Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Thursday, December 22, 2011

Hanya PAS boleh maafkan Hasan

Bertindak sendiri gugur dari PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


KUALA LUMPUR, 22 Dis:
“Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah menggugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Justeru, tegasnya sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.

Beliau menegaskan lagi, seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya walau pun tidak diberi hak yang adil kerana itulah sifatnya perjuangan Islam.

Jelasnya, PAS tetap selamat dan menjadi parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.

Beliau berkata, PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa.

Katanya lagi, sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam.

Beliau menyatakan demikian di dalam satu kenyataan yang ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.

Berikut adalah peringatan penuh beliau.


Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 122:

Maksudnya: (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah: 122)

Sabda Rasulullah S.A.W.

مَنْيُرِدْاللَّهُبِهِخَيْرًايُفَقِّهْهُفِيالدِّينِ

Maksudnya: (Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya faqeh (faham) dalam perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim

Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.

Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.

Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf.

Mafhum bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khsusnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam.

Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W. telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam.

Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan pelaksanaan Islam terhadap seluruh manusia juga.

Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan.

Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpehak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah, (iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) dilarang meneruskan amalan umrah walau pun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain.

Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya.

Dalam perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman-Nya dalam Surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud:

(Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya).

Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walau pun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik.

Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari’yyah.

Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya yang tertinggi: Al Quran, Hadith, Ijmak, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura pula mewakili seluruh cabang kepimpinan tertinggi PAS.

PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan: kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.

Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan, Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputera, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan.

Perlu diingat, bahawa Umno yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai matlamatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah?

Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya walau pun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya perjuangan Islam. Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.

PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W.

Maksudnya: (Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia, laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad.

PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia.

Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.

Sumber:Harakahdaily

Wednesday, December 21, 2011

Pertahan dasar ‘Membangun Negara Berkebajikan’


KUALA LUMPUR, 21 Dis: Sewaktu pimpinan PAS dan seluruh ahlinya ijmak menerima konsep Negara Berkebajikan melalui muktamar tahunannya, malah ia adalah kandungan ucapan dasar presiden parti ‘Membangun Negara Berkebajikan’ yang telah diterima sebulat suara, maka ia menjadi dasar parti yang mesti dipertahankan oleh semua pimpinan dan ahlinya.

Justeru, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar) menegaskan tidak layak bagi mana-mana pemimpin atau ahli parti mempertikai konsep yang telah diijmakkan melalui satu majlis pemesyuaratan yang besar seperti muktamar tahunan yang sah, sementara kritikan membina dan pandangan tambah nilai adalah senantiasa dialu-alukan.

AJK PAS Pusat, Datuk Dr Hassan Ali melalui akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini mempertikaikan dasar "Membangun Negara Berkebajikan" yang menjadi tema PAS sekarang ini.

Bagi Hassan, PAS sepatutnya kekal dengan dasar negara Islam yang telah menjadi perjuangan asal PAS.

Bagi Nasrudin, Konsep Negara Berkebajikan adalah manifestasi dari konsep negara yang disebut oleh al-Quran iaitu Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur (Negara yang sejahtera dan mendapat keampunan Tuhan Yang Maha Pengampunan).

“Konsep ini juga dipertegaskan dengan tiang serinya iaitu ubudiah iaitu pengabdian diri kepada Allah SWT, Tuhan Yang Maha Mencipta," katanya.

Justeru itu, jelasnya Negara Berkebajikan ditakrifkan sebagai ‘Kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip-prinsip adil dan ihsan (al Adl wal Ihsan) di dalam seluruh sistem pemerintahan termasuklah pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi, sosial dan lain-lain, seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan (Istibaq al Khayrat) dan saling bekerjasama (at-Ta'awun) ke arah kejayaan (al Falah) pemerintah dan rakyat di dunia dan di akhirat’.

Menurutnya, berasaskan takrif tersebut, layaknya tidak timbul lagi keraguan terhadap konsep Negara Berkebajikan apakah ia menepati atau bercanggah dengan perjuangan asal PAS.

Tambahnya, lantaran PAS tetap konsisten dengan dasar Islam yang diperjuangkannya dan konsep Negara Berkebajikan bukanlah suatu penyimpangan sebaliknya ia adalah suatu peneguhan terhadap asas dan dasar perjuangan Islam yang diperjuangkan selama ini.

“Dewan Pemuda PAS Malaysia tetap akan mempertahankan konsep Negara Berkebajikan yang telah dimuktamadkan oleh parti melalui Muktamar Tahunannya yang ke 57 baru-baru ini dan insya Allah Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah memutuskan satu komitmen besar untuk turun ke serata negara bagi memperjelaskan Konsep Negara Berkebajikan ini,” ujarnya.

Sumber: Harakahdaily

Tuesday, December 20, 2011

Hasan Ali, Nasharuddin Mat Isa Pulanglah Sebagai Mujahid Sejati


Buangkan saja hiruk pikuk asam garam perjuangan..

Bak kata pepatah tersohor..’ikan tidak masin di air laut, tetapi masin di daratan’..

Perjuangan Pas tidak akan rugi tanpa kamu berdua..Pas tidak akan hilang dari bumi Malaysia kerana kamu berdua atau bertiga bersama anak Tok Guru Nik Aziz si Nik Abduh.

Hentikanlah penggunaan media musuh untuk ‘selak kain’ kamu semua. Masuk semula kedalam saf.

Mari kemari bertakbir dan bersalawat bersama pejuang pejuang lain bermula dari Tuan Guru Presiden sehinggalah Mat pelekat poster.

Kredit kepada Mat Mat pelekat poster yang sanggup memanjat tiang talipon,pokok dan sebagainya walau ditengah malam ,tengahari dan waktu hujan.

Jangan buat tindakan memusnahkan diri

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman mengingatkan Hasan yang merupakan idola beliau untuk terus muhasabah diri.

PAS Selangor menyifatkan tindakan Exco Hal Ehwal Islam negeri itu, Datuk Dr Hasan Ali hanya menghancurkan diri sendiri apabila terus menyuarakan kekecewaan peribadinya ke atas parti kepada umum.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman mengingatkan Hasan yang merupakan idola beliau untuk terus muhasabah diri.

Katanya, Hasan perlu menunjukkan sikap lebih terbuka ekoran tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Gombak Setia.

Menurut Abdul Rani, beliau ada menghubungi Hasan namun sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas daripada pemimpin PAS tersebut.

“Sepatutnya kita tanya diri sendiri apa silap kita. Saya yang baru jadi Adun di Meru, ada orang Umno tegur dan beritahu silap saya. Hasan lebih tahu Gombak Setia, beliau patut tanya apa salah diri sendiri.

“Saya ada mesej untuk tawarkan beliau jawatan sebagai ahli perhubungan PAS Negeri. Tapi bagi SMS, hubungi beliau pun tiada jawapan.

Saya minta untuk jumpa namun dapat tahu beliau akan buat sidang media.

“Saya ingatkan Hasan Ali agar dapat muhasabah diri. Apa yang beliau lakukan hanya merosakan diri sendiri. Sedangkan parti (PAS) ada kekuatan sendiri. Apa yang beliau lakukan hanya memberi kesan minimal pada parti,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Shah Alam hari ini.

Kecewa hilang kerusi dan sokongan parti

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor III, Khalid Samad pula berkata tindakan Hasan dan juga bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa melahirkan kekecewaan dengan menggunakan media Umno adalah akibat kehilangan kerusi dan sokongan dalam parti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata PAS mahu menyelamatkan Hasan dan Nasha serta menasihatkan kedua-dua pemimpin terbabit agar tidak mengikut jalan sendiri.

Ujar Khalid, contoh sedia ada dapat dilihat apabila bekas Naib Presiden PAS Datuk Nakhaei Ahmad bertindak keluar PAS sedangkan beliau hanya diperalatkan oleh Umno.

“Jangan kecewa tidak terpilih di kawasan Gombak Setia kerana kawasan lain ada menawarkan beliau (Hasan Ali) juga. Kita ada mesyuarat dengan Perhubungan PAS Negeri dan kawasan lain juga mahu calonkan beliau untuk bertanding.

“Tengok Nakhaei bekas Naib Presiden PAS, keluar parti habis macam itu sahaja. Beliau hanya diperalatkan oleh Umno. Kita nak selamatkan Hasan Ali dan Nasha bukan nak bantai mereka dan saya nasihatkan agar jangan ikut jalan sendiri,” katanya.



oleh Fazy Sahir

Sunday, December 18, 2011

Berpolitiklah Dengan Kasih Sayang


Dunia politik semakin hangat dan makin panas membara,tiap hari ada saja isu atau berita yang kita baca dan dengar di dada-dada media massa cetak atau elektronik.Sama ada politik dunia Antarabangsa mahupun dalam Negara kita sendiri.Masing-masing parti politik bersaing bagi mengambil dan menambat hati rakyat masing-masing.Malaysia sebagai Negara demokrasi berperlembagaan juga tidak ketinggalan dengan kehangatan berita-berita politiknya tersendiri.

Namun kehangatan dan kerancakan berpolitik setakat ini tidak sampai tahap menghuru-harakan keadaan dan kesetabilan Negara.Walau apa pun kita kena berwaspada, terdapat segelintir daripada kita yang cuba meniup semboyan api perkauman yang sangat membahayakan pada kestabilan sosial dan politik Negara ini.

Jika ini tidak di bendung dan di elakkan oleh para pemimpin parti politik yang sama bersaing,ia akan merugikan pada kedua-dua pihak,rakyat akan menanggung akibatnya nanti.Oleh itu anasir-anasir ini hendaklah di elakkan dari terus meniupkan api perkauman.Ingatlah,Malaysia, adalah sebuah Negara yang harmoni dengan kerukunan tiga bangsa yang terbesar,Melayu,Cina,India serta Kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak.Segelintir manusia yang cuba meniupkan api perkauman itu haruslah di nyahkan dari politik arus perdana,jika ianya hadir untuk bertujuan melaga-lagakan kesatuan yang masih utuh setakat ini.

Kepada semua parti politik yang terlibat dalam arena politik Negara,tidak kiralah dari parti politik apa,kerajaan atau pembangkang sekalipun berpolitiklah secara rasional,utamakan rakyat daripada kepentingan pribadi.Ingatlah tanpa rakyat seseorang pemimpin itu takkan naik jadi pemimpin,dengan adanya rakyatlah para pimpinan ada di atas,sama ada pimpinan kerajaan atau pimpinan pembangkang.

Masing-masing ada peranan dan tanggungjawab mereka.Jauhilah dari politik kotor yang merendahkan martabat dan akhlak seseorang.Tegur menegur secara hikmah selagi orang yang di tegur itu tidak melampui batas-batas atau nilai-nilai yang mencemarkan nama baik agama,bangsa dan Negara.

Berpolitik lah dengan kasih sayang,pembangkang dengan tanggungjawabnya ‘check and Balance’,menegur dan menasihati kerajaan jika ada sebarang kepincangan yang di lakukan oleh pihak kerajaan,bukankah ini tanggungjawab yang mulia dan berhikmah.Bagi pihak kerajaan pula,teguran dan nasihat ini haruslah di halusi dan perbaiki segala kelemahan yang ada,jangan nanti rakyat akan bangkit menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap permasalahan mereka yang tidak di ambil berat oleh pihak kerajaan,jika berlakunya tindakan rakyat,janganlah hendaknya nanti pihak yang memberi teguran itu di anggap sebagai penghasut.

Kedua-dua pihak sudah memahami politik demokrasi begitu caranya,jadi bila berlakunya penolakkan rakyat terhadap satu-satu kerajaan,mereka sebagai ahli politik(pemimpin) sudah sewajarnya menerima tindak balas yang di lakukan dengan secara terbuka dan besar hati.

Ingatlah jawatan yang di sandang,kerajaan yang di terajui tidak akan kekal selamanya,baik dari parti pemerintah dan pihak pembangkang,bila-bila masa kerajaan itu boleh bertukar dan berganti,jadi sebelum terjatuh atau tersungkur beringat-ingatlah,jalankan amanah yang di pikul dengan penuh tanggungjawab.Berkerjalah,berpolitiklah dengan nilai kasih sayang.Nescaya penghujungnya Anda tidak akan rugi!.

Firman Allah:

"Katakanlah:"Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan,Engkaulah yang memberi kerajaan pada sesiapa yang engkau kehendaki,dan Engkaulah yang mencabut kerajaan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki." (Ali Imran:26)

Ayuh berubah...Selamatkan Malaysia..!

Oley!!

Friday, December 16, 2011

Teka-Teki PRU-13


Tak tahu lagi apa yang mahu di luahkan,melihat situasi politik (orang-orang politiknya) yang semakin hari semakin panas ini.Mahu dekat pilihanraya ni macam-macam berita panas,sama ada dalam kelambu UmnoBn atau pun Pakatan Rakyat.Melihat para penyokong masing-masing semakin ghairah bercerita tentang pilihanraya.Malah yang selama ini tidak ambil tahu pun boleh tanya..”Bilai Undi ye”.Ada perubahan rupanya,baguslah macam tu,tidaklah beku fikiran tak tahu apa-apa perkembangan yang berlaku dalam Negara.

Situasi ini akan berterusan hinggalah PRU-13 nanti,selagi tidak di bubar parlimen,selagi itulah pertanyaan “Bila Undi Ye” akan berterusan.Saya pun naik malas bila kawan-kawan Tanya,macam saya yang istihar bubar parlimen.Mahu tak mahu saya jawap,”Tanya Najib lah..”,Najib pun naik pening,mahu di bubar awal,belum tentu sokongsn menyebelahi UmnoBn,kes Liwar 2 Anwar belum selesai.Mahu di lewatkan ada yamh mahu cepat di bubarkan parlimen,serba tak menjadi gayanya.Mungkin tunggu Hajah Mah dapat ilham agaknya.Maklum kan Hjah Mah orasng kuat di belakang Abang Aji Ajib.

Segala-galanya dalam teka teki,ahli UmnoBN pun begitu,ahli Pakatan Rakyat pun begitu,masing-masing berteka-teki.Tengok situasi terkini,tengok kes Anwar macam mana,tengok isu-isu yang berlaku,segalanya berkemungkinan.Najib dan Kak Mah pun berteka-teki juga,masing-masing bingung dan bercelaru.Begitu juga dengan Muhyuddin Yasin berteka-teki juga.Masing-masing dengan teka-tekinya.Bila,bila,bila?.Rakyat pun tak sabar nak memangkah.Pengundi-pengundi muda yang sudah berdaftar pun ghairah tak terkira mahu mengundi.

Malah pengundi-pengundi hantu pun sedang berteka-teki mahu dan bila boleh mengundi,pengundi warga asing pun begitu,berteka-teki,janji dapat warganegara itu penting bagi mereka bagi meneruskan kehidupan di Malaysia yang aman damai bagi mereka.Siapa lagi yang berteka-teki kalau bukan dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.Mereka juga berteka teki juga.Bila?.Tanyalah Najib.Itu jawab saya bila ada orang bertanya pada saya.

YB UmnoBn dan YB Pakatan Rakyat turut berteka-teki PRU-13,tercalonkah aku,atau malas dah jadi calon.Macam Yb UmnoBn yang ada sekarang yang konon-kononnya sudah tidak mahu dicalonkan lagi,sedia berundur diri demi orang lain yang lebih baik dan muda,itu kononnya setelah banyak mana harta terkumpul dalam bank,jutaan malah billion mungkin tersimpan.Sudah kenyang,bagilah calon-calon lain.Wah hebat lakunan mereka.Betul ke,tak mahu di calonkan atau hanya ‘test market’?..Itu pun teka-teki juga.

Ah..teka-teki lagi,politik penuh dengan teka-teki.Cukuplah berteka-teki,kita tunggu sahajalah pengumuman Najib bila-bila masa sahaja dari sekarang untuk membubarkan parlimen.Sekurang-kurangnya tak ada lagi pertanyaan dan teka-teki’’Bila Undi Ye..!”

Ayuh berubah..Selamatkan Malaysia..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...