Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Monday, November 5, 2012

Saturday, November 3, 2012

Perkongsian Tulisan Lama


Saya kongsikan tulisan yang saya tulis pada tahun 2000, penulisan ini saya tulis sebagai mukadimmah dalam buku SKRAP POTRET TUAN GURU yang mengandungi gambar-gambar Tuan Guru yang saya buat untuk suka-suka pada waktu itu. Koleksi gambar Tuan Guru dari akhbar harakah, yang memerintah Negeri Kelantan Darul Naim selama 10 tahun pada waktu itu. Mungkin masih ada hujah releven yang saya tuliskan. Diam tak diam sudah hampir 12 tahun tulisan ini.








Ulamak Tidak Tahu Memerintah


Siapa kata Ulamak tidak tahu perintah Negara? Apa lu orang tak’ da tengok itu Negeri Kelantan? Siapa yang pegang@ perintah? Bukankah parti PAS? Satu lagi negeri Trengganu, apa lu orang tak nampak ke?. Buka mata, buka minda, jangan terlalu emosi buat tuduhan, Ada orang Tanya apa PAS boleh buat kalau menang? Habislah kalau PAS perintah. Hiburan tak ada, nak enjoy pun susah. Hoi..! apasal kau orang bodoh sangat, pendek akal, Apa sal bangang sangat?, itu semua tetap akan ada tapi akan dikawal, ada undang-undang yang tertentu untuk mengawal dan menyekat yang tak baik.

Fikir lah dengan iman yang ada, jangan melulu, fikiran 42 tahun UMNO, yang dia lihat asyik pembangunan mencakar langit. Fikir kan harta benda, fikiran ego. Apa? Kalau UMNO tak ada rakyat tak boleh makan ke?, Hoi siapa yang beri rezeki kita ni, Segala-galanya hak milik Allah S.W.T. Itu pun masih bengong, Ingatlah sikit, kita semua akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita lakukan di dunia ini. Ulamak tak payah berpolitik lah, duduk saja dekat surau atau masjid, zikir banyak-banyak. Ini fikiran apa?, yang cakap ilmu banyak tapi fikiran jumud dan pasif. Habis kalau masyarakat bodoh, buat maksiat, kejahatan merata-rata. Tak kan nak biar kan ?.

Siapa nak jawab di akhirat nanti ?. Boleh ke orang-orang Pusat Islam dan bos yang terbuang, Pak Amit Othman ( Almarhum) jawab di akhirat ?. Bukankah tugas menyelamatkan Ummah tugas Ulamak, pendakwah dan tanggungjawab semua. PAS dan UMNO semua bertanggungjawab. Kuasa politik perlu untuk semua itu, tapi politik bagaimana ?. Orang Islam mesti politik cara islam, dasar mesti dasar agama, tak kan nak ambil dasar secular, mana boleh. Orang Islam mesti sokong Islam tapi yang pelik orang Islam sendiri tak yakin malah tak sokong parti yang nak martabatkan Islam sebagai dasar pemerintahan.

Apa ni, setakat solat, puasa, naik haji beratus kali, zikir 1000 kali kalau masih tak yakin deengan Islam apa cerita ?. Islam mesti memerintah bukan di perintah. Ada orang kata kalau PAS perintah boleh ke berlaku adil ? Alamak apa sal bodoh dan bangangnya, kalau dah namanya parti Islam mestilah berlaku adil, kalau tak adil baik tutup kedai. Adil tak adil ukuran siapa ?.PAS boleh perintah ke ?. Lagi bodoh, apalah ingat UMNOBN lama perintah  UMNO yang bagi duit ?. Bukan, bukan inagt itu duit rakyat. Duit rakyat untuk rakyat takkan tak faham.

Ingat lah kita semua, mati bila-bila, entah esok atau esok, pilihlah pemimpin yang baik dan yang bertaqwa, yang tahu hal-hal agama tanpa tinggalkan dunia. Undi parti yang nak tegakkan Islam pasti dapat pahala, kalau dah dapat pahala pasti masuk syurga. Tapi ingat, undi PAS bukan bermakna menempah tiket ke syurga tapi sebagai orang Islam yang beriman kita yakin dan percaya, setiap kebaikan walau sekecil zrah sekali pun pasti ada hitungannya dan pembalasannya. Jadi ingat lah, syurga dan neraka adalaha hakmilik Allah S.W.T.

Jangan terpwdaya dengan dakyah dan pembohongan pemimpin UMNO, MIC, MCA BARISAN NASIONALIS SEKULAR SESAT. Kalau pangkah PAS masuk syurga. Tak pernah dalam banyak-banyak ceramah PAS yang aku dengar, pangkah PAS masuk syurga. Jangan nak buat dakyah dan fitnah. Hak syurga dan neraka hak Allah. Tetapi yang aku dengar sokong jamaah Islam yang nak martabatkan Islam dapat pahal, kalau dapat pahala mesti masuk syurga, tak kan salah !. Aku tak pernah dengar siapa sokong UMNOBN masuk neraka.
Mana boleh suka-suka tuduh sokong UMNOBN masuk neraka, tapi yang aku dengar orang Islam yang tak sokong parti Islam berdosa, kalau berdosa mesti tempatnya di neraka, salah ke ?.

Kalau orang Islam sokong parti songsang yang tak mahu Islam di tegakkan ( alasan pelbagai kaum ) malah dalam parti tersebut tak ada niat nak bendung perkara mungkar dan taghut, judi, arak, murtad, judi ekor dan macam-macam lagi, bukan kah orang itu sokong kemungkaran, kalau dah mungkar itu kan kawan saiton, bukankah tempatnya neraka ?. Nau’uzubillah Minzalik..!.

Untuk anda yang masih sokong UMNOBN, CUBALAH FIKIRKAN APA YANG AKU CORETKAN INI, FIKIR CARA MATANG, POSITIF DAN RASIONAL, GUNAKAN AKAL YANG ADA SEBAIKNYA.Ingatlah Kapal tua, DAH LAPUK, BANYAK KEBOCORANNYA, TINGGALKANLAH, JADIKAN umnobn SEBAGAI BAHAN SEJARAH DI MUZIUM. Tukar kapal yang baru, apa nak takut, rezeki Allah yang bagi. Klau kita benar-benar bergantung pada-Nya semata-mata nescaya Allah Bantu kita.

Mari lah kita buangkan khurafat yang sangat menbal berserabut di fikiran kalangan orang-orang melayu yang taksub yang hanya menyatakan;

“Hanya UMNOBN yang mampu memerintah”

Betul ke ?. Melayu denganIslam begitu sinonim, tak dapat dipisahkan (seperti yang tersebut dalam perlembagaan Negara ). Jadi gunakan keistimewaan ini untuk kita amalkan sungguh-sungguh Islam yang kita anuti, kita sokong parti yang hendak memartabatkan Islam. Jadi keluar UMNOBN sokong PAS dan Barisan Alternatif..!.

Kalau nak marah-marah lah  !.

( Di tulis pada tahun 2000 )

Ayuh Berubah..Ayuh Selamat kan Malaysia.

Friday, November 2, 2012

TERKINI : SAMSENG UMNO GANGGU KONVOI SELAMATKAN FELDA




PANAS, KONVOI KEMBARA OREN SELAMATKAN FELDA DI HALANG!

Sekitar jam 10pagi ini, 20 buah kenderaan ANAK yang cuba memasuki Felda Lasah Sg Siput, Perak di halang di pintu masuk felda berkenaan. Lebih seratus orang bertindak samseng dan sangat agresif. Tidak dapat dipastikan adakah mereka penduduk tempatan atau gangster upahan.

Saya yang menaiki Hilux Hj Razman Zakaria, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, direntap keluar dari kenderaan dan ditolak dengan kasar. Keadaan semakin tegang apabila jumlah mereka kian ramai. Mereka terjerit sambil memaki hamun. Menaikkan banner yg ditujukan kepada saya secara peribadi.

10 orang polis dari Balai Polis Lasah yg cuba mengawal suasana gagal meredakan ketegangan dan hampir sahaja tercetus perkara2 yg tidak diingini. Alhamdulillah, kehadiran 15 anggota Unit Amal diketuai Pengarah Amal Negeri Perak, Arif Muhammad serta Unit Keselamatan Pimpinan(UKP) seramai 8 orang berjaya menangani suasana provokatif yg dilakukan penduduk dipercayai Umno.

Bendera Umno dan BN dikibarkan. Samseng2 ini mengepung kami, menendang kenderaan ANAK yg cuba masuk serta mengugut utk memukul saya dengan menjerit ' kita balun Mazlan ramai2!'

KEMBARA OREN SELAMATKAN FELDA adalah aktiviti jelajah ke seluruh negara. Bertemu penduduk tempatan dan mengedarkan risalah. Kami masuk secara baik termasuk untuk menziarahi pimpinan tempatan dan memberi sumbangan kepada gen 2 Felda yg susah, ibu tunggal dan pesakit kronik.

Akhirnya, bila suasana semakin tidak terkawal, polis menasihati rombongan ANAK mengalah dan berundur. Walaupun dukacita dengan sikap tidak demokratik penduduk khususnya Umno, kami akur kerana tidak mahu berlaku perkara2 yg tidak diingini.

Sedihnya, tatkala Hj Razman membaca doa, mereka terus terjerit2 macam orang meroyan.

Peronda polis mengiringi konvoi kami keluar dengan selamat.

Demokrasi apakah ini?

Sumber: Facebook

Mesti Di Baca : Yusuf Al-Qaradhawi Dan Kebangkitan Rakyat




Sebuah hasil dari buah fikiran Ulamak terkemuka dunia Islam Yusuf al-Qaradhawi wajib di baca oleh setiap rakyat yang peka. Ia merupakan sebuah himpunan pemikiran beliau dalam Revolusi Kebangkitan rakyat Mesir. Tuntutan rakyat Mesir dalam menumbangkan rejim mahazalim Hosni Mubarak telah menerima sokongan dan suntikan motivasi dari ulamak terkemuka tersebut, sehingga rejim dapat ditumbangkan.

Buku ini juga menukilkan bermulanya rentetan kebangkitan rakyat sehinggalah perjuangan rakyat Mesir yang ditunjangi oleh para pemuda mereka mendapat kemenagan yang sungguh hebat. Kebangkitan di Asia Barat juga merupakan suntikan semangat kepada rakyat Malaysia dalam mahu menumbangkan rejim yang sudah lama berkuasa di tanahair. Pada mereka yang mengaku pejuang mesti baca buku ini, sebagai suntikan motivasi dan semangat bagi meneruskan perjuangan rakyat dari terus dibelenggu rejim zalim.

Saya tidak mahu mengupas lebih panjang, setakat seringkasnya sahaja, selebihnya sahabat boleh cari di mana gedung buku yang berdekatan dengan rumah sahabat semua. Korbankan sedikit dari rezeki sahabat untuk mencari dan memiliki buku ini. Sahabat pasti tidak rugi.

Akhirnya saya petik kata-kata Ulamak Islam Ulung dunia ini:

“ Bersabarlah sedikit dalam kepayahan ini dan jangan sesekali dirasuk oleh orang-orang munafiqin yang bersedia mengganggu anda setiap masa untuk mematahkan semangat anda dan mereka akan bercakap bukan dari hati mereka.”

Yusuf al-Qaradhawi.

Selamat membaca.

Ayuh Berubah…Selamatkan Malaysia.

AKHIRNYA....


"..Kantoi juga aku akhirnya..NGEH..NGEH..NGEHHHH..."

BACA DI SINI:

Thursday, November 1, 2012

JOM KE HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT


HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT


Tarikh :  3 NOV 2012, SABTU
Masa : 3 ptg – 12 mlm
Tempat : Taman Seremban Jaya, Seremban  
Bersama : YB Dato Seri Anwar Ibrahim, YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang







ATURCARA PETANG
3.00 ptg - Konvoi motorsikal berkumpul di perkarangan Stadium Paroi
3.30 ptg - Konvoi bergerak menuju  ke tapak Himpunan
4.15 ptg - Konvoi tiba di tapak Himpunan, Sambutan Gendang India, Kompang & Tarian Singa
4.30 ptg - Karnival Rakyat Bermula
  1. Pidato Rakyat
  2. Bakat Seni  @ Konsert Rakyat
  3. Persembahan Kebudayaan Rakyat
  4. Pameran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat
6.30 ptg - Tamat program petang

ATURCARA MALAM
8.00 mlm - Pameran Kerajaan Pakatan (sehingga pukul 12.00 mlm)
8.30 mlm - Aluan Pengerusi Majlis, YB P. Gunasekaran
8.35 mlm - Ucapan YB Mohd Taufik Abdul Ghani
8.45 mlm - Ucapan YB Loke Siew Fook
8.55 mlm - Ucapan YB Dato Kamarul Baharin Abbas
9.05 mlm - Gimik Penyerahan Memorandum Persefahaman PR N9
9.10 mlm - Ucapan YB Mohd Azmin Ali
9.30 mlm - Ucapan Sdr Mohamad Sabu (Pengarah Program)
9.50 mlm - Ucapan Wakil Hijau (Lynas)
9.55 mlm - Ucapan Wakil Kuning (Bersih)
10.00 mlm - Ucapan Wakil Merah (Royalti)
10.05 mlm - Ucapan Wakil Oren (Felda)
10.10 mlm - Deklamasi Sajak: A. Samad Said
10.15 mlm - Ucapan YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
10.45 mlm - Ucapan YB Lim Kit Siang
11.15 mlm - Gimik Muzikal  ‘Ubahlah Sekarang’
11.20 mlm - Ucapan YB Dato Seri Anwar Ibrahim
12.00 mlm - Gimik Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat

Sumber: Blog PAS NS

Misi, Dasar dan Seruan





Dasar PAS ialah ISLAM

Seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR

Tujuan PAS ialah :

Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.


Usaha-usaha PAS :

1)Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

2)Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

3)Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

4)Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memehami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.

5)Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

6)Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mujstahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

7)Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Qura'an.
Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

8)Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

9)Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

10)Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

Sumber: Web PAS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...