Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Wednesday, June 20, 2012

54 Tahun Penuh........?


Cukuplah 54 tahun


Umno Dulu,Kini Dan Selamanya...antara slogan yang kita biasa dengar dan para penyokong dan pendokong UmnoBn pasti bersemangat jika slogan ini diungkapkan.Ia bagaikan keramat buat mereka,tanpanya bumi Malaysia tidak akan maju dan membangun.Hanya satu-satunya parti melayu yang relevant untuk semua rakyat.Mereka bahagia bersama UmnoBn,biar pun bermacam skandal dan penyelewengan yang dilakukan oleh para pemimpinya,mereka tetap menyakini sepenuh hati hanya UmnoBn yang dapat mempertahankan Melayu dan tanahairnya.

Begitulah kuatnya sentiment para penyokong dan pendokong UmnoBn yang seramai 3 juta,dakwa mereka.Ya..UmnoBn,sudah begitu lama memerintah Malaysia,malah parti-parti di Negara lain yang seusia UmnoBn pun sudah ada yang tumbang dan sudah menjadi sejarah buat Negara mereka.Namun UmnoBn di Malaysia agak liat dan sukar ditumbangkan.Itu lah yang menjadikan para penyokong dan pendokong mereka yakin sepenuhnya dengan apa dan cara sekali pun UmnoBn akan tetap memerintah Malaysia.Biar pun dengan cara menipu,zalim,menyeleweng,korupsi dan bermacam lagi.Itu keyakinan mereka.

54 tahun adalah suatu waktu yang cukup lama dan panjang,pelbagai karenah yang mereka lakukan sepanjang memerintah Malaysia ini.Dari satu perdana menteri ke satu perdana menteri.Sepanjang usia itulah mereka telah mengolah Malaysia dengan pelbagai bentuk warna-warni pemerintahan,dari menuju kemerdekaan,pembangunan moden,pandang ke timur,Islam Hadhari hinggalah satu Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan,wasatiyah dan tak tahu apa lagi selepas ini.Semuanya bagi menarik rakyat agar terus bersama memacu Negara bersama pemerintahan UmnoBn.

Namun dalam membina dan memacu dalam masa yang sama tangan-tangan kotor yang tidak punyai harga diri dikalangan mereka jugalah yang cuba meruntuhkan apa yang sedia ada.Banyak berlaku penyelewengan,dari ekonominya,budayanya,agamanya,bahasanya,bangsanya dan dari segenap aspek kini,sudah dinodai oleh para pemimpin yang korup dan tidak boleh diharapkan lagi.Bagi mereka kini,kuasa mesti di pertahankan.Segala kebejatan dan kerosakan sistem yang ada tiada dalam citra minda pemimipin mereka untuk memperbaikinya.

Kerosakan perundangan,kebebasan suara,kebebasan media,sistem beraja dan semuanya hanya ditungangi dan diperkuda oleh mereka tanpa ada rasa segan dan silu.Baik anggota keselamatannya dan sistem kehakimannya mahu dipergunakan untuk kepentingan mereka demi untuk mempertahankan kuasa yang mereka miliki.Rezab tanah melayu juga begitu,apatah lagi dengan tanah-tanah rancangan felda itu pun mereka mahu merampasnya demi konon untuk di senaraikan dalam bursa saham.Wang KWSP,Tabung Haji,Zakat,Bantuan PPRT dan sebagainya mana lagi yang tidak di songlap dan di rampok oleh pemimpin rakus di antara mereka dan sesama mereka.

Itu pun para pejuang yang konon berjuang untuk bangsa Melayu,tidak dapat melihat dengan matahati yang jernih dan akal yang waras,Terang-terang penyelewengan di depan mata mereka.Namun para penyokong dan pendokong mereka tetap membutakan mata dan memekakan telinga tanpa ada rasa apa-apa bersalah.Itu kah pejuang Melayu tulin?.Malah mereka yang mengaku pejuang NGO bebas pun tidak mampu untuk menegur kelemahan
pemerintah yang ada.Tapi bila parti selain parti yang mereka sokong.Hebat bagai halilintar secepat membuat keceman,buat demo tunjuk punggung,hantar kek tahi,hantar seluar dalam dan baju dalam,jual burger depan orang dan bermacam lagi tindakan kurang bertamadun dan kurang siuman yang mereka lakukan.Itukah yang dikatakan perjuangan untuk bangsa,agama dan Negara?.

UmnoBn semakin hari semakin hilang kewarasannya.Tiada isu yang dapat di bangkit kan maka di angkat isu yang sudah berbelas tahun selesai,Anwar tetap jadi musuh utamanya,perangai UmnoBn yang tidak berubah-ubah.Biar pun Anwar sudah dibersihkan dari tuduhan liwat oleh mahkamah tetapi UmnoBn tetap dengan perangai jahat dan sombongnya.Tak perlu saya tuliskan di sini,semua sudah tahu dan faham apa yang di bangkitkan oleh UmnoBn terhadap Anwar Ibrahim.Sedangkan dikalangan pemimpin mereka yang songlap dan rompak wang dan harta rakyat tetap bermaharajalela tanpa ada sebarang tindakan.

Jika di senaraikan skandal dan penyelewengan yang pemimpin mereka lakukan tak tertulis dan muat dalam tulisan ini.Mereka seperti lupa dan hilang akal.Diri sendiri yang terpalit dengan bermacam skandal,sibuk dengan isu lama yang sudah selesai.Itulah bankrap politik dikalangan para pemimpin UmnoBn.Itu juga lah yang para penyokong dan pendokong mereka pertahankan.Sungguh malanglah nasib penyokong UmnoBn punyai pemimpin yang korap dan tidak pernah memikirkan nasib penyokong dan rakyat apatah lagi.

Adakah rakyat mahu lagi mempertahankan pemimpin yang korap dan pemerintahan yang mahazalim?.Tidak cukupkah apa yang mereka lakukan.Cukup-cukuplah mereka memunggah segala khazanah Negara kedalam kocek anak beranak mereka dan suku-sakat mereka.Untuk rakyat mereka tinggalkan hampas sahaja.Mungkin penyokong dan pendokong UmnoBn cukup puas dan reda denga apa yang mereka terima,RM500,RM100,RM2OO dan terbaru buat peneroka felda RM15,000.Bagi mereka itu cukup banyak biarpun hanya setelah 54 tahun baharu dapat dan rasa.

Lalu bagaimana mahu menyekat mereka terus merompak hasil Negara?.Ya..tunggu sahaja PRU-13 nanti,masa undi jangan lagi undi UmnoBn,berikan undi anda kepada Pakatan Rakyat,parti gabungan PAS,DAP dan KEADILAN.Itu sahaja yang mudah,kita gulingkan secara aman melalui undi dan kuasa rakyat.Pakat ramai-ramai tolak UmnoBn dalam PRU-13 nanti.Itu sahaja jawapan untuk pemerintah yang zalim dan rakus.Kita tamatkan slogan Dulu.Kini Dan Selamanya...ganti dengan slogan Malaysia baru,Rakyat Mahu.

Kini terpulang kepada anda..!

Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...