Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Wednesday, July 20, 2011

Rakyat Perlu Tahu

Siapa yang tak kenal lambang ini



Sejarah tidak pernah menipu dan selamanya tidak akan menipu kecuali kalau sejarah itu cuba di olah oleh tangan-tangan yang tidaka bermoral,dengan itu sejarah boleh di ubah dan boleh di permain-mainkan demi mempertahankan kuasa.Malah sejarah boleh berubah oleh tangan-tangan pengampu penguasa demi menjaga periuk nasi mereka.Mereka sanggup mengadaikan maruah diri sehingga sejarah yang sudah tertulis sekian lamanya di ubah sesuka hati mereka.Semuanya demi menjaga Tuan dan sedikit carma[cari makan,meminjam kata-kata dari Sasterawan Negara A.Samad Said].Mereka sanggup membohongi sejarah demi mempertahankan kuasa yang ada.

Hari ini,berapa ramai rakyat yang tahu dan faham bahawa parti UMNO yang wujud ini adalah UMNO BARU yang telah di daftarakan pada 13 febuari 1988 setelah UMNO yang asli atau asal[1946] telah di haramkan oleh mahkamah pada 4 febuari 1988[ada sejarahnya di sebalik pengharaman ini].Sejarah ini sudah termaktub dalam peristiwa besar ketika itu,kini generasi baru ramai yang tidak tahu sejarah ini,mereka masih menyangka UMNO yang ada hari ini adalah UMNO yang wujud dari tahun 1946.Rasanya ramai yang masih tertipu dengan sejarah ini.

Kita tidak menafikan dengan wujudnya UMNO yang asal[1946],mereka telah membuktikan bahawa Negara ini menerima kemerdekaan hasil dari para pemimpin mereka,biarpun hasil dari runding-rundingan,namun jasa dan pengorbanan mereka juga kita tidak pernah nafikan.Namun dalam masa yang sama kita tidak pernah lupa jasa-jasa mereka yang di nafikan oleh pemimpin UMNO,malah jarang sekali mahu menyebut-menyebutnya yang mereka ini adalah pejuang kemerdekaan yang tulin,siapa yang tidak kenal Tok Kenali di Kelantan,Dato Bahaman di Pahang,Tok Janggut di Kelantan,Tuan Hj Rahman Limbong,Burhannudin Helmi,Abu Bakar Bakir dan ramai lagi pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain.Mereka dari kalangan para ulamak yang terkenal dan berwibawa.Dan sejarah tidak pernah menipu itu semua.

Malah kita tidak pernah menafikan sumbangan tokoh UMNO seperti Datok Onn bin Jaafar, Tuanku Abdul Rahman,Tun Hussein Onn,Tun Abdul Razak,Tun Ghafar Baba dan lain-lain.Mereka saya anggap lebih tulin atau aslinya keUMNOan mereka,mereka lebih menjiwai dan menghayati perjuangan Umno,perit jerih,susah payah rakyat pada masa itu.Itu semua orang tahu.

Sehingga ada di antara mereka di gelar dengan setiap apa yang mereka usahakan,seperti Bapa Kemerdekaan,Bapa Pembangunan,Bapa Perpaduan,malah rakyat waktu itu dapat merasakan ketulinan dan keUMNOan mereka.Bezanya mereka dari pemimpin UMNO BARU yang ada sekarang.Bezanya bagaikan langit dengan bumi.Semua orang tahu itu.

Mereka tahu tugas dan tanggungjawab mereka,Tuanku Abdul Rahman sendiri apabila parlimen di bubarkan,beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri,malah beliau tidak menggunakan kemudahan kerajaan untuk menjalankan kerja-kerja kempen politik beliau.Malah ada buku menceritakan beliau mengeluarkan wangnya sendiri malah banyak pengorbanan yang di lakukan beliau dalam pilihanraya sewaktu itu.Jelas ketulinan dan keaslian pemimpin UMNO waktu itu.Mereka masih di kategorikan pemimpin UMNO yang cukup bermoral dan mempunyai wibawa.Cukuplah saya beri satu contoh untuk renungan pembaca,untuk membezakan pemimpin UMNO LAMA dengan pemimpin UMNO BARU.Jauh beza dari UMNO BARU yang wujud sekarang.Sekali lagi saya tuliskan…Jauh bezannya…

Sengaja saya tidak masukkan Tun Mahathir,Abdullah Badawi,Najib Tun Razak dalam senarai nama perdana menteri yang lain-lain,sebab UMNO Lama di haramkan semasa Tun Mahathir[era 80 an] masih menerajui dan memimpin UMNO serta menjadi perdana menteri waktu itu.Jadi saya menganggap beliaulah orang yang bertanggungjawab ke atas pengharaman UMNO LAMA,di zaman beliaulah banyak berlakunya porak-peranda dalam UMNO,sehinggalah mencetuskan pengharaman UMNO LAMA yang wujud sejak 1946.Dengan pengharaman UMNO LAMA,wujud parti SEMANGAT 46,di mana parti ini membawa semangat UMNO lama,namun ianya tidak kekal dan di bubarkan oleh presidenya sendiri Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1996 kerana beliau melompat ke parti UMNO BARU.

Satu bukti yang menunjukkan UMNO yang ada hari ini adalah UMNO BARU ialah,Tun Mahathir yang ketika itu presiden UMNO BARU merupakan ahli yang pertama bernombor 00000001.Jadi apa bezanya mereka yang lain-lain dalam UMNO.UMNO yang ada hari ini merupakan UMNO BARU yang lahir pada 13 febuari 1988.Jika hari ini sejarah dan ahli UMNO sendiri pun mereka sanggup tipu dengan mengatakan mereka adalah UMNO LAMA [1946] apalah sangat jika generasi baru rakyat Malaysia yang[masih]buta sejarah.[meminjam kata-kata tulisan dalam satu banner dlm laman facebook]

Inilah sebahagian dari sejarah,rentetan sejarah ini takkan terpadam selagi mana masih ada lagi mereka-mereka yang jujur,berbicara tentang sejarah yang sebenar-benarnya.Semoga perkongsian serba sedikit ini,dapat menambah kefahaman tentang wajah sebenar UMNO yang ada ini adalah UMNO BARU 1988 bukan UMNO LAMA 1946.

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia.

=Tulisan ini sekadar pandangan penulis sendiri,jika ada kesilapan fakta dalam penulisan ini,mohon di perbetulkan dan di tegur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...