Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Friday, July 22, 2011

Ramadhan: Selangor agih zakat RM14.24 juta

Selangor terus Unggul


SHAH ALAM, 22 Julai:
Selangor memperuntukkan sebanyak RM14,240,950 untuk diagihkan kepada 19,008 keluarga fakir dan miskin menjelang Ramadhan dan hari raya.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, agihan zakat untuk persiapan Ramadhan dan hari raya telah bermula 19 Julai lalu hingga 14 Ogos melibatkan 41 program di seluruh negeri.

Katanya, sebanyak RM8,975,300 diberikan kepada golongan miskin manakala RM5,265,650 untuk golongan fakir yang diagihkan melalui Lembaga Zakat Selangor.

Di Selangor, ujarnya terdapat seramai 12,159 keluarga asnaf miskin pada 2011 berbanding 14,058 pada 2010 manakala asnaf fakir pula seramai 6,849 pada tahun ini berbanding 9,430 keluarga tahun lepas.

Menurutnya, daerah Hulu Langat mencatatkan paling ramai penerima bantuan iaitu 3,529 keluarga dengan nilai RM2,647,750 diikuti Kuala Selangor seramai 2,621 keluarga (RM1,923,800), Sabak Bernam seramai 2,493 keluarga (RM1,753,150), Petaling seramai 2,197 keluarga (RM1,704,850).

Tambahnya, di daerah Klang (1,995 keluarga - RM1,532,900), Gombak (1,773 - RM1,348,300), Hulu Selangor (1,823 - RM1,385,800), Kuala Langat (1,659 - RM1,263,700), Sepang (570 - RM429,400) dan penempatan berkelompok seramai 348 keluarga (RM251,300).

"Pengagihan bantuan ini dilaksanakan lebih awal bagi membolehkan penerima zakat membuat persiapan Ramadhan dengan lebih sempurna di samping dapat menumpukan perhatian kepada melaksanakan ibada di bulan Ramadhan," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi agihan persiapan menjelang Ramadhan, bantuan berupa wang tunai iaitu setiap asnaf fakir menerima antara RM600 hingga RM1,000 mengikut tanggungan manakala asnaf miskin antara RM550 hingga RM1,000 juga mengikut tanggungan.

Sumber; Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...