Esok akan menjadi sejarah yang besar buat tanahair
tercinta ini, satu kebangkitan rakyat secara besar-besaran dengan target
menghimpunkan satu juta rakyat untuk berkumpul atau berhimpun di Stadium
Merdeka Kuala Lumpur. Ini merupakan kemuncak himpunan kebangkitan rakyat yang
dilakukan sebelum ini.
Bersih 1,2 dan 3 berjaya menghimpunkan sejumlah yang
besar dari pelbagai lapisan masyarakat yang peka dengan apa yang berlaku di
Negara ini, terutamnya yang berkaitan dengan sistem pilihanraya yang pincang
dan berat sebelah. Namun desakan dan tuntutan BERSIH langsung tidak menampakan
keberhasilannya, malah badan yang didesak agar memperbaiki sistem itupun
langsung seperti tidak memberi respon yang bersungguh.
Ini merupakan himpunan yang terakhir sebelum
berlakunya PRU-13 yang akan datang,
desakan dan bantahan ini bukan sahaja
semata-mata menuntut PRU yang bersih tetapi lebih daripada itu menuntut agar
pihak yang sedang memerintah agar peka dengan tuntutan rakyat, perbaiki segera
urus tadbir negara dengan sebaik-baiknya,korupsi dan ketidakadilan dan banyak
lagi kepincangan serta penyelewengan yang semakin bermaharajalela yang menuntut
pembaikan. Dengan kata mudahnya pamerintah yang ada sekarang segera berundur
dari takhta kekuasaannya.
Kebangkitan rakyat ini, menunjukkan bahawa seluruh
rakyat sudah jelik dan muak dengan permainan kotor pemerintah khususnya parti
UmnoBn yang diberi peluang sekian
lamanya, mereka sudah tidak mampu mengurus Negara ini dengan sebaik-baiknya.Segala
desakan dan tuntutan langsung tidak dipeduli, pemimpin hanya buat pekak badak
tiada integriti.
Semoga tanggal 12hb Jan 2013 bakal menjadi sejarah
besar, kuasa rakyat kuasa keramat yang bakal merobah lanskap politik Negara
kita. Ayuh semua rakyat semua, esok adalah penentu masa hadapan Negara kita.
Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia.
No comments:
Post a Comment