu pun jika UMNO ada kesedaran, keberanian dan keupayaan
untuk memperbaiki keadaan itu.
Jika
tidak, rakyat akan bangkit menurunkan mereka melalui undi dalam PRU-13
nanti, yang mana akhirnya Pakatan Rakyat akan mengambil alih pemerintahan
dengan HARAPAN BARU untuk rakyat Malaysia .
Selamat
berkorban.
Ayuh Berubah..Selamatkan Malaysia .
No comments:
Post a Comment