Rakyat
yang peka masih lagi membicarakan perihal keceloparan para pemimpin MCA,
khususnya dalam membicarakan dan mempertikaikan sekaligus menghina
undang-undang Hudud ciptaan Allah SWT. Mereka bagaikan mahir dan arif tentang
hukum Islam pula, lebih arif dari para pemimpin UMNO yang bungkem dan
bisu-sebisu-bisunya, apatah lagi dengan NGO (NGOK-NGOK UMNOBN ) yang
konon-konon memperjuangkan agama,
bangsa, agama dan raja-raja.
Malah
ahli-ahli agama yang sering melompat bila ada para pemimpin dikalangan parti
DAP yang tidak bersetuju dengan Hudud ini pun turut kelu lidah untuk menegur
dan memperbaiki keadaan tersebut. Mereka bagai lupa apa yang diungkapakan oleh
pemimipin MCA itu satu penghinaan dan serangan yang jelas dan nyata tentang
hukum Allah SWT.
Mereka
bagai kehilangan hujah dan dalil yang biasa mereka guna pakai dalam menghentam
pemimpin DAP yang kononnya menentang perlaksanaan Hudud. Memang benar DAP
menentang ( itu pun atas kerangka perlembagaan ). Tetapi mereka tidak celopar
menghina-hina dan mencerca sewenang-wenangnya seperti para pemimpin MCA itu.
Jelas lah pada kita sebenarnya sekarang, siapa yang lebih waras pemikiran sama
ada MCA atau DAP.
Sebahagian
rakyat percaya, mengapa para pemimpin MCA begitu berani menghina hukum Islam,
kerana di belakang mereka ada Tuan Guru mereka yang menyesatkan fikiran dan
ketidakfahaman mereka tentang ajaran agama Islam yang dianuti oleh sebahagian
besar Umat Islam di Malaysia. Tuan Guru ini jugalah yang menyesatkan para
penyokong dan para pencacai yang kurang perhitungan akalnya.
Malah
mereka juga bukan sahaja menghina, menentang perlaksanaan hukum Hudud ini,
malah Tok Guru inilah yang menghalang dan mengugut agar tidak sama sekali hukum
Hudud ini di laksanakan di Malaysia.
Biar pun mereka ini sudah di beri peluang dan ruang dengan kuasa yang
dimilikinya, namun kerana atas dasar tidak sensitive dan bukanlah perjuangannya
untuk agama maka, niat untuk melaksanakan hukum Hudud ini tiada di sudut
sanubari mereka.
Jika
ada pun, hanya ungkapan-ungkapan yang mengagalkan untuk dilaksanakannya; belum
bersedia, masyarakat belum faham, orang bukan Islam belum faham dan beribu
alasan akan di berikan sedangkan mereka amat berupaya jika benar-benar ikhlas
ingin melaksanakannya. Ya..Tuan Guru tersebut UMNO lah jika tidak siapa lagi. Para pemimpin UMNO, merekalah sepatutnya memberi
kefahaman kepada sekutunya tetapi sebaliknya pula, bagaimanalah rakan mereka
mahu faham tentang agama Islam, sedang UMNO itu sendiri tidak sensitive dan
peka pada agama.
Pemimpin
utama UMNO sungguh sangat mengecewakan dan amat tidak berupaya untuk menegur
rakan kongsinya. Dalam majlis Mesyuarat MCA baru-baru ini, yang di hadiri
pemimpin utama UMNO sendir, jelas
ungkapan penghinaan itu didengari beliau. Takkanlah sedikit pun tidak rasa
sensitive. Begitu sekalikah rasa takutnya, mana maruah diri dan maruah agama
yang di anuti itu?. Tidak jelas lagikah keceloparan yang diungkapkan oleh rakan
sekutunya itu?. Atau memang sudah direstui dan di beri lampu hijau untuk terus
bercelopar begitu. Ya..amat menyedihkan para penyokong dan pendokong UMNO
mempunyai pemimpin yang tiada keberanian dan jiwa yang kerdil dan penakut itu.
Jelaslah
pada kita mainan politik mereka yang semakin hari semakin jijik dan kotor.
Mereka bagai kehilangan akal budi yang waras. Sememangnya mereka sudah tidak
berupaya untuk terus menerajui kepimpinan Negara ini. Mereka kehilangan punca,
goyah, rapuh serapuhnya dan semangat juang yang lemah. Untuk bangsa pun mereka
khianati, agama juga mereka khianati apatah lagi raja-raja yang kononnya mereka
membela ketuanan raja-raja melayu.
Justeru
itu, marilah kita bersatu, rapatkan saff, mantapkan gerak kerja, banyakkan
berdoa dan dengan yakin dan tekad yang satu. Kita hentikan permainan politik
yang jijik dan keji ini, kita benamkan parti politik yang layu ini pada PRU-13
nanti. Kita yakin mereka akan tinggal sejarah dan akan dilupkan oleh rakyat Malaysia .
Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia .
No comments:
Post a Comment