Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Thursday, July 19, 2012

Akhirnya....Tahniah Abby.


Akhirnya Abby Abadi jadi ahli PAS seumur hidup





KOTA BHARU: Selepas menekuni semula amalan agama dan bersedia sepenuhnya menerima segala risiko, akhirnya pelakon Abby Abadi secara rasminya malam tadi menyertai PAS sebagai ahli seumur hidup.

Beliau menyerah borang sebagai pendokong berdaftar gerakan Islam kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Nilam Puri.

Biar pun dalam keadaan keuzuran dan kepenatan, namun Menteri Besar Kelantan mengagahi juga hadir pada program tersebut yang diadakan di padang Yayasan Islam Kelantan, berhadapan dengan kampus Akademi Islam Universiti Malaya.

Kedatangannya agak lewat, semata-mata bagi memenuhi impian dan hasrat pelakon terbabit yang kebelakangan ini muncul dengan penampilan baru.

Bersaksikan ribuan penduduk tempatan, Abby bersama seorang lagi pelakon Hairie Othman diserbu ramai peminat remaja untuk bergambar dan beramah mesra.

Selepas menyerah borang yang dirakam dengan puluhan lensa kamera, Abby kemudian dipakai selendang berwarna hijau oleh anggota Exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar.  Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan.

“Biar pun saya bersama dengan gerakan memperjuangkan Islam dan keadilan, namun saya masih sayang lagi kepada dunia seni.

“Sebagai orang seni saya tidak pandai untuk mencari rezeki dengan bidang lain. Oleh itu saya berharap selepas ada perubahan di Putrajaya nanti, kita boleh lakukan sesuatu bagi memartabatkan seni mengikut acuan Islam,” ujarnya.

Hujah itu sebelumnya turut dikongsi bersama Hairie apabila mencadangkan kepada PAS supaya membikin drama berkaitan perjuangan Islam bagi membolehkan generasi muda tahu asal usul sejarahnya.

Menurutnya elok diterbitkan filem mengisah mengenai kegigihan tokoh terkenal dalam gerakan Islam di Malaya iaitu Dr Burhanuddin Helmy yang begitu banyak berjasa.

“Kalau PAS berminat untuk menerbit filem tersebut eloklah watak utama diberi kepada saya,” katanya dengan nada berseloroh.

Sumber: Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...