SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 16 September ini bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, menurut Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.
Menurut laman Selangorku, program itu akan bermula pada pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam yang bertemakan Selangorku Berjaya, Rakyat Sejahtera.
Pada malam itu juga pelbagai acara menarik termasuk persembahan kebudayaan, pertunjukan seni mempertahankan diri dari pelbagai kaum, persembahan pancaragam sekolah-sekolah serta persembahan dari pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan akan berlangsung.
Manakala acara kemuncak akan dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api.
Semua rakyat Selangor dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan Ulang tahun Kemerdekaan negara ke-54 dan pembentukan Malaysia.
Sumber: Laman WEB SELANGORKU
Pages
KETAHUI HAK KITA
Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].
Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.
Thursday, September 8, 2011
Pakar sejarah hanya kusutkan keadaan
Kini ahli-ahli akademik khususnya para sejarawan sudah terheret sama di dalam kemelut status Mat Indera ini. Malangnya respon yang diterima amat mendukacitakan malah menambahkan lagi kekeliruan di kalangan masyarakat.
Tanpa disangka-sangka, kini kredibiliti penulis biografi Mat Indera di dalam buku Pengukir Nama Johor pula yang menjadi sasaran para sejarawan. Misalnya, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam di dalam Sinar Harian mempertikaikan bahawa Allahyarham Ismail Adnan bukanlah seorang pengkaji. Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim pula mempersoalkan latar belakang Allahyarham. Apakah ertinya semua ini?
Saya pasti Ramlah Adam pun tahu kewujudan biografi Mat Indera ini kerana beliau bersama-sama Allahyarham menjadi antara ahli jawatankuasa penulisan buku Pengukir Nama Johor. Beberapa karya Ramlah Adam juga dimuatkan di dalam buku tersebut. Kalau Allahyarham bukan pengkaji dan hasil penulisannya mengenai Mat Indera ini rendah mutunya, mengapakah diizinkan juga penerbitan biografi Mat Indera di dalam buku Pengukir Nama Johor? Lebih menghairankan, hanya tujuh tahun sesudah buku Pengukir Nama Johor diterbitkan pada 2004, barulah Ramlah Adam bersuara untuk mempertikaikan kredibiliti penulis biografi Mat Indera. Mengapa membisu sekian lama? Beginikah sikap cendekiawan dan seorang ahli akademik tersohor? Hanya setelah kandungan buku Pengukir Nama Johor diheboh-hebohkan baru hendak bersuara?
Latar belakang bagaimana pula yang dimaksudkan oleh Khoo Kay Kim? Apakah kerana Allahyarham bukan seorang Profesor maka apa yang ditulis beliau boleh diremehkan? Saya membaca biodata Allahyarham, kerjaya beliau sebagai pendidik begitu cemerlang, pernah menjadi pengetua sekolah berasrama penuh, pegawai pendidikan daerah dan pegawai kanan di Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan. Latar belakang sebegini tidak mencukupi agaknya.
Komen editor buku Pengukir Nama Johor tidak kurang menimbulkan tanda tanya. Seperti yang dilaporkan di dalam Utusan Malaysia, Prof. Datuk Abu Bakar A. Hamid mengatakan bahawa Allahyarham mengajak pembaca berfikir sama ada Mat Indera adalah hero atau pengkhianat negara. Sedangkan Allahyarham dengan jelas melabelkan Mat Indera sebagai pejuang. 'Berfikir' apa yang dimaksudkan oleh Abu Bakar A. Hamid? Di dalam biografi Mat Indera, Allahyarham langsung tidak memberi apa-apa gambaran bahawa Mat Indera adalah pengkhianat. Jangan menambah sesuatu yang Allahyarham tak pernah nyatakan! Kami sebagai pembaca bukannya bodoh. Boleh jadi oleh kerana Utusan Malaysia yang melaporkannya, maka tidak mustahil apa yang dikatakan oleh Abu Bakar A. Hamid telah diputarbelitkan oleh wartawan. Tetapi jika benarlah seperti apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, ini memang satu pembohongan yang amat nyata.
Yayasan Warisan Johor (YWJ) pula mengambil jalan selamat dengan menyatakan bahawa institusi itu tidak pernah mengiktiraf ketokohan Mat Indera sebaliknya menyerahkan kepada budi bicara pembaca untuk mentafsir sendiri siapakah Mat Indera. Ironinya YWJ mengiktiraf karya Allahyarham sebagai kajian akademik. Kewujudan satu lagi artikel yang melabelkan Mat Indera sebagai pengkhianat ini memang sudah diketahui, sesiapa yang membaca buku tersebut pastinya tahu. Maka terpulanglah kepada para pembaca untuk menilainya sendiri. Reaksi YWJ juga membingungkan, adakah pembaca hanya boleh membaca sahaja tetapi tidak dibenarkan menyatakan pendirian? Apabila terdapat bukti-bukti yang mengiktiraf dan menghentam Mat Indera, lalu kita pilih untuk mengiktiraf Mat Indera, adakah ini satu kesalahan? Rakyat diajak berfikir tetapi tidak boleh menzahirkan pendirian, ini amat melucukan!
Kalau beginilah sikap para sejarawan kita, para pembeli dan pembaca buku YWJ bukan sahaja berasa tertipu, malah mula merasakan sejarah yang dipelajari di sekolah selama ini perlu dipertimbangkan semula. Kalau sudah banyak sangat pertikaian mengenai kredibiliti penulisan Allahyarham, saya kira eloklah YWJ padamkan sahaja biografi Mat Indera daripada buku Pengukir Nama Johor. Amat memalukan pula apabila kritikan itu datang daripada rakan Allahyarham yang sama-sama duduk sebagai ahli jawatankuasa penulisan buku tersebut.
Wahai pakar-pakar sejarah, tanggungjawab kalian kepada siapa sebenarnya? Pakar-pakar sejarah mendabik dada, kamilah yang lebih tahu sejarah, ahli politik jangan sibuk mempolitikkan sejarah, tetapi dengan perkembangan terkini saya berpendapat, pakar sejarahlah orang yang paling pandai mempolitikkan sejarah!
Tulisan: Khairul Majdi
Dari: Harakahdaily
Wednesday, September 7, 2011
Berita:Keberanian Mohamad Sabu buka mata kerajaan
KOTA BHARU, 7 Sept: Ketika Umno dan juaknya menghina Mohamad Sabu (gambar) kerana menjulang pejuang kemerdekaan, di satu sudut lain pula tiba-tiba keluarga anggota polis yang terbabit peristiwa Bukit Kepong baru dijengok kerajaan.
Tanpa usaha dan keberanian Timbalan Presiden PAS sudah tentu keluarga atau waris anggota polis yang terbabit dengan tragedi itu tersisih sehingga sekarang.
Bagi peguam hak asasi manusia, Mohammad Faizal Che Yusof Umno membohongi rakyat kononnya hanya usaha merekalah kemerdekaan negara dicapai.
“Umno tidak lebih seperti si penyumbat gol yang telah menghasilkan bola yang digelecek darah-darah pejuang lain sebelum kewujudan parti Umno.
“Bukit Kepung hanyalah salah satu gendang pembohongan British bagi mengaburi rakyat. Kini masanya untuk kita memalu gendang meletakkan Islam pada tempatnya di bumi tumpah darah kita,” katanya di sini.
Usaha Mat Sabu menjulang pejuang sebenar kemerdekaan seperti Mat Indera ditolak mentah-mentah pemimpin Umno, malah memperalat badan-badan bukan kerajaan berhimpun membantah pemimpin PAS terbabit.
Sedangkan di sebaliknya usaha dirintis Timbalan Presiden PAS, tiba-tiba Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tampil menemui balu anggota polis yang tidak menerima sebarang pencen sejak kematian suami pada 1962.
Antaranya Syed Omar Syed Yassin yang berkhidmat selepas tragedi Bukit Kepong. Malah JPA meminta mana-mana balu anggota polis yang pernah bertugas di Bukit Kepong tampil membuat aduan.
Mohamad Faizal yang juga Pengerusi Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Kelantan berkata, pendokong kebenaran perlu memberi kefahaman kepada rakyat, British memusnahkan Islam di Tanah Melayu.
“Manakala Umno pewaris yang dianggap baik oleh penjajah bagi memastikan Islam terus terpinggir di bumi Malaysia. “Ini kerana pemimpin Umno tidak pernah kenal keperitan perjuangan seperti ditempuhi Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Dol Said. Sedangkan merekalah pejuang sebenar,” ujarnya.
Menurutnya juga sekarang sejarah Bukit Kepong hangat dibicarakan semula bagi memberi kefahaman lebih jelas penjajah memusnahkan sama sekali sistem hidup masyarakat orang Melayu.
Kata beliau sistem masyarakat yang dahulunya berteraskan Islam dengan dinaungi Raja-Raja Melayu kini telah berubah sama sekali.
”Orang Tanah Melayu langsung tidak sedar mereka telah hilang identiti. Sistem Islam yang sekian lama bertapak pudar selepas kedatangan penjajah. ”Penjajah hanya pergi setelah berjaya melahirkan pewaris yang dapat melaksanakan aspirasi mereka di Tanah Melayu. Terciptanya Malayan Union untuk melahirkan pewaris British. ”Malayan Union digagaskan pada 1946 menjadi ibu kepada lahirnya pertubuhan yang dikenali sebagai Umno,” tambah beliau.
Sumber: Harakahdaily
Monday, September 5, 2011
Pejuang Kemerdekaan dan Isu Mat Indera - Pandangan Riduan Mohamad Nor
MARI DENGAR PENJELASAN INI
Thursday, September 1, 2011
Berita:Sejarah: Cakaplah benar walaupun pahit
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, manusia perlu jujur dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis.
“Secara peribadi, saya merasakan adalah perlu untuk kita jujur dalam mengkaji dan menafsir semua fakta sejarah. Cakaplah benar, walaupun ia pahit,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas isu kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang diputarbelitkan oleh media perdana.
Dalam isu sejarah kejadian Bukit Kepong yang dibangkitkan Mohamad dalam satu ceramahnya yang sengaja dijadikan isu kontroversi hangat oleh Umno baru-baru ini, Tuan Ibrahim berkata isu siapa pejuang dan siapa pengkhianat amat berkait rapat dengan bagaimana isu asas itu.
"Apakah British dan konconya yang telah menjajah negara ini dianggap kita sebagai hero ataupun penjajah? “Kaitannya adalah kerana kalau negara terima mereka sebagai penjajah, maka secara logiknya semua yang menentang penjajah akan dianggap sebagai hero. "Inilah yang terjadi kepada penilaian baru sejarah Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan yang lain-lainnya. Mereka ini bangun mengajak rakyat menentang penjajahan British dan sejarah kini menganggap mereka hero dan pejuang,” kata beliau.
Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.
Ini disusuli pula dengan pelbagai kecaman daripada pemimpin-pemimpin Umno, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Muhyiddin Yassin dan terbaru mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.
Tuan Ibrahim menegaskan bahawa kedudukan dan jasa Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain sebagai nasionalis sehingga berjaya merunding kemerdekaan negara pada 1957 dalam sejarah negara, walaupun mereka pernah menjadi pegawai British tidak perlu dipertikaikan, dinafikan dan jauh sekali nak dipersoalkan dalam tafsiran sejarah.
“Namun jika hanya merujuk kepada tahun 1950, apakah pula status golongan yang melawan penjajah British dan kerajaan British pada waktu itu – adakah mereka adalah hero ataupun pengkhianat?” soal beliau.
"Disebabkan pada zaman British menjajah negara kita, British telah berjaya memperalatkan beberapa tokoh Melayu untuk bersekongkol dengan mereka, namun tidak dinafikan ada yang bersekongkol untuk menghalau British dari dalam kerajaan, katanya maka kini, timbul satu tafsiran baru daripada segi sudut sejarah. “Kita harus faham kenapa berlakunya penentangan terhadap Inggeris oleh rakyat dari pelbagai bidang - ada yang menyertai PKMM, PKM dan lain-lain - semuanya bagi menentang penjajah British dan mereka yang bersekongkol dengan penjajah British. "Atas penilaian inilah, kita menafsir semula sejarah dan menganggap tokoh-tokoh pejuang yang melawan penjajah British sebagai hero. Jikalau itu adalah tafsiran kita, bagaimana pula dengan golongan yang sanggup bersama dengan penjajah British? Apakah mereka juga hero?” tanya beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. “Jika dua-dua pula jadi hero, siapa yang jadi pengkhianatnya? Takkan semua hero, dan takkan pula semua jadi pengkhianat? Jadi landasan mana dalam tafsiran sejarah yang perlu diikut, itulah persoalannya.
Katanya, secara penakulan mantik dalam menafsir sejarah secara hitam-putih, kalau yang melawan British adalah hero, maka yang bersekongkol adalah pengkhianat.
"Yang menyusahkan dan melawan arus penakulan mantiknya sekarang ialah apabila ada pihak yang hendak menjadikan golongan yang bersekongkol dengan British ini juga sebagai hero,” terang beliau lagi.
Secara menafsir sejarah secara jujur, Tuan Ibrahim berpendapat bahawa semua kumpulan yang menentang penjajah waktu itu (1950) bertujuan untuk menghalau penjajah walau di atas landasan mana mereka berjuang sekalipun.
Namun demikian, kata beliau ia tidak boleh menafikan ada antara mereka yang mempunyai niat lain selepas berjaya “menghalau penjajah” – namun apa yang pasti, “menghalau penjajah” merupakan common goal yang pertama golongan ini pada waktu itu walaupun mimpi mereka lain-lain.
“Pada tahun 1950, adakah pihak komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah penjajah British. Itu hakikat kerana negara belum lagi Merdeka, yang ditentang mereka ialah kerajaan British dan orang yang dilihat bersekongkol dengan penjajah British yang menakluki Tanah Melayu. Selepas Merdeka, adakah komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah negara yang sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British, maka di sinilah sebab utama mereka perlu ditentang habis-habisan. Tapi harus diingat, ini adalah waktu Merdeka, yang jauh berbeza situasinya pada 1950 ketika mereka menentang penjajah British. "Oleh itu, soal menyokong komunis tidak timbul jika kita ikhlas dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis,” tegas beliau, sambil menambah sekiranya tafsiran sejarah dibuat secara jujur tanpa prejudis, tujuan, motif dan situasi suatu-suatu peristiwa adalah berlainan daripada satu era ke satu era. “Kita harus terima realiti waktu itu (1950) dan sudah tentunya ia tidak sama dengan realiti selepas Merdeka sebagaimana yang saya tegaskan tadi, bahawa tidak boleh dinafikan masing-masing ada agenda tersendiri SELEPAS menghalau penjajah,” kata beliau.
Kontroversi yang sama juga timbul pada sejarah tanahair yang paling kritikal iaitu di zaman peralihan antara Jepun dan British, katanya, di mana ada pejuang yang tersepit antara ingin bersama Jepun melawan British atau kekal menyokong British.
“Nyata yang selamat dari kontroversi ini ialah pejuang Islam yang bangun menentang atas nama jihad seperti Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan Tok Janggut kerana mereka pastinya hero di dunia dan akhirat. "Inilah pengajaran besar dari sejarah lampau agar kita jangan mengulangi kesilapan lalu. Professor Khoo Kay Kim mungkin tersenyum dengan polemik baru yang sengaja dibesarkan oleh Umno ini,” nasihat beliau.
Mohamad dalam satu sidang akhbarnya di Perlis berkata kenyataannya telah diputarbelitkan dan mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.
Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.
Sumber: Harakahdaily
Subscribe to:
Posts (Atom)

