Pages
KETAHUI HAK KITA
Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].
Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.
Tuesday, May 8, 2012
Thursday, May 3, 2012
Politik Lucah Tiada Kesudahan
Malam
semalam saya telah menerima sms melalui telefon bimbit saya.Sms yang di hantar
oleh sepupu sebelah bapa saya.Dalam isu-isu yang berlaku di tanahair
kita,antara kami memang sering bertukar-tukar fikiran adakalanya pandangan-pandangan
kami terlalu emosi dan adakalanya secara lawak jenaka.Sepupu saya meminta
pandangan saya tentang Azmin Ali,semua orang sudah tahu isu ini.
Saya
menjawab supaya sepupu saya membaca pandangan saya di blog ini.Saya akan
tuliskan perihal Azmin ini.Begitulah antara kami dalam meluahkan perasaan
masing-masing terhadap politik tanahair yang tidak ada kesudahannya.Lepas
satu,satu datang lagi..bila lagi mahu selesai?.PRU-13 pun Najib tidak berani
lagi mahu membubarkan parlimen,masih dalam teka-teki.Mungkin fobia BERSIH
3.0.
Begitulah
kehidupan yang kita lalui sepanjang kehidupan ini.Politik makin di cemari
dengan perkara-perkara kotor oleh jiwa-jiwa yang kotor,yang tidak mempunyai
akhlak dan intergriti dalam politik yang ditunjanginya.Segala kebiadapan dan
kelucahan itu sudah sebati bagi mereka.Mereka tidak ada jalan lagi bagi
menangkis serangan demi serangan atas
kejahatan dan penyelewengan yang mereka lakukan.
Maka
dengan itu,serangan pribadi kepada lawan politiknya mesti dilancarkan demi
mempertahankan kuasa yang semakin mengecut dan mengecil itu.Akhlak dan adab
ketimuran dalam berpolitik terpisah jauh.Agama apatah lagi.Agama diguna bila
ada perlu dan ianya hanya tempelan dalam entiti politik mereka.Agama hanya
menyusahkan bagi mereka.Soal halal dan haram hanya menyusahkan agenda jahat
mereka.
Begitulah
yang terjadi kini,mereka menggunakan apa cara sekali pun bagi memberikan wajah
buruk kepada lawan politiknya.Inilah yang berlaku dalam politik UmnoBn
kini.Politik lucah,membuat fitnah melalui video dan gambar-gambar lucah,bagi
mengambarkan perangai buruk pemimpin parti pembangkang.Politik yang melanggar
norma-norma jatidiri Melayu.Beginikah cara politik mereka yang konon
memperjuangkan Melayu?.Buka matalah wahai pendokong-pendokong dan
penyokong-penyokong UmnoBn yang masih mempunyai mata hati nurani
yang celik..!.
Setahun
yang lalu,ketua pembangkang diaibkan seluruh Negara dan dunia dengan aksi konon
video itu rakaman adengan lucah Anwar dengan perempuan Cina.Wajah yang kononnya
Anwar ini di jaja oleh mereka bagi menunjukkan buruk dan kotornya bakal perdana
menteri Malaysia itu.Semua orang,rakyat sudah tahu fitnah jahat mereka.Bukan
mudah untuk rakyat menelan begitu sahaja fitnah jahat mereka.Lihat sahaja
fitnah terhadap Anwar dalam fitnah 1 dan fitnah 2 mereka,begitu keji dan jahat
perancangan jahat mereka.Namun Allah telah mengagalkan kerja jahat politik
lucah dan tidak bertamadun itu.
Kini,bila
mana mereka tidak dapat menghancurkan karier politik Anwar,mereka beralih
kepada Azmin Ali pula tokoh pemimpin yang ada kaliber dalam memimpin Parti
Keadilan pada masa akan datang.Justeru itu direkacipta satu lagi konspirasi
fitnah jahat bagi menghancurkan para tokoh pemimpin Pakatan Rakyat dari Parti
Keadilan.Apakah fitnah jahat ini akan berhenti di sini sahaja?.Jawapan
yang pasti adalah tidak,mereka akan terus menerus melaksanakan agenda jahat
mereka selagi mana PRU-13 tidak berlaku,mereka akan mengila dan turut menjadi
gila dengan perlakuan jahat dan songsang mereka.
Kempen
jahat dan lucah ini di sepakati dengan munculnya gambar-gambar lucah ini dalam
akhbar arus perdana (sebenarnya bukan arus perdana,lebih tepat akhbar
porno milik UmnoBn),akhbar yang kononnya penyebar fikiran rakyat sudah
menjadi akhbar lucah atau porno,tanpa segan dan silu,tanpa ada halal
haram,tanpa ada adab dan kesopanan mereka menyiarkannya tanpa rasa bersalah dan
berdosa,malah seolah-olah mereka buta undang-undang.Mereka sudah kehilangan
pedoman,bagi mereka agama tiada nilai dalam membatasi apa yang mereka lakukan
itu.Dan sesungguhnya perbuatan menyiarkan gambar lucah itu sudah pastinya atas
sokongan dan izin pihak yang mahu musuh politiknya hancur kariernya.
Kejelekan
politik lucah mereka semakin menjadi-jadi,tanpa ada teguran dari mereka yang
berjawatan agama.Mana 13 mufti dalam menyuarakan kelucahan ini?.Mana teguran
para ulamak yang mendokongi kesucian agama?.Mana menteri yang jaga
agama?.Mana..dan mana?.Diam membisu,takut teguran itu hilang jawatankah?.Mana
lagak mereka yang kononnya menjaga maruah agama dan melayu?.Menjaga akidah,Melayu
dan Raja-raja?.Mengapa buta tuli,pekak badak semuanya?.Mana...semua bungkem
dengan kelucahan itu?.Mana wira-wira perkasa pembela agama dan bangsa?.Mana?.
Sesungguhnya
terlalu malang apa yang berlaku kini,UmnoBn sudah hilang pertimbangan dalam
mengharungi politik Negara.Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan
kuasa yang ada.Mengadaikan maruah bangsa dan agama.Politik lucah,jahat dan
tidak bertamadun ini mesti di hentikan segera.Jika apa yang dilihat dalam
gambar mahupun video itu,biarlah mereka yang diamanahkan menyiasatnya dengan
adil dan saksama,itu pun jika dilaksanakan dengan adil dan saksama.Namun masih
adakah keadilan dalam sistem perundangan Negara tercinta ini?.
Justeru
itu,kebatilan ini mesti dihentikan segera,sebelum Negara menerima bala hasil
olahan tangan-tangan jahat mereka yang ditunjangi Rejim Yahudi
laknatullah.Politik lucah ini mesti di nyahkan dari persada tanahair ini.Semoga
Allah melaknat mereka yang membuat fitnah jahat ini dan mereka yang
bersekongkol kerja jahat ini.
Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia .
Wednesday, May 2, 2012
Pelbagai Kaum Merai Satu Malaysia
BERSIH 3.0...Harmonis
BERSIH 3.0 telah memperlihatkan ikatan yang
harmoni antara kaum,baik melayu,cina dan India.Masing-masing saling
bekerjasama,bersatu hati,tegur menegur dengan penuh aman dan
harmonis.Ya..kelihatanya sangat begitu indah perpaduan dalam perhimpunan BERSIH
3.0.Malah ada terdiri dari pelbagai kalangan profesion yang
menyertainya.Kelihatan golongan agama dari pelbagai agama.Ada
Ustaz,Ustazah,Guru pondok,Ulamak,Pensyarah,para hufaaz,haffizah dan sebagainya.
Ada
sami,ada paderi dan golongan agama yang lain.Ada petani,ada diriver,ada
mahasiswa dan mahasiswi,budak kampung,budak kilang,minah kilang,mat motor,mat
punk,pelajar sekolah menengah,kanak-kanak.Oku,malah yang menyamar pun
ramai;).Bukankah ini suatau kebangkitan yang meremangkan penguasa yang
ada?.Tidakkah ini akan mengkucar-kacirkan kesatuan mereka?.Tidakkah ini
menganggui lena tidur mereka?.
Mereka
kini sedang ketakutan,mara bahaya sedang menyahut mereka,biar pun senyum di
muka namun luka di dalam amat parah.Mereka di bayangi oleh kehilangan
kuasa.Mereka meracau-racau dalam tidurnya.Mereka bagai tidak percaya pelbagai
kaum boleh terlibat dalam perhimpunan yang dilaung-laungkan saban hari di
kaca-kaca tv dengan perhimpunan haram,perhimpunan haram,melanggar undang-undang
dan pelbagai lagi ungkapan yang menghalang agar mereka tidak menyertai
perhimpunan itu.
Malah
kelihatanya satu Malaysia
telah diungkapakan dalam perhimpunan itu.Mereka menjadi kaku dan lesu dengan
perhimpunan itu.Malah repeknya seolah-olah tiada disambut oleh rakyat
terbanyak.Ya..perhimpunan BERSIH 3.0 telah menyatukan rakyat
melayu,Cina,India dan rakyat Sarawak dan Sabah,bersatu hati demi tanahair
tercinta.Mereka mahu perubahan dan keadailan di bumi Malaysia ini.
Mereka
sudah satu hati PRU-13,mahu menumbangkan penguasa zalim.BERSIH 3.0
telah membuktikannya.Dan mereka akan merealisasikannya.Bukan selogan kosong
yang tidak mempunyai makna apa-apa seperti selogan penguasa yang hanya kosong
dari erti sebenar yang dilaung-laungkannya.
Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia .
BERSIH 3.0 Aman
Perhimpunan BERSIH 3.0 mulanya Aman....
Perjalanan
BERSIH 3.0 dari mula hingga mahu akhirnya sebenarnya aman,tenteram dan
harmoni,namun saat-saat akhir dicemari dengan insiden provokasi oleh pihak
polis.Biasanya perhimpunan mahu berakhir polis telah bertindak menyuraikan peserta
perhimpunan dengan tembakan gas pemedih mata,semburan water cannon.Mana
tidaknya mereka menyelamatkan diri.Tindakan polis yang tidak berperikemanusiaan
menyebabkan saat-saat akhir perhimpunan dicemari adengan seolah huru-hara itu
dilakukan oleh peserta perhimpunan.
Sebenarnya
itulah yang mereka mahukan (Polis dan UmnoBn),mereka akan menyalahkan
peserta perhimpunan melakukan kekacauan.Setiap kali perhimpunan BERSIH,sudah
sebanyak tiga kali,semuanya dicemari dengan tindakan ganas dan zalim
polis.Bukti-bukti banyak tertera di laman-laman blog mahupun laman web,malah
youtube juga menyiarkan adengan-adengan tersebut.Namun penyelewengan fakta dari
akhbar-akhbar yang tiada tamadun telah menyesatkan sebahagian rakyat yang tidak
tahu dan faham apa yang sebenarnya berlaku.
Pengulangtayangan
adengan menerbalikan kereta peronda seoalah-olah peserta perhimpunan yang
melakukan keganasan.Itu pun telah diragui sebahgaian besar peserta
perhimpunan,siapa sebenarnya yang melakukannya.Terdapat wajah mereka yang tidak
dikenali,malah ada yang dikatakan mereka terdiri daripada polis yang
menyamar.Keganasan polis satu persatu telah dibuktikan dengan munculnya
gambar-gambar aksi polis sedang melakukan provokasi dan juga melakukan tindakan
yang zalim terhadap peserta perhimpunan.
Setiap
kali perhimpunan begitulah sikap dan tindakan mereka,kejam dan zalim,ganas dan
tidak berperikemanusiaan.Apakah ini yang telah di didik oleh ketua
mereka.Beginikah sikap dan tindakan pasukan keselamatan Negara yang cekap?.Pemerintah
yang menjaga pasukan keselamatan,malah memberikan tahniah kononnya mereka
bertindak profesional?.Malah menteri KDN juga bertindak hanya mengintip dari
bangunan,setelah selesai perhimpunan baru keluar meninjau kawasan
perhimpunan,Itukah ketua yang menjaga keselamatam Negeri?.
Jika
benar pihak pasukan keselamatan bertindak professional,tidak akan berlaku
adengan ganas,tidak ada tembakan gas pemedih mata,tidak ada penyemburan air
berkimia,tidak ada terajang dan pukul,tiada tangkapan dan tiada peserta di
gari.Barulah boleh di beri tabik hormat.Setelah membelasah rakyat di beri tabik
dan hormat?.Ini bersekongkol namanya,diperguna dan diperkuda oleh pemerintah
yang zalim dan rakus.Kuasa kepimpinanya hampir menuju kejurang kehancuran.
Rakyat
yakin tindakan mereka ini di restui oleh pemimpin UMNOBN,jika tidak mengapa
mereka begitu cekap dan berani membantai rakyat.Malah disokong dan di dokongi
oleh puak-puak pelampau Melayu.Itulah tanggapan sebahagian besar rakyat yang
tidak mahu ditipu lagi.Masakan UMNOBN tidak gembira dengan perlakuan anggota
keselamatan itu.
Rupa-rupanya
BERSIH 3.0,tidak pernah memberi pengajaran dan keinsafan kepada mereka
dan juga pemimpin Negara,malah keegoan dan sikap kebinatangan mereka makin
bertambah-tambah.Tuduhan terhadap peserta dan juga pemimpin BERSIH
sebagai pengkhinat Negara amat kerterlaluan.Tapi untuk orang yang mahu menjaual
Negara dengan warga asing tidak pula dianggap pengkhianat malah di bela dan
dilindungi kerana ia menguntungkan kuasa yang ada.
Kesimpulannya,BERSIH
3.0 aman seperti BERSIH 1.0,BERSIH 2.0 tetapi di cemari oleh
tindakan pasukan keselamatan atas arahan pemimpin yang pengecut dan bacul,hanya
mampu meneropong dari jauh dan di dalangi pemimpin yang korup dan tidak
bertamadun.
Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia .
Akhirnya BERSIH 3.0 Berjaya...BERSIH 4.0 Sedang Menanti
BERSIH 3.0 BERJAYA
Mungkin
penulisan ini agak lewat beberapa hari,masing-masing blogger sudah menulis
pandangan mereka di blog dan laman web,memberi ulasan tentang perhimpunan aman BERSIH
3.0.Akhbar-akhbar tempatan seperti biasanya akan mengulas lebih kepada
pandangan pemerintah.Baik akhbar Melayu,Cina dan India masing-masing mengulas BERSIH
3.0.Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menterinya juga
mengulas BERSIH 3.0.
Selaku
peserta yang menyertai perhimpunan ini,saya juga mempunyai pandangan
tersendiri.Apa yang berlaku pada tanggal 28hb 04 2012,Sabtu,merupakan
detik bersejarah tanahair kerana kebangkitan rakyat dalam menunjukkan reaksi
mereka kepada pemerintah yang ada.Ini sudah tentunya amat ditakuti oleh
mereka.Selain menuntut agar pilihanraya yang akan diadakan dengn bersih dan
telus,rakyat juga mahukan pemerintah yang sedia ada sekarang berundur dari
arena pemerintahan sekarang.
Tuntutan
ini merupakan tuntutan rakyat,atas kesedaran rakyat yang pelbagai
kaum.Perhimpunan tempohari merupakan perhimpunan yang menghimpunkan kaum
melayu.Cina,India dan kaum dari Sarawak dan Sabah.Ini merupakan
aspirasi rakyat yang mahukan PRU dan pemerintah yang ada ini segera
berundur.Sudah sampai masanya Negara ini dibersihkan dari karat-karat kotor
yang dilakukan oleh mereka.BERSIH 3.0 telah membuktilkan bahawa rakyat
pelbagai kaum bersatu untuk menolak UMNOBN pada PRU-13.
Justeru
itu,SPR mestilah mengambil inisiatif untuk memperbaiki perjalanan PRU
akan datang.Segala tuntutan yang dikemukakan BERSIH 3.0 mestilah
diterima dengan lapang dada.Ini sudah kali ketiga BERSIH menuntut kepada
SPR untuk memperbaikinya.Harap tidak membuat pekak badak dan buta
tuli tentang perkara ini.BERSIH 3.0 mengharapkan kesemua
tuntutan yang di pohon itu mestilah diterima.
Rakyat
seluruhnya ingin melihat perubahan yang segera dilaksanakan oleh SPR.Jika
tidak,sudah ada ura-ura dari pimpinan PAKATAN RAKYAT tentang BERSIH
4.0 .Rakyat tidak akan berganjak untuk tidak menyertai BERSIH 4.0 sekirannya
SPR tidak memperbaiki semua sistem yang pincang ini.Ini juga merupakan
amaran kepada UMNOBN agar bertindak dengan sopan dan tidak mempergunakan
SPR sewenang-wenangnya.
Oleh
itu,para pemimpin PAKATAN RAKYAT sedang memerhatikan dan menilai
perkembangan tentang penambahbaikan yang dilakukan oleh SPR.Rakyat
menanti dengan penuh minat dan sabar untuk perkembangan seterusnya.BERSIH
3.0 berjaya,Rakyat Sejahtera.Apakah BERSIH 4.O yang seterusnya?.
Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia .
Friday, April 27, 2012
JOM BERSIH 3.0
SEMOGA ANDA BERSEMANGAT DENGAN SATU TEKAD MEMBERSIHKAN MALAYSIA DARI GOLONGAN PENGKHIANAT..!
JUMPA DI SANA...!!!
AYUH BERUBAH...SELAMATKAN MALAYSIA.
Subscribe to:
Posts (Atom)





.jpg)













